BUAT PENGUNJUNG-PENGUNJUNG BLOG.....

BUAT PENGUNJUNG- PENGUNJUNG BLOG.....


Untuk makluman sahabat sahabiah yang baru mengunjungi blog ini, blog Al-Fatihah buat Mohd Fadhiri bin Rakiah (Mohamad Ariffin) dibuat setelah ahli bait solihin kami iaitu al-marhum Mohd Fadhiri kembali ke Rahmatullah pada 11/01/10.



Blog ini telah diwujudkan pada 14/01/10, iaitu 3 hari setelah arwah kembali ke Rahmatullah oleh Abang Khairu (abang sulung arwah).



Semoga tautan ukhwah Fillah yang terjalin antara sahabat sahabiah serta semua yang pernah mengenali al-marhum Mohd Fadhiri dapat kami sekeluarga sambung, insyaALLAH




- dari keluarga al-marhum Mohd Fadhiri bin Rakiah (Mohamad Ariffin) -



JOM PROMOSI


ASIF JIDDAN....


Assalamualaikum kepada semua pengunjung-pengunjung blog Al-Fatihah buat Mohd Fadhiri bin Rakiah (Mohamad Ariffin)



Semoga sentiasa dalam lindungan dan rahmah ALLAH...InsyaALLAH..Semoga sentiasa diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan sehari-hari hanya untuk mencapai redha ALLAH..


Asif jiddan, dah lama kaklong tak update blog, untuk berkongsi ilmu, Ini kerana kaklong sibuk kemaskini portal web Islam bersama adik Imi..Buat sementara waktu, bolehlah ziarah portal murabbi. Semoga mendapat sedikit sebanyak ilmu yang bermanfaat untuk dunia dan akhirah di portal web Islam tersebut....http://www.murabbi.net/

InsyaALLAH, setelah kaklong dah siap mengemaskini Portal murabbi, akan kaklong kembali mencoret di sini..InsyaALLAH


Pejuangan yang masih jauh selagi jasad terkandung dalam diri dalam menuju YA RABB. Hanya untuk mendapart redha ALLAH..insya ALLAH...;ALL THE BEST!!!...BI TAUFIQ WA NAJAH FI DUNNIA WA AKHIRAT ;)


PENGUMUMAN KHAS

PENGUMUMAN MAJLIS TAHLIL

Majlis Tahlil Hari Ke 100 Allahyarham Mohd Fadhiri bin Rakiah adalah pada tarikh
20/4/2010 (Selasa). Kemungkinan akan dibuat pada tarikh
22/4/2010 (Khamis). Insyaallah


Semua sahabat sahabiah serta semua yang mengenali arwah di jemput hadir. Kami sekeluarga sangat-sangat mengalukan kedatangan sahabat sahabiah semua



Thursday, October 28, 2010

BAJU MUSLIMIN & MUSLIMAT MURABBI

Assalamualaikum buat semua ahli usrah dan juga tetamu murabbi yang mengunjungi. Tempahan Baju Murabbi.Net telah dibuka sekarang. Sesiapa sahabat dan sahabiah yang berminat untuk memiliki baju murabbi bolehlah melihat keterangan lanjut di Portal Web Islam Murabbi..Bolehlah memakainya ketika Multaqo Murabbi nanti ;)








Perhatian : Warna baju mungkin berlainan dengan warna baju sebenar, Apa yang admin boleh katakan ialah warna baju sebenar ialah hijau lembut.Bukan hijau terang macam dalam gambar




LANGKAH- LANGKAH PEMBAYARAN



Langkah 1 : Buat bayaran sebanyak RM25 untuk baju muslimin dan RM30 untuk Muslimah.Sekiranya ingin membeli lebih dari 1,sila gandakan pembayaran anda


Nama Bank : Maybank
No.Akaun : 553056010708
Atas Nama : Murabbi Dot Net Solution


Langkah 2 : Selepas melakukan pembayaran,Anda dikehendaki sms butiran pembayaran kepada Admin untuk admin mengesahkan pembayaran anda


Hantar ke Adik Imi 019-2532532


Langkah 3 : Sila isi borang dibawah ini selepas melakukan pembayaran dan pengesahan pembayaran


1)Nama

2)No.Telefon

3)Muslimin

-Kuantiti Baju Muslimin
-Saiz Baju Muslimin

4)Muslimah
-Kuantiti Baju Muslimat
-Saiz Baju Muslimat

5) Alamat Untuk Baju Diposkan



Bolehlah melihat keterangan lanjut di Murabbi.net

http://www.murabbi.net/v1/viewpage.php?page_id=41

MULTAQO MURABBI





Assalamualaikum buat semua ahli usrah dan juga tetamu murabbi yang mengunjungi. Semoga sentiasa dibawah lindungan dan rahmah ALLAH. Pihak admin dan moderator Murabbi.net akan mengadakan "MULTAQO MURABBI" iaitu “PERJUMPAAN MURABBI” pertama yang akan diadakan tidak lama lagi. InsyaALLAH.


Pihak admin bercadang untuk mengadakan perjumpaan Murabbi ini pada hari raya ke 2 Hari Raya Haji tahun ini (Pertengahan bulan 11, 2010). InsyaALLAH, untuk perjumpaan Murabbi pertama ini akan diadakan di rumah admin murabbi sendiri di negeri Kelantan. Multaqo Murabbi ini terbuka secara umum kepada semua ahli usrah Murabbi dan juga kepada sahabat sahabiah al-marhum Mohd Fadhiri dan secara khususnya kepada semua krew moderator Murabbi.


InsyaALLAH, Multaqo Murabbi yang pertama ini merujuk kepada perjumpaan untuk mengeratkan ukhwah sesama admin Murabbi, krew moderator Murabbi, sahabat sahabiah al- marhum Mohd Fadhiri dan juga semua ahli usrah Murabbi.


Sesiapa ahli usrah Murabbi dan sahabat sahabiah Allahyarham Mohd Fadhiri yang berminat untuk menyertai “Multaqo Murabbi” ini bolehlah memberi nama kepada pihak admin melalui borang penyertaan Multaqo Murabbi yang telah disediakan. Kedatangan krew moderator murabbi, sahabat sahabiah al-marhum Mohd Fadhiri, dan ahli usrah Murabbi sangat-sangat dialu-alukan ke Multaqo Murabbi yang pertama ini.




Berikut merupakan Tentatif Program Multaqo Murabbi




TAJUK PROGRAM: MULTAQO MURABBI PERTAMA


OBJEKTIF:



1) Mengeratkan ukhwah sesama pihak pentadbir Murabbi, krew moderator Murabbi, ahli usrah Murabbi dan sahabat sahabiah yang mengenali al-marhum Mohd Fadhiri.

2) Membahagikan skop tugasan kepada krew moderator Murabbi.



TARIKH:

Hari ke 2, Hari Raya Haji (Pertengahan Bulan 11, 2010)




LOKASI:


Rumah Pihak Pentadbir Murabbi di Tanah Merah, Kelantan
(Alamat: Lot 2902, Lorong Pipit, Taman Adabi, 17500, Tanah Merah, Kelantan)




TENTATIF PROGRAM

10:00 – 11:00 Pagi
Ketibaan dan pendaftaran krew moderator Murabbi, ahli usrah murabbi dan sahabat sahabiah al-marhum Mohd Fadhiri di rumah pihak pentadbir Murabbi.


11:00- 11:15 Pagi
Kata aluan dari Pengerusi Majlis dan bacaan doa


11:15- 11:45 Pagi
Kata-kata ucapan dari wakil pihak pentadbir tertinggi Murabbi
memperkenalkan barisan pihak pentadbir tertinggi Murabbi dan krew moderator Murabbi


11:45 -12:00 T/h
Kata- kata ucapan dari wakil krew moderator Murabbi


12:00 - 12:30 T/h
Sesi ahli Usrah Murabbi memperkenalkan diri


12:30 – 1:00 T/h
Jamuan Makan Tengahari


1:00– 1:30 T/h
Acara Cabutan Bertuah dan saguhati

1:30 T/h
Majlis bersurai



Sangat mengalu-alukan kehadiran sahabat sahabiah al-marhum Mohd Fadhiri ke Multaqo Murabbi. Sila sahkan kehadiran samaada:

1) Mengisi borang penyertaan di Portal web Islam Murabbi



ATAU

2) Melalui komen di sini


Syukran jazilan.

Friday, September 24, 2010

Kenangan Al- marhum Mohd Fadhiri dan Al-marhum Mohd Faizol Bersama Sahabat Seperjuangan

Sumber Video : Akhi Muhammad Redhuan yang merupakan salah seorang sahabat al-marhum Mohd Fadhiri dan Al-marhum Mohd Faizol. Syukran jazilan



Thursday, September 9, 2010

MUHAMMAD AZHAD FADHIRI


Alhamdulillah, pada hari Isnin, 8/8/10, lahirlah seorang mujahid islam yang sangat comel, sempurna dan sihat. Walid dan umminya menamakan bayi comel ini dengan Muhammad Azhad Fadhiri.


Mengimbas kembali saat bayi ini masih di dalam kandungan umminya, lingkungan 2-3 bulan di dalam kandungan umminya, "pakciknya" telah pergi menemui cinta yang hakiki, "pakciknya" telah pergi buat selama-lamanya dari dunia yang sementara ini, "pakciknya" telah pergi ke alam baru, "pakciknya" yang telah pergi meninggalkan seluruh keluarganya, sahabat-sahabiahnya, serta semua orang yang menyayanginya..Ini kerana ia sudah termaktub dalam janji ALLAH pada setiap makhlukNYA yang bernyawa..Inilah kematian..kematian yang bakal ditempuhi oleh setiap makhluk yang bernyawa..Kematian yang hanya diketahui olehNYA bila saat dan ketikanya..Kematian yang membawa ke alam baru, alam yang kekal selama-lamanya..Kullu Nafsin Za'iqatul Maut


Tahukah Azhad Fadhiri..


Walaupun Azhad masih tidak mengerti dan tidak pernah mengenali "arwah pakcik" Azhad yang telah terlebih dahulu dijemput Ilahi, makcik huda ingin coretkan tentang "arwah pakcik" Azhad ni ye buat Azhad..




Tahukah Azhad Fadhiri..


"Arwah Pakcik" azhad ni mempunyai akhlak yang baik, anak yang soleh, dia suka tersenyum, susah untuk tengok dia marah, sungguh tenang walaupun ada masalah, sangat sabar orangnya, sangat menghormati orang tua, keluarga dan sahabat sahabiahnya, suka sangat menjemput sahabat sahabiah datang ke rumah, sangat meraikan tetamu yang datang ke rumah, dia suka berkongsi cerita dan masalah dengan makcik huda, suka berkongsi rahsia dengan makcik huda, sangat menjaga adab dan perhubungan dengan orang lain, sangat menjaga perasaan orang lain, suka makan apa yang makcik huda masak,selalu pakai jubah hitam yang makcik huda bagi pada hari ulangtahun kelahirannya, suka berjubah dan berserban, selalu jadi imam di rumah kita, suka warna hijau, berdikari basuh baju sendiri, sukakan kanak-kanak, penyayang...panjang kalau makcik huda nak tulis, tapi itulah "arwah pakcik" Azhad yang mempunyai akhlak yang baik dan sedaya upaya berusaha mencontohi sunnah dan akhlak Rasulullah..


Tahukah Azhad Fadhiri...


Di saat selepas perginya "arwah pakcik" Azhad menemuiNYA, terasa sungguh kehilangan ahli bait solihin di kalangan ahli bait kita. "Arwah pakcik" Azhad ni adik kesayangan makcik huda. Walaupun sungguh sebak dan rindu pada "arwah pakcik" Azhad, namun sabar dan redha menjadi kekuatan atas suratan takdir ALLAH yang maha kuasa. Walaupun makcik huda dan ahli bait kita yang lain sangat menyayangi "arwah pakcik" Azhad, namun tak terbanding sayang ALLAH pada hambaNYA. Di saat selepas perginya "arwah pakcik" Azhad, walid dan ummi Azhad dah berniat nak menamakan Azhad dengan ada nama "Fadhiri". Harapan ummi dan walid Azhad agar Azhad dapat mencontohi akhlak dan peribadi "arwah pakcik" Azhad yang berusaha untuk mencontohi akhlak dan sunnah Rasulullah..InsyaALLAH.."Arwah pakcik" Azhad namanya ialah "MOHD FADHIRI B. MOHAMAD ARIFFIN"...


Tahukah Azhad Fadhiri..


Saat malam sebelum Azhad dilahirkan, makcik huda call ummi Azhad bertanyakan khabarnya dan kandungannya yang berada di JB.. Teringat lagi perbualan itu

Ummi Azhad: Kaklong tolong doa biar Kak Nor melahirkan baby esok, kalau tak, kena balik Pahang semula..Kaklong doa banyak-banyak. Kalau selamat lahir baby, boleh terus tinggal kat JB

Makcik Huda: InsyaALLAH, kaklong rasa pagi-pagi sebelum Subuh dah lahir baby..


Pagi esoknya, dalam waktu sahur, terus mendapat panggilan gembira yang memberitahu Azhad selamat dilahirkan sebelum Subuh..Alhamdulillah, seronok ummi Azhad telefon makcik huda, berulangkali ummi Azhad bagitahu makcik huda "masin mulut kaklong,selamat lahir sebelum Subuh"..semua ketentuanNYA..Alhamdulillah


Tahukah Azhad Fadhiri,


Disaat memilih nama untuk Azhad, ummi dan walid Azhad bertanyakan pada seluruh keluarga kita. Masa walid Azhad bagi 3 pilihan nama pangkal sebelum Fadhiri, terus makcik huda berkenan pada nama "AZHAD" yang zuhud, waraq..Alhamdulillah semua ahli bait pun sukakan nama tu, maka dinamakan "MUHAMMAD AZHAD FADHIRI B. MOHD KHAIRUDDIN"..Comel je rasanya bila makcik huda sebut "Azhad"..Moga-moga Azhad menjadi seorang mujahid Islam, seorang anak yang solihin dan taat pada kedua orang tuamu, seorang yang dapat menabur bakti dan lelah pada perjuangan dakwah Islamiyah kelak, seorang yang digarap untuk menjadi insan yang berguna kepada diri sendiri, keluarga, agama, bangsa dan negaranya….InsyaALLAH



Makcik huda dan seluruh ahli bait sentiasa doakan kejayaan dan kebahagiaan dunia akhirah..Moga kita semua dipertemukan dan dikumpulkan di Syurga kelak, bertemu dengan ahli bait yang terlebih dahulu menemuiNYA...InsyaALLAH hanya dengan rahmah dan kasihNYA..Walaupun Syawal tahun ini, sebak dan terharu mengenangkan arwah pakcik Fadhiri tidak bersama- sama kita dalam perhimpunan raya keluarga, ada ahli bait baru, Muhammad Azhad Fadhiri..alhamdulillah..

Tak sabar makcik huda nak jumpa Azhad..;)

Wednesday, September 8, 2010

Ramadhan... Ia Akan Berlalu Pergi...




Tinggal sehari sahaja lagi, Ramadhan bakal melabuhkan tirainya. Bagaimanakah diri kita selepas ditarbiyah di bulan yang paling baik di antara semua bulan ini? Adakah kita mendapat malam lailatul qadar yang lebih baik daripada 1000 bulan itu?


Sama-sama kita koreksi diri kembali.


Bagi mukmin yang berjaya dengan cemerlangnya, dirinya berjaya ditarbiyah di bulan ini. Juga lebih menggembirakan jika mukmin itu mendapat malam lailatul qadar. Dan yang terlebih gembira jika amalan-amalan di bulan Ramadhan ini dapat diteruskan di bulan-bulan lain juga. Inilah hikmahnya Ramadhan kepada yang betul-betul menghayati, Ramadhan yang mendidik hati dan nafsu mukmin daripada yang kurang kepada yang lebih baik, insyaAllah.


Bagi setengah mukmin yang lain pula, dirinya berjaya beramal dengan sebaik-baiknya di bulan Ramadhan, namun tidak terus istiqamah di bulan-bulan yang seterusnya. maka, kembali lalai mukmin itu.


Bagi setengah mukmin yang rugi, mereka berpuasa, namun masih tidak solat, masih melakukan perkara mungkar. Puasa mereka tidak berjaya mendidik diri dan hatinya.


Ada pelbagai golongan lagi, cumanya, tidak perlu kita mencari semuanya, cukuplah kita koreksi diri kita. Dimanakah kita? Adakah puasa kali ini betul-betul dapat mendidik nafsu kita. Tinggal sehari sahaja lagi, kita bakal berpisah dengan bulan Ramadhan ini. Insyaallah, Setahun lagi ia muncul kembali,adakah kita masih akan diberi nikmat kesihatan ini, nikmat waktu lapang ini dan nikmat hidup ini untuk terus beribadah hanya padaNYA.


Walaupun Ramadhan hanya berbaki sehari, sama-samalah kita rebut peluang yang ada. Masih ada kesempatan waktu. Sama-sama kita muhasabah perjalanan Ramadhan kita kali ini.


Esok, di malam Hari Raya, sama-samalah kita bertakbir, kerna Allah tidak mematikan hati mukmin yang menghidupkan malam raya.


Sampai di sini saja, moga tazkirah ringkas ini memberi manfaat kepada diri ana sendiri juga kepada semua yang membaca. Setiap yang kurang adalah kelemahan ana sendiri, yang baik semuanya adalah datang dariNYA.


Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.



Wassalam,
Kak Ngah.

Friday, August 27, 2010

Renungan Ramadhan...




Kali ini Ramadhan datang lagi kepada kita
Datangnya seperti selalu
Dengan seribu satu rahmat dan berkat dari Yang Esa
Untuk hambaNya yg tidak leka dengan kelebihannya



Namun perhatikanlah umatku....
Datangnya awal Ramadhan
Ingatannya maju terus kehadapan kepada awal Syawal
Ingatannya segar untuk persediaan awal Syawal
Resepi-resepi untuk raya ditonton asyik sekali di tv
Lupanya dia, alpanya dia nikmat diberi peluang
bersama Ramadhan
Bukankah Ramadhan bulan untuk perbanyak amal ibadat?
Tapi mengapa otakmu ligat berfikir tentang baju
raya,kuih raya dan beraya?



Perhatikanlah umatku itu...
Dia tahu bahawa Ramadhan hanya sekali sahaja dalam setahun
Dia tahu Ramadhan, pahala nya berganda-ganda dari bulan lain
Namun, apakah gerangannya ibadat masih sama seperti bulan lain?
Mengapa masih terkejar-kejar dunia yg sekelumit itu?


Perhatikanlah umatku itu...
Dia tak pernah lupa untuk berpuasa
Dari subuh sampai maghrib,sanggup dia berlapar dan berhaus
Tapi, puasanya hanya berlapar dahaga sahaja
Seperti kata Nabiku dulu
Sayang sekali puasanya bukanlah ubat kepada virus dalam hatinya itu virus mengumpat,dengki,bohong,r iya'....tak hilang tak luntur dengan puasanya
puasanya sia-sia disisi Yang Esa..



Ramadhan datang
Umatku tahu dimana Syaitan Iblis di waktu itu patutnya terasa mudah
senang dan ringan beribadat
Kerana musuh utama sudah dirantai dibelenggu
Tapi mengapa masih seperti biasa?
Puasa seperti tidak berpuasa,maksiat masih menjadi rutin,solat masih berat....
mengapa?



Perhatikanlah umatku itu...
Gembira dia bila datangnya Ramadhan
Seronok dia berpuasa..
Rupanya Ramadhan adalah pesta makanan
Baginya
Dua jam sebelum berbuka,dia mesti di pasar Ramadhan
Membeli itu dan ini untuk juadah berbuka nanti
Seharian berpuasa bagai mahu ditebus dengan
sekali berbuka
Rupanya Ramadhan juga ditunggu-tunggu untuk membeli belah
Banyak jualan murah
Potongan harga disana,potongan disini..
Dalam kepala ingat shopping..baju raya,kuih raya,langsir raya..
Setahun sekali katanya..apa salahnya?
Tapi mengapa tidak praktikkan 'setahun sekali' itu untuk tuntutan Ramadhan?


Lihatlah umatku itu....
Berduyun-duyun ke Masjid menunaikan Tarawih
Seperti suatu pesta ramainya baik lelaki mahupun perempuan
Kalau boleh setiap malam, dia nak bertarawih masjid yang berbeza
Ada yang buat 8 ada yang buat 20...
Namun terkesankah dihati mereka tujuan tarawikh 30 mlm itu?
Di manakah mereka semasa rukuk,sujud..
Di dalam tarawikh itu atau luar sana?
Adakah ia ibadat atau sekadar adat menyambut Ramadhan ?
Tepuk dada,tanya iman...



Lihatlah umatku itu....
Bila Ramadhan bertamu
Bersemangat mereka menuju ke masjid setiap kali azan solat fardhu
Solat subuh yang tak penuh satu saf pada hari biasa boleh penuh satu masjid
Hebatnya umatku ,masjid yg cuma penuh pada hari Jumaat sahaja,
Menjadi penuh dengan manusia pada hari-hari Ramadhan
Tapi...dimanakah umatku ini selepas Ramadhan?
Masjid mulai kosong, solat subuh menjadi satu saf kembali...
Dimanakah kesan latihan di Bulan Mulia itu?



Lihat umatku itu....
Ramadhan ialah bulan yang Mulia dan dijanjikan banyak pahala..
Katanya ingin perbanyakkan membaca al-Quran
Azamnya nak khatam satu al-Quran dalam Ramadhan
Setiap hari dia mewajibkan dirinya menghabiskan bacaan satu juzu'
Tapi.... bila berlalu Ramadhan..
Al-Quran mula diletakkan dalam almari sebagai hiasan.
Al-Quran mula menjadi tempat habuk dan debu bertandang
Untuk Ramadhan sajakah al-Quran?
Untuk kematian saja kah al-Quran?


Lihat umatku itu
Semakin hampir Ramadhan kepada Syawal,
Semakin sedikit masa Ramadhan yang ada dengan mereka
Semakin rancak mereka bersiap sedia untuk menyambut syawal
Rendang,ketupat,langsir raya,baju raya semua dihitung-hitung cukup ke tidak
Lupakah umatku itu dimana Nabiku dan
sahabatnya dikala 10 mlm terakhir Ramadhan?
Tidakkah mereka tahu bezakan antara Lailatul Qadar dengan seisi dunia ini?
Cukupkah sudah pahala yg dibuat sehingga
Malas mencari satu malam yg lebih baik dari seribu bulan itu?"


Friday, August 13, 2010

Mujahid Bangga Melepas Pergi

Kaklong baru mendapat email Luahan hati ini dari seorang sahabat yang tidak mengenali al-marhum Mohd fadhiri dan al-marhum Mohd Faizol, tetapi cukup terkesan pada pemergian mereka berdua..Syukran atas artikel ini..Semoga sentiasa dalam lindungan dan Rahmah Allah


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah kerna masih memberi peluang kepada hamba ini untuk terus bernafas dan beribadat semata-mata kerna Mu. Selawat dan salam buat idola hatiku dan kekasih tercinta yang sentiasa hati ini rindui, Nabi Muhammad s.a.w dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.


Alhamdulillah, sudah lama ana ingin menulis artikel tentang 2 orang sahabat yang telah dijemput ilahi pada 11 Januari 2010. Allah s.w.t. mengizinkan pada kali ini untuk ku nukilkan. Alhamdulillah Ya Allah..


Ana hanyalah seorang saudara seIslam yang memandang dan merenung dari jauh. Ana mengenali arwah fadhiri melalui blognya sewaktu arwah masih hidup. Banyak manfaatnya, bagi ana..arwah cuba mencari gali semula maklumat tentang kehebatan Islam dan kebesaran Allah s.w.t…tema blognya juga “Mencari Redha Ilahi”. Hanya mengenalinya melalui tulisan dan pengisian dari blognya.


Berita yang disampaikan oleh seseorang yang dekat dengannya membuatkan diri ini turut terkejut dengan apa yang berlaku. Tambahan pula, sahabat seperjuangan ana di sini turut mengenalinya kerna baru sahaja berjumpa dengan arwah sewaktu program yang baru sahaja melabuhkan tirai sebelum arwah kemalangan.


Kata sahabat ana yang berjumpa dengan arwah buat kali pertama, “sungguh bersih wajahnya, cukup bercahaya…” Subhanallah, jiwa ana bergetar sebaik sahaja bait kata-kata itu meniti di bibir sahabat ana. Ibarat satu dalam sejuta, betapa sukar untuk bertemu dengan insan seperti ini.


Ana mengikuti perkembangan arwah dan sahabatnya sejak dihari arwah dan sahabatnya dijemput ilahi hingga kini, blog yang ditubuhkan oleh keluarganya juga selalu ana ikuti dan kadang-kala ana menziarahi blognya juga. Benar apa yang dikatakan oleh seorang yang memberi komen di shoutboxnya, seolah-olah blognya “hidup” walaupun empunya blog sudah dijemput ilahi.


Inilah insan yang hidup dan matinya hanya untuk Allah s.w.t….tidak ada yang lain selain DIA. Hanya dengan dirinya, semua yang melihat mengaguminya.Subhanallah..Ana membaca sirah perjalanan hidup arwah Fadhiri dan arwah Faizol, satu persatu ana selak dari jauh. Dari satu blog ke satu blog ana ziarah, membaca dan menjiwai apa yang sahabat mereka yang masih tinggal menulis tentang mereka. Memerhati betapa sahabat seperjuangan 2 orang mujahid ini bangga dan menghormati mereka.


Akhlak dan peribadi mereka benar-benar sukar dicari di zaman ini. Ana juga menceritakan kisah perjalanan hidup mereka kepada sahabat perjuangan ana disini, wakil pimpinan kampus disini. Akhirnya kami sama-sama menangis. Perasaan ana bercampur baur tika menceritakan kisah hidup mereka.


Kami sedih kerna tidak sempat mengenali mereka dari dekat. Tapi kami gembira kerna Allah s.w.t. memilih mereka pergi dalam keadaan yang tenang. Menjadi inspirasi buat sahabat-sahabatnya yang masih tinggal untuk meneruskan perjuangan arwah yang masih berbaki. Alhamdulillah..


Teringat kata-kata murobbi ana, “ustaz ada seorang kawan, dia nie memang bagus sangat. Akhirnya dia pergi dulu dari kami semua, selalu begitulah kerna hikmahnya mungkin Allah s.w.t. mahu menjaganya sebelum terjebak dengan perkara yang tak elok”


Allah….terus ana teringatkan arwah dan sahabatnya. Jasadnya dan rohnya sudah dijemput Ilahi, namun…semangat 2 mujahid ini terus kekal mekar dalam jiwa insan yang berada di sekelilingnya untuk menegakkan yang haq. insyaAllah…


Buat kedua-dua keluarga arwah. Ana tahu kalian semua kuat, sehebat ahlu bait kalian. Usahlah menyangka perpisahan ini adalah penamatnya, insyaAllah kalian akan bertemu “disana” nanti. Masanya akan tiba suatu ketika nanti.


Buat sahabat-sahabat perjuangan arwah. Teruskan apa yang telah arwah lakukan, jangan berhenti sehingga kalian juga dijemput Ilahi. Bertuah kalian semua kerna sempat berada disisinya dikala arwah masih hidup.


Ana doakan moga kita semua menjadi seperti mereka. Hidup dan mati hanya untuk Allah s.w.t….ameen…


..Mujahid Bangga Melepas Pergi..

Sahabat..
Andainya kematian engkau tangisi,
Pusara engkau siram dengan air matamu,
Maka di atas tulang belulang yang sudah luluh,
Nyalakanlah obor untuk ummat ini,
Dan...
Lanjutkanlah gerak merebut kemenangan.

Sahabat,
Kematianku hanyalah suatu perjalanan,
Memenuhi panggilan kekasih yang merindu,
Taman-taman indah di syurga Allah,
Terhampar menanti,
Burung-burungnya berpesta menyambutku,
Dan berbahagilah hidupku di sana

Sahabat,
Puaka kegelapan pasti akan lebur,
Fajar akan menyingsing,
Dan alam ini akan disinari cahaya lagi,
Relakanlah rohku terbang menjelang rindunya,
Jangan gentar berkelana ke alam abadi,
Di sana... cahaya fajar memancar.
(Al-Maghfulahy Al-'Arif Billah, Asy-Syahid Sayyid Ibnu Qutb Ibrahim,
Isnin 13 Jamadilawal 1386)

Sunday, June 27, 2010

Asma Allah - Sami Yusof

Lama dah kaklong xupdate blog ni..asyik kemaskini Portal Islam Murabbi je..InsyaALLAH nanti kaklong update bila ada kesempatan

Asma Allah by Sami Yusof, kaklong suka sangat..jom kita dengar...;)






Raheem, Kareemun, 'Adheem, 'Aleemun,
Haleem, Hakeemun, Mateen
(Merciful, Generous, Incomparably Great, All-Knowing
Forbearing, Wise, Firm)

Mannaan, Rahmaanun, Fattaah, Ghaffaarun
Tawwaab, Razzaaqun, Shaheed
(Bestower of blessings, Most Compassionate, Opener, Forgiver
Accepter of Repentance, Provider, Witness)

Allahumma salli 'ala Muhammad, wa aali Muhammad
Ya Muslimeen sallou 'alayh
(O my Lord send salutations upon Muhammad
And upon the Family of Muhammad
O Muslims, send salutations upon him)
Allahumma salli 'ala Muhammad, wa sahbi Muhammad
Ya Mu'mineen sallou 'alayh
(O my Lord send salutations upon Muhammad
And upon the Companions of Muhammad
O believers, send salutations upon him)

Lateef, Khabeerun, Samee', Baseerun
Jaleel, Raqeebun, Mujeeb
(Gentle, All-Aware, All-Hearing, All-Seeing
Majestic, Watchful, Responsive)

Ghafur, Shakourun, Wadud, Qayyumun
Ra'uf, Saburun, Majeed
(Forgiving, Appreciative, Loving, Self-Existing by Whom all subsist
Most Kind, Patient, Most Glorious)

Allahumma salli 'ala Muhammad, wa aali Muhammad
Ya Muslimeen sallou 'alayh
(O my Lord send salutations upon Muhammad
And upon the Family of Muhammad
O Muslims, send salutations upon him)

Allahumma salli 'ala Muhammad, wa sahbi Muhammad
Ya Mu'mineen sallou 'alayh
(O my Lord send salutations upon Muhammad
And upon the Companions of Muhammad
O believers, send salutations upon him)

Allahu Akbar, Allahu Akbar,
La Ilaaha Illahu, Al Malikul Quddoos
(God is Greater, God is Greater
There is no god but Him, the King, the Most Holy)

Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Rahmanu irham dha'fana
(O Most Compassionate! Have compassion on our weakness)

Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Ghaffaaru ighfir thunoubana
(O Forgiver! Forgive our sins)

Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Sattaaru ostour 'ouyoubana
(O Concealer! Conceal our defects)

Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Mu'izzu a'izza ummatana
(O Bestower of honour! Bestow honour on our Ummah)

Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Mujeebu ajib duýaa'ana
(O Responsive One! Answer our prayers)

Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Lateefu oltof binaa (x3)
(O Gentle One! Show gentleness to us)

Oltof binaa
(Show gentleness to us)


Sumber Lirik: Link

Sumber Lagu: Link

Thursday, June 24, 2010

Majlis Tahlil Allahyarham Mohd Fadhiri

Assalamualaikum.. kepada semua sahabat-sahabat dan sahabiah-sahabiah serta semua yang mengenali allahyarham Mohd Fadhiri bin Rakiah (Mohamad Ariffin).. Semoga sahabat sahabiah sentiasa di dalam lindungan dan rahmah ALLAH, sentiasa bersemangat dalam meneruskan perjuangan seharian, tetap dalam jalan dan syariat agama Islam, serta sentiasa tenang dan sabar dalam menghadapi setiap ujian dan dugaan ALLAH..


Kaklong wakil dari keluarga allahyarham Mohd Fadhiri berbesar hati untuk menjemput sahabat dan sahabiah semua untuk ke MAJLIS TAHLIL pada
JUMAAT, MALAM SABTU iaitu 02/07/10.
di alamat rumah LOT 2902, LORONG PIPIT, TAMAN ADABI, 17500, TANAH MERAH, KELANTAN. (Rumah berwarna hijau)


Kami sangat mengalu-alukan kedatangan sahabat dan sahabiah serta semua yang mengenali allahyarham Mohd Fadhiri..Syukran jazilan


Jazakallahu Khairan Khatira


-kaklong-

Monday, June 14, 2010

THE ZIKR- DUNIA BARU ISLAM

Lagu yang selalu arwah nyanyikan





Dunia Baru Islam
Album : Antara 2 Cinta
Munsyid : The Zikr
http://liriknasyid.com


Masih basah kenangan indah
Zaman cemerlang era gemilang
Ketika Rasul ada di sisi
Para sahabat mentadbir bumi

Zaman nubuwwah era khulafa'
Islam laksana api yang menyala
Menerangi teman dan juga sahabat
Bahang panasnya membakar lawan

Di celah itulah
Kami mengatur langkah
Membina sebuah thoifah

Di sini bara
Tak pernah padam
Digenggam kukuh
Sebuah azam

Ayuhlah para mujahid
Ayuhlah para mujahidah
Kita tinggalkan zaman fitnah
Agar tertegak kalimatullah
Agar terbangun.....
Dunia Baru Islam

Lagu : The Zikr
Lirik : Pahrol Mohd Juoi

Tuesday, June 1, 2010

QUNUT NAZILAH BUAT ISRAEL LAKNATULLAH




kongsi berita terkini tentang konvoi ke gaza di



http://www.murabbi.net/v1/forum/viewthread.php?thread_id=28&pid=287#post_287




Ya ALLAH,lindungilah mereka semua dari rejim zionis Laknatullah.Sama-sama kita berdoa.

Friday, May 14, 2010

HARI NI HARI PE YE ???

Nak rehat kejap sambil-sambil menaip apa yang terpikir dalam fikiran ana ..esok 16 Mei...Hari yang paling bermakna untuk semua pendidik-pendidik… Hari perhargaan untuk mereka-mereka yang bergelar pendidik…..Situasi pendidikan sekarang amat berbeza dengan dulu….Yerla zaman pun dah berubah, sudah tentu sistem pendidikan pun dengan ICT nye pun semakin canggih…..Bila bercakap pasal Hari Guru ni, tiba-tiba teringat seorang guru ni…. Guru yang sentiasa bangga setiap kali bercerita semasa dia mengajar dulu…Dia memang minat sangat bidang perguruan ni..Memang dah sehati sejiwa dengan dia..Hehe..Tetapi dia kata sekarang lain…cikgu sekarang mana boleh marah-marah dan pukul anak-anak murid….Nanti adalah ibubapa yang datang ke sekolah menyaman guru yang marah atau pukul anak mereka…


Dia seorang yang garang, berdisiplin serta tegas orangnya..Dia kata yang paling 'best' jadi guru ni sampai bila-bila pun orang panggil “cikgu” walaupun dah bersara….Bila dah pencen, umur pun dah semakin meningkat, kalau jumpa mana-mana mesti ada je anak murid yang tegur..Biasalah guru mana ingat anak-anak murid sebab terlalu ramai anak murid yang diajar ..Anak murid pun dah besar pnjang, semua pun dah kawin, dah ada isteri dan anak-anak.


Dia selalu pesan sebagai seorang guru perlu mengajar dengan ikhlas..Perlu sungguh-sungguh dalam mendidik anak-anak murid….Mengajar anak orang kena sungguh-sungguh, sebab kita pun mahukan anak-anak kita di ajar oleh cikgu-cikgu yang ikhlas dan bersungguh-sungguh mengajar…Bukan setakat mengajar, tetapi mendidik untuk menjadi orang yang berguna dan berakhlak tinggi.


Ada tu yang ana terharu bila dia cerita zaman-zaman dia mengajar dulu. Dulu dia pernah merotan anak murid yang menghisap rokok dan memang nakal la kat sekolah….Dulu kes-kes macam ni dah kira teruk..Dia seorang cikgu disiplin di sebuah sekolah menengah….hehe..Sekarang dah tahun berganti tahun, anak-anak murid pun dah besar panjang..ada yang jawatan besar-besar…….Semua pun dah berkeluarga. Ana terharu bila dia cerita pada ana, suatu hari si anak murid tadi terjumpa la dengan dia..


Heheh..biasalah bekas anak murid belanja cikgu makan….Cikgu tu asyik fikir mana datangnya bau rokok kat situ….Rupa-rupanya si anak murid itu mengenggam rokok yang masih bernyala kat tangan dia…(Sebab masa sebelum terjumpa cikgu tu, si anak murid tu tengah menghisap rokok…agaknya si anak murid tak sempat nak buang ..tak nak bagi si guru tu nampak)…..Cikgu tu kata la kat anak murid tu “Mengapa genggam macam tu sekali rokok tu”..”Hisap jela. Dulu cikgu marah kamu masa kat sekolah sebab nak mendidik kamu. Sekarang kamu tak perlu buat macam tu” Si anak murid tu kata kepada bekas gurunya itu “Saya tak sanggup nak hisap rokok depan cikgu….Sebab saya amat menghormati cikgu…Saya malu sangat dengan cikgu…saya terhutang budi dengan cikgu kerana disebabkan cikgu yang merotan sayalah, saya dah jadi orang berguna..menyumbang kepada masyarakat…kalau tak, entah apa yang saya jadi sekarangKalau tak silap ana, dah jadi guru besar kot anak murid yg dirotan oleh guru disiplin itu tadi…


Ana pun terfikir apabila mengenang kembali cerita yang diceritakan oleh guru disipilin itu tadi..Lain kan dulu dan sekarang..huhu…'the respectful value of a teacher' dahulu dan sekarang sangat-sangat berbeza oleh masyarakat….Mungkin betul anak-anak sekarang ni manja, lagipun corak didikan mungkin berubah seiring dengan zaman yang berubah.. Mana boleh di didik dengan zaman-zaman pendidikan dulu yang kena rotan anak-anak murid…Pelajar-pelajar sekarang pun pandai-pandai dan bijak-bijak..…Tetapi dari segi 'respectful value' ,guru dulu amat dihormati berbanding guru sekarang….Sudah semestinya, murid-murid dulu pun ada yang nakal..Itu adalah normal bagi zaman remaja…Tetapi kalau dahulu si anak murid bila dimarahi ia dianggap pendidikan dari seorang guru yang hanya mahukan yang terbaik untuk anak muridnya…Nilai menghormati guru tetap utuh dalam diri …Tetapi zaman sekarang, jika dimarahi oleh gurunya, jiwa anak-anak murid akan memberontak dan akan membalas dendam kerana merasakan kebebasan disekat oleh gurunya..Itu yang ada murid sanggup pukul guru…sanggup rosakkan kereta guru…sanggup mengugut guru…


Di manakah hilangnya rasa hormat dalam diri seorang murid terhadap guru yang mendidiknya…Dalam menuntut ilmu, keberkatan dan restu serta doa dari guru adalah paling penting buat kejayaan serta keberkatan ilmu yang diperolehi oleh seorang pelajar…Jikalau dah sampai sehingga ke tahap mengancam guru sendiri, mana lagi keberkatan ilmu yang ada??..Awas wahai yang bergelar anak murid ataupun pelajar, keberkatan ilmu yang diperolehimu bergantung pada keredhaan guru-gurumu..Jika sekalipun kamu telah berjaya memperolehi kejayaan yang cemerlang dan sebagainya, namun sekiranya pernah menyakiti hati dan telah menitiskan hati sang guru, adakah berkat ilmu yang diperolehimu?? Jadilah anak murid dan pelajar yang cemerlang dibawah keredhaan dan doa yang ikhlas lahir dari seorang guru serta guru yang menitiskan air mata kerana KEJAYAANMU bukan akibat sedih dan kecewa dengan sikap dan perangaimu..


Okla..ana pun dah mengantuk..tak tau dah nak tulis apa…Ana ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada abg ana, kakak ipar ana dan adik yang disayangi,adik ana yang kat UPSI walaupun tak habis belajar lagi..coming soon right ya akhi?....and of course pada seseorang yang amat ana kagumi dan hormati iaitu guru yang ana ceritakan tadi…MY BELOVED TEACHER…..MY BELOVED DAD!!!


Walaupun walid ana dah pun bersara, semangat mendidik sentiasa utuh dalam diri biarpun masa pendidikan sudah lama berlalu, namun tetap teguh serta sekali-sekali tidak pernah putus asa dalam menndidik anak-anaknya...Ana doakan semoga abang,kakak ipar,adik ana dan semua pendidik di seluruh negeri, tempat, tak kira di bandar atau di kawasan pedalaman agar menjadi pendidik yang berjaya dalam mendidik anak-anak murid sekarang….Walaupun cabaran dan dugaan yang datang amat besar…Tabahlah dan ikhlas dalam melakukannya…insyaALLAH ALLAH akan mempermudahkan dan memberkati usaha kalian…..Menjadi 'mualim' dan 'mualimah' yang berjaya di dunia dan lebih-lebih lagi akhirat serta tidak pernah jemu dalam menyampaikan ilmu bermanfaat dan berguna kepada anak bangsa…Semoga ia menjdi bekalan berterusan untuk dibawa ke akhirat SANA….InsyaALLAH setiap titis usaha yang dilakunya keranaNYA dalam mendidik anak-anak murid akan menjadi saham buatmu di akhirat kelak.......InsyaALLAH..


Dan kepada kita semua yang pernah bergelar pelajar…janganlah kita lupa mendoakan mereka dalam doa selepas solat..berdoa kebahagiaan cikgu-cikgu kita dulu tak kira cikgu sejak tadika sehingga lecturer kat universiti….Jasa mereka semua memang tak terbalas, hanya doa yang tak putus-putus kita boleh hulurkan pada mereka yang pernah memberi kita seteguk ilmu….Semoga mereka semua memperolehi kebahagiaan hidup dunia dan lebih-lebih lagi akhirat SANA...ameen


I’m not a teacher…hehe..mengajar anak-anak jela esok-esok in my baitul muslim...

HEPI TEACHER’S DAY…..;)

15MAY 2009 11PM..
-lightarrow-


...................................................................................

Artikel ini telah dibuat pada tahun lepas, 15 May 2009 didalam blog fs kaklong. Ia ditujukan khas buat Abah, Abang Khairu , KakNor, dan Fadhiri (arwah Fadhiri telah kembali ke Rahmatullah pada 11/01/10 pada tahun akhir pengajian di UPSI) dan juga semua pendidik-pendidik yang berjuang di lapangan pendidikan yang penuh mencabar. Walaupun semangat dan cita-cita yang terlalu tinggi dalam diri arwah adik kaklong dalam bakal mendidik generasi muda tidak sempat dilaksanakan olehnya, namun arwah meninggalkan sahabat sahabiah seperjuangan UPSI yang cukup ramai dalam meneruskan perjuangan mendidik generasi muda ini. InsyaALLAH semoga semua sahabat sahabiah yang telah atau bakal mewarnai dunia pendidikan berjaya mendidik anak-anak didikmu menjadikan mereka berilmu serta berakhlak yang tinggi mengikut acuan Islam..BI TAUFIQ WA NAJAH FI DUNIA WA AKHIRAH!!....SELAMAT HARI GURU!!!!..Semoga sentiasa dalam lindungan dan rahmah ALLAH..


p/s: Teringat pula kenangan semasa belajar di universiti, salah satu nama gelaran yang diberi ialah CIKGU..;)






(Kenangan arwah Fadhiri ketika ROS di SK Gong Dermin)


by KAKLONG, Fri, 14/05/10, 9:52 pm

Friday, May 7, 2010

KAWAN...

Salah satu nasyid yang kaklong suka..Agak lama dah nasyid ni..First dengar nasyid ni masa program motivasi kerohanian Ustaz Kautsar di universiti dulu..seronok sangat masa dengar, 2-3 kali reply balik....Siap suruh arwah Fadhiri dengar..Teringat pula zaman-zaman berjuang di universiti..rindunya saat itu..berusaha dan tekad mencari ilmu agama dalam suatu lapangan ilmu yang cukup mencabar di situ..Semoga ustaz kautsar dan isteri serta anak-anak sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah serta thabat dalam meneruskan perjuangan Islam..insyaALLAH..jom kita dengar nasyid ni..;)


Kawan
Album : Pelita Hidup III
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com


Kawan apalah yang kau kesalkan
Kerana Tuhan kau kehilangan kawan
Kerana kebenaran dihina
Jangan kau ragu dalam keimanan

Kadang-kadang kawan jadi lawan
Kadang-kadang lawan jadi kawan
Apalah disedihkan hati
Setiap insan di dalam kekurangan

Jangan sedih selalu tersisih
Bukan kau saja ditimpa malang
Ingatlah para Rasul mulia
Lebih terseksa menderita
Mereka bahagia dalam derita
Mereka kaya di dalam papa

Mereka memadai dengan Tuhannya
Itulah kebahagiaan
Di waktu sempit seorang diri
Kawan janganlah disedihkan hatimu

Tetapi mereka merasai ramai
Walaupun keseorangan






by kaklong, 7/5/10 5:36 pm

Wednesday, April 28, 2010

Coretan Kaklong Istimewa: MUHASABAH CINTAKU (1)


(Muhasabah Cintaku...)


…Sebuah epilog kenangan suka duka hidup kaklong bersama-sama arwah adik lelaki kesayangan kaklong, Mohd Fadhiri bin Rakiah (Mohamad Ariffin)…


Coretan Kaklong Istimewa yang diberi nama Muhasabah Cintaku yang dicoretkan sebagai kenangan hidup antara kaklong, Nurulhuda Mohamad Ariffin dan arwah adik lelaki kesayangan kaklong, Mohd Fadhiri bin Rakiah (Mohamad Ariffin) suatu ketika dahulu. InsyaALLAH dengan izinNYA…


Muhasabah Cintaku
ini lebih kepada kehidupan arwah adik kesayangan kaklong (yang telah kembali ke Rahmatullah pada 11/01/10) yang dilalui bersama-sama kaklong sejak dari kecil hinggalah sebelum arwah kembali ke Rahmatullah…Coretan ini begitu istimewa dan sangat berharga bagi kaklong kerana ia mencoretkan suka duka arwah bersama kaklong sebelum arwah adik kesayangan kaklong kembali ke Rahmatullah….Walaupun agak lama untuk menyiapkan coretan istimewa ini kerana ia mengimbas kembali saat-saat bersama arwah adik kaklong….Coretan Kaklong Istimewa, iaitu Muhasabah Cintaku ini ingin kaklong kongsikan bersama sahabat sahabiah arwah kerana kehidupan arwah bersama keluarga, akhlak, perilaku, perangai, dan suka duka arwah mungkin ingin diketahui oleh semua yang pernah mengenali dirinya…..InsyaALLAH…



Bismillahirahmanirrahim…Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah dan Penyayang. Allahumma solli a’la Sayyidina Muhammad, wa a’la aaaali Sayyidina Muhammad. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kekasih ALLAH, Nabi Muhammad s.a.w serta seluruh keluarga baginda. Alhamdulillah kelahiran anak yang ke 5 dalam keluarga Ariza sungguh memberi kenangan yang amat manis yang tidak dapat dilupakan oleh kami sekeluarga…..Alhamdulillah, seorang bayi lelaki yang comel, sihat, dan sempurna selamat dilahirkan pada hari Jumaat, 06/11/87 penyeri baitul muslim Mohamad Ariffin Abd Rahman dan Rakiah Abdullah.. Bayi lelaki yang putih bersih ini yang bakal dicorakkan oleh Ma dan Abah untuk menjadi seorang mujahid Islam, seorang anak yang solihin dan taat pada kedua orang tuanya, seorang yang diharapkan dapat menabur bakti dan lelah pada perjuangan dakwah Islamiyah kelak, seorang yang digarap untuk menjadi insan yang berguna kepada diri sendiri, keluarga, agama, bangsa dan negaranya…..Insan ini telah diberi nama yang mana jarang sekali orang memberi nama ini…Nama yang dipilih untuk insan ini ialah MOHD FADHIRI B. MOHAMAD ARIFFIN…..insan yang sangat disayangi oleh kami sekeluarga kerana ketinggian akhlak dan peribadinya serta kesolehannya……Alhamdulillah..


Antara Fa dan Kaklong, kita hanya berbeza umur 2 tahun, menjadikan kita teman sepermainan masa kecil-kecil dan sama-sama sekolah rendah. Kaklong masih ingat air muka Fa yang sentiasa menunjukkan riak muka yang kesian dan simpati. Fa agak pendiam, jarang sangat bercakap masa zaman kanak-kanak dulu tapi Fa suka tersengih (hehe….comel).


Al-marhum Mohd Fadhiri(paling kanan)di zaman kanak-kanaknya


Kaklong masih ingat di zaman kanak-kanak kita dulu, Fa dan Abg een pernah mengajak kaklong bermain di tepi tali air yang cetek berdekatan dengan rumah kita. Kaklong takut nak pergi, takut dimarahi abah, maklumlah abah masa tu kan garang dan amat tegas serta berdisiplin dalam mendidik anak-anaknya. Tetapi masa tu sungguh-sungguh Fa dan Abg Een ajak kaklong pergi menangkap ikan di tepi tali air berdekatan kawasan perumahan rumah kita. Kaklong pun ikutlah sama…..Hehe…Dahla masa tu hujan renyai-renyai. Agak nakal kita masa tu kan..Seronok kita main petang tu…Sampai di rumah, memang abah dah menanti kita…..Kita bertiga dah risau sangat takut dimarahi Abah….Terbayang rotan Abah yang tersangkut di dinding rumah, walaupun rotan itu tak pernah digunakan untuk merotan anak-anaknya…Rotan itu yang hanya digunakan di saat Abah mengajar kita mengaji al-quran malam-malam masa Abah tak sibuk….Hehe....tapi sampai je muka pintu, abah kata “Makan ubi rebus banyak-banyak, main air lama sangat, sejuk tu”….Hehe…Kebetulan masa tu Ma masak ubi rebus petang tu..Lega perasaan dan selamat kita bertiga sebab tak kena marah dengan Abah masa tu…..Heheh…Sambil Abg Khairu dan Abg Khairi tersengih-sengih gelakkan kita bertiga yang pucat bibir menahan kesejukan, basah kena air hujan…Hehehe…Tapi sekali tu jela kita pergi, lepas tu kita tak pernah pergi dah, sebab kita hormat pada Abah walaupun disebalik ketegasan Abah dalam mendidik kita adik beradik…Kita bertiga faham, Abah tak suka kita adik beradik main dikawasan tali air, bimbangkan keselamatan kita….Sebab Abah sayangkan kita semua….



Al-marhum Mohd Fadhiri (paling kanan)semasa berumur 4 tahun di rumah saudara Ma di Terengganu


Teringat masa kita bertiga (Abg Een, Kaklong dan Fa) mengaji al-Quran rumah ustaz malam-malam. Saat pulang dari mengaji Al-Quran, bila dekat-dekat dah nak sampai rumah pulang dari mengaji al-quran, selang 2 buah rumah sebelum rumah kita, Abg Een akan bagi isyarat kepada Fa meninggalkan kaklong..”1…2…3..lari”… Saja nak takutkan kaklong…nakal adik kaklong ni. Sama-sama kita berlari….hehe.. Sampai di rumah, kaklong mengadu lah ditinggalkan, kena berleter la Fa dan Abg een….esok buat lagi…..hehe….seronok katanya usik kaklong…emmm…



(Gambar hiasan)


Fa sekolah tadika sekejap je, sebulan rasanya lepas tu tak nak pergi dah tadika sebab Fa bagitahu kaklong ada kawan jahat kacau Fa…..Biasalah kanak-kanak ada yang nakal. Masa tu, kaklong nak pergi jumpa siapa yang kacau Fa...nak marah kawan Fa kerana berani kacau adik kaklong….tapi Fa kata tak payahlah, malas nak pergi sekolah, belajar kat rumah je…hehe…baik sangat la adik kaklong ni….emmm…



Kenangan di zaman kanak-kanak..aktiviti berkelah dan riadah menjadi kemestian pada hujung minggu dan cuti sekolah..hehe..comel gambar arwah yang tersengih nampak gigi..Al-marhum Mohd Fadhiri dalam lingkungan 4-5 tahun (paling kanan)


Waktu memasuki alam persekolahan sekolah rendah, kita sama-sama bersekolah di sekolah yang sama iaitu Sekolah Kebangsaan Tanah Merah (1). Kita hanya berbeza selang dua darjah, masa kaklong darjah 3, Fa baru nak masuk darjah 1…. Masa sekolah rendah Fa menunjukkan keputusan yang cemerlang iaitu 4A 1B di dalam UPSR, walaupun masa tu Fa masih dengan pendiam dan tak banyak bercakap serta Fa lebih suka menunjukkan expresi pada muka yang menunjukkan gembira, sedih, ceria dan sebagainya….Keputusan yang cemerlang membolehkan Fa pergi bersekolah agama pilihan iaitu Sekolah Menengah Agama Falahiah di Pasir Pekan, Kelantan mengikuti jejak langkah Abg Khairi dan Abg Een….


Memang semua ahli muslimin keluarga kita akan dihantar oleh Abah ke sekolah agama dan akan dibiasakan hidup berdikari dengan tinggal di asrama sejak dari awal sekolah menengah iaitu Tingkatan 1. Abg Khairu sejak dari Tingkatan 1 telah dihantar ke sekolah berasrama penuh agama iaitu SMAP, Kajang dan diikuti Abg Khairi, Abg Een, Fa dan Adik No yang kesemuanya Abah tempatkan di sekolah SMKA Falahiah, Pasir Pekan, Kelantan….


Kaklong ingat lagi masa tu Fa beritahu kaklong, yang Fa risau sangat takut tak boleh ikut pengajian agama dan bahasa arab di sekolah itu…Kaklong menasihatkan Fa supaya jangan risau, kita tak taula, kita kena belajar…nanti kaklong ajar sikit-sikit arab walaupun kaklong bukan pandai sangat arab..Kaklong bergurau kat Fa kata nanti Fa lagi pandai dari kaklong dalam bidang agama sebab Fa sekolah agama…Fa dengan aksi muka biasala….tersengih-sengih (hehe..comel)..…Hasil galakan, nasihat, semangat dan kata-kata perangsang dari kami semua adik beradik, Ma dan Abah, Fa meneruskan pengajian di SMKA Falahiah bermula tingkatan 1…


Alhamdulillah, setiap kali balik rumah hujung minggu, ada juga cerita tentang apa yang dipelajari, kehidupan asrama, sahabat –sahabat, aktiviti dakwah dan kerohanian yang disertai di sekolah dan sebagainya kepada kaklong….Walaupun Fa masih lagi agak pendiam, tetapi sudah mula banyak bercerita dengan kaklong. Kaklong selalu nasihatkan Fa supaya berkongsi cerita dan masalah sepanjang Fa berada di sekolah. Maklumlah kami hanya berjumpa hujung minggu sahaja…Keputusan yang cemerlang dalam PMR iaitu 8A 1B membolehkan Fa terus belajar di SMKA Falahiah sehingga habis SPM…



p/s: asif jiddan coretan kaklong siri 8, sambungan dari siri 7 masih dalam proses….insyaALLAH …;)


“Muhasabah Cintaku” to be continued..insyaALLAH jika masih diberi nafas dariNYA…

by Kaklong, 28/04/10, 11:30 p.m

Warkah buat Adinda; Special Edition



Adinda-adinda yang kekanda sayangi,




Perkara paling penting yang hendak kekanda katakan ialah, kekanda amat menyayangi adinda-adinda semua. Bukan hanya sekarang tetapi sejak kekanda mempunyai seorang adinda iaitu adinda Khairi, sehinggalah kekanda mempunyai lapan orang adinda dengan kelahiran adinda Ti.




Namun, mungkin kekanda jarang menyebut perkara ini secara formal dan secara langsung, tapi yang pasti, kekanda amat menyayangi kalian berlapan.




Adinda Mohd Khairi Azhar yang dikasihi,




Memori pertama bersama adinda ialah ketika kita sekeluarga tinggal di SMK Kuala Krai. Masihkah adinda ingat setiap kali abah pulang dari sukan atau outstation, abah akan membelikan kita mainan ? Antara yang paling kekanda ingat ialah kekanda dibelikan abah sebuah kereta polis dan adinda pula menerima sebuah kepala keretapi yang masing-masing sebesar raga motorsikal. Teringat kekanda, di satu kenangan, abah dan ma duduk di sofa dan kita bermain kereta polis dan kepala keretapi itu dalam keadaan gelap semata-mata kerana nak lihat betapa terangnya lampu dan cahaya dari kedua-dua buah mainan itu..




Seingat kekanda, kita sememangnya banyak menghabiskan masa bersama sejak kecil hinggalah kekanda memasuki SMAP Kajang pada 1990. Kita main bersama, kita makan bersama dan kita bergaduh bersama. Kita bersekolah rendah pun bersama, sentiasa ada adinda 2 darjah di bawah kekanda. Tapi setelah adinda Syafiee semakin besar, adinda Khairi makin rapat dengan adinda Syafiee.. he he, kekanda tak jeles pun.. Sebab masa tu kekanda dah nak masuk Sekolah Menengah.. Ketika kekanda tingkatan 3, adinda masuk ke SMKA Falahiah, dan begitulah seterusnya. Hubungan kita baik namun hanya berjumpa ketika cuti-cuti panjang. Tetapi, semasa adinda masuk YPMKL, hubungan kita makin rapat kerana kita berada berdekatan di Kuala Lumpur. Ingatkah adinda, sekali sekala kita keluar makan bersama.




Seterusnya, setelah kita sama-sama menempuhi alam pekerjaan, hubungan kita sentiasa baik, kekanda hargai rasa hormat dalam diri adinda dan ketenteraman adinda dalam berbicara dengan kekanda. Seingat kekanda, kekanda selalu bertanyakan itu dan ini kepada adinda, kadang-kadang mungkin sampai ke perkara-perkara yang kurang penting.. Semuanya kerana kekanda cuba tunjukkan rasa 'caring' kekanda pada adinda.




Kekanda amat gembira ketika adinda ingin mendirikan rumahtangga, kerana kekanda bangga adinda akan memulakan satu era baru dalam keluarga kita, iaitu alam perkahwinan. Kekanda tidak bersama keluarga ketika pernikahan adinda di rumah pengantin perempuan, maafkan kekanda. Namun, dapat juga kekanda pulang untuk meraikan adinda ketika majlis di rumah kita di Tanah Merah. Lawak juga bila kekanda bersama abah menyambut tetamu, ramai yang mengucapkan tahniah kepada kekanda seolah-olah kekanda yang berkahwin.. he he... kekanda asyik ulang, "Eh.. buke kito, adik..". Lepas tu, bila ada yang cakap, "Guano adik dulu", kekanda jawab, "Kito ngaloh sokmo nga adik.." he he..




Sehingga sekarang pun, setelah adinda bergelar bapa kepada 2 cahayamata yang comel-comel, kekanda sentiasa rasakan betapa dalam hati kita berdua sentiasa ada perasaan hormat-menghormati dan sayang-menyayangi. Kita rapat dan kita sentiasa mengambil berat hal-hal berkaitan satu sama lain.. Banyak ketika kita berbincang perkara-perkara yang berkaitan dengan keluarga dan juga kerjaya kita. Alhamdulillah, adindaku Khairi, dengan segala nikmat kasih sayang adik beradik yang dikurniakan Allah kepada kita.




Kekanda doakan semoga adinda Khairi terus mendapat limpahan Rahmat Allah, di dunia dan di akhirat. Semoga adinda Khairi dan Kak Yani (Isteri), Fatnin, Fathi, dan ramai lagi anak-anak seterusnya (he he) sentiasa bahagia dan sentiasa dimurahkan rezeki, dan sentiasa mendapat keredhaan Allah. Amin.




Adindaku Mohd Syafiee yang dikasihi,




Kekanda teringat semasa Allahyarham Tok Ayah (Datuk sebelah Abah), berjalan perlahan merapati tadika tempat kekanda belajar dan kemudian cakap ngan kekanda, "Abe keru bulih adik doh, marila nok balik". Kekanda dapatkan kebenaran dengan cikgu untuk pulang dan terloncat-loncat berjalan dengan Tok Ayah memimpin tanganya. Macam-macam soalan kekanda tanya Tok Ayah.. "Jate ko tino", kekanda tanya.. "Ma segar dok?" kekanda tanya lagi. "Abah balik doh?".. dan macam-macam lagi sehinggalah kekanda masuk ke rumah dan ketika menyelak tirai dan sempat mengintai adinda dan ma sebelum, "Eh, tubik luar nu ore jate", he he marah Mak (Nenek).. hu hu... Abe keru keluar pergi main dengan Abe keri la... Dan bermulalah episod berebut-rebut antara kami berdua setiap kali nak tengok adinda Syafiee atau riba adinda.




Adinda mengikuti jejak kekanda Khairi memasuki SMKA Falahiah dan telah meninggalkan rekod 9A PMR yang tidak dapat dipecahkan sehingga sekarang oleh adik-beradik yang lain. You Got Class ! And you always do. Adinda Syafiee, adalah yang pertama naik kapal terbang di antara adik-beradik kita ke Sarawak, hadiah kecemerlangan tersebut. Tidak cukup dengan itu, (I have said earlier you got Class !), adinda ke Jepun semasa di UTM Jalan Semarak. Adinda sentiasa ke UTM Jalan Semarak kerana kekanda berkerja berdekatan dengan KLCC. Kekanda sentiasa ingat adinda kena makan banyak kali kerana takut gastrik. Kekanda harap adinda sentiasa jaga jadual makan adinda. Hubungan kita baik dan kekanda sentiasa hargai bagaimana adinda cuba mengawal ton suara adinda ketika bercakap dengan kekanda, semata-mata kerana adinda menghormati kekanda sebagai abang. Kekanda sentiasa sedar dan sentiasa bertolak ansur dengan adinda kerana kekanda tahu sememangnya darah adinda agak panas (keturunan tu.. he he) dan kekanda gembira bersama adinda sepanjang setahun di Kapit, Sarawak. Kekanda cukup-cukup 'happy' masa kat Sarawak di samping adinda, walaupun kita hanya berjumpa di hujung-hujung minggu atau semasa kekanda ada kursus di bandar Kapit. Kita selalu makan bersama, tidur bersama (berlainan bantal.. he he), main laptop bersama, pergi swimming bersama, main badminton bersama, dan juga sering berbual-bual pasal kerjaya kita yang mempunyai majikan yang sama iaitu Kerajaan Malaysia.




Kekanda bersyukur ke hadrat Allah, kerana satu tahun bersama adinda di Kapit adalah suatu hikmah bagi merapatkan hubungan kita, kerana seingat kekanda, kita jarang-jarang berjumpa sebelum itu. Kita hanya jumpa ketika Hari Raya Aidilfitri 2-3 tahun sebelum itu.




Adinda Syafiee, sehingga adinda pindah ke Kuching dan kini di Miri, kekanda sentiasa kagumi kesungguhan dan komited adinda pada kerja. Tidak salah lagi kenapa adinda mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 3 tahun berturut-turut, sebelum dinaikkan pangkat dan sekarang berkhidmat sebagai Ketua Unit Khas Bergerak (UKB) bagi negeri Sarawak.




Alhamdulillah, nikmat adik-beradik yang indah bersama adinda. Kekanda sentiasa doakan kesihatan dan kesejahteraan adinda walaupun jauh di seberang laut. Semoga Allah lindungi adinda dan sentiasa merahmati adinda. Kekanda juga berdoa semoga adinda dipertemukan jodoh yang solehah bagi menambahkan ahli keluarga, ipar-ipar, dan biras-biras... he he (Dulu adinda selalu suruh adinda Fa kawin dulu sebelum adinda).




Didoakan juga semoga adinda sentiasa gembira dan please senyum sokmo. .




Adindaku Nurulhuda yang dikasihi,




Sejak adinda dilahirkan, di bilik tengah (bilik adinda sekarang), kekanda sentiasa merasakan ada satu tanggungjawab besar yang perlu kekanda laksanakan buat adinda. Sebagai puteri sulong Cikgu Ripin & Kak Za, kelahiran adinda sememangnya membawa sinar dalam keluarga. Untuk pengetahuan adinda, kekanda, kekanda khairi dan kekanda syafiee sememangnya mengharapkan adinda seorang puteri sehinggalah adinda dilahirkan.. Alhamdulillah.




Sekiranya adinda ingat, kekanda selalu tanya adinda, "Ado ore gelar dop?" sejak dari adinda masuk sekolah tadika, seterusnya ke sekolah rendah, sekolah menengah hinggalah ke Universiti. Mungkin adinda rasa 'annoying' dengan pertanyaan kekanda yang berulang kali itu, tapi sebenarnya itulah sikap 'protecting' kekanda andai sesiapa melukakan hati adinda, secara automatic dia akan melukakan hati kekanda dan juga kekanda khairi dan kekanda Syafiee..




Adinda ingat tak, dulu masa kita kecik-kecik, kita 4 orang ada buat "meeting" dalam bilik tengah ? Bersama kita ada juga adinda Fa (Arwah) yang masih kecil tapi menangis tak nak ditinggalkan di luar bilik. Masa tu rasanya kali pertama kita cakap secara serius (hu hu...) betapa pentingnya kita menjaga hubungan kita adik-beradik, mesti sentiasa menyenangkan Abah & Ma, serta cuba sedaya-upaya jangan buat Abah & Ma susah hati (he he he).. Tergelak juga mengingatkan keadaan masa tu sebab rasanya kekanda baru Tingkatan 1 atau 2, masih mentah untuk "mempengerusikan meeting"... he he.... Kekanda masih ingat Kak Long buat muka, bila kita orang cakap semua yang Ma buat, Kak Long kena tolong.. he he... nakal kan, kekanda-kekanda Kak Long menyakat... hu hu..




Kekanda agak gembira Kak Long bersekolah menengah dekat dengan rumah, kerana bimbang dengan keselamatan Kak Long sekiranya jauh dari rumah. Sama macam kekanda, saiz badan semasa lingkungan umur tersebut agak kecil berbanding rakan sebaya yang lain. Adinda membuktikan kejayaan cemerlang sehingga menjejakkan kaki ke UiTM Shah Alam. Kekanda masih ingat, kekanda selalu menunggang motorsikal dari Kajang hingga ke Shah Alam untuk jumpa Kak Long, bawak Kak Long makan-makan, beli barang-barang dan sebagainya. Masa awal-awal kat UiTM, Kak Long cakap takut nak keluar sendiri dengan kawan-kawan, hinggalah semester kedua. Kekanda ingat, kekanda bawak Kak Long ke Subang Jaya sebab Kak Long nak beli handset. He he... Bila teringat tu... dan teringat Abah.... fuh, Alhamdulillah, semuanya selamat. Kak Long nak tahu, sampai hal-ehwal-wanita pernah kekanda tanya Ma, takut-takut Ma tak ajar.. he he memandai jugak kekanda ni... ye lah, adik perempuan pertama la katakan...




Adinda memang baik dengan kekanda dan kekanda-kekanda yang lain. Kami rasakan adinda ibarat 'buffer' dan pelengkap kepada kekurangan atau perselisihan antara kami. Kak Long mampu menjadi penenang ketika ada masalah, dan menjadi penghubung apabila sesuatu perlu disampaikan dengan cara yang lembut. He he... Kak Long pun boleh jadi 'SPY' yang boleh dipercayai... hu hu... tapi untuk tujuan yang baik....




Bagi adinda-adinda kak long, sememangnya mereka lebih rapat dengan Kak Long berbanding kekanda, mungkin disebabkan faktor jarak umur dan jarang-jarang berjumpa.




Alhamdulillah, kehadiran adinda sebagai anak ke-4. Kekanda doakan, adinda sentiasa ceria dan sentiasa tabah. Semoga Allah tunaikan segala impian adinda samada dunia atau akhirat. Didoakan juga adinda bertemu jodoh yang Soleh yang sesuai dengan adinda. Amin.


(Ingat tak kami bertiga selalu sakat Kak Long, sapa nak nikah nga Kak Long kena interview dengan kami... he he he... Sebab sayang ko Kak Long la).




Adindaku Mohd Fadhiri bin Rakiah,















[pause]























" Wahai abe keru yang disayangi, bila mahu di sambung warkah ini..hehe..dah lama pause tu.;) " - kaklong




















LA TAHZAN.....

(JANGANLAH BERSEDIH)










" Janganlah kamu bersikap

lemah, dan janganlah kamu

bersedih hati,padahal kamulah

orang-orang yang tinggi

darjatnya, jika kamu orang-

orang beriman"

( Surah Al-Imran Ayat 139 )

" Allah tidak akan membebani

seseorang itu melainkan dengan

kesanggupannya "

(Surah Al-Baqarah Ayat 286)

".......dan janganlah kamu

berputus asa pada Rahmah

Allah. Sesungguhnya tiada

berputus asa dari Rahmah Allah

melainkan kaum yang kafir "

(Surah Yusuf Ayat 12)

" Tiada apapun yang menimpa

seseorang mukmin berupa

bencana dan menderita

kesusahan, kecuali semua itu

menjadi sebab untuk

menghapuskan dosa-dosanya "

(Hadis Bukhari dan Muslim)