BUAT PENGUNJUNG-PENGUNJUNG BLOG.....

BUAT PENGUNJUNG- PENGUNJUNG BLOG.....


Untuk makluman sahabat sahabiah yang baru mengunjungi blog ini, blog Al-Fatihah buat Mohd Fadhiri bin Rakiah (Mohamad Ariffin) dibuat setelah ahli bait solihin kami iaitu al-marhum Mohd Fadhiri kembali ke Rahmatullah pada 11/01/10.



Blog ini telah diwujudkan pada 14/01/10, iaitu 3 hari setelah arwah kembali ke Rahmatullah oleh Abang Khairu (abang sulung arwah).



Semoga tautan ukhwah Fillah yang terjalin antara sahabat sahabiah serta semua yang pernah mengenali al-marhum Mohd Fadhiri dapat kami sekeluarga sambung, insyaALLAH




- dari keluarga al-marhum Mohd Fadhiri bin Rakiah (Mohamad Ariffin) -



JOM PROMOSI


ASIF JIDDAN....


Assalamualaikum kepada semua pengunjung-pengunjung blog Al-Fatihah buat Mohd Fadhiri bin Rakiah (Mohamad Ariffin)



Semoga sentiasa dalam lindungan dan rahmah ALLAH...InsyaALLAH..Semoga sentiasa diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan sehari-hari hanya untuk mencapai redha ALLAH..


Asif jiddan, dah lama kaklong tak update blog, untuk berkongsi ilmu, Ini kerana kaklong sibuk kemaskini portal web Islam bersama adik Imi..Buat sementara waktu, bolehlah ziarah portal murabbi. Semoga mendapat sedikit sebanyak ilmu yang bermanfaat untuk dunia dan akhirah di portal web Islam tersebut....http://www.murabbi.net/

InsyaALLAH, setelah kaklong dah siap mengemaskini Portal murabbi, akan kaklong kembali mencoret di sini..InsyaALLAH


Pejuangan yang masih jauh selagi jasad terkandung dalam diri dalam menuju YA RABB. Hanya untuk mendapart redha ALLAH..insya ALLAH...;ALL THE BEST!!!...BI TAUFIQ WA NAJAH FI DUNNIA WA AKHIRAT ;)


PENGUMUMAN KHAS

PENGUMUMAN MAJLIS TAHLIL

Majlis Tahlil Hari Ke 100 Allahyarham Mohd Fadhiri bin Rakiah adalah pada tarikh
20/4/2010 (Selasa). Kemungkinan akan dibuat pada tarikh
22/4/2010 (Khamis). Insyaallah


Semua sahabat sahabiah serta semua yang mengenali arwah di jemput hadir. Kami sekeluarga sangat-sangat mengalukan kedatangan sahabat sahabiah semua



Wednesday, April 28, 2010

Coretan Kaklong Istimewa: MUHASABAH CINTAKU (1)


(Muhasabah Cintaku...)


…Sebuah epilog kenangan suka duka hidup kaklong bersama-sama arwah adik lelaki kesayangan kaklong, Mohd Fadhiri bin Rakiah (Mohamad Ariffin)…


Coretan Kaklong Istimewa yang diberi nama Muhasabah Cintaku yang dicoretkan sebagai kenangan hidup antara kaklong, Nurulhuda Mohamad Ariffin dan arwah adik lelaki kesayangan kaklong, Mohd Fadhiri bin Rakiah (Mohamad Ariffin) suatu ketika dahulu. InsyaALLAH dengan izinNYA…


Muhasabah Cintaku
ini lebih kepada kehidupan arwah adik kesayangan kaklong (yang telah kembali ke Rahmatullah pada 11/01/10) yang dilalui bersama-sama kaklong sejak dari kecil hinggalah sebelum arwah kembali ke Rahmatullah…Coretan ini begitu istimewa dan sangat berharga bagi kaklong kerana ia mencoretkan suka duka arwah bersama kaklong sebelum arwah adik kesayangan kaklong kembali ke Rahmatullah….Walaupun agak lama untuk menyiapkan coretan istimewa ini kerana ia mengimbas kembali saat-saat bersama arwah adik kaklong….Coretan Kaklong Istimewa, iaitu Muhasabah Cintaku ini ingin kaklong kongsikan bersama sahabat sahabiah arwah kerana kehidupan arwah bersama keluarga, akhlak, perilaku, perangai, dan suka duka arwah mungkin ingin diketahui oleh semua yang pernah mengenali dirinya…..InsyaALLAH…



Bismillahirahmanirrahim…Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah dan Penyayang. Allahumma solli a’la Sayyidina Muhammad, wa a’la aaaali Sayyidina Muhammad. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kekasih ALLAH, Nabi Muhammad s.a.w serta seluruh keluarga baginda. Alhamdulillah kelahiran anak yang ke 5 dalam keluarga Ariza sungguh memberi kenangan yang amat manis yang tidak dapat dilupakan oleh kami sekeluarga…..Alhamdulillah, seorang bayi lelaki yang comel, sihat, dan sempurna selamat dilahirkan pada hari Jumaat, 06/11/87 penyeri baitul muslim Mohamad Ariffin Abd Rahman dan Rakiah Abdullah.. Bayi lelaki yang putih bersih ini yang bakal dicorakkan oleh Ma dan Abah untuk menjadi seorang mujahid Islam, seorang anak yang solihin dan taat pada kedua orang tuanya, seorang yang diharapkan dapat menabur bakti dan lelah pada perjuangan dakwah Islamiyah kelak, seorang yang digarap untuk menjadi insan yang berguna kepada diri sendiri, keluarga, agama, bangsa dan negaranya…..Insan ini telah diberi nama yang mana jarang sekali orang memberi nama ini…Nama yang dipilih untuk insan ini ialah MOHD FADHIRI B. MOHAMAD ARIFFIN…..insan yang sangat disayangi oleh kami sekeluarga kerana ketinggian akhlak dan peribadinya serta kesolehannya……Alhamdulillah..


Antara Fa dan Kaklong, kita hanya berbeza umur 2 tahun, menjadikan kita teman sepermainan masa kecil-kecil dan sama-sama sekolah rendah. Kaklong masih ingat air muka Fa yang sentiasa menunjukkan riak muka yang kesian dan simpati. Fa agak pendiam, jarang sangat bercakap masa zaman kanak-kanak dulu tapi Fa suka tersengih (hehe….comel).


Al-marhum Mohd Fadhiri(paling kanan)di zaman kanak-kanaknya


Kaklong masih ingat di zaman kanak-kanak kita dulu, Fa dan Abg een pernah mengajak kaklong bermain di tepi tali air yang cetek berdekatan dengan rumah kita. Kaklong takut nak pergi, takut dimarahi abah, maklumlah abah masa tu kan garang dan amat tegas serta berdisiplin dalam mendidik anak-anaknya. Tetapi masa tu sungguh-sungguh Fa dan Abg Een ajak kaklong pergi menangkap ikan di tepi tali air berdekatan kawasan perumahan rumah kita. Kaklong pun ikutlah sama…..Hehe…Dahla masa tu hujan renyai-renyai. Agak nakal kita masa tu kan..Seronok kita main petang tu…Sampai di rumah, memang abah dah menanti kita…..Kita bertiga dah risau sangat takut dimarahi Abah….Terbayang rotan Abah yang tersangkut di dinding rumah, walaupun rotan itu tak pernah digunakan untuk merotan anak-anaknya…Rotan itu yang hanya digunakan di saat Abah mengajar kita mengaji al-quran malam-malam masa Abah tak sibuk….Hehe....tapi sampai je muka pintu, abah kata “Makan ubi rebus banyak-banyak, main air lama sangat, sejuk tu”….Hehe…Kebetulan masa tu Ma masak ubi rebus petang tu..Lega perasaan dan selamat kita bertiga sebab tak kena marah dengan Abah masa tu…..Heheh…Sambil Abg Khairu dan Abg Khairi tersengih-sengih gelakkan kita bertiga yang pucat bibir menahan kesejukan, basah kena air hujan…Hehehe…Tapi sekali tu jela kita pergi, lepas tu kita tak pernah pergi dah, sebab kita hormat pada Abah walaupun disebalik ketegasan Abah dalam mendidik kita adik beradik…Kita bertiga faham, Abah tak suka kita adik beradik main dikawasan tali air, bimbangkan keselamatan kita….Sebab Abah sayangkan kita semua….



Al-marhum Mohd Fadhiri (paling kanan)semasa berumur 4 tahun di rumah saudara Ma di Terengganu


Teringat masa kita bertiga (Abg Een, Kaklong dan Fa) mengaji al-Quran rumah ustaz malam-malam. Saat pulang dari mengaji Al-Quran, bila dekat-dekat dah nak sampai rumah pulang dari mengaji al-quran, selang 2 buah rumah sebelum rumah kita, Abg Een akan bagi isyarat kepada Fa meninggalkan kaklong..”1…2…3..lari”… Saja nak takutkan kaklong…nakal adik kaklong ni. Sama-sama kita berlari….hehe.. Sampai di rumah, kaklong mengadu lah ditinggalkan, kena berleter la Fa dan Abg een….esok buat lagi…..hehe….seronok katanya usik kaklong…emmm…



(Gambar hiasan)


Fa sekolah tadika sekejap je, sebulan rasanya lepas tu tak nak pergi dah tadika sebab Fa bagitahu kaklong ada kawan jahat kacau Fa…..Biasalah kanak-kanak ada yang nakal. Masa tu, kaklong nak pergi jumpa siapa yang kacau Fa...nak marah kawan Fa kerana berani kacau adik kaklong….tapi Fa kata tak payahlah, malas nak pergi sekolah, belajar kat rumah je…hehe…baik sangat la adik kaklong ni….emmm…



Kenangan di zaman kanak-kanak..aktiviti berkelah dan riadah menjadi kemestian pada hujung minggu dan cuti sekolah..hehe..comel gambar arwah yang tersengih nampak gigi..Al-marhum Mohd Fadhiri dalam lingkungan 4-5 tahun (paling kanan)


Waktu memasuki alam persekolahan sekolah rendah, kita sama-sama bersekolah di sekolah yang sama iaitu Sekolah Kebangsaan Tanah Merah (1). Kita hanya berbeza selang dua darjah, masa kaklong darjah 3, Fa baru nak masuk darjah 1…. Masa sekolah rendah Fa menunjukkan keputusan yang cemerlang iaitu 4A 1B di dalam UPSR, walaupun masa tu Fa masih dengan pendiam dan tak banyak bercakap serta Fa lebih suka menunjukkan expresi pada muka yang menunjukkan gembira, sedih, ceria dan sebagainya….Keputusan yang cemerlang membolehkan Fa pergi bersekolah agama pilihan iaitu Sekolah Menengah Agama Falahiah di Pasir Pekan, Kelantan mengikuti jejak langkah Abg Khairi dan Abg Een….


Memang semua ahli muslimin keluarga kita akan dihantar oleh Abah ke sekolah agama dan akan dibiasakan hidup berdikari dengan tinggal di asrama sejak dari awal sekolah menengah iaitu Tingkatan 1. Abg Khairu sejak dari Tingkatan 1 telah dihantar ke sekolah berasrama penuh agama iaitu SMAP, Kajang dan diikuti Abg Khairi, Abg Een, Fa dan Adik No yang kesemuanya Abah tempatkan di sekolah SMKA Falahiah, Pasir Pekan, Kelantan….


Kaklong ingat lagi masa tu Fa beritahu kaklong, yang Fa risau sangat takut tak boleh ikut pengajian agama dan bahasa arab di sekolah itu…Kaklong menasihatkan Fa supaya jangan risau, kita tak taula, kita kena belajar…nanti kaklong ajar sikit-sikit arab walaupun kaklong bukan pandai sangat arab..Kaklong bergurau kat Fa kata nanti Fa lagi pandai dari kaklong dalam bidang agama sebab Fa sekolah agama…Fa dengan aksi muka biasala….tersengih-sengih (hehe..comel)..…Hasil galakan, nasihat, semangat dan kata-kata perangsang dari kami semua adik beradik, Ma dan Abah, Fa meneruskan pengajian di SMKA Falahiah bermula tingkatan 1…


Alhamdulillah, setiap kali balik rumah hujung minggu, ada juga cerita tentang apa yang dipelajari, kehidupan asrama, sahabat –sahabat, aktiviti dakwah dan kerohanian yang disertai di sekolah dan sebagainya kepada kaklong….Walaupun Fa masih lagi agak pendiam, tetapi sudah mula banyak bercerita dengan kaklong. Kaklong selalu nasihatkan Fa supaya berkongsi cerita dan masalah sepanjang Fa berada di sekolah. Maklumlah kami hanya berjumpa hujung minggu sahaja…Keputusan yang cemerlang dalam PMR iaitu 8A 1B membolehkan Fa terus belajar di SMKA Falahiah sehingga habis SPM…



p/s: asif jiddan coretan kaklong siri 8, sambungan dari siri 7 masih dalam proses….insyaALLAH …;)


“Muhasabah Cintaku” to be continued..insyaALLAH jika masih diberi nafas dariNYA…

by Kaklong, 28/04/10, 11:30 p.m

Monday, April 26, 2010

TIPU SURAT BELI KOMPUTER ELAK DARI INCOME TAX

Soalan dari pengunjung

Persoalan ana tentang situasi kebiasaanya penjawat-penjawat kerajaan yang membuat claim income tax bagi belian barangan seperti laptop, komputer dan sebagainya..kebiasaanya maksimun claim yang boleh dibuat oleh penjawat awam ini ialah RM 5000..persoalan ana bagaimana hukumnya bagi seseorang yang membuat claim tidak mengikut jumlah yang dibelinya.

Ana bagi contoh membeli harga laptop dengan harga RM 2699, tetapi utk claim income tax, letak harga RM 5000. Bagaimana hukumnya ustaz.

Ana tengok ramai sangat orang yang membuat seperti itu. Bagi ana ia tidak wajar kerana seolah-olah menipu, kerana jumlah belian barangan tidak seperti jumlah claim bg income tax






Jawapannya

Sebagai seorang muslim yang mematuhi perintah Allah dengan menaati segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangan Allah. Islam juga melarang umatnya menipu, kerana menipu itu ada haram dan dosa. Sepertimana Hadis Nabi yang bermaksud :


“Barang siapa yang tipu daya bukan dari golongan kami”.


Hadis ini jelas dan terang, bahawa Islam tidak menggalakkan umatnya menipu dan jika menipu bukan dari golongan Islam. Masalah di atas ini, ialah masalah hukum dunia dan hukum manusia. Wajarkah kita mematuhi hukum manusia? Jawapan saya wajar, kerana ini merupakan hukum alam ataupun sunnatullah. Firman Allah yang bermaksud :


“Taatlah kamu kepada Allah, kepada Rasul dan kepada pemimpin yang mentaati Allah da rasul.”


Jika dipandang positif tentang income tax, ini merupakan hukum manusia dan tidak melanggar syariat Allah. Pada zaman pemerintahan Islam dahulu juga adanya cukai perlindungan bagi orang kafir dan orang Islam dikenakan zakat. Income tax ini dikenakan dan duitnya disalurkan untuk kegunaan awam, pembangunan negara, bayar gaji kakitangan awam dan sebagainya. Jelas di sini, income tax adalah untuk kegunaan yang berfaedah dan tidak digunakan ke arah kemaksiatan dan dosa.


Menjadi tanggungjawab rakyat negara ini membayar cukai, kerana kita adalah penduduk negara ini dan wajib mematuhi peraturan atau undang-undang negara ini. Jika ingkar dengan segala peraturan Allah, maka layaklah menerima hukuman atau tindakan negara. Firman Allah yang bermaksud :


“Dan bagi Allah jualah tunduk sujud apa Yang ada di langit dan Yang ada di bumi, dari makhluk-makhluk Yang bergerak serta Malaikat; sedang mereka (Malaikat-malaikat itu) tidak berlaku sombong takbur (daripada beribadat dan sujud kepadanya).” (An-Nahl : 49)


Berdasarkan firman Allah di atas ini, maka wajib kita semua mematuhi hukum yang dibuat oleh negara dan manusia yang mematuhi peraturan Allah. Tidak wajib bagi orang yang beriman mematuhi hukum yang jelas bertentangan dengan syariat Islam, kerana ia jelas bertentangan dengan Islam. Lazimnya hukum Allah itu bertepatan dengan hukum manusia, kerana Allah itu Tuhan sekelian Alam dan tuhan segala makhluk yang ada di ala mini termasuklah manusia.


Tidak wajar bagi orang yang menipu untuk melepaskan diri dari bayaran income tax dengan cara yang dinyatakan di atas. Kerana cara ini jelas menipu dengan memalsukan surat pembelian untuk melepaskan diri dari membayar income tax. Rezeki yang Allah bagi kepada kita semua adalah bukan hak kita, sebab itulah Islam mewajibkan umatnya membayar zakat dan mensunatkan sedekah.


Memang income tax ini adalah undang-undang manusia, tetapi kita kena ingat ini adalah ketetapan dan ketentuan Allah kepada semua manusia. Hal ini jelas dalam rukum iman yang terakhir iaitu percaya kepada qada’ dan qadar Allah. Maka bagi orang yang lari dan menipu tidak membayar income tax adalah dosa dan lari daripada sunnatullah.


(Sumber: http://ustaznoramin.blogspot.com/)



(Islam is only way of life..amalkan islam dalam setiap aspek kehidupanmu sehari-hari..agar kita selamat dan bahagia di akhirat SANA..)

by kaklong, 26/04/10, 12:34pm

Monday, April 19, 2010

JERITAN DAN TANGISAN ANAK-ANAK PALESTIN




Hayatilah jeritan suara di dalam sanubari seorang remaja muslimah yang berusia hanya 14 tahun mewakili anak-anak Gaza, Palestin...Sungguh sebak, pilu dan sedih melihat sendiri luahan hati saudara seislam kita yang menanggung perit derita di Palestin angkara rejim zionis Israel Laknatullah. Allahuakbar ..Sungguh sebak melihat luahan adik perempuanku di Palestin..terasa ingin kupeluk dan kukesat air matanya agar dia tahu ramai yang menyayanginya dan juga kanak-kanak palestin yang lain...sungguh, malu aku pada ALLAH melihat penderitaan anak-anak palestin di Gaza, Palestin...Ku tanya pada diri...apa yang telah aku lakukan untuk saudara seislam ku disana???...Allah...


Aku seorang anak Palestin…
Aku telah membiarkan kelaparan selama berhari-hari…
Dan sekarang telah berminggu-minggu…
Aku mendengar di tempat lain…
Anak-anak tertidur di tempat-tempat tidur mereka…
Ibu mereka dengan hangat disisi mereka…
Menyanyikan lagu untuk mereka…
Ayah-ayah mereka akan menciumnya…
Setiap kali mereka bangun di pagi hari dari tempat tidur….
Mereka memiliki permainan dan mainan untuk bermain dengan kawan-kawan…


Tapi Aku….
Aku bermain dan menunggu kematian…
Ibuku selalu menangis…
Dia sentiasa memakai pakaian hitam…
Karena dia menghadapi kegelapan setiap hari…
Musuh-musuh matahari….
Anak-anak mereka ditindas….
Ketika mereka kali pertama menembaki rumah kami dengan bom…
Ayahku menjadi syahid…
Sama seperti ayah-ayah Palestin lainnya…
Sekarang aku semuanya sendiri dan keseorangan…
Tanpa pemilik, seperti anak-anak Palestin yang lainnya..


Aku seorang gadis cilik yatim piatu Palestin…
Aku memiliki saudara-saudaraku…
Azra dan Aishah berumur 5 tahun...
Mohammad dan Zeynab berumur 9 tahun….
Kami tidur bersama dalam satu tempat tidur…
Karena kami tidak memiliki tempat tidur lainnya…


Aku seorang anak Palestin…
Tetapi aku..
Aku belum bisa tidur dari suara pesawat dan bom..
Di waktu seperti ini kami saling berpelukan dan menangis…
Di malam seperti ini kami mendengar letusan bom…
Kami ketakutan keluar dan berteriak…
“Ibu, Ibu, Ibu…..!”
Ibuku tidak membalasku juga….
Karena ia berselimut kemerahan…
Tetapi merah yang tidak bersuara…
Ibuku yang selalu memakai pakaian hitam kini telah berlumuran darah…
Ibuku telah syahid…
Buaian bayi Aisyah pun telah berlumuran darah…
Mohammad dan Zeynab pun telah syahid…


Aku seorang anak Palestin yatim piatu…
Aku tak bisa bangun…
Karena aku telah kehilangan satu kakiku…
Aku menangis dan menjerit..
Apa kejahatanku…??
Mereka mengatakan kerana namamu adalah Sumayyah…
Inilah kejahatanmu…
Sama seperti orang-orang yang bernama Aisyah, Fatimah dan Mohammad…
Hal ini karena kalian adalah anak-anak yang syahid…
Seperti semua anak-anak Palestin lainnya…
Karena aku adalah anak Palestin…
Tidak punyai saudara….


Mereka berkata kepadaku…
“Tidak ada seorangpun yang dapat mendengar kalian”
Aku bertanya pada mereka..
“Tidakkah ada seseorang di dunia yang seperti aku”
Mereka berkata.. “1.5 million di antara mereka bernama Aisyah dan Ahmad..”
Aku tak percaya itu…
Di mana mereka…
Tunjukkan padaku, di manakah mereka??
Di manakah kaum muslimin??
Sudahkan mereka melepaskan kami dari tangan kaum Yahudi??


Lalu aku mengangkat tanganku, memohon kepada Tuhanku!!
Ya ALLAH, aku menyakini-MU..
Dan aku melihat perlindungan-MU…
Aku bergantung kepada-MU dan keyakinan-MU..
Engkaulah Pelindung kami dan Pemilik segala sesuatu…
Engkaulah Tuhan Semester Alam dan Engkau adalah Tuhanku…
Ya ALLAH, hancurkanlah mereka!!!!!!!!
Aku seorang anak Palestin..
Seorang anak yatim piatu…


TAKBIR!!! ALLAHUAKBAR!!!
TAKBIR!!! ALLAHUAKBAR!!!
TAKBIR!!! ALLAHUAKBAR!!!





Sama-sama kita berusaha sedaya upaya boikot barangan Israel...kita lumpuhkan ekonomi mereka.....Jihad untuk membantu saudara seislam kita di Gaza, Palestin.....Jangan kita lupa berdoa pada saudara seislam kita di sana setiap masa...Doa itu merupakan senjata orang-orang mukmin..Jangan kita putus-putus berdoa pada saudara seIslam kita di Palestin..Sebarkan berita-berita tentang kekejaman rejim Zionis Israel pada saudara seislam kita agar kita sentiasa sedar keadaan saudara seislam kita yang dijajah Israel Laknatullah....Allahuakbar..Sebarkan pada anak- anak muda kita, yang bakal memimpin negara ini dengan melihat perjuangan semangat kental remaja-remaja palestin dalam mempertahankan agama Islam yang suci..


Sedarlah wahai anak-anak remaja muslim pewaris agama dan negara, janganlah kau menghabiskan kehidupanmu dan masamu dengan sia-sia begitu sahaja, jangan kau persiakan nikmat yang ALLAH bagi padamu dengan melakukan perkara-perkara maksiat dan yang dilarang oleh ALLAH, membuat sesuatu yang sia-sia yang merosakkan akal,fikiran,jasmani dan rohanimu serta hiburan yang lalai semata-mata... Tak terselitkah dalam jiwamu perasaan bersalah tanpa sedikit pun sehingga kau lupa pada tanggungjawabmu yang ALLAH amanahkan saat kau lahir di dunia ini...Apa tanggunjawab mu???? Tanggungjawabmu sebagai khalifah muka bumi ini yang memperjuangkan agama Islam yang suci agar tidak sekali-sekali dijajah oleh musuh-musuh Islam...Benar katamu "hidup hanya sekali"....tapi jangan lupa setiap perbuatan yang kau lakukan setiap inci pun akan dipersoalkan oleh penciptamu di akhirat kelak!!!! Benar katamu "hidup hanya sekali" tapi lupakah kau "mati pun hanya sekali"....mati yang menentukan destinasi terakhirmu di akhirat SANA samaada SYURGA atau NERAKA ....Ayuhlah wahai remaja-remaja Islam yang disayangi, janganlah kau dirosakkan akal pemikiranmu dengan racun-racun barat dan yahudi yang sentiasa berusaha merosakkan anak-anak muda Islam kerana mereka tahu kekuatan sesebuah negara Islam terletak pada anak-anak muda yang bakal menjadi pemimpin kelak.....Ayuhlah...bangkitlah..bekalkan dirimu dengan ilmu-ilmu agama, semangat juang yang kental pada agamamu yang bakal menjadikan dirimu seorang mujahid dan mujahidah dalam memperjuangkan agama Islam!!!...



(Remaja palestin berjuang walaupun menggunakan hanya dengan batu-batu kecil..kerana yakin janji ALLAH...SYAHID ATAU MENANG!!!!!!)



TAKBIR!!! ALLAHUAKBAR!!!
TAKBIR!!! ALLAHUAKBAR!!!
TAKBIR!!! ALLAHUAKBAR!!!




p/s:diizinkan untuk sebarkan pada saudara seislam kita yang lain... sangat dialu-alukan..jazakallahu khairan khatira...insyaALLAH akan dimasukkan video luahan hati remaja palestin diatas..



(Video ditambah pada 20/04/10)


by kaklong, 19/04/10, 10 p.m

Sunday, April 18, 2010

CORETAN KAKLONG...luahan hati dari ibu Arwah Faizol...

Coretan Kaklong…….luahan hati dari ibu arwah Faizol …


Coretan kaklong kali ini bukan sambungan coretan kaklong dari siri sebelum ini…...Ini adalah coretan khas yang dibuat untuk al-marhum Mohd Faizol, yang sama-sama telah kembali ke Rahmatullah pada 11/01/10 bersama-sama arwah adik kesayangan kaklong, al-marhum Mohd Fadhiri…InsyaALLAH…



(Al-marhum Mohd Faizol)


Alhamdulillah kesempatan yang diberi oleh ALLAH s.w.t. untuk kaklong sekeluarga menziarahi ahli keluarga arwah Faizol sebanyak 2 kali membolehkan kaklong mencoretkan sedikit luahan hati dari ibu arwah Faizol……Kali pertama pergi adalah ketika bersama-sama pihak JMK kolej yang datang menziarahi keluarga Faizol iaitu lebih kurang seminggu lebih setelah mereka berdua kembali ke Rahmatullah pada 11/01/10......Kaklong ingat lagi luahan hati ibu arwah Faizol pada kaklong…..memang masa tu, kaklong mengambil kesempatan untuk berbual-bual dengan ibu arwah Faizol….Melihat wajah tenang seorang ibu yang kehilangan anak yang disayanginya menunjukkan begitu tabahnya ibu arwah Faizol……Melayan kami yang hadir dengan begitu baik dan ramah sekali, menjamu kami makan nasi yang kebetulan sama lauk yang dihidangkan di rumah kaklong sebelum tu….Adik sempat bergurau dengan kaklong “Kaklong, samalah lauk gulai ayam dengan rumah kita tadi, macam janji pula, sehati sejiwa”…..” Tersenyum je kaklong bila dengar adik cakap macam tu….Benar, mereka memang telah ditakdirkan oleh ALLAH sehidup semati…….Allahurabbi…..


Ibu arwah Faizol tenang ketika berbicara perihal arwah anaknya, arwah Faizol…..Masih ingat lagi luahan ibu arwah Faizol kepada kaklong “ Nak buat gano, takdir Allah dah dia pergi dulu”..Sambung ibu arwah Faizol lagi “ Sebelum ni makcik harap ko dia la anak soleh hok dunia akhirat, kalau pagi-pagi dialah selalu gerak adik-adik dia bangun Subuh, selalu nasihat adik-adik dia, tapi nak buat gano, ALLAH tetap dah dia pergi dulu”.....Sebak kaklong mendengarnya sambil khusyuk mendengar luahan hati ibu arwah Faizol….Cuma sekali-sekala kaklong hanya mampu menenangkan ibu arwah Faizol dengan “Sabarlah makcik, insyaALLAH mereka berdua bahagia dah ‘SANA’……” ALLAHUAKBAR, Ya Allah kau ‘ambil’ mereka berdua (arwah Faizol dan arwah Fadhiri) yang kedua-duanya merupakan ahli bait solihin dari keluarga kami, kami redha pada Qada’ dan QadarMu ” detik dalam hati kaklong menahan sebak mengenangkan arwah Faizol, seorang anak yang soleh dalam keluarganya…..
[gano=bagaimana ; hok=yang ; gerak=bangunkan]


Ibu arwah Faizol kembali menyambung “ Alhamdulillah, ni majlis tahlil setakat hari ini, ramai sangat hok mari rumah, pelik juga makcik sebab ramai sangat, tak pernah lagi sebelum ni kalau kematian kat kampung ni ramai macam ni hok mari tahlil rumah, makcik masak nasi banyak sangat sebab ramai sangat orang mari rumah ”. Kaklong pun membalasnya ” Alhamdulillah, makcik…tu Rahmah Allah bagi pada arwah…alhamdulillah..”..
[hok=yang ; mari=datang]


Apabila melihat adik perempuan bongsu arwah Faizol yang dalam lingkungan sekolah rendah, jelas tergambar di wajahnya sedih dan seolah-olah tidak percaya abangnya telah pergi, mungkin dia sudah mengerti hakikat itu walaupun masih kecil…..Kaklong dapat rasakan perasaannya seperti apa yang dialami oleh adik tie (adik bongsu kaklong)…..Melihat pula adik perempuan arwah Faizol yang berumur 20an, sebaik sahaja bersalam dengan kami semua, terus duduk di satu penjuru ruang rumah, termenung sahaja, mungkin masih teringat saat pemergian arwah abangnya….sebak kaklong tengok adik perempuan arwah Faizol dan hanya mampu berdoa dalam hati “Kaklong faham perasaan mu, kehilangan insan yang disayangi dalam keluarga, Kaklong dapat rasa apa yang kamu rasa..semoga ALLAH bagi kekuatan dan ketabahan pada setiap ahli keluarga ni”…..Begitulah sedikit sebanyak yang dicoretkan bersama ibu arwah Faizol dan keluarganya saat kali pertama berjumpa…Alhamdulillah…Ukhwah Fillah yang sebelum ini ditaut oleh al-marhum Mohd Faizol dan al-marhum Mohd Fadhiri tetap kami sekeluarga sambung…insyaALLAH…biarlah mereka berdua sudah tiada didunia ini, namun persaudaraan seislam tetap diteruskan oleh dua keluarga ini…..insyaALLAH…



(Al-marhum Mohd Faizol, sahabat baik arwah adik kaklong yang telah kembali kembali ke Rahmatullah )


Di saat kali kedua berjumpa baru-baru ini, dimana hanya keluarga kaklong sahaja yang menziarahi keluarga arwah Faizol….Alhamdulillah kesempatan menziarahi waktu pagi jumaat membolehkan kami berbual-bual lama sedikit berbanding sebelum ini….Walaupun masa tu dah 2 bulan lebih mereka meninggalkan kita, tapi kenangan bersama arwah masih tidak dapat dilupakan…Kali ini ibu arwah Faizol tidak dapat menahan sebak berbeza sebelum ini yang begitu tenang…..Kaklong ingat lagi wajah arwah ibu Faizol sambil berkata “Makcik sebelum ni, masa awal-awal arwah Faizol tiada, xpo, xsedih sangat, tapi sekarang ni tak boleh, teringat sokmo ko arwah”….sambil menahan sebak dan mengesat air mata dengan hujung tudungnya..”Tambah-tambah kalau dengar mengaji al-quran, mesti sebak teringat dio”….…Ma pun kaklong tengok sebak dan mengalir air mata sambil berkata “ Samalah kito, teringat sokmo ko arwah Fadhiri sejak akhir-akhir ni….kena sabar jah banyak”….Bertambah sebak kaklong apabila melihat 2 orang ibu yang sebak mengalirkan air mata sambil kedua-duanya mengesat air mata dengan hujung tudung masing-masing apabila mengenangkan anak mereka yang telah pergi dulu sebelum mereka.….Mereka berdua sungguh saling memahami perasaan masing-masing mengenangkan anak- anak yang jauh di SANA…….”Ya allah, kau berilah ketabahan dan ketenangan pada mereka berdua, 2 orang ibu yang kematian anak yang dikasihi dan disayangi ”….kaklong hanya mampu berdoa sambil memalingkan muka ke tempat lain, sungguh tidak mampu menatap wajah-wajah mereka berdua…..
[xpo=xpe; sokmo=sentiasa; ko=ke; dio=dia; kito=kita; jah=je]


Banyak sekali ibu arwah Faizol bercerita pada kami perihal anaknya, arwah Faizol…..Barulah kaklong tahu rupa-rupanya seakan-akan sama rupanya perangai arwah Faizol di rumah dengan arwah adik kesayangan kaklong…..Ibu arwah Faizol bercerita “Arwah Faizol ni, setiap pagi “tanyalah nak makan gapo pagi ni”.. Lepas tu bila tengah hari tanya pula “ nak makan gapo tengah hari ni”….Lepas tu arwah faizol ambil sendiri dan panaskan sendiri makanan….makcik x susah pun, dia ambil sendiri jah…(Ya allah, sama macam arwah adik kesayangan kaklong, macam tula arwah Fadhiri tanya kaklong setiap kali pagi dan tengah hari…ambil sendiri makanan pun sama dengan arwah Faizol…. )


Cerita lagi ibu arwah Faizol tentang cuti terakhir arwah di rumah……..”Makcik pelik juga tengok arwah ni masa cuti bulan 12 hari tu…biasa kalau dia balik, turun dari motor terus cari makcik dulu, peluk makcik, tapi kali ni tak…bila makcik keluar dari dapur baru dia jumpa makcik…pastu dia senyap jah, tak banyak cakap, duk dalam bilik jah….makcik rasa pelik juga..”


Sambung Ibu arwah faizol lagi menceritakan arwah anaknya yang sejak dari dulu lagi ditimpa penyakit…”Kesian kat arwah, sejak dari tingkatan 3 lagi sampai sebelum arwah meninggal, sakit dalam perut (ulser dalam perut), banyak kali dah arwah ni masuk wad dan keluar wad, tapi mujurlah setiap kali arwah sakit teruk semasa cuti semester, senang sikit nak berubat,….Makcik ingat lagi masa dia ditahan di wad, kalau orang tengok mesti kesian…Pernah kena pembedahan dah sekali..makcik paling kesian sekali bila doktor beritahu ko arwah tentang penyakit dia “ubat yang awak makan sekarang ni yang paling kuat dos menahan sakit, tiada dah ubat lebih kuat dari ni”..Pernah sekali tu, dia sakit masa gi belajar agama di pondok, tapi alhamdulillah mujurlah setiap kali dia sakit teruk masa cuti semester………”.cerita ibu arwah Faizol mengenangkan arwah anaknya.....


Ya Allah….Sebak sungguh kaklong mendengar penderitaan yang ditanggung sekian lama oleh arwah Faizol semasa dihayatnya…tetapi begitulah orang yang disayangi Allah…walaupun diberi ujian kesakitan dari Allah, tetap sabar dan redha dalam menghadapinya….begitulah hebatnya insan yang dikasihi Allah…Alhamdulillah…walaupun kaklong tidak pernah mengenali arwah Faizol….tapi kaklong yakin sahabat baik arwah adik kaklong adalah seorang yang hebat dalam berjuang dalam agama, tidak menghiraukan kesakitan yang ditanggung dalam diri dalam menyebarkan dakwah Islam…..Alhamdulillah…kaklong yakin kalian berdua bahagia di SANA….InsyaALLAH kalian berdua sudah mendapat janji ALLAH pada setiap hambaNYA yang berbuat amal kebaikan di dunia ini….insyaALLAH hanya dengan Rahmat dan kasih Allah…Ameeen….Nantikan setiap ahli keluarga mu, saudara maramu, semua sahabat sahabiahmu menyusul kalian berdua bila sampai saat dan ketikanya……..insyaALLAH hanya dengan Rahmat dan Kasih Allah….Doakan kami semua walaupun kalian berdua jauh nun di SANA…….






Dari al-marhum Mohd Faizol untuk semua muslimat-muslimat...



Aduhai muslimat ku sayang...



Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati


Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri


Aduhai muslimat ku sayang....



Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri


Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai muslimatku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya


(Lagu asal: Puteriku Sayang oleh Hijjaz)


AL-FATIHAH BUAT AL-MARHUM MOHD FADHIRI DAN AL-MARHUM MOHD FAIZOL……


by kaklong, 18/01/10 1 a.m

Thursday, April 15, 2010

CORETAN KAKLONG ...SALAM IMTIHAN....




Al-FadHiri Jun 8 2007 , 0855AM
Aslmlkm..to my beloved sister..struggle!!


huda Dec 9 2007, 10:01 AM
Assalamualaikm..akhi fadhiri..kaifa haluka?..xingt birthday kaklong ko?huhu..sibuk benar adik kaklong...hehe..bi taufiq wa najah dlm stiap yg dibuat!!..all the best!!


huda Feb 8 2008, 07:43 AM
Assalamualaikm..hehe..nk g mula dh s.alm mlm ni.Fa sapa doh sano..okla, nothing to say..just all the best for this sem..tingkatkan usaha.. amal..bi taufiq both dunia and akhirat..oh lupa asif jiddan xsmpt wat kek coklat..nanti lain kali kaklong wat..


AL-FadHiri Jul 10 2008, 03:43 AM
xpo.. len kali.......



huda Jun 8 2008, 11:07 AM
Bi taufiq wa najah both dunia and akhirat..kaklong always for you!!!!..insyaALLAH


Al-FadHiri Jul 3 2008 , 00:09AM
Assalamualaikum Kak Long….wat gapo2?



huda Jul 3 2008, 00:59
Waalaikumusslam..hehe..xdok wat gapo..ahd ni nok gi s.alm doh..berehla..all the best for this new sem…4.0 in your hand..bii taufiq both dunia and akhirat…insyaALLAH..nanti lain kali bwak kek coklat 2-3 bijik plak


Al-FadHiri Jul 3 2008 , 0855AM
Hehe..insya ALLAH…azam baru…go!! go!! go!!


huda Jan 23 2009, 08:33
Assalamualaikm..adik kaklong..huhu..saja msg..bi taufiq wa najah both dunnia n akhirah!!!!!..4.0 in your target!!! hehe…


huda Apr 1 2009, 03:59PM
Adik kaklong ni..cikgu Fa..chat ko..xlamo lagi nak exam..wat molek deh..hehe..kaklong doa sokmo kejayaan adik kaklong…okla do your best..ikhlaskan melakukan setiap perkara hanya keranaNYA..


huda Nov 5 2009, 02:55 AM
assalamualaikm ..hehe..adik kaklong nie...all the best for final exam...bi taufiq!!!!

.....................................................................................


Minggu depan dah start final exam kan…..Teringat pula kat arwah adik kesayangan kaklong sewaktu kami sama-sama menghadapi final exam suatu ketika dulu......Memang menjadi kebiasaan kami adik beradik yang belajar di university akan menelefon Ma Abah setiap kali paper final exam, bagitahu paper apa, tarikh dan masa exam, dan yang paling penting yang kami harapkan ialah doa dan kata-kata semangat dari Ma Abah serta orang-orang yang berada dirumah….Biasanya, malam sebelum paper exam, kami akan call Ma Abah suruh doa banyak-banyak supaya kami dapat jawab dengan cemerlang dalam exam keesokan harinya…Biasalah final exam ni agak lama masa diambil disebabkan ada selang masa diantara 2 paper…Kami akan call Ma Abah malam sebelum exam untuk mengingatkan kembali paper apa nak exam dan masa exam risau takut Abah Ma lupa..….Biasa Ma Abah akan cakap ayat-ayat ni la pada kami

Insya ALLAH, boleh jawab esok tu”,
“ Ma Abah doa sokmo doh tiap-tiap masa”,
“ Jawab molek esok tu, boleh jawabnye, jangan bimbang”,
“ Abah dan Ma yakin doh kaklong/fa/Kakngah/ boleh buat yang terbaik”,
“Ok, buat yang terbaik”,
“Good luck, doa dan solat hajat banyak”



Teringat Kaklong masa nak exam salah satu paper final exam suatu ketika dulu “Ma Abah, esok paper susah, killer subject, ramai senior-senior fail sebelum ni, risaunye kaklong, xtaulah boleh jawab ke tak esok”…dengan nada sedikit sebak..Bila dengan suara Ma Abah lagi bertambah sebak “Bolehnye, kaklong kan biasa ok sebelum-sebelum ni, result cemerlang, nape risaunye” Kaklong punjawab “Entahla, paper ni lain sikit susah, sebelum ni half class fail, cuba bayangkan”..

Biasanya suara Ma Abah yang tenang akan mengatakan “InsyaALLAH, kaklong cuba yang terbaik, doa dan tawakal, jgn risau, yakin pada diri dan ALLAH”…..alhmdulillah sebaik dengar suara Ma Abah terus kaklong tenang, yakin dan bersemangat dapat menjawab paper tersebut dan Alhamdulillah result yang tak disangka-disangka oleh killer paper tadi…


Sebenarnya apa yang ingin kaklong sampaikan dari ayat diatas ialah lihatlah begitulah pentingnya kata-kata semangat dan doa dari ibu bapa kita dalam menghadapi setiap perkara yang ingin kita lakukan…..Keberkatan, keredhaan dan setiap doa dari ibubapa itu sangat penting buat kejayaan anak-anaknya…Mendengar bait-bait ayat yang dituturkan oleh ibubapa sungguh menenangkan jiwa, ikhlas dari hati yang mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya, yang sentiasa mendoakan kebaikan dan kejayaan yang cemerlang buat anak-anak yang dikasihi dan disayangi mereka….Begitulah kasih ibubapa pada anak-anak mereka, tak berbelah bahagi sedikitpun……Allah…..


Bukan setakat call Ma Abah, biasanya kami yang belajar di universiti akan membuat perkara yang sama antara adik beradik dalam memberi kata-kata semangat, motivasi dan doa yang tidak putus-putus dalam menghadapi final exam…Itulah rutin kami adik beradik yang belajar di university..Masa tu Kaklong, Fa (Arwah Fadhiri),dan KakNgah yang sama-sama merasai perjuangan dalam menghadapi final exam…


Teringat kaklong bila arwah adik kesayangan kaklong call setiap kali dia nak exam



Arwah Fa:“Assalaaaaaaaaaamualaikm..kaklong (begitulah adik kaklong nie, selalu panjang bagi salam)..

Kaklong: Waalaikumusslam..sihat Fa? Makan doh? (2 soalan yang utama yg akan ditanyakn pada arwah setiap kali call)

Arwah Fa: alhmdulillah, makan doh..kenyang..hehe..kaklong esok Pa ada exam ni, doa bnyok deh ko Pa..

Kaklong: Insya ALLAH…nak suruh kaklong doa banyak mana..hehe

Arwah Fa: Hehe..buat lawak pulok kaklong..doala bnyok mana pun…

Kaklong: Perikso gapo esok Pa, masa kul bp?

Arwah Fa: Matematik (lupa kaklong nama panjang dia)

Kaklong: ooo..senang je tu kan..Fa kan cikgu matematik..mesti boleh jawab tuh..

Arwah Fa: Ish payoh kali ni kaklong…..ni matematik hok susoh sekali….

Kaklong: oooo…..setakat ni mcm mana persediaan, habis doh ko ulangkaji?

Arwah Fa: Bereh doh, tapi tak taulah camne esok..Doa kaklong deh ko Pa..

Kaklong: InsyaALLAH ..ngaji doh kan, esok jawab yang terbaik dan tenang, jangan careless ms buat pengiraan, doa banyak, yakin dan tawakal pada ALLAH....insyaALLAH kaklong yakin adik kaklong Pa boleh jawab dengan cemerlang..

Arwah Fa: InsyaALLAH kaklong…Pa akan jawab molek esok…Doa deh..

Kaklong: InsyaALLAH..tipon dah ko Ma Abah?

Arwah Fa: Lepas tipon kaklong nie, jap lagi tipon Ma Abah..hehe..

Kaklong: Okla…rehat-rehat…tido awal,do your best!!!..Good luck!!..USAHA+DOA+ TAWAKAL..insyaALLAH..u will be success!!

Arwah Fa: Insyallah..terima kasih kaklong…jgn lupo doa Pa deh.

Kaklong: InsyaALLAH…yakin pada ALLAH..bi taufiq wa najah…target 4.0 ye sem nie…

Arwah Fa: Hehehe..insyaALLAH..tu target tertinggi..



Begitulah setiap kali ada paper exam, Fa akan telefon kaklong....kalau Fa xde kredit, Fa miscall suruh kaklong call balik (selalu je macam tu macam KakNgah juga)..hehe..kelakar juga bila kaklong ingat balik adik kesayangan kaklong nie….kadang-kadang, 15 minit sebelum masuk dewan pun sempat lagi Fa call kaklong “Kaklong, Fa nak masuk exam doh ni, doa ye”…Kaklong pun jawab “ InsyaALLAH, bersemangat melangkah masuk dewan, u can do it..all the best!!...adik kaklong mesti boleh buat!!”..Fa biasa jawab dengan tenang “Insyallah, Fa cuba yang terbaik”…..


Itulah sedikit sebanyak kenangan bersama adik kesayangan kaklong dalam menghadapi perjuangan dalam final exam setiap semester…..Begitulah kehidupan seorang pelajar yang tidak akan lari dari berjuang di medan peperiksaan, melalui pahit getir menelaah pelajaran, berjaga malam atau “stay up” untuk memanfaatkan masa study week semata-mata nak habiskan semua tajuk dan ulangkaji semua subjek yang bakal ditempuhi, risau pada subjek-subjek yang agak susah atau “killer subject”…..setiap yang bergelar pelajar akan mengalaminya…Itulah suka duka menjadikan diri orang yang berilmu…susah untuk memperolehinya, tetapi sungguh manis apabila merasai kejayaannya..tapi apa yang penting bagi kaklong "sentiasalah niatkan menuntut ilmu hanya kerana ALLAH..sentiasa ingat bukan menuntut ilmu semata-mata nak dapat cemerlang dalam exam..tapi sebenarnya menuntut ilmu adalah kerana ingin mencari ilmu ALLAH yang luas ini..insyaALLAH ilmu yang diniatkan kerana ALLAH akan sentiasa kekal dalam diri walaupun sudah lama meninggalkannya..sebab apa? sebab bukan semata-mata niat untuk lulus exam sahaja, tapi untuk mendalami ilmu allah..insyaALLAH)

Apa yang penting,dalam menghadapi exam, kita perlulah:

1) NIAT- Ikhlas melakukan hanya kerana ALLAH dan untuk mendapat keredhaanNYA(niat masa setiap kali nak belajar dan ulangkaji kerana ALLAH, niat berjuang di medan peperiksaan kerana ALLAH)

2) USAHA

-Study smart mengikut cara masing-masing dalam menghabiskan semua chapter dalam setiap paper yang bakal diambil

- berbincang bersama sahabat-sahabat sekiranya ada tidak faham tentang sesuatu chapter

- ulangkaji past year question

- sebaiknya tampal satu list down setiap topic dalam subjek yang diambil (sebab kadang-kadang 1 paper exam mengandungi 10 chapter yang perlu diulangkaji, so kalau semester tu kita ada 6 paper dan setiap paper mengandungi 10-12 chapter..bayangkan mungkin agak pening kan, so dengan cara kita list down dan tandakan yang mana yang sudah diulangkaji dan yang mana masih belum diulangkaji.Xdela serabut kepala tak tahu nak mana nak belajar yang mana dulu kan…yang penting sistematik dan consistent menguruskan masa menghadapi final exam..sebab masa itu benar-benar berharga)

- malam sebelum exam, just revise untuk refresh balik apa yang diulangkaji, yang dah dihafal..insyaALLAH

- rehat secukupnya dan bangun awal


3) DOA- setiap kali sebelum dan selepas mengulangkaji pelajaran, setiap kali melangkah untuk ke dewan peperiksaan, sebelum masuk dewan, sebelum buka paper exam, masa nak serahkan paper exam pada pengawas peperiksaan

4) AMALAN KEROHANIAN- seiring dengan usaha mengulang kaji pelajaran spt solat-solat sunat (hajat, tahajud, taubat,istikharah utk buat pilihan yang tepat dalam memilih jawapn yang terbaik), membaca al-quran, kalau ada masa, baca lah surah yasin setiap malam sebelum exam, dan minum air surah yassin tersebut (kaklong selalu buat, nak bagi tenang, senang nak hafal dengan izinNYA)

5) TAWAKAL – Doa dan tawakkal pada ALLAH..ucap syukur setiap kali lepas exam, lapangkan hati dan tenangkan hati dengan zikrullah…

(Sekadar perkongsian dari kaklong..mungkin ada yang lebih baik dari tips yang diberi..;))






InsyaALLAH...SALAM IMTIHAN BUAT SEMUA SAHABAT SAHABIAH DI UPSI DAN UNTUK ADIK KAKLONG ADIK NOR DI UDM....

ALL THE BEST!!..YOU MIGHT NOT GIVE THE BEST SINCE YOU ARE NOT PERFECT PERSON..BUT YOU CAN TRY YOUR BEST!!...

USAHA+DOA+TAWAKAL= INSYA ALLAH BERJAYA

BI TAUFIQ WA NAJAH FI IMTIHAN..

I'M ALWAYS PRAY 4 YOUR SUCESS..INSYA ALLAH



by kaklong, 16/04/10 12:10am.



Wednesday, April 14, 2010

Wahai Muslimahku, Tahukah dikau?


Comelnyee..suka kaklong tengok gambar nie..;)



Wahai Muslimah ku tahukah dikau….

Bidadari itu jelitawan yang sangat mekar,
Riasnya indah lagi memukau,
Lentuknya tertib lembut gemalai,
Nur kasihnya terang cemerlang terpancar,
Serba sempurna akhlak gemilang.


Wahai Muslimah ku tahukah dikau…

Sesungguhnya bidadari itu mempunyai Ratu,
Yang sangat sempurna dari yang sempurna,
Yang sangat dicemburui oleh sekaliannya,
Yang menjadi peneman paling utama,
Yang sangat memukau melebihi segalanya.


Wahai Muslimah ku tahukah dikau…

Ratu bidadari pada dunia fana ini,
Isteri solehah gelaran di beri,
Tiada tertanding akhlak dan pekerti,
Tiada terbilang kesetiaan dan ketaatan diberi,
Tiada ternilai budi dan pengorbanan pada Allah dan suami,
Itulah Ratu bidadari di alam syurgawi.


Wahai Muslimah ku tahukah dikau…


aku mengidam bertemu dengannya,
Hanya mengharap pada Ilahi,
Agar niat, amalan dan ikhlas ku di perhalusi,
Dalam merafakkan kesyukuran kepadaNya,
Agar syurga menjadi imbalannya,
Supaya hajatku menjadi terlaksana.


Wahai Muslimah ku tahukah dikau..

Sesungguhnya Ratu bidadari menjadi idamanku,
Bukan sahaja membawaku ke syurga Allah,
Malah menjadi Ratu penemanku di alam sana,
Dan menjadi harapan dan doaku selama ini ……
Agar Ratu bidadari itu adalah kamu….……

InsyaAllah…..




(Seindah hiasan didunia ini adalah wanita solehah..;) )


Sumber: Diambil dari www.iluvislam.com

Tuesday, April 13, 2010

WARKAH DARI AS-SYAHID MOHD FADHIRI BIN RAKIAH (MOHAMAD ARIFFIN)

(Arwah ahli bait solihin kami semasa kami sekeluarga sama-sama menguruskan Program IT FAIR, DECEMBER 2009


ALLAHURABBI...Sungguh sebak kaklong membaca warkah yang ditulis sendiri oleh al-marhum adik lelaki kesayangan kaklong....Al-Marhum Mohd Fadhiri....InsyaALLAH...kaklong ingin kongsikan bait-bait ayat yang berupa nasihat, pesanan dan peninggalan sebelum al-marhum kembali ke Rahmatullah pada 11/01/10 dengan sahabat sahabat serta sahabiah-sahabiah yang sama-sama pernah berjuang suatu ketika dulu bersama arwah adik kesayangan kaklong...InsyaALLAH


Hayatilah bait-bait ayat yang ditinggalkan oleh as-syahid melalui warkah ini....insyaALLAH, sama-sama kita mengambil yang baik dan manfaat dari warkah ini.....insyaALLAH...dan untuk sahabat-sahabat dan sahabiah-sahabiah al-marhum Mohd Fadhiri, moga-moga warkah ini menjadi pengubat rindu kalian.....dah lama kan kita tak dengar bait-bait nasihat, tazkirah, pesanan arwah kan?....ALLAHUAKBAR...


MATI ITU SUATU KEPASTIAN BAGI SETIAP MANUSIA..."KULLU NAFSIN ZA'IQATUL MAUT"...Sentiasalah kita mengingati MATI...insyaALLAH..sama-sama kita mempertingkatkan diri kita dengan ilmu, amal, ibadah dan iman dalam diri...insyaALLAH berjumpa di SANA, Darul Falah yakni SYURGA yang dijanjikan bagi setiap hamba yang bertaqwa, orang-orang yang berlumba-lumba melakukan amal kebajikan ketika berada di dunia ini...Hanya dengan izin, rahmah dan kasih ALLAH pada hambaNYA yang dhaif...Bi taufiq wa najah fii dunnia wa akhirah..insyaALLAH ;)




.....................................................................................



(Wajah tenang arwah adik kesayangan kaklong...Rindunye kami Ya ALLAH pada arwah ahli bait solihin kami...Wajah tenang inilah menghiasi dirimu walaupun disebalik wajah ketenangan itu tersembunyi perasaan gembira, menahan marah, sedih...dan wajah tenang yang sama inilah yang ditatap kali terakhir sebelum dirimu pergi buat selama-lamanya..)




Warkah dari as-syahid Mohd Fadhiri


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Segala puji bagi Allah Ta’ala, empunya semesta alam. Selawat yang diiringi dengan salam kepada Nabi dan Pesuruh Allah yang paling mulia dan agong, baginda Nabi Muhammad Shallahu ‘alaihi wasallam dan keluarganya serta para sahabatnya sekalian.


Apa khabar iman sekarang..? semoga sentiasa dalam rahmat dan peliharaan Allah…...Moga-moga hari ini dikurniakan keazaman yang tinggi oleh Allah untuk terus meningkatkan amal kebajikan, meninggalkan perkara-perkara yang tidak disukaiNYA dan istiqamah serta Thabit dalam jalan Allah.


Sama-sama muhasabahkan diri, selama kita hidup, kita dianugerahi nikmat kehidupan oleh Allah..…bagaimanakah amalan kita kepada Allah? Adakah amal kebajikan mengatasi amal keburukan…? Adakah kesalahan yang telah dilakukan sebelum pada hari ini telah dipinta ampun dan mohon taubat…? ALLLAHU RABBI.. Moga-moga Allah memberi kepada kita kekuatan untuk berubah…berubah kepada yang lebih baik…


Sekadar perkongsian tentang sambutan hari lahir.…Pernah juga mendengar ceramah Ustaz Azhar Idrus berkaitan dengan menyambut hari lahir…hukumnya harus dan jadi haram bila mana ada unsur-unsur yang sama sebagaimana sambutan hari lahir orang bukan Islam..seperti tiup lilin dll.. Ustaz sarankan sambutlah hari lahir dengan memperbanyakkan amalan kepada Allah..lakukan solat hajat dan berdoa moga-moga kehidupan selepas ini lebih berkah dan diredhai


Selama pemerhatian ana pada hari ini, terdapat satu penyakit yang menimpa orang-orang yang berimej islamik...yakni masalah hati x kira sama ada dia student P.Islam ke @ ajk surau ke hatta badan dakwah sekalipun tidak dapat mengelak penyakit ini…banyak sahabat2 ana yg terlibat dan ianya berlaku di depan mata ana sendiri…luarannya nampak syadid dalam pergaulan, hebat dalam berceramah, selalu ajak orang keluar berdakwah, pemakaian berjubah dan berserban, ketua bagi organisasi agama dll.., tp pada masa yg sama ada masalah hati terhadap kaum hawa…bila difikirkan kembali, ana selalu mengingatkan sahabat2 dan juga memuhasabah ahli tentang perkara ini....Ingatlah, tiada yang halal melainkan dengan akad pernikahan..yelah ramai yg mengatakan kalau tak berhubung, rasa susah, bimbang takut pasangan lari dll..namun kita kena yakin bila mana kita menjaga Hak Allah, ikut syariat-Nya dengan sempurna, Allah akan memelihara dan menjaga perhubungan sesama manusia..


” Jagalah Allah, Allah pasti menjagamu”




Di sini suka untuk ana mengambil petikan daripada ayat 31 surah an-Nur yang bermaksud :


"Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya."


Sebagai penutup, sama-sama perbanyakkan solat hajat dan berdoa kepada Allah..mohon ditetapkan iman dan dimudahkan segala urusan di dunia dan akhirat


Kena yakin…
“Setiap kesulitan, ada kelapangan, & tiap-tiap kepayahan, ada kebahagiaan”




Syukran Kathir…

JAZAKALLAHu KHAIRAN KHATIRA

Yang benar…
Al Faqir ila Allah
(7 Oktober 09 bersamaan 18 Syawal 1430H ; 6.12pm)



.....................................................................................


(Antara sebahagian isi kandungan yang ditulis oleh al-marhum Mohd Fadhiri dalam warkahnya tahun lepas yakni lebih kurang 3 bulan lebih sebelum al-marhum kembali ke Rahmatullah buat selama-lamanya pada 11/01/10...Semoga apa yang diboldkan oleh kaklong yg difikirkan sebagai nasihat, pendapat, dan pesanan yang berguna oleh al-marhum menjadi sumber kekuatan dan semangat kepada kita dalam meneruskan perjuangan kita sebagai hamba ALLAH di dunia ini yang penuh dengan ujian dan fitnah......Sesungguhnya kejayaan dan kegembiraan yang sebenar bagi kita sebagai hamba ALLAH ialah di akhirat sana, SYURGA hakiki yang dijanjikan untuk hamba-hambaNYA yang beramal soleh, berlumba-lumba mengejar kebaikan dan kebajikan di dunia ini, pejuang-pejuang agama yang syahid dijalanNYA, orang-orang yang beriman dan bertaqwa pada ALLAH ....insyaALLAH.....


(Ahli keluarga muslimin di hari pernikahan abg khairu pada Disember 2008..sayangnya gambar adik Nor xde..Adik Nor tengah ambil gambar)


by kaklong, Selasa, 13/04/10, 2 p.m

Sunday, April 11, 2010

True Story: Pelajar UIA bermimpi bertemu Rasulullah SAW dan sahabat-sahabt nabi..

True Story: Pelajar UIA bermimpi bertemu Rasulullah SAWShare Sunday, March 21, 2010 at 2:51am


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani... Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dari seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006. Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud 'kesayanganku', jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik. Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya.


Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 muka surat Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini. Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.


Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari. Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama' yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.


Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu' dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut.


Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri.." Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun 'forward message' pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi.


Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya. Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, ana Rasulullah.." Subhanallah..baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi)..


Allahuakbar! Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama' assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana.." Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya "Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!". Ya Rasulullah... Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya. Kemudian Nabi katakan lagi; "Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.." Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; "Ummati.. ummati..ummati..." dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi.


Beliau merintih, "Jangan pergi Ya Rasulullah.." tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua'lam... Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya "Jangan pergi Ya Rasululah..." Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.


Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini. Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru.


Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. "Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w.." Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan "Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah..." Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; "Assalamu'alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa' ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali.." Subhanallah..Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya. Para Sahabat mengatakan; "Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti.." Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud: "Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut.



Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan 'sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.' Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu.." Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.


Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan; "Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar.." Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya. Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah..dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh.."


Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan.." Beliau berpesan pada kami; "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan.


Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar..." Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya 'Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan...

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat.
Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, "Bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku... Aku sangat rindu bertemu dengan mereka.."


Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)

p/s: sungguh...berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah!


(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..) sesungguhnya,ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai ummat nabi Muhammad S.A.W... banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu'alam..(*_*)


Sebak dalam diri kaklong membacanya...ALLAHUAKBAR..semua dengan izinMU..tiada yang mustahil didunia ini melainkan dengan izinMU...SUBHANALLAH WA ALHAMDULILLAH WA ALLAHUAKBAR..ku mencintaimu YA RASULULLAH..

ALLAHUMMASOLLI A'LASAYYIDINA MUHAMAD WA A'LA AAALISAYYIDINA MUHAMMAD
(Ya Allah, limpahkanlah selawat dan salam atas junjungan kami, Muhammad dan atas keluarga junjungan kami, Muhammad)
...



by kaklong, Ahad, 11/04/10, 1 p.m
Sumber: Mesej yang diterima oleh abg khairi melalui forwad message..syukran jazilan kepada penulis..

Monday, April 5, 2010

CORETAN KAKLONG (SIRI 7)

........Sambungan dari siri 6..............



....Abah dah berpesan kepada kami untuk membaca ayat suci al-quran surah al-qadr “Nanti bila sampai tempat kemalangan, baca surah inna an zalna 3x” pesan Abah pada kami berempat. Abah berhenti di tepi jalan sebelum simpang lampu isyarat…dan kami bersama-sama membaca surah tersebut…..sebak masih tersisa di dalam diri masing-masing…..Kami gagahkan diri meneruskan perjalanan ke kolej dan tenang untuk berjumpa sahabat sahabiah Fa………



Setelah melalui kawasan kemalangan tadi, masing- masing berdiam diri melayan fikiran masing-masing dalam meneruskan perjalanan ke kolej yang pernah Fa tinggal dulu, Kolej Ungku Omar (KUO)….Kolej yang terlalu banyak memberi kenangan kepada adik kesayangan Kaklong, Fa…..Sebak dalam diri masing-masing apabila abah mengatakan….”Ya Allah…, qada qadar Allah…Allah… nak wat gano, allah tetap dah semua ni,kito redho..…Allahuakbar”…. ....Kaklong nampak Abah menahan sebak di dalam diri walaupun ketika kami ke UPSI sudah merupakan hari yang ke 8 Fa ke Rahmatullah (18/01/10)...Semua yang di dalam kereta hanya berdiam diri, tak mampu mengatakan apa-apa, akur pada apa yang diperkatakan Abah…..Kami bertambah sebak apabila mendengar luahan Abah, terpaksa kami semua mengawal perasaan dan kuatkan jiwa agar berjumpa sahabat sahabiah dengan keadaan paling gembira dan tenang…..Allahuakbar….
[gano=bagaimana, redho=redha]


Apabila dah memasuki pintu masuk KUO, hati kaklong bertambah sebak melihat kolej tersebut, terus segera menelefon sahabat sahabiah Fa menyatakan sudah sampai di KUO. (Tiba-tiba Kaklong teringat waktu dulu iaitu 4 tahun dulu kali pertama menghantar Fa mendaftar pelajar baru di KUO, Kaklong tolong Fa pasang cadar….tolong kemas barang Fa dalam almari……seingat kaklong Fa orang pertama masuk rumah yang mengandungi 3 bilik tersebut….kaklong pesan ko Fa “ Pa ngaji molek sini deh”…..Sambil Fa tersenyum dan menjawab "Insyaallah kaklong")
[ngaji=belajar]


Sebelum kaklong sampai di KUO, kaklong dah hubungi sahabat sahabiah Fa untuk meminta pertolongan beberapa perkara berkaitan urusan Fa...Kaklong menghubungi roomate Fa untuk menyatakan hasrat Abah yang teringin nak tengok buat kali terakhir bilik yang pernah diduduki oleh Fa…..Kaklong menghubungi sahabat Fa yang tinggal di rumah sewa kerana ada lagi barang-barang Fa di rumah sewa sahabat Fa dan salah satu barang yang Abah nak sangat ialah jubah hijau dan selendang hijau yang Fa selalu Fa pakai cuti terakhir di rumah..Abah ingin sangat amanahkan jubah hijau dan selendang hijau Fa pada adik No…Moga-moga ia menjadi sumber kekuatan dan semangat dalam meneruskan perjuangan Fa. Dan urusan yang paling penting yang perlu di selesaikan Kaklong ialah mengamanahkan pada salah seorang sahabiah Fa (Adik angkat kaklong sendiri) untuk menyelesaikan segala yang berkaitan urusan Fa iaitu tentang nota-nota kecil yang ditinggalkan Fa di dalam beg duit Fa..


Fa nak tau, 2-3 hari sebelum datang ke UPSI, kaklong dah uruskan semua berkaitan dokumen Fa......Fa nak tau, sebak sangat masa kaklong belek satu persatu ruang beg duit Fa yang terkoyak sedikit….Melihat helaian duit, resit belian barang-barang keperluan Fa, gambar passport terbaru Fa dan yang paling sebak ada beberapa cebisan nota kecil tulisan Fa yang tertulis sesuatu yang menunjukkan nilai jumlah wang tertentu dan untuk apa……Kaklong tahu Fa banyak pegang amanah di kolej dan persatuan. Kaklong risau ada amanah yang Fa pegang belum sempat diserahkan sebelum Fa kembali ke Rahmatullah….Mungkin Fa dah menyelesaikan semua urusan dan amanah tersebut kerana berdasarkan cebisan kertas tersebut yang agak lusuh, tetapi untuk lebih yakin dan tidak lagi was-was , kaklong serahkan semua jumlah nilai wang yang tertulis mengikut kategori….Walaupun jumlah tersebut tidaklah begitu banyak dan kemungkinan besar amanah tersebut sudah diselesaikan oleh Fa….Xpelah, jika sekalipun Fa dah selesaikan semua, ia diinfakkan dan disedekahkan untuk Fa..…


Salah satu cebisan kertas daripada 3 cebisan kertas tersebut sangat menyentuh hati Kaklong melihat tulisan Fa “Duit surau kolej Rm10 di dalam plastik”……(Detik hati kaklong, Fa dah tau Fa nak pergi, tu Fa tulis awal-awal kan...Fa dah tau nak pergi jauh, tu Fa tinggalkan pesan melalui nota-nota ni kan...Ya allah)…..Kaklong kenal sangat adik kaklong ni, sangat amanah pada setiap tangunggjawab yang diberi…walaupun jumlah wang yang begitu kecil, tetap di catat kerana risau-risau terlupa… Ya Allah…..Kaklong menahan air mata ketika meneliti ayat-ayat tulisan Fa pada nota tersebut sambil sama-sama berbincang dengan semua ahli keluarga kita sebelum kami (Abah, Ma, Kaklong, Adik imi dan Adik tie) ke UPSI pada 18/01/10...


Sahabat-sahabat dan sahabiah-sahabiah sudah menanti kami di parking kereta…..Sementara menunggu Abah dan adik Imi ke bilik Fa di KUO sambil ditemani sahabat-sahabat Fa, kaklong selesaikan urusan dengan wakil sahabiah tadi..Nampak jelas di matanya menahan sebak, tapi dia tetap tabah ketika kami berdua berbincang tentang urusan cebisan-cebisan nota tadi….Sementara itu, Ma dan adik berbual-bual dengan sahabiah-sahabiah yang lain...Nampak sahabiah tadi bertambah sebak apabila melihat helaian dokumen-dokumen kematian Fa tersusun rapi dalam fail.. Bertambah sebak melihat cebisan-cebisan nota kecil Fa…Kaklong mampu menyatakan ” Sabar banyak ukhti, jangan sedih sangat, kuatkan semangat ye.. Kaklong amanahkan ukhti tolong serahkan kepada pihak yang berkenaan, Kaklong dah tulis kepada pihak mana dan jumlah tertentu, ukhti tolong serahkan ye, baru kaklong tenang”… Dia hanya mampu mengangguk-angguk menahan sebak sambil bertanya bagaimana sekiranya sudah dijelaskan amanah tersebut oleh Fa dan kaklong menyatakan “Ukhti niatkanlah sedekah untuk arwah wakil dari kaklong”….. Alhamdulillah, kaklong serahkan semua didalam sampul surat kepada sahabiah Fa, mewakili kaklong untuk infakkan kepada yang pihak-pihak yang berkenaan……”Sekiranya telah diselesaikan oleh Fa, biarlah ia menjadi sedekah untuk Fa..insyaallah”… niat kaklong disaat menyerahkan sampul surat tersebut….sungguh tenang selepas kaklong serahkan sampul surat tersebut…Alhamdulillah...ALLAH permudahkan setiap urusan hambaMu ini..


Lama juga Abah dan adik imi di bilik Fa…sementara itu kaklong berbual-bual dengan sahabiah-sahabiah…seronok sangat berbual...hilang sebak dalam diri…Ma tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata apabila mendapat hadiah hari lahir dari sahabiah tadi dan juga sahabiah lain yang Fa telah minta tolong belikan jubah untuk hari lahir Ma yakni 2 hari sebelum Fa kembali ke Rahmatullah……Hari lahir Ma tahun ini berbeza sangat, sahabat sahabiah Fa yang memberi hadiah kepada Ma wakil dari Fa….Allahuakbar….Kaklong sempat berbisik dengan sahabiah lain yang telah kaklong kenal suatu ketika dulu, “Dulu arwah selalu ajak kaklong datang sini, tetapi hari ni kaklong sampai sini, adik kaklong tiada, sahabat sahabiah je ada…. ” Walaupun muka kaklong kelihatan gembira ketika berbual dengan sahabiah-sahabiah, tetapi dalam hati hanya menahan sebak agar air mata tidak mengalir……Alhamdulillah semua urusan di kolej diselesaikan…Niat asal untuk solat maghrib berjemaah bersama-sama sahabat sahabiah di surau KUO terpaksa dibatalkan disebabkan kaklong lihat raut-raut kesedihan pada Abah, Adik Imi dan Ma….huhuhu..dah tak boleh tunggu disitu, lagi lama disitu, lagi sebak dan sedih…..terpaksa memohon maaf menolak pelawaan sahabat sahabiah…….Alhamdulillah, agak sedih untuk berpisah dengan sahabat sahabiah Fa…insyaallah diizinkanNYA kita jumpa lagi….Ukhwah fillah…..walaupun Fa tiada disisi, ukhwah yang terjalin dengan sahabat sahabiah akan tetap kami sekeluarga sambung…Insyaallah dengan izinNYA...


Di dalam kereta, terus Abah bercerita ketika berada di bilik Fa ….”Kaklong, Abah tak boleh duk lamo-lamo dalam bilik Pa, sedih sangat, tapi puas hati dohla Abah sebab dapat tengok bilik Pa buat kali terakhir”…..” Abah tengok nota-nota hok Pa tulis kat papan kenyataan belajar..sedih sangat..Abah sabar jah xse bagi mengalir air mata”….Cerita Abah lagi” Masa Abah duk bilik Pa, lepas seorang-seorang sahabat-sahabat Pa mari bersalaman dan berpelukan dengan Abah…Abah bertambah sedih tengok sahabat-sahabat Pa…semuo nampok lebih kurang macam Pa jah….baik-baik belako…Sambung Abah lagi “Allah…… kaklong, roomate Pa ada "sebalah" ngan Pa,style dio lebih kurang dengan Pa, pakai spek mata serupo Pa… Abah tengok roomate Pa pun duk menahan sebak dan sedih..Abah tak boleh tengok muko dio, sedih teringat ko Pa….Kaklong balas “Sabarlah…alhmdulillah bereh belako doh..kaklong tak tengok pun ramai-ramai muslimin tadi….tak kenal pun hok mana..biasolah roomate Pa tu mesti rapat dengan Pa,sedikit sebanyak mesti ada 'style' serupo dengan arwah Pa..mesti dia pun terasa sangat kehilangan Fa sebab hari-hari duk tengok Pa, sebilik dengan Pa...semoga dia kuat..kita pun kena kuat…insyaallah…kito doa banyak-banyak....”
[lamo-lamo=lama-lama; jah=je, xse=xnak; nampo=nampak; belako=belaka; sebalah=seiras; serupo=serupa; muko=muka; dio=dia; bereh=selesai; doh=dah; hok=yang; biasolah=biasalah]


Adik imi pulak cerita kelakar “Kaklong, ada sain abe Pa ingat imi ni abang..hehe..lawok sungguh”..Kaklong pun balas ” Maksudnye, imi ni tuo la..hehe..abe Pa lagi muda dari imi …camne ni..hehe..” kaklong gelakkan imi untuk mengubat kesedihan….Ma pula menyampuk “ Ma terbayang lagi bila kita gi ziarah Pa dulu-dulu kat kolej..Pa macam biaso la turun dari kolej, cara dia jalan sambil tersengih-sengih bila sampai tempat kita parking kereta bawah…teringat cara dia senyum..…tu Ma tak boleh duk lama-lama kat kolej tu, duk terbayang tingkahlaku Pa jah....”………..
[sain=sahabat; lawok=lawak; tuo=tua; biaso=biasa]


Alhamdulillah semua urusan di kolej semuanya dipermudahkan olehNYA……Syukran jazilan pada sahabat-sahabat dan sahabiah-sahabiah yang bersedia menolong kaklong menyelesaikan urusan berkaitan arwah adik kesayangan kaklong….tanpa bantuan kalian semua, tentu agak sukar untuk kaklong menyelesaikannya……Jazakallahu khairan khatira……Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya...InsyaAllah…


Kami meneruskan perjalanan ke Kedah menyelesaikan urusan berkaitan Fa seterusnya….. Insyaallah bermalam di sana..Walaupun penat seharian perjalanan, namun kami sangat gembira, tenang dan amat bersyukur setelah semua urusan arwah ahli bait solihin kami, al-marhum Mohd Fadhiri dapat diselesaikan dalam masa sehari…..Syukur padaMU..Semua dengan izinNYA……Alhamdulillah..........




{Ahli bait solihin kami...almarhum Mohd Fadhiri}


To be continued..InsyaAllah jika masih diberi nafas olehNYA...


by Kaklong, 5/4/10 (20 Rabiulawal 1431H)

Saturday, April 3, 2010

Bila hati-hati takut pada ALLAH..tidak akan sekali-sekali meninggalkan kewajipan seorang hamba dari penciptanya...

SOLAT TIANG AGAMA...

SOLAT SUMBER KEKUATAN DAN KETENANGAN ORANG-ORANG MUKMIN...



(Lautan manusia dari seluruh pelusuk dunia sedang solat berjemaah merendah diri di hadapan Kaabah...Bila agaknya kita diizinkanNYA untuk ke sana..)


(Subhanallah!!)




(Tetap teguh solat berjemaah bersama-sama walaupun diberi ujian dan dugaan yang berat dariNYA)


(Sebagai seorang islam, tiada alasan untuk meninggalkan solat walau berada dimana-mana sekalipun..)


(Sama-sama merendah diri bersujud padaNYA sambil dikawal rapi oleh penjaga keselamatan)


(Saudara seislam kita di India sedang melakukan solat diatas bumbung kereta api)


(Tidak pernah lupa untuk bersolat walaupun akan bertanding sekejap lagi..)


(Solat jemaah kekuatan mukmin sejati..saudara seislam kita solat di stesyen kereta api)


(Seorang muslim yang sedang solat dalam sebuah masjid di Madinah dan meninggal dunia ketika sedang sujud merendah diri padaNYA..What a beautiful end!!!...YA ALLAH..


(Saudara seislam kita sedang solat di Gaza, Palestin di sebalik runtuhan bangunan angkara Rejim Zionis Laknatullah!!)


(KAU berilah ketabahan dan kekuatan pada saudara seislamku di Gaza, Pelestin)


(Kesejukan yang melampau di pergunungan salji tidak menghalang hamba-hambaNYA menunaikan tuntutan kewajipan dariNYA)


(Solat dimana-mana sahaja asalkan suci daripada najis...Segera menunaikan solat walaupun sedang sibuk mencari rezeki...saham akhirat lebih utama!)


(Sungguh indah dan damai...Semua tumbuh-tumbuhan, pokok-pokok sentiasa berzikir memujiNYA)


Dan bagaimana pula dengan solat kita??? Renungkanlah diri kita masing-masing..berusaha meningkatkan kualiti ibadah solat kita padaNYA..Semoga DIA menerima setiap amalan dan ibadah kita..aminn..



by kaklong, 3/4/10 (18 Rabiulawal 1431H)

Warkah buat Adinda; Special Edition



Adinda-adinda yang kekanda sayangi,




Perkara paling penting yang hendak kekanda katakan ialah, kekanda amat menyayangi adinda-adinda semua. Bukan hanya sekarang tetapi sejak kekanda mempunyai seorang adinda iaitu adinda Khairi, sehinggalah kekanda mempunyai lapan orang adinda dengan kelahiran adinda Ti.




Namun, mungkin kekanda jarang menyebut perkara ini secara formal dan secara langsung, tapi yang pasti, kekanda amat menyayangi kalian berlapan.




Adinda Mohd Khairi Azhar yang dikasihi,




Memori pertama bersama adinda ialah ketika kita sekeluarga tinggal di SMK Kuala Krai. Masihkah adinda ingat setiap kali abah pulang dari sukan atau outstation, abah akan membelikan kita mainan ? Antara yang paling kekanda ingat ialah kekanda dibelikan abah sebuah kereta polis dan adinda pula menerima sebuah kepala keretapi yang masing-masing sebesar raga motorsikal. Teringat kekanda, di satu kenangan, abah dan ma duduk di sofa dan kita bermain kereta polis dan kepala keretapi itu dalam keadaan gelap semata-mata kerana nak lihat betapa terangnya lampu dan cahaya dari kedua-dua buah mainan itu..




Seingat kekanda, kita sememangnya banyak menghabiskan masa bersama sejak kecil hinggalah kekanda memasuki SMAP Kajang pada 1990. Kita main bersama, kita makan bersama dan kita bergaduh bersama. Kita bersekolah rendah pun bersama, sentiasa ada adinda 2 darjah di bawah kekanda. Tapi setelah adinda Syafiee semakin besar, adinda Khairi makin rapat dengan adinda Syafiee.. he he, kekanda tak jeles pun.. Sebab masa tu kekanda dah nak masuk Sekolah Menengah.. Ketika kekanda tingkatan 3, adinda masuk ke SMKA Falahiah, dan begitulah seterusnya. Hubungan kita baik namun hanya berjumpa ketika cuti-cuti panjang. Tetapi, semasa adinda masuk YPMKL, hubungan kita makin rapat kerana kita berada berdekatan di Kuala Lumpur. Ingatkah adinda, sekali sekala kita keluar makan bersama.




Seterusnya, setelah kita sama-sama menempuhi alam pekerjaan, hubungan kita sentiasa baik, kekanda hargai rasa hormat dalam diri adinda dan ketenteraman adinda dalam berbicara dengan kekanda. Seingat kekanda, kekanda selalu bertanyakan itu dan ini kepada adinda, kadang-kadang mungkin sampai ke perkara-perkara yang kurang penting.. Semuanya kerana kekanda cuba tunjukkan rasa 'caring' kekanda pada adinda.




Kekanda amat gembira ketika adinda ingin mendirikan rumahtangga, kerana kekanda bangga adinda akan memulakan satu era baru dalam keluarga kita, iaitu alam perkahwinan. Kekanda tidak bersama keluarga ketika pernikahan adinda di rumah pengantin perempuan, maafkan kekanda. Namun, dapat juga kekanda pulang untuk meraikan adinda ketika majlis di rumah kita di Tanah Merah. Lawak juga bila kekanda bersama abah menyambut tetamu, ramai yang mengucapkan tahniah kepada kekanda seolah-olah kekanda yang berkahwin.. he he... kekanda asyik ulang, "Eh.. buke kito, adik..". Lepas tu, bila ada yang cakap, "Guano adik dulu", kekanda jawab, "Kito ngaloh sokmo nga adik.." he he..




Sehingga sekarang pun, setelah adinda bergelar bapa kepada 2 cahayamata yang comel-comel, kekanda sentiasa rasakan betapa dalam hati kita berdua sentiasa ada perasaan hormat-menghormati dan sayang-menyayangi. Kita rapat dan kita sentiasa mengambil berat hal-hal berkaitan satu sama lain.. Banyak ketika kita berbincang perkara-perkara yang berkaitan dengan keluarga dan juga kerjaya kita. Alhamdulillah, adindaku Khairi, dengan segala nikmat kasih sayang adik beradik yang dikurniakan Allah kepada kita.




Kekanda doakan semoga adinda Khairi terus mendapat limpahan Rahmat Allah, di dunia dan di akhirat. Semoga adinda Khairi dan Kak Yani (Isteri), Fatnin, Fathi, dan ramai lagi anak-anak seterusnya (he he) sentiasa bahagia dan sentiasa dimurahkan rezeki, dan sentiasa mendapat keredhaan Allah. Amin.




Adindaku Mohd Syafiee yang dikasihi,




Kekanda teringat semasa Allahyarham Tok Ayah (Datuk sebelah Abah), berjalan perlahan merapati tadika tempat kekanda belajar dan kemudian cakap ngan kekanda, "Abe keru bulih adik doh, marila nok balik". Kekanda dapatkan kebenaran dengan cikgu untuk pulang dan terloncat-loncat berjalan dengan Tok Ayah memimpin tanganya. Macam-macam soalan kekanda tanya Tok Ayah.. "Jate ko tino", kekanda tanya.. "Ma segar dok?" kekanda tanya lagi. "Abah balik doh?".. dan macam-macam lagi sehinggalah kekanda masuk ke rumah dan ketika menyelak tirai dan sempat mengintai adinda dan ma sebelum, "Eh, tubik luar nu ore jate", he he marah Mak (Nenek).. hu hu... Abe keru keluar pergi main dengan Abe keri la... Dan bermulalah episod berebut-rebut antara kami berdua setiap kali nak tengok adinda Syafiee atau riba adinda.




Adinda mengikuti jejak kekanda Khairi memasuki SMKA Falahiah dan telah meninggalkan rekod 9A PMR yang tidak dapat dipecahkan sehingga sekarang oleh adik-beradik yang lain. You Got Class ! And you always do. Adinda Syafiee, adalah yang pertama naik kapal terbang di antara adik-beradik kita ke Sarawak, hadiah kecemerlangan tersebut. Tidak cukup dengan itu, (I have said earlier you got Class !), adinda ke Jepun semasa di UTM Jalan Semarak. Adinda sentiasa ke UTM Jalan Semarak kerana kekanda berkerja berdekatan dengan KLCC. Kekanda sentiasa ingat adinda kena makan banyak kali kerana takut gastrik. Kekanda harap adinda sentiasa jaga jadual makan adinda. Hubungan kita baik dan kekanda sentiasa hargai bagaimana adinda cuba mengawal ton suara adinda ketika bercakap dengan kekanda, semata-mata kerana adinda menghormati kekanda sebagai abang. Kekanda sentiasa sedar dan sentiasa bertolak ansur dengan adinda kerana kekanda tahu sememangnya darah adinda agak panas (keturunan tu.. he he) dan kekanda gembira bersama adinda sepanjang setahun di Kapit, Sarawak. Kekanda cukup-cukup 'happy' masa kat Sarawak di samping adinda, walaupun kita hanya berjumpa di hujung-hujung minggu atau semasa kekanda ada kursus di bandar Kapit. Kita selalu makan bersama, tidur bersama (berlainan bantal.. he he), main laptop bersama, pergi swimming bersama, main badminton bersama, dan juga sering berbual-bual pasal kerjaya kita yang mempunyai majikan yang sama iaitu Kerajaan Malaysia.




Kekanda bersyukur ke hadrat Allah, kerana satu tahun bersama adinda di Kapit adalah suatu hikmah bagi merapatkan hubungan kita, kerana seingat kekanda, kita jarang-jarang berjumpa sebelum itu. Kita hanya jumpa ketika Hari Raya Aidilfitri 2-3 tahun sebelum itu.




Adinda Syafiee, sehingga adinda pindah ke Kuching dan kini di Miri, kekanda sentiasa kagumi kesungguhan dan komited adinda pada kerja. Tidak salah lagi kenapa adinda mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 3 tahun berturut-turut, sebelum dinaikkan pangkat dan sekarang berkhidmat sebagai Ketua Unit Khas Bergerak (UKB) bagi negeri Sarawak.




Alhamdulillah, nikmat adik-beradik yang indah bersama adinda. Kekanda sentiasa doakan kesihatan dan kesejahteraan adinda walaupun jauh di seberang laut. Semoga Allah lindungi adinda dan sentiasa merahmati adinda. Kekanda juga berdoa semoga adinda dipertemukan jodoh yang solehah bagi menambahkan ahli keluarga, ipar-ipar, dan biras-biras... he he (Dulu adinda selalu suruh adinda Fa kawin dulu sebelum adinda).




Didoakan juga semoga adinda sentiasa gembira dan please senyum sokmo. .




Adindaku Nurulhuda yang dikasihi,




Sejak adinda dilahirkan, di bilik tengah (bilik adinda sekarang), kekanda sentiasa merasakan ada satu tanggungjawab besar yang perlu kekanda laksanakan buat adinda. Sebagai puteri sulong Cikgu Ripin & Kak Za, kelahiran adinda sememangnya membawa sinar dalam keluarga. Untuk pengetahuan adinda, kekanda, kekanda khairi dan kekanda syafiee sememangnya mengharapkan adinda seorang puteri sehinggalah adinda dilahirkan.. Alhamdulillah.




Sekiranya adinda ingat, kekanda selalu tanya adinda, "Ado ore gelar dop?" sejak dari adinda masuk sekolah tadika, seterusnya ke sekolah rendah, sekolah menengah hinggalah ke Universiti. Mungkin adinda rasa 'annoying' dengan pertanyaan kekanda yang berulang kali itu, tapi sebenarnya itulah sikap 'protecting' kekanda andai sesiapa melukakan hati adinda, secara automatic dia akan melukakan hati kekanda dan juga kekanda khairi dan kekanda Syafiee..




Adinda ingat tak, dulu masa kita kecik-kecik, kita 4 orang ada buat "meeting" dalam bilik tengah ? Bersama kita ada juga adinda Fa (Arwah) yang masih kecil tapi menangis tak nak ditinggalkan di luar bilik. Masa tu rasanya kali pertama kita cakap secara serius (hu hu...) betapa pentingnya kita menjaga hubungan kita adik-beradik, mesti sentiasa menyenangkan Abah & Ma, serta cuba sedaya-upaya jangan buat Abah & Ma susah hati (he he he).. Tergelak juga mengingatkan keadaan masa tu sebab rasanya kekanda baru Tingkatan 1 atau 2, masih mentah untuk "mempengerusikan meeting"... he he.... Kekanda masih ingat Kak Long buat muka, bila kita orang cakap semua yang Ma buat, Kak Long kena tolong.. he he... nakal kan, kekanda-kekanda Kak Long menyakat... hu hu..




Kekanda agak gembira Kak Long bersekolah menengah dekat dengan rumah, kerana bimbang dengan keselamatan Kak Long sekiranya jauh dari rumah. Sama macam kekanda, saiz badan semasa lingkungan umur tersebut agak kecil berbanding rakan sebaya yang lain. Adinda membuktikan kejayaan cemerlang sehingga menjejakkan kaki ke UiTM Shah Alam. Kekanda masih ingat, kekanda selalu menunggang motorsikal dari Kajang hingga ke Shah Alam untuk jumpa Kak Long, bawak Kak Long makan-makan, beli barang-barang dan sebagainya. Masa awal-awal kat UiTM, Kak Long cakap takut nak keluar sendiri dengan kawan-kawan, hinggalah semester kedua. Kekanda ingat, kekanda bawak Kak Long ke Subang Jaya sebab Kak Long nak beli handset. He he... Bila teringat tu... dan teringat Abah.... fuh, Alhamdulillah, semuanya selamat. Kak Long nak tahu, sampai hal-ehwal-wanita pernah kekanda tanya Ma, takut-takut Ma tak ajar.. he he memandai jugak kekanda ni... ye lah, adik perempuan pertama la katakan...




Adinda memang baik dengan kekanda dan kekanda-kekanda yang lain. Kami rasakan adinda ibarat 'buffer' dan pelengkap kepada kekurangan atau perselisihan antara kami. Kak Long mampu menjadi penenang ketika ada masalah, dan menjadi penghubung apabila sesuatu perlu disampaikan dengan cara yang lembut. He he... Kak Long pun boleh jadi 'SPY' yang boleh dipercayai... hu hu... tapi untuk tujuan yang baik....




Bagi adinda-adinda kak long, sememangnya mereka lebih rapat dengan Kak Long berbanding kekanda, mungkin disebabkan faktor jarak umur dan jarang-jarang berjumpa.




Alhamdulillah, kehadiran adinda sebagai anak ke-4. Kekanda doakan, adinda sentiasa ceria dan sentiasa tabah. Semoga Allah tunaikan segala impian adinda samada dunia atau akhirat. Didoakan juga adinda bertemu jodoh yang Soleh yang sesuai dengan adinda. Amin.


(Ingat tak kami bertiga selalu sakat Kak Long, sapa nak nikah nga Kak Long kena interview dengan kami... he he he... Sebab sayang ko Kak Long la).




Adindaku Mohd Fadhiri bin Rakiah,















[pause]























" Wahai abe keru yang disayangi, bila mahu di sambung warkah ini..hehe..dah lama pause tu.;) " - kaklong




















LA TAHZAN.....

(JANGANLAH BERSEDIH)










" Janganlah kamu bersikap

lemah, dan janganlah kamu

bersedih hati,padahal kamulah

orang-orang yang tinggi

darjatnya, jika kamu orang-

orang beriman"

( Surah Al-Imran Ayat 139 )

" Allah tidak akan membebani

seseorang itu melainkan dengan

kesanggupannya "

(Surah Al-Baqarah Ayat 286)

".......dan janganlah kamu

berputus asa pada Rahmah

Allah. Sesungguhnya tiada

berputus asa dari Rahmah Allah

melainkan kaum yang kafir "

(Surah Yusuf Ayat 12)

" Tiada apapun yang menimpa

seseorang mukmin berupa

bencana dan menderita

kesusahan, kecuali semua itu

menjadi sebab untuk

menghapuskan dosa-dosanya "

(Hadis Bukhari dan Muslim)