BUAT PENGUNJUNG-PENGUNJUNG BLOG.....

BUAT PENGUNJUNG- PENGUNJUNG BLOG.....


Untuk makluman sahabat sahabiah yang baru mengunjungi blog ini, blog Al-Fatihah buat Mohd Fadhiri bin Rakiah (Mohamad Ariffin) dibuat setelah ahli bait solihin kami iaitu al-marhum Mohd Fadhiri kembali ke Rahmatullah pada 11/01/10.



Blog ini telah diwujudkan pada 14/01/10, iaitu 3 hari setelah arwah kembali ke Rahmatullah oleh Abang Khairu (abang sulung arwah).



Semoga tautan ukhwah Fillah yang terjalin antara sahabat sahabiah serta semua yang pernah mengenali al-marhum Mohd Fadhiri dapat kami sekeluarga sambung, insyaALLAH




- dari keluarga al-marhum Mohd Fadhiri bin Rakiah (Mohamad Ariffin) -



JOM PROMOSI


ASIF JIDDAN....


Assalamualaikum kepada semua pengunjung-pengunjung blog Al-Fatihah buat Mohd Fadhiri bin Rakiah (Mohamad Ariffin)



Semoga sentiasa dalam lindungan dan rahmah ALLAH...InsyaALLAH..Semoga sentiasa diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan sehari-hari hanya untuk mencapai redha ALLAH..


Asif jiddan, dah lama kaklong tak update blog, untuk berkongsi ilmu, Ini kerana kaklong sibuk kemaskini portal web Islam bersama adik Imi..Buat sementara waktu, bolehlah ziarah portal murabbi. Semoga mendapat sedikit sebanyak ilmu yang bermanfaat untuk dunia dan akhirah di portal web Islam tersebut....http://www.murabbi.net/

InsyaALLAH, setelah kaklong dah siap mengemaskini Portal murabbi, akan kaklong kembali mencoret di sini..InsyaALLAH


Pejuangan yang masih jauh selagi jasad terkandung dalam diri dalam menuju YA RABB. Hanya untuk mendapart redha ALLAH..insya ALLAH...;ALL THE BEST!!!...BI TAUFIQ WA NAJAH FI DUNNIA WA AKHIRAT ;)


PENGUMUMAN KHAS

PENGUMUMAN MAJLIS TAHLIL

Majlis Tahlil Hari Ke 100 Allahyarham Mohd Fadhiri bin Rakiah adalah pada tarikh
20/4/2010 (Selasa). Kemungkinan akan dibuat pada tarikh
22/4/2010 (Khamis). Insyaallah


Semua sahabat sahabiah serta semua yang mengenali arwah di jemput hadir. Kami sekeluarga sangat-sangat mengalukan kedatangan sahabat sahabiah semua



Friday, January 29, 2010

"Lepah ni kito tok jupo pun takpo doh dok ?" Siri Akhir

Bila saja sampai ke rumah aku arwah hanya berkata "cepat enta,ana penat sangat.nok tido sungguh2 ni".aku bertanya pada arwah ;

aku : enta tokse make gapo2 dh ko?
arwah : eh tokse doh,takdi ana make Radix Pizza banyok doh.loni nok rehat plok..make banyok dh.
aku :ok,sat ana naik kemas bilik sat.pah kita rehat deh.

Dia hanya termenung je tengok aku bercakap tanpa kata A atau B.aku segera naik ke tingkat atas rumah aku untuk kemas bilik aku.selepas tu aku turun memanggil arwah di bawah.sejurus bila arwah naik ke bilik aku terus menyalin pakaian dan baring di atas katil.

arwah : huu meme penat dok.program sie male pg pete sapa tokde nok rehat.pahni ana bule rehat panje sket sbb dh xdok program gapo doh.
aku : alhamdulillah kita pun selama sampai.(aku tak tahu nak cakap apa kerana arwah seolah2 ingin beritahu aku sesuatu benda yang sukar untuk diluahkan)
arwah : ana ni banyok hajat nok buat ni tp tok tahu de buat ko dok.ana ingt nk g syria belajar arab.pahtu kalu ado umo panje lg nk g China plk belajar mandarin.pahtu nk cari zaujah oghe pondok sbb ana hok paka purdoh juboh la.tp meme payah oghe atase supo ana ni nk cari oghe luar.meme nk keno cari oghe UPSI jgok sbb ni polisi kito dale perjuange ni keno cari oghe hok dok wak kijo sekali.(ringkasnya pada malam tu arwah banyak sekali menceritakan perancangan masa depannya dan cita-citanya sehinggakan aku terlelap begitu sahaja.sedih jugak aku ni kerana belum sempat habis mendengar wasiat2 arwah....)

Keesokkan paginya arwah sekali lagi bangun awal walaupun malam tu kami hampir pukul 3 tidur.apabila aku jaga tidur arwah sudah di Masjid.sedangkan aku masih lagi pening kepala kerana mengantuk yang teramat sangat.lalu hanya solat subuh di rumah,sedangkan arwah solat di masjid.aku hairan bagaimana dia tahu jalan ke masjid sedangkan ini kali pertam arwah sampai ke rumah aku.selepas pulang dari masjid orang kampung aku semua bercakap tentang arwah.siapa dia tu?dia kawan sapa?dia datang dari mana?sapa nama dia?dan berbagai-bagai soalan ditanya.namun tiada seorangpun ahli qoriah aku yang sempat bercakap dengan arwah.sedangkan sebelum setiap orang kawan2 aku yang bertandang ke rumah WAJIB mesti akn bercakap dengan orang2 kampung aku termasuk kakak2 aku yang peramah.malangnya kedatangan roh mukmin Fadhiri hanya untuk beribadat sahaja tanpa bercakap dengan mereka termasuk kakakku walaupun sepatah perkataan.kakakku yang beberapa kali selisih dengan arwah sewaktu di rumah aku namun tidak sempat bertegur sapa.

pagi itu selepas pulang dari masjid arwah hntar mesej kepada aku "tolong buka pintu,ana tak boleh masuk".pintu mana yang dimaksudkan dan masuk ke mana yang dimaksudkan Wallahua'lam.aku tnya mahu sambung rehat lagi ka nak makan dulu.katanya ana xmau makan lagi,ana letih lagi ni.ana nak tido lagi.lalu aku kata ok jom kita naik atas sambung tido.kami berdua tidur sehingga jam 12.30 tengahari.bayangkan dia telahpun masuk ke rumah aku dari 12.30 malam tu masih belum bertemu dengan tuan punya rumah iaitu mak dan bapa aku.jam 12.30 kami pun bangun dan bersiap untuk ke solat zohor.sebelum ke masjid arwah sempat bertegur sapa dengan mak aku.dan dia terus makan goreng pisang sampai habis dan minum air teh.sepatah ditanya dan sepatah dijawab.selepas solat zohor kami pulang untuk makan tengah hari.bapaku menjemput arwah dan bermulalah "kata-kata penutup sebuah kehidupan" yang mana arwah begitu gembira bersembang dengan bapaku sehingga dia menceritakan semua hal-hal diri dan keluarganya (dan jugak bakal keluarganya di negeri kelahiran ibunya sana...).dia seolah-olah kenal bapaku sudah 10 tahun kerana menceritakan segala-galanya...

Kali ini semakin rancak dia berbual dengan bapaku semakin banyak dia makan nasi sehingga bapaku sendiri beritahu kepada kami yang arwah makan ikan sehingga tinggal kepala dan tulang sahaja,serta pinggan licin.kata bapaku "dia makan banyak sangat,sampai dia sendiri terkejut yang dia makan begitu banyak sekali".katanya pada bapaku yang dia sekelurga akan ke Singapore melancung bersama abangnya pada bulan Mei nanti.lepas makan nasi arwah bagitahu aku dia nk iron baju lepas tu dia nak rehat lagi.nampaknya arwah banyak rehat dan jugak banyak makan.rehat mungkin satu masa yang baik untuknya selepas bertungkus lumut dengan perjuangan islam.dan jugak makan mungkin satu kekuatan untuknya dalam melaksanakan ibadah kepada AllahSWT.aku panggil arwah untuk bangun makan sedikit makanan iaitu cucur jawa (sejenis kuih muih di Kedah).ibuku masak sepinggan untuknya dan habis dimakan.katanya "sedap beto cuco ni,kt kelate takdok hok ni.meme sedap."bila ibu ku dengar arwah kata begitu,ibuku kata "yaka?tunggu sat makcik g buat lagi.satgi bole bungkus makan atas kereta api".lantas jawabnya "eh xpo2 mokcik.hok ni kenye doh..tok ghok g dh.".selepas tu kereta kawan bapaku sampai untuk menghantar kami ke Stesen KTMB Sg Petani.sepanjang perjalanan dalam kereta itu arwah beria-ria nak kenalkan aku dengan sahabatnya yang bernama Abg Azman dan Abg Saiful.

Alhamdulillah hajatnya untuk memperkenalkan aku dengan mereka tercapai.terima kasih sangat sahabatku fadhiri kerana enta mempertemukan ana dengan sahabat2 pengganti enta.hebat Allah atur.sebelum enta meninggalkan ana,enta mengirimkan ana 2 orang sahabat yang hebat seperti enta yang sifat mereka seperti enta selalu nasihat ana,jumpa bertanya khabar dan mereka amat menyayangi ana..setibanya kami di KTMB Sg Petani,kami bertemu dengan abg angkatnya yang arwah ingin sangat kenalkan dengan aku iaitu Abg Azman.sementara menuggu KTMB jam 7.30 malam arwah ajak kami makan.tapi sebenarnya dia yang makan lagi nasi yang banyak.memang benar Fadhiri nak rehat selama-lamanya di Alam Baru dia.selepas tu kami pun bergegas ke Stesen KTMB.arwah sekali lagi pergi beli makanan seperti 10 orang nak makan.aku pun terus bercakap-cakap dengan Abg Man tadi jugak seperti sudah kenal 5 tahun sedangkan aku baru salam perkenalan dengannya baru 5 minit yang lalu.

kata Abg Man,"nilah adik angkat abg.dia sangat hebat kt UPSI.dialah jadi orang tengah antara abg dengan bakal zaujah abg.dialah yang cadangkan muslimat tu sebagai bakal zaujah abg.dia dh berapa kali dh suruh abg kawin sebab dia teringin sangat nak tengok.petang ni pun dia teringin sangat2 nak jumpa abg.dia kata "KALAU TAK JUMPA HARI NI,TAK TAU DAH JUMPA BILA LAGI.."dia banyak ajar abg,selalu nasihat kat abg dan banyak memberi ilmu agama kepada kami di Kolej UPSI".selepas beberapa minit aku bersembang dengan Abg Man arwah pun sampai dengan membawa makanan untuk dia makan dalam kereta api nanti.memandangkan aku sudah lewat jadi aku minta diri kerana ada urusan dengan keluarga.

aku :akhi,ana mtk diri dulu sbb ado kijo.
arwah : aaaaa bereh2...pah bilo nok jupo plk ni?
aku : eh ana xda mslh.bila2pun free.marila lg kita g mandi di Legong deh.
arwah : isy..kalau ana ado 2,ana sapa la.
aku : ok assalamualaikum.
arwah : waalaikumussalam.

aku terus bersalam berpeluk dengan arwah sebagai pelukan yang terkhir dariku sahabat yang hina ini.kalaulah ana tau enta mati bila,ana xkan bagi enta balik lagi UPSI.inilah perancangan AllahSWT yang melangkaui segala perancangan manusia..pergimu ditangisi..datangmu membawa sinar perjuangan kepada seluruh sahabat seperjuangan khasnya di bumu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim.akan kami teruskan perjuanganmu yang tidak berpenghujung ini.sememangnya tiada lagi pengganti dirimu di kalangan kami namun masih ada pengganti daripada jasa yang kau curahkan selama ini..Berbahagialahmu di Alam yang dijanjikan buatmu oleh Tuhanmu.....

GAMBAR KENANGAN ARWAH BERSAMA KELUARGA (4)

HARI RAYA AIDILFITRI 2009


(TIME GILIRAN ARWAH BERSALAMAN DAN BERPELUKAN DENGAN ABG KHAIRI)


(TIME GILIRAN ARWAH BERSALAMAN DAN BERPELUKAN DENGAN ABAH)



(SAAT KEGEMBIRAAN KAMI SEKELUARGA YANG MENJADI KENANGAN TERINDAH DAN NIKMAT YANG X TERNILAI DARI ALLAH)



(AHLI KELUARGA ARWAH - MUSLIMAH)



(AHLI KELURGA ARWAH - MUSLIMIN)


(WAJAH GEMBIRA ABAH DAN MA)


(DI RUMAH SAUDARA MARA)



(ARWAH....KESAYANGAN AHLI KELUARGA , SAHABAT2 DAN SELURUH ORANG YANG MENGENALMU)


(UHIBUKKA FILLAH...AKU MENYAYANGIMU KERANA ALLAH)

GAMBAR KENANGAN ARWAH BERSAMA KELUARGA (3)

IJAB DAN KABUL KEKANDA KHAIRU DAN KAKNOR PADA DISEMBER 2008, JOHOR BHARU



JALAN2 DIJOHOR SELEPAS MAJLIS WALIMATULURUS ABG KHAIRU)


(ARWAH BERSAMA ABG KHAIRI)



(SAAT AKAD NIKAH ABG KHAIRU)



(ARWAH BERSAMA ABG EEN)



GAMBAR KENANGAN ARWAH BERSAMA KELUARGA (2)

HARI RAYA AIDILIFITRI 2009, BERSAMA USTAZ AZIZ(PAKSU AZIZ-PAKCIK SAUDARA)






Warkah buat Adinda; 28/01/2010

Kekanda terjaga dari tidur dan teringatkan adinda... teringat sangat-sangat segala pengalaman lalu bersama adinda...

Ketika kekanda darjah 3, adinda dilahirkan bonda... adinda tau di-mana ? di bilik tengah, iaitu bilik yang didiami kak long (huda) sekarang bersama kak ngah (syima).

Ketika dirimu meningkat dewasa, kekanda masih ingat cara adinda tersengih dan raut wajahmu yang sentiasa menimbulkan rasa kesian di kalangan kekanda-kekandamu... kak long dan kak syima yang terhampir di lingkungan umurmu... segala kenangan adinda bermain dengan adik-beradik yang lain semasa silih berganti di minda kekanda...

Oh adinda yang kurindui...

Semasa adinda menjejaki bangku persekolahan, kekanda berada di form 4, jauh di Selangor... hanya ketika cuti-cuti panjang kita berjumpa... dan begitulah seterusnya... hanya cuti panjang yang menemukan kita termasuk ketika Hari Raya Aidilfitri setiap tahun...

Ketika adinda masuk ke SMKA Falahiah, kekanda berada di Universiti Tahun ke 3, juga kita hanya bertemu semasa cuti-cuti panjang... Namun kekanda teringat setiap pertemuan itu yang sentiasa dihiasi senyuman, gelak ketawa dan keriangan kita bersama dalam sebuah keluarga...

Masihkah adinda-adindaku yang lain ingat apa kata arwah di Hari Raya Aidilfitri yang lalu ?

"Alhamdulillah, fa nak royak serupo jugok, kita bersyukur dengan keluarga dan adik beradik kito baik belako, takdok baloh... takdoh masam-masam muka... baik-baik dan suko belako. Kito berdoa mitok gini sokmo-sokmo", suasana penuh kesyukuran dan kegembiraan sentiasa tergambar di wajah semua terutamanya ayah-bonda yang seringkali bergenang air mata melihat anak-anak mereka disamping menantu-menantu dan cucu yang yang memenuhi setiap sudut ruang tamu berkumpul berkongsi kata-kata kesyukuran dan kegembiraan.

Dan kekanda masih ingat adinda membacakan doa kesyukuran yang diaminkan semua ahli keluarga ketika itu...



(GAMBAR PERHIMPUNAN SEMUA AHLI KELUARGA MENGIKUT SUSUNAN DI HARI RAYA AILDILFITRI 2009)

Ya adindaku yang kurindui... sejak kecil kita beramai-ramai tidur berbaris-baris diruang tamu... kekadang abe keru dan abe keri berebut sape dapat sofa dulu... kekadang abe keri dan abe een berebut sape dapat tido sebelah abe keru tepi sofa... adinda suka juga berebut untuk tidur di tengah-tengah antara semua... he he adinda oh adinda... kekanda ingat juga kita asyik tarik-menarik selimut ke kiri dan ke kanan sebelum tidur namun adinda hanya tersenyum kerana adinda di tengah akan sentiasa diselimuti... kekadang 1 jam berlalu pun kita masih belum tidur sehinggalah abah keluar memegang rotan... barulah kita senyap sepi... namun tersenyum dibawah selimut...

Adindaku yang dirahmati Allah... kekanda yakin tidurmu disana lebih menyenangkan dan lebih membahagiakan dilimpahi rahmat Allah... dipenuhi kegembiraan.

Tidak banyak yang ingin kekanda coretkan kali ini, sekadar ingin melepaskan rasa rindu kekanda... Alfatihah... itulah ubat rindu kekanda hadiahkan buat adinda.. berulang kali kekanda bacakan..

- abe keru




(GAMBAR MELAWAT RUMAH MAKCIK SAUDARA DI HARI HARI RAYA AIDILFITRI 2009)

Tuesday, January 26, 2010

LAMAKAH KITA DI KUBUR??

Awan sedikit mendung ketika kaki kecil Yani berlari-lari gembira di atas jalanan menyeberangi kawasan untuk ke tanah perkuburan. Baju merahnya yang besar melambai-lambai di tiup angin. Tangan kanannya memegang ais krim sambil sesekali mengangkatnya ke mulut untuk dijamahi. Sementara tangan kirinya digenggam erat oleh ayahnya.

Yani dan ayahnya memasuki kawasan tanah perkuburan menuju ke pusara neneknya. Kemudian mereka duduk di atas tembok nisan yang bercatatan;
Hjh Aisyah Binti Marlia 19-10-1915 : 20-01-1965

"Nak, ini pusara nenekmu. Mari sayang...kita berdoa untuknya"

Yani melihat wajah ayahnya, lalu meniru gaya tangan ayahnya yang diangkat ke atas dan dia ikut memejamkan mata seperti ayahnya. Dia khusyuk mendengar ayahnya berdoa walaupun dia masih belum mampu memahami sepenuhnya setiap baris doa yang dititipkan oleh ayahnya itu.

"Ayah, nenek meninggal semasa umur 50 tahun ya?"

Ayahnya mengangguk dan tersenyum sambil memandang pusara ibunya.

"Hmm, bererti nenek sudah meninggal 45 tahun ya, Yah?" Kata Yani sambil lagak matanya mengira dan jarinya menghitung.

"Ya, nenekmu sudah di dalam kubur selama 45 tahun sayang... " Yani menoleh kepalanya dan memandang sekelilingnya. Banyak pusara di sana .

Di samping pusara neneknya terdapat pusara tua yang sudah berlumut.
Muhammad Zaini 19-02-1882 : 31-01-1910

"Hmm.. Kalau yang itu sudah meninggal 100 tahun yang lalu ya Yah?",jarinya menunjuk nisan bersebelahan pusara neneknya itu.

Sekali lagi ayahnya mengangguk dan tangannya mengusap kepala anak tunggalnya itu.

"Ya nak. Benar katamu sayang. Mengapa?" tanya si ayah sambil menatap mata anaknya yang redup.

"Hmmm, semalam ayah beritahu jika kita meninggal dan banyak dosa. Kita akan diseksa di kubur. Iya kan yah?" kata Yani sambil meminta persetujuan ayahnya.

Ayahnya tersenyum dan menggangguk.

"Benar, lalu?" tanya si ayah meminta penerangan si anak.

"Iya... Kalau nenek banyak dosanya, bererti nenek sudah diseksa 45 tahun di kubur ya ayah? Kalau nenek banyak pahalanya, bererti sudah 45 tahun nenek bahagia dikubur. Betul tak ayah?"
mata Yani bersinar ingin tahu.

Ayahnya tersenyum, namun sekilas menampakkan keningnya yang berkerut dan perasaannya yang cemas.

"Iya nak, kamu pintar sayang," kata ayahnya pendek.

Pulang dari tanah perkuburan, ayah Yani kelihatan gelisah di atas sejadahnya. Dia memikirkan perkara yang telah diperkatakan oleh anak kesayangannya tadi.

"... 45 tahun hingga sekarang... kalau kiamat datang 100 tahun lagi...145 tahun diseksa .. atau bahagia dikubur?". Dia bermonolog sendirian.

Lalu dia tertunduk dan menitiskan air mata.

"Kalau dia meninggal dan banyak dosanya. Kiamat masih 1000 tahun lagi, bererti dia akan diseksa 1000 tahun?..'Innalillaahi WA inna ilaihi rooji'un'... "

Air matanya semakin banyak menitis, sanggupkah dia diseksa selama itu.

"Itu kalau benar kiamat lagi 1000 tahun tetapi kalau 2000 tahun lagi? Kalau 3000 tahun lagi? Selama itukah dia akan diseksa di kubur. Mampukah dia bertahan dengan tiap seksaan? padahal melihat adegan pukul di salah satu rancangan televisyen pun dia sudah tidak tahan untuk melihatnya?". Jiwanya penuh dengan monolog.

"Ya Allah..."

Dia semakin menunduk. Tangannya diangkat dan air matanya semakin membanjiri pipinya.

"Allahumma as aluka khusnul khootimah"

Berulang Kali di bacanya doa itu sehingga suaranya serak dan terhenti sejenak apabila terdengar batuk Yani. Dihampirinya anak kesayangannya yang sudah terlena dan membetulkan selimutnya.

Yani terus tertidur tanpa mengetahui betapa ayahnya amat berterima kasih kepadanya kerana telah menyedarkannya erti sebuah kehidupan dan kehidupan hakiki yang akan datang di hadapannya.

"Ya Allah, letakkanlah dunia ditanganku, jangan Kau letakkan dihatiku..."

SUMBER ASAL:www.iluvislam.com

by kaklong 26/01/10,3.50pm,TM

Monday, January 25, 2010

"Lepah ni kito tok jupo pun takpo doh dok ?" Siri 2

sambungan...

Malam tu aku dengannya ke RFC Alor Setar untuk memenuhi hajat beliau yang teringin makan RFC.tapi Allahuakbar..rupa-rupanya RFC Alor Setar ni tutup pukul 12 malam.tak seperti RFC di tempat lain misalnya di Laguna Merbok,Lagenda Height 24 jam.MasyaAllah sabarlah sahabat insyaAllah esok masih ada aku akan bawa mu ke RFC Sg Petani.

aku : akhi..hok ni tutup awal.guano ni?kito make hok ringe2 dulu deh.esok kito g make kt Sg Petani.
arwah : aaaa..bereh2.xpo,kito nok kecek2 jo..buke lapar sgtpun.tp ana meme nk make RFC ni lamo sangat doh.

Pada hari Sabtu 9 Januari 2010 malam tu aku meluangkan masa selama mungkin dengan arwah memandangkan aku tidak berkesempatan untuk bersama dengannya sepanjang program tadi.pada malam tu aku bersembang dengan hampir 4 jam sehingga jam 4.15 pagi.dalam masa tu dia menceritakan serba sedikit latar belakang keluarga dia pada aku.dia jugak berkata ingin belikan jubah pada orang tua nya di Tanah Merah...

arwah : ana nok beli jubah sela ko mok ana.di penang demo kato muroh deh..
aku : ada tepak2 hok muroh.
arwah : ana nok balik bule 5 ni.nok jupo mak abah di kmpung nu.abe ana nok ajak di Singapura?
aku : ha?wat gapo?
arwah : kami nok g melacong gitu la.kami meme nok g belaka la.ana start praktikel 18 Januari ni di Sekolah Methodist Tanjung Malim.pahtu bule 5 ni cuti kami nok g la.

Malam tu aku melihat arwah sangat "biasa2 saja".sesetengah orang lain perasaan untuk pergi melancung ni begitu seronok tetapi berbeza sekali perasaan yang ada pada arwah malam tu.arwah tidak menunjukkan riak muka yang gembira dan tidak sabar2..seoalah2 arwah sudah mengetahui hajatnya tidak kesampaian dek kerana Malaikat Maut telahpun menanti nya 24 jam selepas itu di waktu yang sama.kata ulamak "orang yang mati,rohnya telah mati 44 hari sebelum itu.hanya jasadnya sahaja yang bernyawa".inilah yang akan leat di keringatku sampai bila-bila.sahabat..pergimu selama-lamanya.jika tempatmu Syurga janganlah mu melupai kami keluarga dan sahabat-sahabatmu.

Pada malam tu beliau banyak berdiam.dia yang belanja aku malam tu.

aku : kak,berapa semua?
arwah : eh xpo2 ana belanja.ni ana ada duit.
aku : eh jange gtu,ana yg ajak enta.enta pulak yg belanja.
arwah : xpo,lepah ni xtau bila dh ana nak belanjo enta.
aku : ok syukron.

Malam tu kami pulang ke tempat program sekitar jam 4.15 pagi.oleh kerana pelajar terlalu ramai di dalam Masjid,maka kami ambil keputusan tiudr saja di dalam kereta aku.15 @ 30 minit selepas itu arwah terkejut dan menggelepar di dalam kereta dan dia lari naik atas Masjid.aku jugak terkejut dan terus naik ke masjid bertanya kepada arwah.

aku : akhi..babpo ni?
arwah : ana tokleh tido takdi,supo ado oghe dok tarik tekok ana.2 yg ana naik tido atas ni.
aku : ho xpo,jom tido.

Kejadian yang berlaku ni pada pukul 4.40 pagi yang pada waktu yang sama 24 jam selepas itu arwah meninggalkan kita semua di Simpang Empat Jalan Utama UPSI.arwah pada malam tu itu tidak tidur lama,pada hemat saya sekitar setengah jam sahaja kerana bila saya bangun pukul 5 pagi arwah dah bersujud sembahyang tahajud.begitulah hebatnya hubungan arwah dengan Tuhannya.mudah-mudahan Allah menempatkan arwah di tempat yang terpuji insyaAllah.

Keesokkan harinya aku seperti biasa bergegas ke kaunter pendaftaran untuk menjalankan tugas urusetia.sebelum dia masuk ke tempat program aku memaklumkan pada arwah "petang ni habis program kita g makan Radix Pizza House di Sg Petani deh".arwah kata "aaaa bereh2..".selepas tamat program pada petang tu aku terus pulang dengannya sekitar jam 6.30 petang.

arwah : satgi kito nok semaye mano?kalu semaye siap2 mudoh sket kito nok jale mano2 pun sebab dh semaye.
aku : ho satgi kito semaye di Masjid Muzaffar Shah,Sg Petani.kita jamak sekali isyak deh.
arwah : aaaa bereh2.

setibanya kami di Masjid kami sembahyang.aku melihat arwah mengambil Al-Quran dan membawa di penjuru Masjid.memang dari mula aku melihat arwah di hari program dia suka menyendiri dan bersorangan begini.tapi aku tidak merasakan apa2 kerana setahu aku ini benda biasa.selepas kami solat isyak aku mengajaknya ke Radix Pizza House untuk belanja arwah.arwah makan begitu selera malam tu dengan Pizza tu.aku sangat gembira melihat arwah makan begitu selera.selepas makan kami pulang,sebelum masuk ke dalam kereta arwah kata padaku "sedap ana make takdi.bule jugok ana jupo enta.LEPAH NI KITO TOK JUPO PUN TAKPO DOH DOK?" aku menyambut kata-katanya dengan "insyaAllah".subahanallah rupa2nya insyaAllah aku ini memberi makna yang sangat dalam maksudnya sehingga aku benar-benar tidak akan berjumpa dengan arwah sampai bila-bila...malam tu aku menjemput arwah bermalam di rumah aku kerana sudah lewat..di samping jugak boleh berkenalan dengan keluarga aku di Baling sana..sepanjang perjalananku sehinggalah sampai ke rumah arwah hanya tidur tanpa bersembang langsung dengan aku...kami sampai di rumah aku pada jam 12.40 malam...

bersambung..

by SAHABAT SEPERJUANGAN ARWAH

AS-SYAHID HAMZAH ASADULLAH...

huda 06/01/2010 12:12 am

“assalamualaikm..adik kaklong....insyaallah trip to jb n singapore almost on May.....im already check the others......insyaallah smua org free time tue......hehe….have u heard nasyid inteam-hamzah asadullah...the great nasyid...kaklong bru je dgr......sedih la lirik dia..huhu...perjuangan para syuhada....u should hear my dear ;)“


Comment kaklong kat FS arwah pada 06/01/2010.....(hehe....kita selalu kongsi nasyid yang best-best tengok pada lirik dan mesej yang baik) kaklong pun xpasti samaada Fa dah baca belum comment kaklong nie....nasyid by inteam Hamzah Asadullah, sahabat nabi, perisai nabi,as-syahid, para solihin, syuhada,mukminin……Sejarah silam yang membangkitkan semangat perjuangan dalam memartabatkan islam di muka bumi ini……terlalu bnyak untuk dihuraikan tentang kisah as-syahid Saidina Hamzah……

Fa nak tau, first time kaklong dengar nie......berulang-ulang kaklong dengar nasyid nie….sungguh bersemangat as-syahid dalam peperangan di zaman Islam....Betapa terharunya melihat semangat perjuangan para syuhada di zaman Nabi....Nie pun kaklong tgh dengar…..nak membangkitkan semula semangat perjuangan......Ayuhla sahabat- sahabat dan sahabiah-sahabiah arwah.....kita menyambung usaha dakwah arwah dalam memartabatkan islam di mata dunia.........

Wahai para mujahid dan mujahidah....

"LA TAHZAN (Janganlah bersedih)..."

"Ingatlah ALLAH sentiasa bersama kalian..... "




Hamzah Asadullah

Album : Allahu Rabbi
Munsyid : InTeam
http://liriknasyid.com

Kesedihan para mukminin,
Masih terpancar di pedang musyirikin,
Sedang darah para syuhada',
Masih merah di lantai sirah.

Ketamakkan kepada harta,
Mungkin itu jadi puncanya,
Maka Allah menjadi murka,
Sehingga Nabi pun turut terluka,

Dalam ramai umat yang gugur,
Satu jasad tubuhnya hancur,
Kepiluan beratapan,
Menangisi satu kehilangan.

Dan setelah dikenal pasti,
Dia hamzah perisai nabi,
Biar nyawa dikorbankan,
(jiwa raga dikorbankan)
Agar Islam tetap terselamat.

Di sebalik ketewasanmu,
Ada syurga sedang menunggu,
Tiap perintah mengandung hikmah,
Keingkaran kan mengundang padah.

Lailahaillallah,(3x)
huwa saidina hamzah asadullah.

Dikaulah perisai Rasulullah,
Berjuang berkorban demi Allah.

Sudahkah puas hatimu Hendon,
Dapat melapah hati dan jantung,
Terbalaskah dendam kesumat,
Yang sekian lama telah tersemat.


"Semoga arwah adik kaklong, MOHD FADHIRI BIN RAKIAH dan sahabat baiknya, arwah MOHD FAIZOL B. SYUKOR ditempatkan bersama-sama para syuhada, solihin, syahidin, mukminin, dan tempat tertinggi disisiNYA..pencipta hambaNYA dengan RAHMAT DAN KASIH ALLAH.......aminnnn..."

by kaklong, 25/01/10.12.40pm,TM



Saturday, January 23, 2010

"Lepah ni kito tok jupo pun takpo doh dok ?"

Setelah aku pulang dari China bercuti di Malaysia hampir 2 bulan,Allah SWT mempertemukan di Program Mahasiswa Zon Utara di Pokok Sena,Alor Setar,Kedah.Hari pertama iaitu pada hari jumaat 8 Januari 2010 pada jam 2.30 petang kami berjumpa di Masjid Tunku Kalsom,Pekok Sena selepas solat jumaat.Pagi tu arwah hantar mesej kepadaku.."Salam,ana dah sampai di Stesen KTMB Alor Setar,kami semua 8 orang termasuk muslimat".Aku hampir lebih awal kerana menziarahi seorang sahabat di Hospital Sultanah Bahiyah.Jadi kami mengambil keputusan untuk berjumpa di Masjid selepas solat.Setibanya aku di masjid aku melihat arwah sedang solat sunat tahiyyatulmasjid dengan berserban putih dan berjubah hitam berseri-seri.

Sedangkan arwah tidak menyedari yang aku solat di belakangnya,aku sengaja berbuat demikian untuk mengelak daripada mengganggu iktikaafnya. Selepas solat aku call arwah...



AKU: Salam akhi..enta kat mana?
ARWAH: Ana dok belake ni,enta dok mano?
AKU : Ana dok dalam ni,ana nampak enta tadi.enta pakai jubah hitam kn?
ARWAH :..aaaaa.. bereh2..hehe

(arwah selalu bernada begini bila bercakap seperti ingin meraikan sahabat)

Kami bertemu dan aku bersalam berpeluk dengannya dengan erat seperti kami sudah kenal 3- 4 tahun...

AKU : Sapa puku bapo takdi?
ARWAH : Dale puku 10 gitula.meme lamo naik keto api..
AKU : Hehe..biasolah akhi..hok mughoh ni meme lambak.
ARWAH : Pah,leni nok g mano?make doh?
AKU :Dok lg,meme nok make denge demo la.Jomla teme ana.enta maghi masjid naik gapo?
ARWAH : Aaaa...make doh,ana make banyok doh takdi.Meme tokse make doh.Minum bule tahe lg.kami maghi naik keto muslimat.Pinje keto demo.
AKU : Ho.....akhi g oyat ke saing enta kelek denge ana satgi.Kito g make dulu sat.Ana belanjo.
ARWAH :Aaaa..berah2..

Arwah sangat baik dalam menjaga hati sahabat2 ni.Walaupun dia sudah makan tapi tak keberatan untuk menemani aku ke kedai makan.Sewaktu di kedai makan arwah selalu tekankan aku perihal perjuangan....

ARWAH : Eh enta di Chino guano he?Isle di sano kuat dok?
AKU : Di sano meme sedak dok,baghe pun mughoh,kos kehidupe pun tok tinggi supo sini.tapi oghe isle tepak ana tu tok banyok sgt sebab tu kawase selate doh.Hok beloh utara nu meme banyok laa.
ARWAH :Oooo..pah guano usroh?Jemaah isle meme takdo ko? Oghe2 kito (orang2 seperjuangan islam) meme takdok ko sano?
AKU : Ado,tapi supo takdokla sebab sket sangat.Kami takdok masu'l di sano,tapi ado Murobbi ye meme dok kawal kami la di sano.Usroh pn ado tapi tok ghama sebab oghe melayu pun ado 12 oghe jo.
ARWAH : Aaaa...takpo,enta dok di mano2 pun jange lupo denge jemaah isle.Jange lupo berdakwah kepada oghe2 cino di sano.Ana pun nok g chino jugok cito2 ni,sebab nok belaja ilmu bahaso ni.Nt nok berdakwah ke oghe2 cino hok dok sini ni.Ana nok jadi supo Ime Syafie bule kecek banyok bahaso.
AKU : Bule,enta nok g bilo oyat ea..Ana urus belako untuk enta.Jom kito balik rehat dulu,pete ni puku 6.30 start prgram doh.
ARAWH : Aaaaa..bereh2.

Pada petang tu arwah tak makan kerana dia sudah makan.Sebagai tanda meraikan sahabat dia hanya minum air batu campur.Ana sangat sejuk hati dengar nasihat dan kata-kata darinya.arwah sangat mementingkan perjuangan agar hidup kita ni benar2 menjadi hamba yang bertaqwa kepada Allah SWT.Pada petang itu setelah pulang dari makan arwah terus berehat di tingkat atas Masjid tempat program.Sementara aku buat sedikit kerja untuk persiapan pendaftaran peserta memandangkan aku urusetia program.Selepas selesai tugas aku terus mendapatkan arwah untuk tidur bersamanya.Kami tidur bersama sahabat2 UPSI yang sehingga tak sempat solat berjemaah asar dengan peserta2 yang baru hadir.Arwah dengan aku masih belum solat jamak,jadi aku bangun solat berjemaah dengan arwah dengan diimamkan sendiri oleh arwah.Sewaktu aku melihat wajah arwah di Rumah Mayat Hospital Telok Intan rupa dan mimik mukanya sebijik macam keadaannya ketika tidur di Masjid tempat program tu.Dengan terbaring terlentang,mulut dan matanya sedikit terbuka.

Selepas solat asar aku terus bergegas ke meja pendaftaran untuk menguruskan pendaftaran peserta2 yang baru sampai.Sementara arwah bersama sahabat2 dia dari UPSI di Masjid.Time makan malam tu aku mesej pada arwah "akhi..dah bole makan.cepat mai makan".Arwahpun datang dengan sahabat2 nya.Sebenarnya dari saat ini aku sudah nampak kelainan dan benda yang pelik dari arwah.Sepanjang program arwah selalu menyendiri dan berseorangan.Aku sedar perkara itu tetapi memandangkan aku susah untuk bersama dengannya sebab aku urusetia.Jadi aku mesej pada arwah "akhi..male ni lepah habih program kito tubek make RFC di Alor Setar deh?ana meme nok luweke maso denge akhi male ni".lalu dia kata "bereh"....bersambung..

by SAHABAT SEPERJUANGAN ARWAH

Friday, January 22, 2010

CORETAN KAKLONG (Siri 2)


Khamis, 21/01/10

Hari nie dah masuk hari ke 11 Fa berada nun jauh di sana, alam yang berbeza dengan alam dunia ini. Kaklong mengimbas kembali pada hari Isnin, 11/01/10 di Bilik Mayat Hospital Teluk Intan ……..

Selepas itu, kami memberi peluang kepada pihak hospital untuk menguruskan jenazah Fa, memandikan dan mengkafankan Fa…kami semua (ahli keluarga iaitu Abah, Ma, Abg Khairu, Kaklong, Syima, n Adik) dipanggil ketika proses memandikan jenazah Fa dah nak selesai……Kami diberi peluang untuk menjirus air pada jenazah Fa….memang xdapat menahan sebak, tapi kami xmahu menangis depan Fa….xnak bagi Fa sedih…..kaklong sayang Fa……tapi ALLAH lagi sayang Fa…..Uhibbuka Fillah (aku menyayangi mu kerana ALLAH) maka kaklong kena akur pada setiap yang tertulis pada Qada n Qadar ALLAH… Sepanjang diberi peluang bersama Fa, kaklong tengok je muka Fa……. Tak puas rasanya tengok wajah Fa, adik lelaki kesayangan kaklong……selepas nie kaklong tak boleh tengok dah…..kaklong nak tengok sepuas-puasnya wajah Fa sementara masa masih ada…….Alhmdulillah…….

Apabila tiba proses akhir mengkafankan jenazah Fa, kami sekali lagi diberi peluang untuk merenjis air mawar pada kain putih yang membaluti jenazah Fa……Alhamdulillah….ALLAH permudahkan segalanya……Semoga Fa ditempatkan bersama-sama para mukminin, syahidin, syuhada, solihin, anbiya dan mendapat tempat dan darjat yang tertinggi di sisi ALLAH……aminnn……rintihan doa kaklong ketika jenazah di bawa ke surau hospital untuk solat jenazah……Selesai semuanya, Fa ditemani sahabat baik Fa di dalam van jenazah UPSI untuk dibawa balik ke rumah kita…



Fa nak tau, sepanjang perjalanan balik ke rumah, semua orang xbercakap, masing-masing melayani fikiran sambil zikir dan doa didalam hati....sambil mendengar ayat-ayat suci al-quran dari kaset…bila sebak menangis…...kaklong xtaulah berapa bnyak air mata dah keluar….bila teringat kat Fa, mengalir air mata, pastu ok, pastu mengalir lagi air mata sambil zikir dan doa dalam hati sebagai sumber kekuatan dan ketenangan diri..…..kaklong xsangka adik kesayangan kaklong dah pergi menemui cinta ILAHI……Fa paling rapat dgn kaklong, selalu bercerita dengan kaklong, selalu berkongsi rahsia……........Uhibbuka Fillah…….Tapi cepat- cepat kaklong istighfar risau-risau ada bisikan-bisikan syaitan yang pandai mengambil peluang dan helah apabila anak Adam ini ditimpa kesusahan…….kaklong memohon agar ALLAH memberi kekuatan kepada kami semua dalam menghadapi ujian yang berat ini......Allahuakbar...

Kaklong ambil senaskah Yassin dan berusaha membacanya berulang kali dalam kereta sementara hari masih siang…….kalau dah malam, nanti xnampak pulak……..seboleh-bolehnya kaklong nak sedekah sebanyak yang mungkin ayat-ayat suci al-quran pada adik kesayangan kaklong………Fa nak tau, lama sangat masa kaklong nak habiskan Surah Yassin kali pertama baca……terlalu sebak…..kaklong berhenti…lepas ok sikit baru sambung balik…..xnak bagi tajwid dan makna tersalah kalau baca sambil menangis…..nak habiskan Surah Yassin tu lama sgt…..biasa kejap je…....pastu kali kedua dan seterusnya dah laju….dah x terputus-putus ....Benarlah….hanya dengan mengingati ALLAH…....hati-hati akan menjadi tenang…Alhmdulillah…

Masa tu kaklong risaukan adik dan Ma…..sejak dari pagi memang kami xmakan langsung…….xada selera langsung ingatkan Fa……adik je makan sedikit roti…….kaklong masa tu berdoa jgnlah ada pe2 kat Ma dan Adik…Ma dan Adik bukannya sihat sangat…….biarlah ALLAH bagi kekuatan pada mereka……..Fa nak tau, adik tidur je di pangkuan kaklong sepanjang perjalanan balik……sejak dari berita Fa dah tiada….adik tidur je, adik xmenangis langsung……adik macam terkejut sangat abang kesayangan dan paling rapat dengan dia dah xada……adik seolah2 xpercaya Fa dah tiada di dunia nie…..Allahuakbar……..Cuma dia ada cakap kat kaklong, “Kaklong, lepas nie adik xboleh bergurau dah dgn abg Pa, abg Pa dah xada”……sedih dan sungguh sayu, hati kaklong bila dengar adik cakap macam tue…..kaklong suruh adik banyak bersabar dan berzikir pada ALLAH….tu je yang mampu kaklong buat walaupun dalam hati kaklong turut merintih kesedihan…..

To be continued.......insyaallah jika diberi nafas yang panjang olehNYA.....

Thursday, January 21, 2010

Warkah buat Adinda; 21/01/2010


{11/1/2010 - sambungan...}
Selepas selesai membaca surah Yaasin, kekanda keluar dan terkejut dengan puluhan manusia yang datang bersalaman dengan kekanda mengucapkan takziah. Masya'Allah, adindaku... ini kesan hablun-minan-nas yang engkau jalinkan sepanjang hayatmu amnya dan sepanjang di UPSI khususnya. Sedikit sebanyak, kekanda rasa ringan kesedihan dihati dan sedikit gembira dengan keadaan ini. Tangisan pemergianmu bukan setakat di kalangan keluarga kandungmu malah keluarga besar yang adinda jalinkan.


Seterusnya kekanda jumpa pihak hospital untuk membincangkan urusan bedah-siasat, urusan memandikan jenazah adinda dan seterusnya urusan membawa pulang jenazah adinda ke Tanah Merah. Namun tidak banyak kesulitan kerana setiap kali mereka berkata "Abang jangan bimbang, kita bereskan yang ini... mudah je". Alhamdulillah, segalanya dibantu Allah dengan mempermudahkan segala urusan adinda... Bertindan (overlap) bantuan yang diterima termasuk bayaran mandi dan kafan, pengangkutan ke Tanah Merah dan sebagainya... Adinda, ramainya orang dan pihak tertentu yang mahu menghulurkan bantuan... Di masa ini, kekanda serahkan membuat keputusan secara bersama dengan rakan-rakan dan kenalanmu, kerana bagi kekanda, dirimu bukan hak keluarga semata-mata namun turut menjadi hak rakan-rakan dan kenalanmu khususnya dan masyarakat amnya.

Adindaku,
Perkara seterusnya amat mendebarkan hati kekanda sekali lagi... ketibaan Ayahanda & Bonda serta kak long, kak ngah dan adik ti. Setelah mereka tiba di belakang bilik mayat, kekanda tunjukkan tempat parking kepada ayahanda sambil meluru ke arah mereka... Kekanda mesti kuatkan semangat... namun setelah muka sayu Bonda dan Ayahanda, kekanda tidak dapat menahan sebak dan memeluk ayahanda yang mula-mula keluar dari tempat memandu,
"Abah, xdok doh anok abah oh paling soleh", ayahanda memeluk kekanda erat... ayahanda membalas, "Sabar abe keru, ingat Allah. Rahmat doh abe keru sapa dulu jupo fa", air mata kekanda mengalir ke bahu ayahanda. Kemudian kekanda terus memeluk bonda yang terlalu sayu wajahnya namun bonda tenang tak berkata apa-apa. Hanya airmata yang meleleh dipipinya dan keadaannya yang agak terketar-ketar membuatkat kekanda terus bersama bonda dan memimpin ke arah bilik mayat. Di pertengahan perjalanan, bonda berhenti menggerakkan kaki dan memandang muka kekanda, muka bonda sayu dan makin lebat tangisannya... Kekanda pandang abah... "Takpo za, gagoh ni kito nak jupo Fa", abah berkata perlahan... Makin deras airmata kami anak-anak bonda dan ayahanda...

Setelah sampai di jenazah adinda, bonda dan ayahanda mencium dahi adinda, ketika melihat wajah ayahanda dan bonda mencium dahi adinda, kekanda pasti, adinda pergi mendapat keredhaan penuh ayahanda dan bonda... kekanda yakin, adinda pergi tanpa sebarang dosa dengan kedua orang tua. Berbahagialah adinda, kerana ketika hayatmu, adinda sentiasa membahagiakan mereka berdua...

Adindaku yang dikasihi dan dirindui, sorotan seterusnya telah dibuat kak long.
Cuma, kekanda ingin menambah sedikit... Sepanjang perjalanan pulang ke Tanah Merah, kekanda asyik membebel menceritakan perihal kehidupan adinda bagi mengisi kelapangan masa memandu yang agak panjang... antaranya:
  • Kekanda pernah berkata kepada adinda "Fa, sedak abe keru tengok fa, bagus, soleh... doa ko abe keru sokmo deh"
    Adinda jawab masa tuh "Timo kasih, abe keru wat soleh jugok kito samo-samo doa banyok"
  • Di Hotel Renaisence Kota Bharu, makan malam keluarga sebelum arwah bertolak ke UPSI keesokkan harinya, arwah sering bertanya kepada abe keru dan kak nor apa lagi nak makan dan pergi ambil kerana kami sampai lewat dan malas nak ke sana sini mengambil makanan buffet... Itu ini dicadangkan oleh adinda suruh kami makan sampai kenyang. "Kuih-kuih takdok ko fa", arwah terus bingkas bangun dan pergi ke arah buffet desert... dia kembali dengan sepinggan penuh kuih, "Fa amik seremo jenih kuih, tapi so-s0 jah (satu-satu), abe keru kena kongsi nga kak nor"
  • Di cuti persekolahan yang lalu, arwah paling lama berada di rumah. Biasanya selepas 2 minggu bercuti arwah akan ke Pondok-pondok mendalami ilmu agama. Arwah banyak menghabiskan masa bersama keluarga, malah tidak tidur dibiliknya di tingkat atas, tapi sentiasa tidur dengan adinda nurhasbullah dan adinda hilmi di bilik bawah, sehingga pada satu malam runtuh katil bilik kekanda khairi & kak Yani.. he he

Banyak lagi, kekanda tak dapat tulis semua... cerita-cerita itu berselang seli dengan bacaan al-fatihah, 3 Qul dan doa...serta lelehan air mata kami. Sedikit-sebanyak fikiran yang seharian bercelaru agak tenang...

Gambar Terakhir Dari Telefon ARWAH

Gambar kawan arwah dibawah diambil dari Telefon Arwah selepas tiba di KTM Tanjung Malin
- Jam didalam gambar tersebut menunjukkan 04:20:56 . dimana 30 kemudian Arwah Fadhiri dan Arwah Faizol kemalangan pada 04:50

LA TAHZAN....janganlah bersedih ;)

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB


"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB


"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB


"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB


"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB


"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB


"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB


"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB


"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

by kaklong/21/01/10 10.56 A.M.TM

Wednesday, January 20, 2010

GAMBAR KENANGAN ARWAH BERSAMA AHLI KELUARGA










Konvo kaklong Jun 2009

CORETAN KAKLONG (Siri 1)



Selasa, 19/01/10

Hari ni dah masuk hari ke 9 Fa meninggalkan abah, ma , abg khairu, abg khairi, abg een, kaklong,syima, no, imi, adiktie, kaknor, kakyanie, fathi dan fatnin dan juga sahabat-sahabat seperjuangan Fa, serta semua orang yang kenal Fa samaada yang dekat atau yang jauh.

Sekejap je masa berlalu....masa yang meninggalkan kita tanpa menghiraukan samaada kita lalai atau taat pada YA RABB dan di mana semakin hari ajal semakin hampir dgn kita…Rasanya baru seperti semalam kaklong mendapat berita kehilangan adik lelaki kesayangan kaklong. Kaklong ingat lagi ketika kaklong mendapat panggilan kecemasan dari sahabat muslimah upsi pada 5.15 pagi 11/01/10..terus kaklong sebak dan menangis…..kaklong mengumpul kekuatan diri untuk memberitahu berita yg mengejutkan itu pada Ma dan Abah….selepas bersiap secepat mungkin dan solat subuh, terus abah, ma, kaklong, syima, n adik ke Hospital Slim River..

Dalam perjalanan ke sana, sahabat2 Fa sentiasa berhubung dgn kaklong utk memberitahu perkembangan semasa ttg Fa….Alhmdulillah masa tu Fa masih sedar dan sentiasa ucapkan kalimah ALLAH sambil dibantu sahabat2 Fa….Fa semakin kritikal kerana kerosakan pada organ dalaman dan terpaksa dibawa ke Hospital Teluk Intan utk operation…bertambah risau kami memikirkan keadaan Fa masa tu…hanya mampu berserah pada ALLAH….hanya mampu bergantung harap padaNYA mendengar rintihan doa kami….hanya mampu tawakal pada ALLAH…..Sepanjang perjalanan,kami hanya mampu berdoa, berzikir, menbaca ayat2 suci al-quran memohon pada allah agar Fa selamat dari operation yang melibatkan internal organ injury...sepanjang perjalanan kami sebak dan menangis teringatkan keadaan Fa yg kritikal….kami tak putus-putus berdoa dan berzikir kepadaNYA….

Bertambah pilu hati kaklong di saat Abah berzikir sehingga xmampu utk mengeluarkan suara akibat terlalu sebak….di saat itu zikir hanya mampu di hati, xmampu diluahkan…Time tu seingat kaklong Abah baca berulang kali Surah Al-Taubah yang bermaksud “Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakkal, dan Dia adalah Tuhan yang memiliki arasy yang agung” Allahuakbar…pada firasat kami di saat itulah Fa kembali ke rahmatullah….kerana lebih kurang masa tersebut ialah 10.30 pagi…Waallahuaallm….ALLAH MAHA MENGETAHUI….Tapi kami diberitahu berita kematian Fa lebih kurang pukul 11 pagi…mungkin tak sampai hati mereka nak memberitahu pada kami tentang kehilangan insan yang paling disayangi, paling soleh, paling waraq, paling baik dalam keluarga kami.…ketika Abah menjawab panggilan dari pihak upsi dan dengan tenangnya Abah menyebut “innalillahiwainnalillahirajiun”….terus kaklong, syima n adik kat seat belakang berpelukan dan menangis kerana xmenyangka berita tersebut akhirnya terpaksa di terima jua….di samping tu kaklong turut menenangkan Ma yang hanya mampu menangis terkenangkan anaknya yang paling soleh tinggalkan dia terlebih dahulu…..

Fa nak tahu, saat Abah nak bagitahu kami bahawa Fa dah tiada….Tabah sungguh seorang bapa yang kehilangan seorang anak yang paling dikasihinya….sungguh sebak kaklong tgk abah masa tu langsung tak menangis, abah hanya sebak dan mata hanya kemerahan menahan kesedihan…seorang bapa yang mengumpul kekuatan untuk memberitahu berita yang sangat menyedihkan pada ahli keluarganya….dia kena kuat kerana dia tahu kalau dia lemah macam mana kami yang semuanya kaum Hawa ketika itu yang sememangnya lemah dalam menghadapi ujian nie….air mata anak-anak perempuan dan isterinya memang xhenti2 mengalir…kaklong ingat lagi ketika abah sampaikan berita tersebut… ”Ma, kaklong, syima, adik sebelum tu abah pesan bersabar banyak2, kan Abah dh pesan sebelum nie, apa-apa yang berlaku hanya ALLAH yang menentukan segalanya, redhalah Fa dah tiada….”

Allahuakbar….masa tu kalimah selawat, lailahaillah dan innalillahiwainnalillahirajiun yang mampu kami baca berulang-ulang kali sebagai kekuatan diri dan ketenangan dalam menghadapi dugaan dan ujian berat dari ALLAH kerana kehilangan org yang tersayang dalam keluarga….”kullu nafsin zaiqatul maut”…….benarlah janji allah kematian seseorang hamba itu tidak pernah lambat dan cepat walau sesaat apabila sampai masanya….Allahuakbar….disaat itu kaklong hanya mampu berdoa kepada ALLAH supaya semua ahli keluarga sabar, redha, n tabah pada ketentuan pemilik hambaNYA dan berdoa supaya jangan sekali2 terdetik dalam hati dan pemikiran putus asa pada rahmah ALLAH..…kita semua memang sayangkan Fa, tapi ALLAH lebih menyayangi FA...Dia lebih berhak pada hambaNYA.. Kami redha dan akur pada Qada n Qadar ALLAH…..

Kaklong hanya sempat menyampaikn berita Fa pada Abg Khairi sahaja kerana kaklong x mampu utk menyampaikan pada ahli keluarga yang lain…kaklong ingat lagi kaklong bagitahu abg khairi “Abg khairi, Fa xda dah”…tu je yg mampu kaklong sebut pastu kaklong sebak dan nangis. Kaklong bersyukur walaupun abg khairi terdiam seketika disebabkan terkejut tetapi selepas tu mampu mengucap ‘innalillahiwainnalillahirajiun’. Kaklong hanya mampu mendail no telefon abg een, tapi Abah yang bercakap dengan abg een utk beritahu berita kehilangan Fa..”Abah, betul ke nie” pastu abg een menangis terkejut dengan berita adik lelakinya yang kembali ke rahmatullah…teresak2 abg een menangis..Abah sungguh tabah menenangkan anaknya mengatakan “Sabar banyak2 abg een, nie semua ketentuan ALLAH..perbanyakkan selawat,ingat ALLAH”….Bila tengok ketabahan Abah, kaklong berkata pada diri “Kaklong kena kuat, kakak kepada as-syahid tak boleh macam nie, kaklong kena jadi sumber kekuatan dan ketabahan pada adik2 kaklong yang lain, Ma, Abah, dan Abg2..” Kaklong pun terus call semua saudara mara kita untuk maklumkan tentang berita yang mengejutkan nie.Kaklong terasa lambat sangat nak sampai hospital, nak jumpa Fa….rasa macam nak terbang je biar cepat sampai..walaupun Fa dah tiada, tapi kaklong nak tengok buat kali terakhir wajah adik lelaki kesayangan kaklong sambil berdoa agar ALLAH permudahkan segalanya…Abah masa tu begitu tabah dan cepat bertindak dalam menguruskan hal nie..Abah call smua sahabat2, jiran, untuk menyampaikan berita ini, wakilkn paksu aziz uruskan kain kafan dan kubur ,suruh adik No n Imi kemas umah menanti kepulangan Fa….Alhmdulillah…

Akhirnya sampai ke tempat yang ingin ditujui….Alhmdulillah..Abg Khairu dah menunggu di depan bilik mayat….sebaik sahaja turun dari kereta, abg khairu memeluk Abah dan sebak menangis sambil berkata “Abah, x ada dah anak abah yang paling soleh”….Subhanallah…..Fa nak tau….ayat tu kaklong dah mimpi sebelum nie 3-4 minggu lepas…ayat yang sama diucapkan dari abg khairu kepada abah bila Fa kembali ke Rahmatullah… masa kaklong sedar dari mimpi ada air mata mengalir, kaklong istighfar dan berdoa itu hanyalah mimpi semata2. Kaklong xsangka mimpi kaklong tu benar-benar jadi kenyataan pada 11/01/10… Allahuakbar..kami saling berpelukan di luar sambil sebak menahan kesedihan.Sebaik sahaja sampai di depan pintu bilik mayat, agak terkejut melihat begitu ramai sahabat2 Fa menanti Fa…Alhmdulillah walaupun kami xsempat nak menemani Fa, Fa ditemani oleh sahabat2 yang setia hingga ajal menanti..Hanya syukur dan doa ALLAH membalas kebaikan pada sahabat2 dan semua yang hadir…

Fa nak tau, Ma kena pimpin tangan dgn abg khairu masa nak tengok Fa…redha pemergian Fa, tapi dalam masa yang sama sedih membayangkan wajah terakhir anak lelaki yang disayanginya….sebaik sahaja membuka kain yang menutupi Fa..alhmdulillah yang mampu diucapkan oleh hati kaklong….” Tenangnya adik kaklong seperti sebelum2 nie jugak, macam tidur je” Time tu kaklong terketar tangan nk pegang kaki adik kaklong kerana menahan sebak. Xpuas rasanya tengok wajah Fa…selepas nie xboleh tengok dah..kaklong nak tengok sepuas-puasnya wajah Fa…kaklong xnak nangis depan Fa, nanti Fa sedih…hanya zikir dalam hati sebagai kekuatan kaklong..kaklong amik Yassin dan baca bersama2..kaklong xnak nangis walaupn sebak….kaklong nak sedekah ayat2 suci al-quran dengan tajwid dan makna yang betul…xnak tersilap disebabkan menangis, tajwid dan makna tersalah…kaklong nak sedekahkan yang terbaik untuk adik lelaki kesayangan kaklong..alhmdulillah Allah bagi kekuatan pada kaklong dan yang lain utk sama2 baca dengan tenang..syukur padamu YA ALLAH..

To be continued..insyaallah jika diberi nafas yang panjang olehNYA

Tuesday, January 19, 2010

Alam Kubur: Bagi Mukmin

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Albaraa' bin Aazib r.a. berkata: "Kami bersama Nabi Muhammad s.a.w keluar menghantar jenazah seorang sahabat Anshar, maka ketika sampai kekubur dan belum dimasukkan dalam lahad, Nabi Muhammad s.a.w duduk dan kami duduk disekitarnya diam menundukkan kepala bagaikan ada burung diatas kepala kami, sedang Nabi Muhammad s.a.w mengorek-ngorek dengan dahan yang ada ditangannya, kemudian ia mengangkat kepala sambil bersabda: "Berlindunglah kamu kepada Allah dari siksaan kubur.". Nabi Muhammad s.a.w mengulangi sebanyak 3 kali." Lalu Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya seorang mukmin jika akan meninggal dunia dan menghadapi akhirat (akan mati), turun padanya malaikat yang putih-putih wajahnya bagaikan matahari, membawa kafan dari syurga, maka duduk didepannya sejauh pandangan mata mengelilinginya, kemudian datang malaikulmaut dan duduk didekat kepalanya dan memanggil: "Wahai roh yang tenang baik, keluarlah menuju pengampunan Allah dan ridhaNya."

Nabi Muhammad s.a.w bersabda lagi: "Maka keluarlah rohnya mengalir bagaikan titisan dari mulut kendi tempat air, maka langsung diterima dan langsung dimasukkan dalam kafan dan dibawa keluar semerbak harum bagaikan kasturi yang terharum diatasbumi, lalu dibawa naik, maka tidak melalui rombongan malaikat melainkan ditanya: "Roh siapakah yang harum ini?" Dijawab: "Roh fulan bin fulan sehingga sampai kelangit, dan disana dibukakan pintu langit dan disambut oleh penduduknya dan pada tiap-tiap langit dihantar oleh Malaikat Muqarrbun, dibawa naik kelangit yang atas hingga sampai kelangit ketujuh, maka Allah berfirman: "Catatlah suratnya di illiyyin. Kemudian dikembalikan ia kebumi, sebab daripadanya Kami jadikan, dan didalamnya Aku kembalikan dan daripadanya pula akan Aku keluarkan pada saatnya." Maka kembalilah roh kejasad dalam kubur, kemudian datang kepadanya dua Malaikat untuk bertanya: "Siapa Tuhanmu?" Maka dijawab: Allah Tuhanku. Lalu ditanya: "Apakah agamamu?" Maka dijawab: "Agamaku Islam" Ditanya lagi: "Bagaimana pendapatmu terhadap orang yang diutuskan ditengah-tengah kamu?" Dijawab: "Dia utusan Allah". Lalu ditanya: "Bagaimanakah kamu mengetahui itu?" Maka dijawab: "Saya membaca kitab Allah lalu percaya dan membenarkannya" Maka terdengar suara: "Benar hambaku, maka berikan padanya hamparan dari syurga serta pakaian syurga dan bukakan untuknya pintu yang menuju kesyurga, supaya ia mendapat bau syurga dan hawa syurga, lalu luaskan kuburnya sepanjang pandangan mata." Kemudian datang kepadanya seorang yang bagus wajahnya dan harum baunya sambil berkata: "Terimalah khabar gembira, ini saat yang telah dijanjikan Allah kepadamu." Lalu bertanya: "Siapakah kau?" Jawabnya: "Saya amalmu yang baik." Lalu ia berkata: Ya Tuhan, segerakan hari kiamat supaya segera saya bertemu dengan keluargaku dan kawan-kawanku."

Abul-Laits dengan sanadnya meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Seorang mukmin jika sakaratulmaut didatangi oleh Malaikat dengan membawa sutera yang berisi masik (kasturi) dan tangkai-tangkai bunga, lalu dicabut rohnya bagaikan mengambil rambut didalam adunan sambil dipanggil: "Ya ayyatuhannafsul muth ma'innatur ji'i ila robbiki rodhiyatan mardhiyah." (Yang bermaksud) "Hai roh yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan perasaan rela dan diridhoi. Kembalilah dengan rahmat dan keridhoan Allah." Maka jika telah keluar rohnya langsung ditaruh diatas misik dan bunga-bunga itu lalu dilipat dengan sutera dan dibawa keilliyyin. Adapun orang kafir jika sakaratulmaut didatangi oelh Malaikat yang membawa kain bulu yang didalamnya ada api, maka dicabut rohnya dengan kekerasan sambil dikatakan kepadanya: "Hai roh yang jahat keluarlah menuju murka Tuhammu ketempat yang rendah hina dan siksaNya, maka bila telah keluar rohnya itu, diletakkan diatas api dan bersuara seperti sesuatu yang mendidih kemudian dilipat dan dibawa kesijjin."

Alfaqih Abu Ja'far meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Umar r.a. berkata: "Seorang mukmin jika diletakkan dikubur maka diperluaskan kuburnya itu hingga 70 hasta dan ditaburkan padanya bunga-bunga dan dihamparkan sutera, dan bila ia hafal sedikit dari al-quran sukup untuk penerangannya jika tidak maka Allah s.w.t. memberikan kepadanya nur cahaya penerangan yang menyerupai penerangan matahari, dan didalam kubur bagaikan pengantin baru, jika tidur maka tidak ada yang berani membangunkan kecuali kekasihnya sendiri, maka ia bangun dari tidur itu bagaikan masih kurang masa tidurnya dan belum puas. Adapun orang kafir maka akan dipersempit kuburnya sehingga menghancurkan tulang rusuknya dan masuk kedalam perutnya lalu dikirimkan kepadanya ular segemuk leher unta, maka makan dagingnya sehingga habis dan sisa tulang semata-mata, lalu dikirim kepadanya Malaikat yang akan menyiksa iaitu yang buta tuli dan bisu dengan membawa puntung dari besi yang langsung dipukulkannya, sedang Malaikat itu tidak mendengar suara jeritannya dan tidak melihat keadaannya supaya tidak dikasihaninya, selain itu lalu dihidangkan siksa neraka itu tiap pagi dan petang."

Abu-Laits berkata: "Siapa yang ingin selamat dari siksaan kubur maka harus menlazimi empat dan meninggalkan empat iaitu:

Menjaga sembahyang lima waktu

Banyak bersedekah

Banyak membaca al-quran

Memperbanyak bertasbih (membaca: Subhanallah walhamdulillah wal'aa ilaha illallah wallahu akbar, walahaula wala quwata illa billah)

Semua yang empat ini dapat menerangi kubur dan meluaskannya. Adapun empat yang harus ditinggalkan ialah:

Dusta

Kianat

Adu-adu

Menjaga kencing, sebab Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Bersih-bersihlah kamu daripada kencing, sebab umumnya siksa kubur itu kerana kencing. (Yakni hendaklah dicuci kemaluan sebersih-bersihnya.)

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Innallahha ta'ala kariha lakum arba'a: Al'abatsu fishsholaati, wallagh wu filqira'ati, warrafatsu fisshiyami, wadhdhahiku indal maqaabiri. (Yang bermaksud) Sesungguhnya Allah tidak suka padamu empat, main-main dalam sembahyang dan lahgu (tidak hirau), dalam bacaan quran dan berkata keji waktu puasa dan tertawa didalam kubur."

Muhammad bin Assammaak ketika melihat kubur berkata: "Kamu jangan tertipu kerana tenangnya dan diamnya kubur-kubur ini, maka alangkah banyaknya orang yang sudah bingung didalamnya, dan jangan tertipu kerana ratanya kubur ini, maka alangkah jauh berbeza antara yang satu pada yang lain didalamnya. Maka seharusnya orang yang berakal memperbanyak ingat pada kubur sebelum masuk kedalamnya."

Sufyan Atstsauri berkata: "Siapa yang sering (banyak) memperingati kubur, maka akan mendapatkannya kebun dari kebun-kebun syurga, dan siapa yang melupakannya maka akan mendapatkannya jurang dari jurang-jurang api neraka."

Ali bin Abi Thalib r.a. berkata dalam khutbahnya: "Hai hamba Allah, berhati-hatilah kamu dari maut yang tidak dapat dihindari, jika kamu berada ditempat, ia datang mengambil kamu, dan bila kamu lari pasti akan terpegang juga, maut terikat selalu diubun-ubunmu, maka carilah jalan selamat, carilah jalan selamat dan segera-segera, sebab dibelakangmu ada yang mengejar kamu yaitu kubur, ingatlah bahawa kubur itu adakalanya kebun dari kebun-kebun syurga atau jurang dari jurang-jurang neraka dan kubur itu tiap-tiap hari berkata-kata: Akulah rumah yang gelap, akulah tempat sendirian, akulah rumah ulat-ulat."

-khairuddin
[Dipetik dari http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/siksaalamkubur.htm]

Monday, January 18, 2010

Warkah buat Adinda; 18/01/2010

Al-fatihah...

Assalamualaikum adindaku,


Alhamdulillah, tahlil hari ke-7 buat adinda selamat diadakan. Segala doa dipanjatkan kepada Allah buat kesejahteraan adinda di alam barzah. Seringkali kekanda cuba bayangkan apakah keadaannya di alam tersebut, namun sekatan minda akal manusia tidak mampu membayangkannya secara terperinci.


Kali ini kanda sorotkan kembali perjalanan kekanda Isnin, 11/1/2010.


5.50 pagi, kekanda dikejutkan tidur dengan panggilan abah dengan kejutan adinda mengalami kemalangan tersebut. Hati kanda disentap pilu dengan dugaan ini. Bergegas kekanda mandi dan bersiap dan menunaikan solat subuh dan bersedia untuk memulakan perjalanan.
6.15 pagi, kekanda telah memulakan perjalanan dari Kg Berchang, Kuala Lipis untuk mengejar adinda di Hospital Slim River. Panggilan sempat dibuat kepada Guru Besar kekanda memaklumkan keadaan ini. Kereta yang baru ditukar dengan isteri kekanda semalam dipecut laju membelah keheningan pagi ke arah Gua Musang. Di stesyen petronas Kechau kekanda mengisi penuh petrol dan meneruskan perjalanan tanpa membuang banyak masa.
7.45 pagi, kekanda melewati Gua Musang dan terus memecut ke arah Simpang Pulai dan ketika ini destinasi telah ditukar ke Hospital Teluk Intan. Zikir, Doa sentiasa di bibir kekanda diiringi dengan linangan air mata dengan segala persoalan yang mengusutkan fikiran kekanda. Ya Allah, tuhan sahaja yang tahu betapa hati kekanda tidak tenteram memikirkan segala kemungkinan. Namun sentiasa kekanda sedarkan diri dengan beristifar untuk menerima segala takdir dan qada qadar Allah.
9.45, kekanda tersilap memecut ke arah Ipoh dari Tol Simpang Pulai menyebabkan kekanda perlu membuat pusingan semula ke arah Selatan Lebuhraya Utara Selatan. Ayahanda bersama keluarga masih berada di Kuala Kangsar dari Tanah Merah, Kelantan melalui Grik.
10.15-10.30 pagi, kekanda menghentikan kereta di perhentian Bidor untuk mengisi petrol yang telah berada di tahap minima. Perjalanan diteruskan hingga ke Bidor dan seterusnya menuju ke Teluk Intan. Hati kekanda makin berdebar-debar untuk menghadapi segala kemungkinan. Doa tidak putus-putus dipanjatkan buat adinda. Ya Allah, berikanlah kami kekuatan dengan ujianMu.
11.30 pagi, kekanda tiba di Hospital Teluk Intan. Panggilan demi panggilan dibuat dengan rakan adinda dan akhirnya kekanda tiba di pintu depan unit kecemasan. Kekanda beranggapan adinda sedang melalui pembedahan namun anggapan tersebut berkecai setelah, "Abang, bawak bersabar. Adik abang telah kembali ke Rahmatullah pukul 10.30 pagi tadi. Allah lebih menyayangi beliau", kata salah seorang rakan adinda...
Kekanda terpegun sebentar, tiada tangisan dan tiada reaksi buat seketika... "Keluarga abang masih dalam perjalanan ke sini, terpulanglah kepada abang untuk memaklumkan perkara ini atau menunggu mereka tiba", sambung mereka lagi... Berat hati dan bahu kekanda menanggung situasi ini, satu panggilan dari ayahanda kekanda abaikan kerana tidak tahu bagaimana nak menyampaikan kejutan ini. Namun setelah panggilan seterusnya diterima dari adinda huda, rupanya Kolej telah menyampaikan berita ini kepada ayahanda... Dan akhirnya titisan air mata mula mengalir di pipi kekanda... Ya Allah, selayaknya Kau menyayangi adindaku ini, kerana antara kami 9 orang adik-beradik, dialah yang paling baik & Soleh. Dialah yang paling tenang menghadapi sebarang situasi. Antara rasa sayang, rasa kehilangan, keimanan terhadap Qada & Qadar, keyakinan kepada takdir dan hakikat kematian, segalanya bercampur-baur dalam sanubari kekanda. Kekanda redha, namun kesedihan tidak mampu disembunyikan.
Kekanda ke bilik Mayat Hospital Teluk Intan untuk menguruskan beberapa perkara sebelum bergerak ke kereta kekanda untuk mengambil pakaian bersih dan ke tandas mensucikan diri. Kekanda ambil senaskah Yaasin dalam kereta dan bersedia untuk berhadapan dengan jenazah adinda. Rancangan asal untuk menunggu keluarga tiba sebelum melihat jenazah adinda dibatalkan.
Masuk ke bilik mayat, sekujur tubuh ditutupi kain putih membuat kekanda sayu sambil kaki terus melangkah. Kekanda bukakan kain putih tersebut dibahagian kepala dan disitu kekanda lihat betapa tenang wajah adinda ibarat sedang tidur. Kekanda sentuhkan tangan di pipi adinda, sejuk dan dingin sekali. Kekanda tutup kembali kain putih tersebut dan duduk dikerusi yang disediakan pihak hospital. Bersama sepupu kita Linda, Syukri & Isteri serta Syahril, kekanda teruskan membaca Yaasin buat adinda. Linangan air mata sesekali menyapa pipi... namun sentiasa kekanda cuba kuatkan semangat dan mengingati Allah dengan ketetapan ini.
-Khairuddin

SELAMAT HARI LAHIR BUAT MA

18/1/2010, genap umur ma (Rakiah Abdullah), 57 tahun.

Terima kasih buat kawan arwah, Zul & Ira yang menyempurnakan antara hasrat terakhir arwah untuk menghadiahkan ma sepasang jubah sempena Hari Lahir ma.

Keluarga mendoakan kesihatan yang berpanjangan buat ma, dipanjangkan umur, dan diberikan kemudahan untuk menjalankan ibadah.
Juga didoakan ma sentiasa diredhai Allah, dan dipermudahkan segala urusan di dunia dan seterusnya di akhirat, Insya'Allah

SEKITAR MAJLIS TAHLIL MALAM KE-7
















Warkah buat Adinda; Special Edition



Adinda-adinda yang kekanda sayangi,




Perkara paling penting yang hendak kekanda katakan ialah, kekanda amat menyayangi adinda-adinda semua. Bukan hanya sekarang tetapi sejak kekanda mempunyai seorang adinda iaitu adinda Khairi, sehinggalah kekanda mempunyai lapan orang adinda dengan kelahiran adinda Ti.




Namun, mungkin kekanda jarang menyebut perkara ini secara formal dan secara langsung, tapi yang pasti, kekanda amat menyayangi kalian berlapan.




Adinda Mohd Khairi Azhar yang dikasihi,




Memori pertama bersama adinda ialah ketika kita sekeluarga tinggal di SMK Kuala Krai. Masihkah adinda ingat setiap kali abah pulang dari sukan atau outstation, abah akan membelikan kita mainan ? Antara yang paling kekanda ingat ialah kekanda dibelikan abah sebuah kereta polis dan adinda pula menerima sebuah kepala keretapi yang masing-masing sebesar raga motorsikal. Teringat kekanda, di satu kenangan, abah dan ma duduk di sofa dan kita bermain kereta polis dan kepala keretapi itu dalam keadaan gelap semata-mata kerana nak lihat betapa terangnya lampu dan cahaya dari kedua-dua buah mainan itu..




Seingat kekanda, kita sememangnya banyak menghabiskan masa bersama sejak kecil hinggalah kekanda memasuki SMAP Kajang pada 1990. Kita main bersama, kita makan bersama dan kita bergaduh bersama. Kita bersekolah rendah pun bersama, sentiasa ada adinda 2 darjah di bawah kekanda. Tapi setelah adinda Syafiee semakin besar, adinda Khairi makin rapat dengan adinda Syafiee.. he he, kekanda tak jeles pun.. Sebab masa tu kekanda dah nak masuk Sekolah Menengah.. Ketika kekanda tingkatan 3, adinda masuk ke SMKA Falahiah, dan begitulah seterusnya. Hubungan kita baik namun hanya berjumpa ketika cuti-cuti panjang. Tetapi, semasa adinda masuk YPMKL, hubungan kita makin rapat kerana kita berada berdekatan di Kuala Lumpur. Ingatkah adinda, sekali sekala kita keluar makan bersama.




Seterusnya, setelah kita sama-sama menempuhi alam pekerjaan, hubungan kita sentiasa baik, kekanda hargai rasa hormat dalam diri adinda dan ketenteraman adinda dalam berbicara dengan kekanda. Seingat kekanda, kekanda selalu bertanyakan itu dan ini kepada adinda, kadang-kadang mungkin sampai ke perkara-perkara yang kurang penting.. Semuanya kerana kekanda cuba tunjukkan rasa 'caring' kekanda pada adinda.




Kekanda amat gembira ketika adinda ingin mendirikan rumahtangga, kerana kekanda bangga adinda akan memulakan satu era baru dalam keluarga kita, iaitu alam perkahwinan. Kekanda tidak bersama keluarga ketika pernikahan adinda di rumah pengantin perempuan, maafkan kekanda. Namun, dapat juga kekanda pulang untuk meraikan adinda ketika majlis di rumah kita di Tanah Merah. Lawak juga bila kekanda bersama abah menyambut tetamu, ramai yang mengucapkan tahniah kepada kekanda seolah-olah kekanda yang berkahwin.. he he... kekanda asyik ulang, "Eh.. buke kito, adik..". Lepas tu, bila ada yang cakap, "Guano adik dulu", kekanda jawab, "Kito ngaloh sokmo nga adik.." he he..




Sehingga sekarang pun, setelah adinda bergelar bapa kepada 2 cahayamata yang comel-comel, kekanda sentiasa rasakan betapa dalam hati kita berdua sentiasa ada perasaan hormat-menghormati dan sayang-menyayangi. Kita rapat dan kita sentiasa mengambil berat hal-hal berkaitan satu sama lain.. Banyak ketika kita berbincang perkara-perkara yang berkaitan dengan keluarga dan juga kerjaya kita. Alhamdulillah, adindaku Khairi, dengan segala nikmat kasih sayang adik beradik yang dikurniakan Allah kepada kita.




Kekanda doakan semoga adinda Khairi terus mendapat limpahan Rahmat Allah, di dunia dan di akhirat. Semoga adinda Khairi dan Kak Yani (Isteri), Fatnin, Fathi, dan ramai lagi anak-anak seterusnya (he he) sentiasa bahagia dan sentiasa dimurahkan rezeki, dan sentiasa mendapat keredhaan Allah. Amin.




Adindaku Mohd Syafiee yang dikasihi,




Kekanda teringat semasa Allahyarham Tok Ayah (Datuk sebelah Abah), berjalan perlahan merapati tadika tempat kekanda belajar dan kemudian cakap ngan kekanda, "Abe keru bulih adik doh, marila nok balik". Kekanda dapatkan kebenaran dengan cikgu untuk pulang dan terloncat-loncat berjalan dengan Tok Ayah memimpin tanganya. Macam-macam soalan kekanda tanya Tok Ayah.. "Jate ko tino", kekanda tanya.. "Ma segar dok?" kekanda tanya lagi. "Abah balik doh?".. dan macam-macam lagi sehinggalah kekanda masuk ke rumah dan ketika menyelak tirai dan sempat mengintai adinda dan ma sebelum, "Eh, tubik luar nu ore jate", he he marah Mak (Nenek).. hu hu... Abe keru keluar pergi main dengan Abe keri la... Dan bermulalah episod berebut-rebut antara kami berdua setiap kali nak tengok adinda Syafiee atau riba adinda.




Adinda mengikuti jejak kekanda Khairi memasuki SMKA Falahiah dan telah meninggalkan rekod 9A PMR yang tidak dapat dipecahkan sehingga sekarang oleh adik-beradik yang lain. You Got Class ! And you always do. Adinda Syafiee, adalah yang pertama naik kapal terbang di antara adik-beradik kita ke Sarawak, hadiah kecemerlangan tersebut. Tidak cukup dengan itu, (I have said earlier you got Class !), adinda ke Jepun semasa di UTM Jalan Semarak. Adinda sentiasa ke UTM Jalan Semarak kerana kekanda berkerja berdekatan dengan KLCC. Kekanda sentiasa ingat adinda kena makan banyak kali kerana takut gastrik. Kekanda harap adinda sentiasa jaga jadual makan adinda. Hubungan kita baik dan kekanda sentiasa hargai bagaimana adinda cuba mengawal ton suara adinda ketika bercakap dengan kekanda, semata-mata kerana adinda menghormati kekanda sebagai abang. Kekanda sentiasa sedar dan sentiasa bertolak ansur dengan adinda kerana kekanda tahu sememangnya darah adinda agak panas (keturunan tu.. he he) dan kekanda gembira bersama adinda sepanjang setahun di Kapit, Sarawak. Kekanda cukup-cukup 'happy' masa kat Sarawak di samping adinda, walaupun kita hanya berjumpa di hujung-hujung minggu atau semasa kekanda ada kursus di bandar Kapit. Kita selalu makan bersama, tidur bersama (berlainan bantal.. he he), main laptop bersama, pergi swimming bersama, main badminton bersama, dan juga sering berbual-bual pasal kerjaya kita yang mempunyai majikan yang sama iaitu Kerajaan Malaysia.




Kekanda bersyukur ke hadrat Allah, kerana satu tahun bersama adinda di Kapit adalah suatu hikmah bagi merapatkan hubungan kita, kerana seingat kekanda, kita jarang-jarang berjumpa sebelum itu. Kita hanya jumpa ketika Hari Raya Aidilfitri 2-3 tahun sebelum itu.




Adinda Syafiee, sehingga adinda pindah ke Kuching dan kini di Miri, kekanda sentiasa kagumi kesungguhan dan komited adinda pada kerja. Tidak salah lagi kenapa adinda mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 3 tahun berturut-turut, sebelum dinaikkan pangkat dan sekarang berkhidmat sebagai Ketua Unit Khas Bergerak (UKB) bagi negeri Sarawak.




Alhamdulillah, nikmat adik-beradik yang indah bersama adinda. Kekanda sentiasa doakan kesihatan dan kesejahteraan adinda walaupun jauh di seberang laut. Semoga Allah lindungi adinda dan sentiasa merahmati adinda. Kekanda juga berdoa semoga adinda dipertemukan jodoh yang solehah bagi menambahkan ahli keluarga, ipar-ipar, dan biras-biras... he he (Dulu adinda selalu suruh adinda Fa kawin dulu sebelum adinda).




Didoakan juga semoga adinda sentiasa gembira dan please senyum sokmo. .




Adindaku Nurulhuda yang dikasihi,




Sejak adinda dilahirkan, di bilik tengah (bilik adinda sekarang), kekanda sentiasa merasakan ada satu tanggungjawab besar yang perlu kekanda laksanakan buat adinda. Sebagai puteri sulong Cikgu Ripin & Kak Za, kelahiran adinda sememangnya membawa sinar dalam keluarga. Untuk pengetahuan adinda, kekanda, kekanda khairi dan kekanda syafiee sememangnya mengharapkan adinda seorang puteri sehinggalah adinda dilahirkan.. Alhamdulillah.




Sekiranya adinda ingat, kekanda selalu tanya adinda, "Ado ore gelar dop?" sejak dari adinda masuk sekolah tadika, seterusnya ke sekolah rendah, sekolah menengah hinggalah ke Universiti. Mungkin adinda rasa 'annoying' dengan pertanyaan kekanda yang berulang kali itu, tapi sebenarnya itulah sikap 'protecting' kekanda andai sesiapa melukakan hati adinda, secara automatic dia akan melukakan hati kekanda dan juga kekanda khairi dan kekanda Syafiee..




Adinda ingat tak, dulu masa kita kecik-kecik, kita 4 orang ada buat "meeting" dalam bilik tengah ? Bersama kita ada juga adinda Fa (Arwah) yang masih kecil tapi menangis tak nak ditinggalkan di luar bilik. Masa tu rasanya kali pertama kita cakap secara serius (hu hu...) betapa pentingnya kita menjaga hubungan kita adik-beradik, mesti sentiasa menyenangkan Abah & Ma, serta cuba sedaya-upaya jangan buat Abah & Ma susah hati (he he he).. Tergelak juga mengingatkan keadaan masa tu sebab rasanya kekanda baru Tingkatan 1 atau 2, masih mentah untuk "mempengerusikan meeting"... he he.... Kekanda masih ingat Kak Long buat muka, bila kita orang cakap semua yang Ma buat, Kak Long kena tolong.. he he... nakal kan, kekanda-kekanda Kak Long menyakat... hu hu..




Kekanda agak gembira Kak Long bersekolah menengah dekat dengan rumah, kerana bimbang dengan keselamatan Kak Long sekiranya jauh dari rumah. Sama macam kekanda, saiz badan semasa lingkungan umur tersebut agak kecil berbanding rakan sebaya yang lain. Adinda membuktikan kejayaan cemerlang sehingga menjejakkan kaki ke UiTM Shah Alam. Kekanda masih ingat, kekanda selalu menunggang motorsikal dari Kajang hingga ke Shah Alam untuk jumpa Kak Long, bawak Kak Long makan-makan, beli barang-barang dan sebagainya. Masa awal-awal kat UiTM, Kak Long cakap takut nak keluar sendiri dengan kawan-kawan, hinggalah semester kedua. Kekanda ingat, kekanda bawak Kak Long ke Subang Jaya sebab Kak Long nak beli handset. He he... Bila teringat tu... dan teringat Abah.... fuh, Alhamdulillah, semuanya selamat. Kak Long nak tahu, sampai hal-ehwal-wanita pernah kekanda tanya Ma, takut-takut Ma tak ajar.. he he memandai jugak kekanda ni... ye lah, adik perempuan pertama la katakan...




Adinda memang baik dengan kekanda dan kekanda-kekanda yang lain. Kami rasakan adinda ibarat 'buffer' dan pelengkap kepada kekurangan atau perselisihan antara kami. Kak Long mampu menjadi penenang ketika ada masalah, dan menjadi penghubung apabila sesuatu perlu disampaikan dengan cara yang lembut. He he... Kak Long pun boleh jadi 'SPY' yang boleh dipercayai... hu hu... tapi untuk tujuan yang baik....




Bagi adinda-adinda kak long, sememangnya mereka lebih rapat dengan Kak Long berbanding kekanda, mungkin disebabkan faktor jarak umur dan jarang-jarang berjumpa.




Alhamdulillah, kehadiran adinda sebagai anak ke-4. Kekanda doakan, adinda sentiasa ceria dan sentiasa tabah. Semoga Allah tunaikan segala impian adinda samada dunia atau akhirat. Didoakan juga adinda bertemu jodoh yang Soleh yang sesuai dengan adinda. Amin.


(Ingat tak kami bertiga selalu sakat Kak Long, sapa nak nikah nga Kak Long kena interview dengan kami... he he he... Sebab sayang ko Kak Long la).




Adindaku Mohd Fadhiri bin Rakiah,















[pause]























" Wahai abe keru yang disayangi, bila mahu di sambung warkah ini..hehe..dah lama pause tu.;) " - kaklong




















LA TAHZAN.....

(JANGANLAH BERSEDIH)










" Janganlah kamu bersikap

lemah, dan janganlah kamu

bersedih hati,padahal kamulah

orang-orang yang tinggi

darjatnya, jika kamu orang-

orang beriman"

( Surah Al-Imran Ayat 139 )

" Allah tidak akan membebani

seseorang itu melainkan dengan

kesanggupannya "

(Surah Al-Baqarah Ayat 286)

".......dan janganlah kamu

berputus asa pada Rahmah

Allah. Sesungguhnya tiada

berputus asa dari Rahmah Allah

melainkan kaum yang kafir "

(Surah Yusuf Ayat 12)

" Tiada apapun yang menimpa

seseorang mukmin berupa

bencana dan menderita

kesusahan, kecuali semua itu

menjadi sebab untuk

menghapuskan dosa-dosanya "

(Hadis Bukhari dan Muslim)