BUAT PENGUNJUNG-PENGUNJUNG BLOG.....

BUAT PENGUNJUNG- PENGUNJUNG BLOG.....


Untuk makluman sahabat sahabiah yang baru mengunjungi blog ini, blog Al-Fatihah buat Mohd Fadhiri bin Rakiah (Mohamad Ariffin) dibuat setelah ahli bait solihin kami iaitu al-marhum Mohd Fadhiri kembali ke Rahmatullah pada 11/01/10.



Blog ini telah diwujudkan pada 14/01/10, iaitu 3 hari setelah arwah kembali ke Rahmatullah oleh Abang Khairu (abang sulung arwah).



Semoga tautan ukhwah Fillah yang terjalin antara sahabat sahabiah serta semua yang pernah mengenali al-marhum Mohd Fadhiri dapat kami sekeluarga sambung, insyaALLAH




- dari keluarga al-marhum Mohd Fadhiri bin Rakiah (Mohamad Ariffin) -



JOM PROMOSI


ASIF JIDDAN....


Assalamualaikum kepada semua pengunjung-pengunjung blog Al-Fatihah buat Mohd Fadhiri bin Rakiah (Mohamad Ariffin)



Semoga sentiasa dalam lindungan dan rahmah ALLAH...InsyaALLAH..Semoga sentiasa diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan sehari-hari hanya untuk mencapai redha ALLAH..


Asif jiddan, dah lama kaklong tak update blog, untuk berkongsi ilmu, Ini kerana kaklong sibuk kemaskini portal web Islam bersama adik Imi..Buat sementara waktu, bolehlah ziarah portal murabbi. Semoga mendapat sedikit sebanyak ilmu yang bermanfaat untuk dunia dan akhirah di portal web Islam tersebut....http://www.murabbi.net/

InsyaALLAH, setelah kaklong dah siap mengemaskini Portal murabbi, akan kaklong kembali mencoret di sini..InsyaALLAH


Pejuangan yang masih jauh selagi jasad terkandung dalam diri dalam menuju YA RABB. Hanya untuk mendapart redha ALLAH..insya ALLAH...;ALL THE BEST!!!...BI TAUFIQ WA NAJAH FI DUNNIA WA AKHIRAT ;)


PENGUMUMAN KHAS

PENGUMUMAN MAJLIS TAHLIL

Majlis Tahlil Hari Ke 100 Allahyarham Mohd Fadhiri bin Rakiah adalah pada tarikh
20/4/2010 (Selasa). Kemungkinan akan dibuat pada tarikh
22/4/2010 (Khamis). Insyaallah


Semua sahabat sahabiah serta semua yang mengenali arwah di jemput hadir. Kami sekeluarga sangat-sangat mengalukan kedatangan sahabat sahabiah semua



Friday, September 24, 2010

Kenangan Al- marhum Mohd Fadhiri dan Al-marhum Mohd Faizol Bersama Sahabat Seperjuangan

Sumber Video : Akhi Muhammad Redhuan yang merupakan salah seorang sahabat al-marhum Mohd Fadhiri dan Al-marhum Mohd Faizol. Syukran jazilan



Thursday, September 9, 2010

MUHAMMAD AZHAD FADHIRI


Alhamdulillah, pada hari Isnin, 8/8/10, lahirlah seorang mujahid islam yang sangat comel, sempurna dan sihat. Walid dan umminya menamakan bayi comel ini dengan Muhammad Azhad Fadhiri.


Mengimbas kembali saat bayi ini masih di dalam kandungan umminya, lingkungan 2-3 bulan di dalam kandungan umminya, "pakciknya" telah pergi menemui cinta yang hakiki, "pakciknya" telah pergi buat selama-lamanya dari dunia yang sementara ini, "pakciknya" telah pergi ke alam baru, "pakciknya" yang telah pergi meninggalkan seluruh keluarganya, sahabat-sahabiahnya, serta semua orang yang menyayanginya..Ini kerana ia sudah termaktub dalam janji ALLAH pada setiap makhlukNYA yang bernyawa..Inilah kematian..kematian yang bakal ditempuhi oleh setiap makhluk yang bernyawa..Kematian yang hanya diketahui olehNYA bila saat dan ketikanya..Kematian yang membawa ke alam baru, alam yang kekal selama-lamanya..Kullu Nafsin Za'iqatul Maut


Tahukah Azhad Fadhiri..


Walaupun Azhad masih tidak mengerti dan tidak pernah mengenali "arwah pakcik" Azhad yang telah terlebih dahulu dijemput Ilahi, makcik huda ingin coretkan tentang "arwah pakcik" Azhad ni ye buat Azhad..




Tahukah Azhad Fadhiri..


"Arwah Pakcik" azhad ni mempunyai akhlak yang baik, anak yang soleh, dia suka tersenyum, susah untuk tengok dia marah, sungguh tenang walaupun ada masalah, sangat sabar orangnya, sangat menghormati orang tua, keluarga dan sahabat sahabiahnya, suka sangat menjemput sahabat sahabiah datang ke rumah, sangat meraikan tetamu yang datang ke rumah, dia suka berkongsi cerita dan masalah dengan makcik huda, suka berkongsi rahsia dengan makcik huda, sangat menjaga adab dan perhubungan dengan orang lain, sangat menjaga perasaan orang lain, suka makan apa yang makcik huda masak,selalu pakai jubah hitam yang makcik huda bagi pada hari ulangtahun kelahirannya, suka berjubah dan berserban, selalu jadi imam di rumah kita, suka warna hijau, berdikari basuh baju sendiri, sukakan kanak-kanak, penyayang...panjang kalau makcik huda nak tulis, tapi itulah "arwah pakcik" Azhad yang mempunyai akhlak yang baik dan sedaya upaya berusaha mencontohi sunnah dan akhlak Rasulullah..


Tahukah Azhad Fadhiri...


Di saat selepas perginya "arwah pakcik" Azhad menemuiNYA, terasa sungguh kehilangan ahli bait solihin di kalangan ahli bait kita. "Arwah pakcik" Azhad ni adik kesayangan makcik huda. Walaupun sungguh sebak dan rindu pada "arwah pakcik" Azhad, namun sabar dan redha menjadi kekuatan atas suratan takdir ALLAH yang maha kuasa. Walaupun makcik huda dan ahli bait kita yang lain sangat menyayangi "arwah pakcik" Azhad, namun tak terbanding sayang ALLAH pada hambaNYA. Di saat selepas perginya "arwah pakcik" Azhad, walid dan ummi Azhad dah berniat nak menamakan Azhad dengan ada nama "Fadhiri". Harapan ummi dan walid Azhad agar Azhad dapat mencontohi akhlak dan peribadi "arwah pakcik" Azhad yang berusaha untuk mencontohi akhlak dan sunnah Rasulullah..InsyaALLAH.."Arwah pakcik" Azhad namanya ialah "MOHD FADHIRI B. MOHAMAD ARIFFIN"...


Tahukah Azhad Fadhiri..


Saat malam sebelum Azhad dilahirkan, makcik huda call ummi Azhad bertanyakan khabarnya dan kandungannya yang berada di JB.. Teringat lagi perbualan itu

Ummi Azhad: Kaklong tolong doa biar Kak Nor melahirkan baby esok, kalau tak, kena balik Pahang semula..Kaklong doa banyak-banyak. Kalau selamat lahir baby, boleh terus tinggal kat JB

Makcik Huda: InsyaALLAH, kaklong rasa pagi-pagi sebelum Subuh dah lahir baby..


Pagi esoknya, dalam waktu sahur, terus mendapat panggilan gembira yang memberitahu Azhad selamat dilahirkan sebelum Subuh..Alhamdulillah, seronok ummi Azhad telefon makcik huda, berulangkali ummi Azhad bagitahu makcik huda "masin mulut kaklong,selamat lahir sebelum Subuh"..semua ketentuanNYA..Alhamdulillah


Tahukah Azhad Fadhiri,


Disaat memilih nama untuk Azhad, ummi dan walid Azhad bertanyakan pada seluruh keluarga kita. Masa walid Azhad bagi 3 pilihan nama pangkal sebelum Fadhiri, terus makcik huda berkenan pada nama "AZHAD" yang zuhud, waraq..Alhamdulillah semua ahli bait pun sukakan nama tu, maka dinamakan "MUHAMMAD AZHAD FADHIRI B. MOHD KHAIRUDDIN"..Comel je rasanya bila makcik huda sebut "Azhad"..Moga-moga Azhad menjadi seorang mujahid Islam, seorang anak yang solihin dan taat pada kedua orang tuamu, seorang yang dapat menabur bakti dan lelah pada perjuangan dakwah Islamiyah kelak, seorang yang digarap untuk menjadi insan yang berguna kepada diri sendiri, keluarga, agama, bangsa dan negaranya….InsyaALLAH



Makcik huda dan seluruh ahli bait sentiasa doakan kejayaan dan kebahagiaan dunia akhirah..Moga kita semua dipertemukan dan dikumpulkan di Syurga kelak, bertemu dengan ahli bait yang terlebih dahulu menemuiNYA...InsyaALLAH hanya dengan rahmah dan kasihNYA..Walaupun Syawal tahun ini, sebak dan terharu mengenangkan arwah pakcik Fadhiri tidak bersama- sama kita dalam perhimpunan raya keluarga, ada ahli bait baru, Muhammad Azhad Fadhiri..alhamdulillah..

Tak sabar makcik huda nak jumpa Azhad..;)

Wednesday, September 8, 2010

Ramadhan... Ia Akan Berlalu Pergi...




Tinggal sehari sahaja lagi, Ramadhan bakal melabuhkan tirainya. Bagaimanakah diri kita selepas ditarbiyah di bulan yang paling baik di antara semua bulan ini? Adakah kita mendapat malam lailatul qadar yang lebih baik daripada 1000 bulan itu?


Sama-sama kita koreksi diri kembali.


Bagi mukmin yang berjaya dengan cemerlangnya, dirinya berjaya ditarbiyah di bulan ini. Juga lebih menggembirakan jika mukmin itu mendapat malam lailatul qadar. Dan yang terlebih gembira jika amalan-amalan di bulan Ramadhan ini dapat diteruskan di bulan-bulan lain juga. Inilah hikmahnya Ramadhan kepada yang betul-betul menghayati, Ramadhan yang mendidik hati dan nafsu mukmin daripada yang kurang kepada yang lebih baik, insyaAllah.


Bagi setengah mukmin yang lain pula, dirinya berjaya beramal dengan sebaik-baiknya di bulan Ramadhan, namun tidak terus istiqamah di bulan-bulan yang seterusnya. maka, kembali lalai mukmin itu.


Bagi setengah mukmin yang rugi, mereka berpuasa, namun masih tidak solat, masih melakukan perkara mungkar. Puasa mereka tidak berjaya mendidik diri dan hatinya.


Ada pelbagai golongan lagi, cumanya, tidak perlu kita mencari semuanya, cukuplah kita koreksi diri kita. Dimanakah kita? Adakah puasa kali ini betul-betul dapat mendidik nafsu kita. Tinggal sehari sahaja lagi, kita bakal berpisah dengan bulan Ramadhan ini. Insyaallah, Setahun lagi ia muncul kembali,adakah kita masih akan diberi nikmat kesihatan ini, nikmat waktu lapang ini dan nikmat hidup ini untuk terus beribadah hanya padaNYA.


Walaupun Ramadhan hanya berbaki sehari, sama-samalah kita rebut peluang yang ada. Masih ada kesempatan waktu. Sama-sama kita muhasabah perjalanan Ramadhan kita kali ini.


Esok, di malam Hari Raya, sama-samalah kita bertakbir, kerna Allah tidak mematikan hati mukmin yang menghidupkan malam raya.


Sampai di sini saja, moga tazkirah ringkas ini memberi manfaat kepada diri ana sendiri juga kepada semua yang membaca. Setiap yang kurang adalah kelemahan ana sendiri, yang baik semuanya adalah datang dariNYA.


Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.



Wassalam,
Kak Ngah.

Warkah buat Adinda; Special Edition



Adinda-adinda yang kekanda sayangi,




Perkara paling penting yang hendak kekanda katakan ialah, kekanda amat menyayangi adinda-adinda semua. Bukan hanya sekarang tetapi sejak kekanda mempunyai seorang adinda iaitu adinda Khairi, sehinggalah kekanda mempunyai lapan orang adinda dengan kelahiran adinda Ti.




Namun, mungkin kekanda jarang menyebut perkara ini secara formal dan secara langsung, tapi yang pasti, kekanda amat menyayangi kalian berlapan.




Adinda Mohd Khairi Azhar yang dikasihi,




Memori pertama bersama adinda ialah ketika kita sekeluarga tinggal di SMK Kuala Krai. Masihkah adinda ingat setiap kali abah pulang dari sukan atau outstation, abah akan membelikan kita mainan ? Antara yang paling kekanda ingat ialah kekanda dibelikan abah sebuah kereta polis dan adinda pula menerima sebuah kepala keretapi yang masing-masing sebesar raga motorsikal. Teringat kekanda, di satu kenangan, abah dan ma duduk di sofa dan kita bermain kereta polis dan kepala keretapi itu dalam keadaan gelap semata-mata kerana nak lihat betapa terangnya lampu dan cahaya dari kedua-dua buah mainan itu..




Seingat kekanda, kita sememangnya banyak menghabiskan masa bersama sejak kecil hinggalah kekanda memasuki SMAP Kajang pada 1990. Kita main bersama, kita makan bersama dan kita bergaduh bersama. Kita bersekolah rendah pun bersama, sentiasa ada adinda 2 darjah di bawah kekanda. Tapi setelah adinda Syafiee semakin besar, adinda Khairi makin rapat dengan adinda Syafiee.. he he, kekanda tak jeles pun.. Sebab masa tu kekanda dah nak masuk Sekolah Menengah.. Ketika kekanda tingkatan 3, adinda masuk ke SMKA Falahiah, dan begitulah seterusnya. Hubungan kita baik namun hanya berjumpa ketika cuti-cuti panjang. Tetapi, semasa adinda masuk YPMKL, hubungan kita makin rapat kerana kita berada berdekatan di Kuala Lumpur. Ingatkah adinda, sekali sekala kita keluar makan bersama.




Seterusnya, setelah kita sama-sama menempuhi alam pekerjaan, hubungan kita sentiasa baik, kekanda hargai rasa hormat dalam diri adinda dan ketenteraman adinda dalam berbicara dengan kekanda. Seingat kekanda, kekanda selalu bertanyakan itu dan ini kepada adinda, kadang-kadang mungkin sampai ke perkara-perkara yang kurang penting.. Semuanya kerana kekanda cuba tunjukkan rasa 'caring' kekanda pada adinda.




Kekanda amat gembira ketika adinda ingin mendirikan rumahtangga, kerana kekanda bangga adinda akan memulakan satu era baru dalam keluarga kita, iaitu alam perkahwinan. Kekanda tidak bersama keluarga ketika pernikahan adinda di rumah pengantin perempuan, maafkan kekanda. Namun, dapat juga kekanda pulang untuk meraikan adinda ketika majlis di rumah kita di Tanah Merah. Lawak juga bila kekanda bersama abah menyambut tetamu, ramai yang mengucapkan tahniah kepada kekanda seolah-olah kekanda yang berkahwin.. he he... kekanda asyik ulang, "Eh.. buke kito, adik..". Lepas tu, bila ada yang cakap, "Guano adik dulu", kekanda jawab, "Kito ngaloh sokmo nga adik.." he he..




Sehingga sekarang pun, setelah adinda bergelar bapa kepada 2 cahayamata yang comel-comel, kekanda sentiasa rasakan betapa dalam hati kita berdua sentiasa ada perasaan hormat-menghormati dan sayang-menyayangi. Kita rapat dan kita sentiasa mengambil berat hal-hal berkaitan satu sama lain.. Banyak ketika kita berbincang perkara-perkara yang berkaitan dengan keluarga dan juga kerjaya kita. Alhamdulillah, adindaku Khairi, dengan segala nikmat kasih sayang adik beradik yang dikurniakan Allah kepada kita.




Kekanda doakan semoga adinda Khairi terus mendapat limpahan Rahmat Allah, di dunia dan di akhirat. Semoga adinda Khairi dan Kak Yani (Isteri), Fatnin, Fathi, dan ramai lagi anak-anak seterusnya (he he) sentiasa bahagia dan sentiasa dimurahkan rezeki, dan sentiasa mendapat keredhaan Allah. Amin.




Adindaku Mohd Syafiee yang dikasihi,




Kekanda teringat semasa Allahyarham Tok Ayah (Datuk sebelah Abah), berjalan perlahan merapati tadika tempat kekanda belajar dan kemudian cakap ngan kekanda, "Abe keru bulih adik doh, marila nok balik". Kekanda dapatkan kebenaran dengan cikgu untuk pulang dan terloncat-loncat berjalan dengan Tok Ayah memimpin tanganya. Macam-macam soalan kekanda tanya Tok Ayah.. "Jate ko tino", kekanda tanya.. "Ma segar dok?" kekanda tanya lagi. "Abah balik doh?".. dan macam-macam lagi sehinggalah kekanda masuk ke rumah dan ketika menyelak tirai dan sempat mengintai adinda dan ma sebelum, "Eh, tubik luar nu ore jate", he he marah Mak (Nenek).. hu hu... Abe keru keluar pergi main dengan Abe keri la... Dan bermulalah episod berebut-rebut antara kami berdua setiap kali nak tengok adinda Syafiee atau riba adinda.




Adinda mengikuti jejak kekanda Khairi memasuki SMKA Falahiah dan telah meninggalkan rekod 9A PMR yang tidak dapat dipecahkan sehingga sekarang oleh adik-beradik yang lain. You Got Class ! And you always do. Adinda Syafiee, adalah yang pertama naik kapal terbang di antara adik-beradik kita ke Sarawak, hadiah kecemerlangan tersebut. Tidak cukup dengan itu, (I have said earlier you got Class !), adinda ke Jepun semasa di UTM Jalan Semarak. Adinda sentiasa ke UTM Jalan Semarak kerana kekanda berkerja berdekatan dengan KLCC. Kekanda sentiasa ingat adinda kena makan banyak kali kerana takut gastrik. Kekanda harap adinda sentiasa jaga jadual makan adinda. Hubungan kita baik dan kekanda sentiasa hargai bagaimana adinda cuba mengawal ton suara adinda ketika bercakap dengan kekanda, semata-mata kerana adinda menghormati kekanda sebagai abang. Kekanda sentiasa sedar dan sentiasa bertolak ansur dengan adinda kerana kekanda tahu sememangnya darah adinda agak panas (keturunan tu.. he he) dan kekanda gembira bersama adinda sepanjang setahun di Kapit, Sarawak. Kekanda cukup-cukup 'happy' masa kat Sarawak di samping adinda, walaupun kita hanya berjumpa di hujung-hujung minggu atau semasa kekanda ada kursus di bandar Kapit. Kita selalu makan bersama, tidur bersama (berlainan bantal.. he he), main laptop bersama, pergi swimming bersama, main badminton bersama, dan juga sering berbual-bual pasal kerjaya kita yang mempunyai majikan yang sama iaitu Kerajaan Malaysia.




Kekanda bersyukur ke hadrat Allah, kerana satu tahun bersama adinda di Kapit adalah suatu hikmah bagi merapatkan hubungan kita, kerana seingat kekanda, kita jarang-jarang berjumpa sebelum itu. Kita hanya jumpa ketika Hari Raya Aidilfitri 2-3 tahun sebelum itu.




Adinda Syafiee, sehingga adinda pindah ke Kuching dan kini di Miri, kekanda sentiasa kagumi kesungguhan dan komited adinda pada kerja. Tidak salah lagi kenapa adinda mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 3 tahun berturut-turut, sebelum dinaikkan pangkat dan sekarang berkhidmat sebagai Ketua Unit Khas Bergerak (UKB) bagi negeri Sarawak.




Alhamdulillah, nikmat adik-beradik yang indah bersama adinda. Kekanda sentiasa doakan kesihatan dan kesejahteraan adinda walaupun jauh di seberang laut. Semoga Allah lindungi adinda dan sentiasa merahmati adinda. Kekanda juga berdoa semoga adinda dipertemukan jodoh yang solehah bagi menambahkan ahli keluarga, ipar-ipar, dan biras-biras... he he (Dulu adinda selalu suruh adinda Fa kawin dulu sebelum adinda).




Didoakan juga semoga adinda sentiasa gembira dan please senyum sokmo. .




Adindaku Nurulhuda yang dikasihi,




Sejak adinda dilahirkan, di bilik tengah (bilik adinda sekarang), kekanda sentiasa merasakan ada satu tanggungjawab besar yang perlu kekanda laksanakan buat adinda. Sebagai puteri sulong Cikgu Ripin & Kak Za, kelahiran adinda sememangnya membawa sinar dalam keluarga. Untuk pengetahuan adinda, kekanda, kekanda khairi dan kekanda syafiee sememangnya mengharapkan adinda seorang puteri sehinggalah adinda dilahirkan.. Alhamdulillah.




Sekiranya adinda ingat, kekanda selalu tanya adinda, "Ado ore gelar dop?" sejak dari adinda masuk sekolah tadika, seterusnya ke sekolah rendah, sekolah menengah hinggalah ke Universiti. Mungkin adinda rasa 'annoying' dengan pertanyaan kekanda yang berulang kali itu, tapi sebenarnya itulah sikap 'protecting' kekanda andai sesiapa melukakan hati adinda, secara automatic dia akan melukakan hati kekanda dan juga kekanda khairi dan kekanda Syafiee..




Adinda ingat tak, dulu masa kita kecik-kecik, kita 4 orang ada buat "meeting" dalam bilik tengah ? Bersama kita ada juga adinda Fa (Arwah) yang masih kecil tapi menangis tak nak ditinggalkan di luar bilik. Masa tu rasanya kali pertama kita cakap secara serius (hu hu...) betapa pentingnya kita menjaga hubungan kita adik-beradik, mesti sentiasa menyenangkan Abah & Ma, serta cuba sedaya-upaya jangan buat Abah & Ma susah hati (he he he).. Tergelak juga mengingatkan keadaan masa tu sebab rasanya kekanda baru Tingkatan 1 atau 2, masih mentah untuk "mempengerusikan meeting"... he he.... Kekanda masih ingat Kak Long buat muka, bila kita orang cakap semua yang Ma buat, Kak Long kena tolong.. he he... nakal kan, kekanda-kekanda Kak Long menyakat... hu hu..




Kekanda agak gembira Kak Long bersekolah menengah dekat dengan rumah, kerana bimbang dengan keselamatan Kak Long sekiranya jauh dari rumah. Sama macam kekanda, saiz badan semasa lingkungan umur tersebut agak kecil berbanding rakan sebaya yang lain. Adinda membuktikan kejayaan cemerlang sehingga menjejakkan kaki ke UiTM Shah Alam. Kekanda masih ingat, kekanda selalu menunggang motorsikal dari Kajang hingga ke Shah Alam untuk jumpa Kak Long, bawak Kak Long makan-makan, beli barang-barang dan sebagainya. Masa awal-awal kat UiTM, Kak Long cakap takut nak keluar sendiri dengan kawan-kawan, hinggalah semester kedua. Kekanda ingat, kekanda bawak Kak Long ke Subang Jaya sebab Kak Long nak beli handset. He he... Bila teringat tu... dan teringat Abah.... fuh, Alhamdulillah, semuanya selamat. Kak Long nak tahu, sampai hal-ehwal-wanita pernah kekanda tanya Ma, takut-takut Ma tak ajar.. he he memandai jugak kekanda ni... ye lah, adik perempuan pertama la katakan...




Adinda memang baik dengan kekanda dan kekanda-kekanda yang lain. Kami rasakan adinda ibarat 'buffer' dan pelengkap kepada kekurangan atau perselisihan antara kami. Kak Long mampu menjadi penenang ketika ada masalah, dan menjadi penghubung apabila sesuatu perlu disampaikan dengan cara yang lembut. He he... Kak Long pun boleh jadi 'SPY' yang boleh dipercayai... hu hu... tapi untuk tujuan yang baik....




Bagi adinda-adinda kak long, sememangnya mereka lebih rapat dengan Kak Long berbanding kekanda, mungkin disebabkan faktor jarak umur dan jarang-jarang berjumpa.




Alhamdulillah, kehadiran adinda sebagai anak ke-4. Kekanda doakan, adinda sentiasa ceria dan sentiasa tabah. Semoga Allah tunaikan segala impian adinda samada dunia atau akhirat. Didoakan juga adinda bertemu jodoh yang Soleh yang sesuai dengan adinda. Amin.


(Ingat tak kami bertiga selalu sakat Kak Long, sapa nak nikah nga Kak Long kena interview dengan kami... he he he... Sebab sayang ko Kak Long la).




Adindaku Mohd Fadhiri bin Rakiah,















[pause]























" Wahai abe keru yang disayangi, bila mahu di sambung warkah ini..hehe..dah lama pause tu.;) " - kaklong




















LA TAHZAN.....

(JANGANLAH BERSEDIH)










" Janganlah kamu bersikap

lemah, dan janganlah kamu

bersedih hati,padahal kamulah

orang-orang yang tinggi

darjatnya, jika kamu orang-

orang beriman"

( Surah Al-Imran Ayat 139 )

" Allah tidak akan membebani

seseorang itu melainkan dengan

kesanggupannya "

(Surah Al-Baqarah Ayat 286)

".......dan janganlah kamu

berputus asa pada Rahmah

Allah. Sesungguhnya tiada

berputus asa dari Rahmah Allah

melainkan kaum yang kafir "

(Surah Yusuf Ayat 12)

" Tiada apapun yang menimpa

seseorang mukmin berupa

bencana dan menderita

kesusahan, kecuali semua itu

menjadi sebab untuk

menghapuskan dosa-dosanya "

(Hadis Bukhari dan Muslim)