BUAT PENGUNJUNG-PENGUNJUNG BLOG.....

BUAT PENGUNJUNG- PENGUNJUNG BLOG.....


Untuk makluman sahabat sahabiah yang baru mengunjungi blog ini, blog Al-Fatihah buat Mohd Fadhiri bin Rakiah (Mohamad Ariffin) dibuat setelah ahli bait solihin kami iaitu al-marhum Mohd Fadhiri kembali ke Rahmatullah pada 11/01/10.



Blog ini telah diwujudkan pada 14/01/10, iaitu 3 hari setelah arwah kembali ke Rahmatullah oleh Abang Khairu (abang sulung arwah).



Semoga tautan ukhwah Fillah yang terjalin antara sahabat sahabiah serta semua yang pernah mengenali al-marhum Mohd Fadhiri dapat kami sekeluarga sambung, insyaALLAH




- dari keluarga al-marhum Mohd Fadhiri bin Rakiah (Mohamad Ariffin) -



JOM PROMOSI


ASIF JIDDAN....


Assalamualaikum kepada semua pengunjung-pengunjung blog Al-Fatihah buat Mohd Fadhiri bin Rakiah (Mohamad Ariffin)



Semoga sentiasa dalam lindungan dan rahmah ALLAH...InsyaALLAH..Semoga sentiasa diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan sehari-hari hanya untuk mencapai redha ALLAH..


Asif jiddan, dah lama kaklong tak update blog, untuk berkongsi ilmu, Ini kerana kaklong sibuk kemaskini portal web Islam bersama adik Imi..Buat sementara waktu, bolehlah ziarah portal murabbi. Semoga mendapat sedikit sebanyak ilmu yang bermanfaat untuk dunia dan akhirah di portal web Islam tersebut....http://www.murabbi.net/

InsyaALLAH, setelah kaklong dah siap mengemaskini Portal murabbi, akan kaklong kembali mencoret di sini..InsyaALLAH


Pejuangan yang masih jauh selagi jasad terkandung dalam diri dalam menuju YA RABB. Hanya untuk mendapart redha ALLAH..insya ALLAH...;ALL THE BEST!!!...BI TAUFIQ WA NAJAH FI DUNNIA WA AKHIRAT ;)


PENGUMUMAN KHAS

PENGUMUMAN MAJLIS TAHLIL

Majlis Tahlil Hari Ke 100 Allahyarham Mohd Fadhiri bin Rakiah adalah pada tarikh
20/4/2010 (Selasa). Kemungkinan akan dibuat pada tarikh
22/4/2010 (Khamis). Insyaallah


Semua sahabat sahabiah serta semua yang mengenali arwah di jemput hadir. Kami sekeluarga sangat-sangat mengalukan kedatangan sahabat sahabiah semua



Tuesday, February 23, 2010

Warkah Buat Adinda; 23/02/2010


(Abg khairi diapit oleh dua orang anaknya yang sangat comel..Khairani Fatnin dan Muhammad Aqil Fathi)

Adindaku yang dikasihi,

Al-Fatihah. Kekanda doakan adinda sentiasa dengan nikmat yang Allah janjikan kepada orang-orang yang beriman dan bertakwa kepada-Nya.

Setelah merenung-renung gambar di atas, kekanda teringatkan adinda.. Kekanda teringatkan beberapa perkara yang berkaitan dengan adinda dan Kekanda Khairi serta Fatnin dan Fathi.

Semasa Adinda pergi pada 11/1/2010, apabila kekanda tanya Fatnin, "Pakcik Fa mana ?", dengan selamba Fatnin jawab, "Mati doh..". Dan apabila selepas 2-3 hari apabila kekanda tanya lagi, Fatnin menjawab, "Pakcik Fa gi kubur".
Hujung minggu yang lalu, semasa pulang untuk Tahlil 40 hari adinda, kekanda tanya lagi dan jawapannya, "Pakcik Fa duduk kubur". [duduk=tinggal]
Kekanda tersenyum dengan jawapan-jawapan anak saudara pertama kekanda ini... em... kadang-kadang kekanda cemburu dengan ketenangan yang ada pada Fatnin dalam menghadapi pemergian adinda.. Kekanda selalu bayangkan apakah perasaannya.. mungkinkah tidak sedih sangat sebab dia ada ramai lagi bapa saudara dan mak saudara yang selalu berebut-rebut untuk memegang dan bermain dengannya..
Kekanda juga teringat kalau adinda dulu buat muka serius mesti Fatnin merajuk tak nak bermain dengan adinda.. he he

Bila melihat gambar Fathi pula, kekanda tidak dapat mengingati saat adinda bersama Fathi. Kekanda musykil sama ada Fathi sempat bersama adinda atau tidak. Memang kalau diikutkan umurnya adinda telah sempat bersamanya. Tetapi entah kenapa tiada kenangan yang dapat kekanda kongsi berkenaan Fathi dan adinda.
[Kekanda harap sangat ahli keluarga yang lain dapat menceritakan apa-apa yang ada kaitan dengan Fathi dan Allahyarham Mohd Fadhiri]

Apabila melihat Adinda Khairi, kekanda berasa sungguh gembira dengan keadaan Adinda Khairi yang gembira bersama isteri tersayang (Kak Yani) dan 2 orang cahaya mata. Kekanda juga gembira dengan kejayaan yang dimiliki oleh adinda Khairi dalam perniagaan Komputer. Kekanda sentiasa 'salute' sikap Adinda Khairi yang sentiasa mengutamakan soal halal-haram, etika perniagaan Islam, kepuasan hati pelanggan yang diamalkannya sekian lama. "Patutlah Allah murahkan rezeki adinda Khairi", detik hati kekanda setiap kali melihat kejayaannya.

Menurut Kekanda Khairi, dan adinda-adinda yang lain, dah lama Allahyarham tidak mengikuti dan membantu di PC Fair di Kota Bharu. Namun, pada cuti akhir tahun yang lalu, bertungkus-lumus adinda membantu Kekanda Khairi dan adinda yang lain untuk menjayakan PC Fair pada masa itu.

"Nasib baik Khairi bayar doh gaji/saguhati ko dio tolong masa PC Fair hari tu", kata Kekanda Khairi selepas adinda pergi..

Kekanda Khairi juga sentiasa menawarkan untuk membayar itu dan ini serta belanja itu dan ini yang berkaitan dengan adinda. Cukup pemurah sikap kekanda khairi yang sentiasa mengutamakan ma, abah dan kami adik-beradiknya tanpa mengabaikan isteri & keluarga serta anak-anaknya.

"Takpe, ni tanggung jawab Abah, Abah ada lagi kan", jawab Ayahanda di satu ketika semasa abe keri offer nak bayar itu dan ini..

YA ALLAH, PANJANGKAN UMUR BONDA & AYAHANDA KAMI DAN BERIKAN KESIHATAN SERTA RAHMAT MU.

Abe Keru..

Sunday, February 21, 2010

KERJA- KERJA TERAKHIR ARWAH





















Bismillahirrahmaniraahim...Dengan nama ALLAH yang maha pengasih lagi penyayang..Kali ini diri ini bukan ingin menyambung coretan kaklong..Post bertajuk kerja-kerja terakhir as-syahid Mohd Fadhiri sebelum kembali ke rahmatullah ingin kaklong kongsikan bersama-sama sahabat serta sahabiah semua..insyaallah..


Alhamdulillah kedatangan seorang sahabiah ke rumah khamis lepas memberitahu kaklong tentang kerja yang arwah lakukan beberapa hari sebelum kembali ke rahmatullah..Sahabiah seUPSI Fa yang juga merupakan sahabat kaklong yang dikenali di sebuah pusat pengajian agama suatu ketika dulu..sungguh indah pertemuan itu...ukhwah fillah..alhamdulillah...


Dia menceritakan kepada kaklong tentang Fa pernah meminjam laptopnya untuk membuat kerja beberapa hari (pada 30 Disember 2009) sebelum Fa kembali ke "sana" pada 11/01/10....Agak pelik kerana Fa meminjam laptop dia..mungkin itu tanda-tanda kelainan Fa dalam menanti saat kembali ke sana..waallauallam..ALLAH maha mengetahui..Agak sedih apabila kami mendengarnya..ini apa yang diceritakannya kepada kaklong..


"Ketika itu ramai sahabat dan sahabiah disuatu sudut tempat.Fa minta izin untuk pinjam laptop sahabiah Fa dan belum sempat dia mengizinkannya, terus Fa menggunakannya dengan perasaan yang sungguh gembira.Fa khusyuk sangat buat kerja guna laptop tersebut bermula selepas Isyak hingga tengah malam. Selepas siap kerja yang Fa buat, Fa ucapkan terima kasih dan suruh email kerja tu pada Fa keesokkan harinya..Fa tak suruh pun delete folder file tu..(mungkin Fa ingin kongsikan pada sahabat sahabiah Fa..waallahuaallam)2 hari selepas itu, sahabiah Fa email file-file tersebut seperti yang dipesan oleh Fa iaitu pada 1/1/10...Setelah Fa kembali ke rahmatullah pada 11/01/10....sahabiah Fa teringat tentang kerja yang Fa pernah taip dalam laptop dan cuba untuk membukanya.Tetapi tidak boleh kerana file Fa semua ada password..Biasanya file-file Fa guna password khalimah ALLAH.."


Dia mintak tolong kaklong buka file-file Fa dengan buang password tersebut..Apabila mendapat email yang mengandungi file-file tersebut dari sahabiah tadi yang bertajuk "Kerja arwah yang terakhir dilaptop ana"..agak sedih dan sayu apabila kaklong membaca tajuk itu..


Belum sempat kaklong nak suruh abg khairi cuba pecahkan password file tu, alhamdulillah kaklong dapat bukak kesemua file-file Fa..Kaklong pun agak terkejut dapat bukak kesemua file tersebut ..Ada 5 file semuanya..alhamdulillah dengan sekali sahaja cuba kaklong masukkan salah satu khalimah Allah, terus boleh masuk file. Agak sayu juga sebab ia terdetik sendiri di dalam hati kaklong untuk mengunakan khalimah ALLAH tersebut dan kaklong dapat rasakan bahawa itu passwordnya..alhamdulillah dengan sekali cuba,terus dapat masuk..dengan izinNYA..


Folder file tersebut mengandungi 5 file iaitu 1)draf yg mengandungi mutabaah harian,2)draf lengkap mutabaah harian 3)perancangan 2010(hanya bulan Januari sahaja sempat dibuat) 4)Perancangan harian, mingguan, bulanan dan semester(hanya siap sehingga mingguan,manakala bulanan dan semester tidak sempat disiapkan)5)data mentah terdiri senarai nama sahabat-sahabat (mungkin mad'u)


Fa nak tau agak tersentuh bila tengok draf lengkap mutabaah harian..kaklong pun ada terfikir nak listkan senarai lengkap mutabaah harian kaklong sendiri..belum sempat kaklong buat, kaklong jumpa file ni..Insyaallah kaklong akan guna mutabaah harian yang dibuat oleh Fa..akan kaklong kongsikan bersama-sama sahabat dan sahabiah Fa. Mungkin setiap orang dah ada mutabaah harian masing-masing, kita boleh tambah apa yang kurang dalam mutabaah harian kita..insyaallah


p/s:Insyaallah akan diselitkan file mutabaah harian ...

Saturday, February 20, 2010

PENGUMUMAN KHAS


(Jubah hijau arwah dipakai oleh adik No,..dari belakang, sangat seiras dengan arwah)

Alhamdulillah..Untuk makluman sahabat dan sahabiah serta semua yang mengenali as-syahid Mohd Fadhri bin Rakiah, Majlis Tahlil ke 40, Majlis Tadarus Al-Quran dan juga Selawat sempena Maulidurassul yang diadakan semalam (Jumaat,19/02/10)berjalan dengan lancar dan segalanya dipermudahkanNYA....Alhamdulillah Alhamdulillah terlalu ramai tetamu yang hadir memenuhi ruang di dalam rumah dan juga sehingga mencecah perkarangan luar rumah..kaklong wakil keluarga as-syahid Mohd Fadhiri hanya mampu mengucapkan syukran jazilan. Hanya ALLAH sahaja yang mampu membalasnya..insyaallah..Akrama kumullah khatira.. Kaklong sekeluarga juga mengucapkan ucapan syukran jazilan pada sahabat- sahabat yang ada kesempatan untuk hadir ke majlis semalam. Dan juga kepada sahabat-sahabat dan sahabiah-sahabiah as-syahid yang sudi menziarahi kami sekeluarga 2-3 hari sebelum majlis kerana tidak berkesempatan untuk datang pada majlis semalam. Dan tidak lupa juga pada sahabat dan sahabiah arwah yang lain di mana tidak dapat datang ke rumah, dan menyampaikan salam dan bertanya khabar serta ucapan maaf kerana tidak dapat ke rumah melalui telefon..Jazakumullah Khoiran khatira..syukran jazilan.. Kami sekeluarga sangat menghargainya..sekiranya sahabat-sahabat serta sahabiah-sahabiah as-syahid Mohd Fadhiri ingin datang ke rumah bila-bila masa..Tafadhal..Silakan..Kami sangat mengalu-alukan kedatangan kalian semua..
p/s:insyaallah akan dimasukkan video semasa majlis semalam..insyallah..abg khairu akan masukkan..it's right, ya akhi?? ;)

Na'am... Na'am... abe keru : )

(Alhamdulillah..Orang ramai memenuhi ruang rumah sehingga rapat ke pintu dapur)


(Alhamdulillah..Orang ramai memenuhi lorong ke ruang belakang rumah, sehingga didepan pintu bilik kaklong)

Tuesday, February 16, 2010

Ada Apa Selepas Mati ?

Seorang sahabat bernama al-Barra' bin 'Azib –radhiyallahu 'anhu- menceritakan; "Suatu hari kamu keluar bersama Rasulullah –sallallahu 'alaihi wasallam- mengiringi jenazah seorang lelaki dari kalangan Ansar yang meninggal dunia. Ketika sampai di perkuburan dan jenazah dimasukkan ke dalam liang lahad, baginda duduk dan kami pun turut duduk di sekitar beliau. Di tangan baginda ada sebatang kayu. Baginda menggaris tanah dengan kayu itu, kemudian mengangkat kepalanya sambil berkata; “Hendaklah kamu sekelian memohon perlindungan Allah dari azab kubur”. Baginda mengulanginya dua atau tiga kali. Seterusnya baginda berucap;
“Sesungguhnya seorang hamba yang beriman ketika hendak berpisah dengan dunia dan menuju akhirat (yakni ketika ia hampir mati), akan turun kepadanya malaikat-malaikat dari langit, yang putih wajah mereka seumpama matahari, bersama mereka kain kapan dan bau-bauan (????) dari syurga. Mereka duduk darinya sejauh mata memandang. Kemudian datang malaikat maut dan duduk di hujung kepalanya dan berkata kepadanya; ‘Wahai ruh yang baik! Keluarlah menuju kepada keampunan dari Allah dan keredhaanNya’. Maka keluarlah ruh itu di mana ia mengalir (keluar) umpama mengalirnya titisan air dari corong bekas air (yang dinamai as-Saqa' dalam bahasa Arab).
Kemudian malaikat maut mengambil ruh itu dan terus memasukkannya ke dalam kain kapan bersama-sama bau-bauan (yang di bawa oleh malaikat-malaikat tadi) dan terbitlah darinya bau yang amat harum umpama bau kasturi yang paling harum di atas muka bumi ini’. Setelah itu malaikat-malaikat tadi membawa ruh yang harum itu naik ke langit. Maka setiap kali berjumpa dengan sekumpulan malaikat, mereka akan bertanya; “Bau apakah yang amat harum ini?”. Malaikat-malaikat yang membawa ruh itu menjawab; “Ruh si fulan bin fulan”. Mereka menyebutnya dengan nama yang paling baik yang diberikan kepadanya di atas muka dunia. Apabila sampai di langit, para malaikat yang membawanya itu meminta supaya dibukakan pintu langit, lalu dibukakan.
Di setiap langit, ruh mukmin itu diiringi oleh malaikat penjaga langit untuk naik ke langit berikutnya hinggalah ia sampai langit ke tujuh. Maka datanglah firman Tuhan kepadanya; “Tulislah hambaku di dalam ‘illiyyin (tempat orang-orang mulia di dalam syurga) dan bawalah ia kembali ke bumi kepada tubuhnya kerana sesungguhnya darinya (yakni dari bumi/tanah) aku menjadikan mereka (yakni manusia), kepadanyalah aku akan kembalikan mereka dan darinya juga aku akan mengeluarkan mereka sekali lagi (yakni apabila berlakunya kiamat)”. Maka dikembalikanlah ruh itu kepada tubuhnya.
Kemudian datang dua orang malaikat kepadanya dan mendudukkannya (yakni menjadikannya duduk). Kemudian mereka bertanya kepadanya; ‘Siapa Tuhan kamu?’. Ia akan menjawab; ‘Tuhanku adalah Allah’. Mereka bertanya lagi kepadanya; “Apa agama kamu?”. Ia menjawab; “Agamaku adalah Islam”. Mereka bertanya lagi; “Siapa lelaki ini yang diutuskan kepada kamu sekelian (yakni Muhammad)?”. Ia menjawab; “Dia adalah Rasul Allah”. Mereka bertanya lagi; “Apakah ilmu kamu?”. Ia menjawab; “Aku membaca kitab Allah, lalu aku beriman dan membenarkannya”.
Lalu seorang penyeru berseru dari langit; “Benarlah apa yang dikatakannya itu. Hamparilah ia dengan hamparan dari syurga, pakaikanlah ia dengan pakaian dari syurga dan bukakanlah untuknya satu pintu ke syurga”. Maka sampailah kepadanya bauan dan haruman dari syurga dan dilapangkan untuknya kuburnya seluas mata memandang. Kemudian datang seorang lelaki yang elok rupanya, cantik pakaiannya dan harum baunya. Lelaki itu berkata kepadanya; “Bergembiralah dengan suasana yang menyeronokkan kamu ini. Hari ini adalah hari yang telah dijanjikan untukmu”. Ia bertanya; “Siapakah kamu?. Kamu datang dengan wajah yang membawa kebaikan”. Lelaki itu menjawab; “Akulah amal soleh kamu”. Ia (yakni si mati yang beriman itu) lalu berkata; “Wahai Tuhanku! dirikanlah kiamat, dirikanlah kiamat, supaya aku mendapat kembali keluargaku dan hartaku”.
Adapun seorang hamba yang kafir dan jahat pula, pada ketika hendak berpisah dengan dunia dan menuju akhirat (yakni ketika hampir mati), turun kepadanya malaikat-malaikat berwajah hitam membawa bersama mereka kain kapan yang buruk. Mereka duduk mengelilinginya sejauh mata memandang. Kemudian datang malaikat maut dan duduk di hujung kepalanya dan berkata: ‘Wahai ruh yang kotor, keluarlah kepada kemurkaan dari Allah dan kemarahanNya. Maka bertempiaranlah ruh pada jasadnya (seolah-olah hendak melarikan diri).
Lalu malaikat maut mencabut ruh itu (tanpa belas kasihan) seperti mencabut besi pemanggang daging dari kain bulu yang basah. Kemudian malaikat maut mengambil ruh itu dan terus memasukkannya ke dalam kain kapan buruk tadi dan terbit dari ruh itu satu bau yang amat busuk seperti bau bangkai yang paling busuk di atas muka bumi ini. Kemudian malaikat-malaikat yang berwajah hitam tadi akan membawa ruh yang berbau busuk itu naik ke langit. Maka setiap kali berjumpa dengan sekumpulan malaikat, mereka akan bertanya; “Ruh siapakah yang busuk ini?”. Jawab para malaikat yang membawa ruh itu; “Ruh si fulan bin si fulan”, di mana mereka menyebutnya dengan nama yang paling buruk orang menamakannya di atas muka dunia dulu.
Apabila sampai ke langit dunia, para malaikat yang membawa ruh itu memohon dibukakan pintu langit, namun tidak dibuka. Lalu Rasulullah s.a.w. membaca firman Allah (bermaksud):
“Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan yang angkuh dari mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit, dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga unta masuk ke lubang jarum. Dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan. Disediakan untuk mereka hamparan-hamparan dari api neraka, dan di atas mereka lapisan-lapisan penutup (dari api neraka). Dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang zalim (disebabkan keengkarannya)”. (Surah al-A’raf, ayat 40)
Rasulullah bercerita lagi; “Kemudian Allah berkata (menyampaikan perintahNya berkenaan ruh itu); “Tulislah ia di dalam Sijjin (yakni penjara) di dalam bumi yang paling bawah”. Maka dilemparkanlah ruhnya itu dengan satu lemparan. Rasulullah lalu membaca firman Allah (bermaksud):
“Dan sesiapa yang mensyirikkan Allah, maka seolah-olah dia jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau dihumbankan oleh angin ke tempat yang jauh (yang membinasakan)”. (Surah al-Hajj, ayat 31)
Kemudian ruh itu dikembalikan kepada jasadnya di bumi. Setelah itu datang kepadanya dua malaikat. Mereka bertanya kepadanya; “Siapa Tuhan kamu?”. Ia menjawab; “Hah! Hah! Aku tidak tahu”. Mereka bertanya lagi; “Apa agama kamu?”. Ia menjawab; “Hah! Hah! Aku tidak tahu”. Mereka bertanya lagi; “Siapakah lelaki ini yang diutuskan kepada kamu sekelian (yakni Muhammad)?”. Ia menjawab sama seperti tadi; “Hah! Hah! Aku tidak tahu”.
Lalu seorang penyeru berseru dari langit; “Hambaku telah berdusta. Hamparilah ia dengan hamparan dari neraka dan bukakan untuknya satu pintu ke neraka. Maka sampailah kepadanya bahang panas dari api neraka dan disempitkan baginya kuburnya hingga bersilang-silanglah tulang-tulang rusuknya. Kemudian datang kepadanya seorang lelaki yang hodoh mukanya, buruk pakaiannya dan busuk baunya. Lelaki itu berkata kepadanya; “Bergembiralah dengan suasana yang mendukacitakan kamu ini. Hari ini adalah hari yang dijanjikan buatmu”. Ia bertanya; “Siapa kamu? Kamu datang dengan wajah yang membawa kejahatan”. Lelaki itu menjawab; “Aku adalah amalan kamu yang keji”. Akhirnya ia pun berkata; “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau dirikan kiamat”.
(Riwayat Imam Ahmad. Menurut Imam al-Haithami dalam Majma’ az-Zawaid; para perawi hadis ini adalah soheh (Majma’ az-Zawaid, 3/49). Menurut menurut Syeikh al-Albani; hadis ini soheh (Misykat al-Masabih, hadis no. 1630))

Friday, February 12, 2010

PENGUMUMAN KHAS

Salamunalaik kepada semua sahabat-sahabat dan sahabiah-sahabiah serta semua yang mengenali allahyarham Mohd Fadhiri bin Rakiah (Mohamad Ariffin).

Kami wakil dari keluarga allahyarham Mohd Fadhiri berbesar hati untuk menjemput sahabat dan sahabiah semua untuk ke MAJLIS TAHLIL KE 40 dan MAJLIS TADARUS AL-QURAN yang akan diadakan serentak pada hari JUMAAT, MALAM SABTU yakni 19/02/10.di alamat rumah kami LOT 2902, LORONG PIPIT, TAMAN ADABI, 17500, TANAH MERAH, KELANTAN. (Rumah berwarna hijau)

Kami sangat mengalu-alukan kedatangan sahabat dan sahabiah semua serta semua yang mengenali allahyarham Mohd Fadhiri

Untuk pengesahan kehadiran, bolehlah membuatnya melalui blog ini, atau hubungi terus kaklong.Sila maklumkan:'

1) Nama ringkas (individu/wakil kumpulan)
2) Bilangan orang (sekiranya datang secara berkumpulan)
3) Tarikh dan masa sampai
4) Bermalam atau tidak (kerana kemungkinan majlis berakhir tengah malam)


Tentang masalah penginapan, sahabat dan sahabiah semua tidak perlu risau, kami akan sediakan, insyaallah...

Kalau boleh, pengesahan kehadiran selewat-lewatnya ialah pada hari Rabu..kaklong minta tolong sampaikan pada sahabat dan sahabiah yang lain..Syukran jazilan..hanya ALLAh yang mampu membalas kebaikan sahabat sahabiah semua...

p/s: Untuk mengelakkan kekeliruan, pengesahan kehadiran dibuat sekali sahaja samaada melalui blog ini atau secara hubungi terus kaklong (mesej melalui handset 013-3334933)..Syukran.

Jazakumullah khoiran khatira

Thursday, February 11, 2010

Al-fatihah buat Allahyarham Afendi bin Syafie

Al-fatihah buat Allahyarham Afendi bin Syafie..
yang telah kembali ke Rahmatullah hari ini.

Bagi pihak keluarga Allahyarham Mohd Fadhiri Bin Rakiah (Mohamad Ariffin), tahziah diucapkan kepada keluarga Abang Saiful. Semoga tabah menghadapi situasi ini.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang,
Didoakan, Allahyarham Afendi bin Syafie mendapat keredhaan Allah dan ditempatkan disamping orang-orang yang beriman, syahid dan syuhada, serta dirahmati rohnya. Amin.

Allahyarham Afendi bin Syafie adalah adik kepada Abang Saiful. Abang Saiful ialah senior kepada adinda kami Allahyarham Mohd Fadhiri semasa di UPSI. Abang Saiful telah hadir ke rumah kami bersama dua lagi rakan Allahyarham Mohd Fadhiri seminggu selepas Allahyarham Mohd Fadhiri kembali ke Rahmatullah.

Dalam pertemuan yang singkat itu, tidak banyak yang dapat abe keru ceritakan melainkan dapat merasai dan mengenali Abang Saiful sebagai insan yang mempunyai ciri-ciri yang agak hampir dengan adinda abe keru. Abang Saiful seorang yang sopan menyusun kata-kata ketika berbual dan ini amat disenangi oleh kami. Beliau juga sentiasa tersenyum dan tenang raut wajahnya.

Semoga Abang Saiful serta keluarga dapat menguatkan semangat dalam mengahadapi pemergian adinda Abang Saiful.

Abe Keru

CORETAN KAKLONG (SIRI 5)

Rabu, 10/02/10, TM

Kaklong teringat sangat-sangat kat Fa malam ni……..Bila tengok gambar-gambar Fa……bila teringat sepanjang kaklong bersama Fa…..terlalu banyak yang kita kongsikan sejak daripada dulu…. sejak dari kecil hinggalah besar…..sungguh sebak…..terlalu rindu pada Fa……adik kesayangan kaklong….Ya Allah……Kuatkanlah hatiku di kala aku lemah..…La Tahzan kaklong…..Walaubagaimanapun, akan sentiasa kaklong ingat ALLAH bersama-sama kaklong dalam setiap saat, masa dan ketika……..kaklong kena coretkan sedikit….agar kerinduan pada adik kesayangan kaklong terubat sedikit……Apa khabar Fa disana?…Sungguh bahagia Fa disana kan….Kaklong turut gembira Fa bahagia bertemu cinta hakikiNYA……doakan dari jauh semua ahli keluargamu menjejaki syurgaNYA…..berjumpa YA RABB….dan sama-sama dapat kita sekeluarga dapat berjumpa di “sana” kembali bersama-sama seperti dahulu kan……saat-saat gembira sekeluarga berkumpul dengan tawa, gelak, dan sebak tanda kesyukuran padaNYA kerana mengurniakan nikmat keluarga yang bahagia……YA ALLAH….nikmatMU terlalu banyak kepada hamba-hambaMU..….tapi cukupkah syukur kami kepadaMU………Allahuakbar……


Alhamdulillah, Fa nak tau, setelah 10 hari laman web kita www.murabbi.net dilancarkan secara rasmi, mendapat sambutan yang agak menggalakkan dari sahabat-sahabat dan sahabiah-sahabiah serta pengunjung-pengunjung….Insyaallah, akan sentiasa mempertingkatkan ke arah lebih baik hanya semata-mata untuk mendapat RedhaNYA dengan izinNYA……..”murabbi” nama yang dipilih yang umumnya bermaksud pendidik. Ia bersesuaian dengan Fa…...seorang muslimin yang mempunyai semangat yang tinggi dalam menjadi seorang guru untuk mendidik anak bangsa dan menghasilkan generasi yang berilmu dan berintelek tinggi…...Bukan hanya berilmu, tetapi anak didik yang mempunyai nilai akhlak dan moral yang tinggi, selaras dengan Islam…..menjadikan ilmu itu sesuatu yang bermanfaat untuk diri, keluarga, bangsa, dan negara……dan yang paling penting ilmu mendekatkan diri seorang hamba kepada penciptaNYA…..Allahuakbar sungguh murni cita-citamu wahai adik kaklong…..


Hehe teringat suatu perbualan….Fa berbual dengan kaklong sambil Fa tersenyum suatu ketika dulu “Sedak jadi cikgu ni kaklong…...hehe…siang hari Fa gi ngajar……male-male Fa boleh nadoh kitab” Kaklong pun jawab “Betul-betul Fa, dapat banyak pahala ngajar ore ni”…pastu kaklong tersenyum melihat semangat tinggi adik kaklong..bersemangat dalam memberi ilmu kepada orang lain dan juga menuntut dan mencari ilmu untuk bekalan dalam diri sendiri…….Panjanglah pulak huraian..sebenarnya kaklong nak kaitkan dengan murabbi tadi je….kembali pada yang tadi ;) "Murabbi" yang yang boleh di sama ertikan dengan “mualim” (guru lelaki) atau “mualimah” (guru perempuan)……ketika diawal mencari nama yang sesuai, agak pening imi, kaklong dan abg khairu memikirkan nama yang paling sesuai untuk diletakkan pada bakal laman web islam yang dibuat…….hehe….macam-macam idea nama yang kita pilih…….kelakar pun ada……sampai nama "cucur jawa" pun ada….entah banyak sangat nama yang di fikirkan dan dicadangkan……hehe…tapi kaklong yang membuat keputusan untuk memilihnya…...3-4 hari jugak memikirkan nama yang sesuai…..sebab kami berbincang kalau boleh nama web itu perlulah ada kaitan dengan Fa…….Alhamdulillah…….seorang sahabat Fa mencadangkan nama itu…..Cadangan nama asalnya ialah "iluvgenerasimurabbi"…Ia bersesuaian dengan tema Fa gunakan dalam mesyuarat agong persatuan yan lepas iaitu “Ke arah melahirkan generasi murabbi”


Tetapi bila difikirkan dan berbincang kembali, kaklong buat keputusan untuk mengubahsuai sedikit nama supaya nama laman web senang disebut, senang untuk di kenali, dan yang paling penting ada maksud tersendiri di mana ada kaitan dengan Fa, dan juga merangkumi keseluruhan sahabat-sahabat dan sahabiah-sahabiah Fa kerana mereka semua juga pendidik-pendidik yang akan bakal mewarnai dunia pendidikan..….maka terbitlah www.murabbi.net .....Alhamdulillah.....


Semoga laman web islam ini sebagai salah satu laman dakwah untuk menyebarkan ilmu yang bermanfaat, sama-sama berkongsi ilmu dalam mendekatkan diri hamba kepada penciptaNYA….menerima dan memberi ilmu dari setiap aspek kehidupan dalam Islam….Insyaallah….sebagai salah satu mengeratkan ukhwah fillah sesama sahabat-sahabat dan sahabiah-sahabiah Fa….Agar silaturrahim yang terbina erat antara Fa dan sahabat dan sahabiah Fa serta semua yang mengenali Fa dapat disambung oleh kami sekeluarga……akan kami sambung tali persaudaraan dan silaturahim ini hanya kerana ALLAH....Insyaallah….."murabbi" sebagai salah satu medan dakwah perjuangan islam yang akan diteruskan……Pejuangan yang masih jauh selagi jasad terkandung dalam diri……dalam menuju YA RABB...


Alhamdulillah selain itu, semoga laman web ini menjadi suatu kesinambungan dan rantaian pahala buat Fa….kerana idea untuk menghasilkan suatu laman web islam adalah diilhamkan dan dicadangkan oleh Fa suatu ketika dahulu …Teringat perbualan kami antara Fa, Kaklong dan Imi….Fa berkata ”Imi pandai buat laman web, bolehlah kita buat sebuah laman web islam…bagus tu”…..Imi kata, “bereh-bereh”……Kaklong pun kata “ Best tu kalau kita jadi buat laman web islam…dah lama kaklong nak buat..Insyaallah”….Tetapi disebabkan masa yang tidak mengizinkan ketika itu, tidak dapat membuatnya…...Tetapi setelah Fa pergi dah “ke sana” pada 11/01/10……maka kaklong pun mengingatkan Adik Imi…apa yang kita bincangkan bersama Fa belum dibuat….Disebabkan itula, Imi yang yang bertungkus lumus dalam menghasilkan "murabi" sambil dibantu oleh abang khairu dan kaklong……Alhamdulillah segalanya dipermudahkan dalam menghasilkannya secepat yang mungkin iaitu seminggu lebih…..semua dengan kurniaanNYA…..semua dengan izinNYA……..Alhamdulilah…..

Warna hijau yang menjadi tema latar belakang "murabbi" juga dipilih bersesuaian dengan warna kegemaran Fa…...semua yang kita pilih ada kaitan dengan Fa....hehe..yang bunga sebelah gambar Fa tu, kaklong pilih….cantik kan ..Fa kan tahu kaklong suka bunga..tu kaklong letak bunga sebelah Fa…..bagi nampak header atas tu ceria sikit….;)..Ouh ye...tentang tema murabbi iaitu " Mencari redha ALLAH" , kaklong cadangkan pada Imi...dimana idea asalnya ialah diambil dari blog Fa iaitu "Mencari redha ilahi" cuma diubahsuai sedikit....semuanya kami buat mesti ada kaitan dengan Fa...;)

Okla pagi esok kaklong nak pergi pasar, nak beli barang nak buat majlis tahlil Fa malam esok…hehe…rutin kaklong setiap hari khamis….;) I need a rest for wake up earlier tomorrow....;)

glosari kamus kelantan..hehe

sedak- seronok
gi-pergi
ngajar-mengajar
male-male - malam-malam
nadoh- menadah (istilah yg digunakan apabila mempelajari kitab seerti maksudnya belajar atau tuntut)
ore-orang

p/s: Okla…maaflah kepada pembaca…coretan kali ini lebih kepada murabbi..insyaallah akan disambung coretan yang lepas jika diizinkannYA…

Tuesday, February 9, 2010

Catatan dari Abg Pun (Ex-UPSI) - Siri 1

Saya merupakan senior Fadiri. Saya mengambil jurusan kimia , minor fizik.biologi dan matematik. Fadiri mengambil jurusan matematik, minor pendidikan Islam. Boleh difikirkan bagaimana arwah boleh mengambil jurusan minor pendidikan Islam sedangkan dia mengambil major matematik. Aneh bukan? Inilah arwah yang selalu dahagakan ilmu Islam. Ini ceritanya bagaimana dia boleh mengambil minor pendidikan Islam.

Arwah: Abg Pun tau tak saya nak ambil minor Pendidikan Islam. Saya major matematik.

Abg Pun: Haaaaa……boleh ka?

Arwah: Nie yg saya nak cuba nie.

Abg Pun: Mcm mana nak buat? Abg nak juga? Boleh ka?

Arwah: boleh. Kali pertama saya pergi jumpa dekan nak minta minor pendidikan Islam dia tak bagi. Macam2 alasan dekan bagi. Dekan kata saya major matematik. Mana boleh ambil minor pendidikan Islam.

Abg Pun: habis tu Fadiri buat mcm mana sampai boleh ambik?

Arwah: Dekan tu cina. Dia mana tau tentang Islam. Saya pergi jumpa dia bnyk kali. Saya kata pada dia, mak dan ayah setuju dan benarkan saya ambil minor pendidikan Islam. Pas tu, dekan pun naik boring. Last sekali, dia setuju.kawan2 yang lain pun nak ambil minor pendidikan Islam, tapi dekan tak layan.

Itulah arwah. Dialah satu-satunya pelajar major matematik yg mengambil minor pendidikan Islam. Arwah berusaha bersungguh-sungguh utk ambil minor pendidikan Islam. Akhir skali dia berjaya. Hebat sungguh arwah fadiri ini.

Pertemua pertama begini. Saya mula menduduki serumah dengan Fadiri semasa saya semester ke 4. Semester 3 saya tinggal dirumah sewa kat luar. Tapi atas sebab-sebab tertentu saya diminta dan meminta utk duduk di Kolej KUO. Ketika inilah saya mula mengenali arwah Fadiri. Arwah Fadiri duduk di bilik 1 dgn seorang lagi rakannya, raman. Baik sungguh mereka sebilik, mcm dua beradik. Saya duduk di bilik tengah dengan abg Man. Di bilik 3, abg Ismail dengan Ustaz Man. Untuk pengetahuan, abg Ismail nie merupakan abg kesayangan arwah. Kami serumah hidup bersama dengan rasa sngt bahagia sebagai saudara SeIslam. Alhamdullillah. Pada mula saya tinggal serumah dgn arwah, dia meruakan seorang yang pendiam dan takut2.mungkin dia menghormati saya sebagai seorang abg senior. Melihat keadaan itu, saya mula merapati arwah dan kawan sebiliknya raman. Saya mula bergurau dan berkawan dengan arwah. Saya rajin kebiliknya untuk bersembang sembang. Dari sinilah sesi ta’aruf (perkenalan) berlaku. Lama kelamaan dia pun semakin rapat dengan saya dan mula suka bergurau.

Arwah: saya ingat abg Pun ni mcm mana? Saya tak berani nak tegur abg Pun.

Abg pun : Baru hang tau……dulu takut konon.

Haaaaaaaaaaaa…… arwah ada seorang rakan. Namanya Hanip. Baik sungguh mereka berdua. Maklumlah meraka kawan sekelas. Sekolej pulak tuuu. Kalau disitu ada fadiri, Hanip mesti ada kat situ. Kalau disitu ada Hanip, Fadiri juga pun ada kat situ. Melalui Fadirilah saya mengenali Hanip.

Untuk pengetahuan semua, pada pandangan saya, arwah merupakan seorang yang sgt baik, beriman, soleh, mempunyai sifat yg lemah lembut dan taat pd perintah Allah. Arwah juga bukan seorang yg pemarah. Sepanjang saya berada bersama dgn arwah, tak pernah sekali pun saya melihat arwah marah. Saya pun tak tahu bila masa dia marah. Alhamdullilah, itu yang sahabat yg dicari. Saya yg selalu marah dan menegur arwah. Dia hanya tersenyum apabila saya marah dan menegurnya. Arwah kata “aaa…. bereh2”. Lawak sungguh saya dengar dia kata mcm tu. Saya marah dan menegur untuk kebaikannya kerana saya menyayanginya seperti adik kandung sendiri. Tapi apakan daya dia telah kembali ke alam baqa buat selama-lamanya. Pada awal semester dia dan kawan2 akan naik bas untuk ke kampus. Maklumlah motor tak ada lagi. Kelam kabut arwah kalau hendak ke kampus. Arwah selalunya bersiap awal kalau hendak kekampus. Arwah kata naik bas leceh sbb kena berebut dgn pelajar perempuan. Lepas tu kena berhimpit himpit pulak dgn perempuan bila naik bas. Dah laaa tu.. majority yg naik bas utk ke kampus semuanya perempuan. Selepas itu arwah pun bercadang bawa motor untuk berulang alik dari kolej ke kampus.

Senior Arwah di UPSI

Bersambung………………….

CORETAN KAKLONG (SIRI 4)

Coretan kaklong: 9/2/10/ at 11pm,TM

Kaklong mengimbas kembali....Isnin, 18/01/10………Hari ini masuk hari ke 8 Fa kembali ke Rahmatullah…..Hari ni jugak hari lahir Ma…. Mesti Fa dapat rasa bahawa Fa tak sempat nak sambut hari lahir Ma tahun ni kan ? Tu, Fa pesan awal-awal kat sahabat dan sahabiah Fa suruh belikan jubah untuk Ma kan ?…..Sebab Fa tahu, Fa tak akan sempat nak bagi sendiri kat Ma…..Tapi Fa jangan risau, sahabat dan sahabiah Fa dah bagi hadiah jubah kat Ma….Mesti Fa nampak kan saat sahabat Fa bagi jubah kat wakil Ma betul-betul depan Fa disaksikan oleh ahli keluarga dan sahabat-sahabat lain sebelum Fa berangkat ke "rumah baru "Fa.

Sungguh terharu saat itu, Ma lagi terharu kerana kali ini, bukan Fa sendiri yang bagi kat Ma, sahabat baik Fa yang mewakili Fa…Cantik jubah tu Fa, cantik sangat corak dan warnanya hijau lembut…warna kegemaran Fa….Syukran jazilan kepada sahabat baik Fa kerana sudi menghadiahkan Ma sehelai jubah kiriman Fa. Jazakallah kerana menunaikan amanat dan pesanan Fa dua hari sebelum Fa tiada di dunia ini…...Alhamdulillah.. Semoga Allah menambah kebaikan kepada sahabat Fa…Masih tergiang-giang kata sahabat baik Fa menceritakan kepada kami tentang hasrat Fa ingin menghadiahkan jubah pada Ma.. ”Tolong belikan jubah sehelai ko Ma ana, nak hadiohkan pada Ma ana pada hari lahir tak lamo lagi”…

Pada hari lahir Ma, hari ni juga sekali lagi Abah, Ma, Kaklong, Adik Tie dan Adik Imi (menggantikan KakNgah) bertolak ke Tanjung Malim untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan Fa. Perjalanan ke Tanjung Malim kali ini sedikit berbeza pada 11/01/10…….lebih tenang, tiada lagi air mata yang mengalir tak berhenti-henti....Cuma sesekali sebak di hati bila kami membicarakan tentang Fa…….masih amat terasa kehilanganmu...wahai as-syahid Mohd Fadhiri bin Rakiah……sepanjang perjalanan perbicaraan kami lebih banyak tentang Fa, saling berkongsi cerita tentang Fa, tentang akhlak Fa, perangai Fa, mengingat kembali saat-saat bersama Fa, terlalu banyak yang kami ceritakan tentang Fa…….sangat-sangat menghargainya…kadang-kadang sebak hadir dalam diri kaklong bila mendengar ayat Abah “Abah kalu hantar anok-anok gi ngaji pun sedih doh, maso hantar kaklong gi ngaji shah alam, hantar Pa gi ngaji UPSI, hantar abg een gi Sarawak kijo, maso anto abe keru ngajar di Kapit, hantar kakngah ngaji penang, tamboh-tamboh hok ngaji jauh…sebab berpisoh dan payoh nak jupo……tapi kalu ngaji, balik jugak time cuti-cuti sem, cuti rayo….…ni Fa ‘gi’ tak balik-balik doh…..…gi sokmo-sokmo dohla”

Bila teringat luahan Ma kepada kaklong sebelum ini “Ma raso serupo hilang suatu hok ma paling sayang, barang Ma hok paling berharga,…..tapi kalo kita kehilangan barang, kita cari insyaallah jupo, nie Fa hilang, tak boleh dicari…….memang tak akan jupo…….” Allahuakbar……..Bertambah sebak dalam diri.......Kasih ibu dan ayah terhadap anaknya tak ternilai harganya…...terlalu sukar untuk diungkapkan melalui bicara kata…….hanya terlafaz melalui bicara hati….Allahuakbar…..Kak long tahu dalam redha pada Qada dan QadarNYA, terselit perasaan kehilangan dan rindu yang mendalam pada anak yang dipeliharanya selama 22 tahun 2 bulan 5 hari…..itu fitrah manusia……Nabi Muhammad S.A.W pernah menangisi kehilangan anak yang tersayang....

Alhamdulillah…..dalam sedih, bergembiralah kerana ALLAH mendatangkan ujian berat ini kerana DIA tahu kita semua boleh menghadapinya…bukti cinta kepada NYA…..bukti redha padaNYA……..Bukankah seseorang mukmin itu apabila ia ditimpa kebaikan, ia bersyukur lalu menjadi kebaikan padanya, dan bila ia ditimpa masalah dan musibah, ia turut bersabar dan juga menjadi kebaikan padanya……Alhamdulillah sungguh kagum melihat ketabahan dan ketenangan wajah Ma dan Abah menghadapi ujian yang berat dan perit ini, kehilangan ahli bait, as-solihin dalam keluarga…..

Nabi bersabda :-

إِنَّ عِظَمَ الْجَزَاءِ مع عِظَمِ الْبَلَاءِ وَإِنَّ اللَّهَ إذا أَحَبَّ قَوْمًا ابْتَلَاهُمْ فَمَنْ رضى فَلَهُ الرِّضَا وَمlَنْ سَخِطَ فَلَهُ السَّخَطُ

Ertinya : Sesungguhnya besarnya balasan baik adalah dengan besarnya ujian dan bala, dan Allah s.w.t apabila kasihkan satu kaum lalu akan didatangkan baginya ujian, sesiapa yang mampu redha maka ia beroleh redha Allah dan barangsiapa yang engkar , maka akan beroleh azab Allah." ( Riwayat At-Tirmizi, 4/601 ; Tuhfatul Ahwazi, 7/65 ; Albani : Hasan Sohih)

Di sebabkan asyik bercerita tentang Fa, rasa sekejap pula sampai di Slim River, Perak…….berbeza sangat perjalanan pada 11/01/10 terasa sungguh lambat untuk sampai ke sana…...Urusan utama adalah di balai polis IPD Slim River untuk mengesahkan laporan polis tentang kemalangan dari pihak keluarga serta mengambil barang-barang Fa….Agak lama urusan di balai polis, lebih kurang 1 jam setengah lebih….alhamdulillah semua urusan, ALLAH permudahkan. Polis yang menguruskan tu sangat baik dan sebelum beredar, ada dia bertanyakan Abah samaada ingin melihat keadaan motor selepas kemalangan. Tetapi Abah menolak, mungkin tidak sampai hati melihatnya….sudah sebak apabila membayangkan keadaan motor itu, apatah lagi apabila melihatnya…….Allahuakbar……Ada sebuah beg galas Fa yang berisi laptop, 2-3 helai pakaian dan beberapa buah buku…..agak sayu melihat beg yang terkoyak teruk dan juga laptop yang agak teruk rosaknya….Terdetik dalam hati kaklong “ Takpe Fa, yang rosak tu bukan laptop Fa, tu laptop kaklong….Laptop Fa kan masih selamat dengan kaklong” Ingat tak kita saling tukar laptop 2 tahun lepas….(Insyaallah akan dihuraikan episode akan datang)”..Hehe…kaklong tengah taip coretan guna laptop Fa la nie…;)

Selesai urusan di balai polis, bergegas ke UPSI bagi menguruskan sedikit urusan pentadbiran. Sebelum sampai ke UPSI, Abah singgah sekejap di Pekan Tanjong Malim…..Melihat deretan-deretan kedai pun hati boleh menjadi sayu….terdetik dalam hati kaklong “Mesti Fa selalu datang sini, beli barang-barang kan ”…..Allahuakbar….Selepas itu, Abah sengaja melalui jalan masuk ke stesyen keretapi….bergerak perlahan-perlahan disitu dan menyusur keluar untuk ke UPSI sambil mengikut jalan yang sama Fa menaiki motor bersama sahabat Fa untuk kembali ke kolej kediaman pada 7 hari yang lepas…Sampai di pintu gerbang UPSI dimana Abah berjanji untuk berjumpa dengan pentadbir UPSI disitu sahaja, untuk memudahkan dan menjimatkan masa….Hanya Abah dan Imi yang berurusan dengan salah seorang pentadbir UPSI…..Berjumpa untuk menyelesaikan beberapa perkara…..Saat berjumpa terus saling bersalam dan berpelukan menahan sebak…..dia menasihatkan Abah supaya banyak-banyak bersabar. Belum sempat berkata-kata seterusnya, dia sebak dan terus mengalirkan airmata dan berkata “Tak boleh tahan teringat kat arwah..sedih sangat..sayang sangat kat arwah” (info ini diceritakan kembali oleh Abah kepada kaklong)…..Allahurabbi…sungguh ramai orang menyayangi adik kaklong……Manakala kaklong, Ma dan Adik tunggu di seberang sini, duduk menunggu sambil berehat di wakaf betul-betul di depan sekolah yang Fa nak praktikal “ Sekolah Menengah Methodist”…..Abah letak kereta betul-betul di depan sekolah Fa.......Agak sayu melihat sekolah itu,sepatutnya Fa memulakan praktikal di sekolah ini, pada tarikh hari ini, hari sama dengan hari lahir Ma…....Tapi taqdir ALLAH menentukan segala-galanya…..

To be continued.......Insyaallah jika masih diberi nafas yang pangjang dariNYA (Agak panjang coretan kali ini..terpaksa menanguhkannya untuk seketika..insyaallah akan disambung)

Saturday, February 6, 2010

Warkah buat Adinda; 06/02/2010

Adindaku yang dirindui,

Salah satu perkara yang dididik oleh bonda dan ayahanda kepada kita, yang telah dijadikan amalan ialah kita semua akan pergi menghantar anggota keluarga untuk ke mana-mana. Tak kiralah samada salah seorang dari kita akan menaiki keretapi atau bas untuk ke Universiti masing-masing, dulu menghantar kekanda ke airport Kota Bharu, menghantar kekanda syafiee ke airport untuk ke Sarawak... atau ke mana-mana saja, abah akan pastikan kita semua pergi menghantar anggota keluarga tersebut.

(Gambar di stesyen bas ketika menghantar allahyarham Fadhiri untuk menaiki bas ke Tanjung Malim,UPSI pada awal tahun 2009)

Kekanda teringat disaat kekanda dan keluarga menghantar adinda buat kali terakhir..

Abah : Abe keru g skali nga oh jate
*[Abang khairu pergi sama-sama dengan adik-adik lelaki]

Abe Keru: Ho.. naik keto keri
*[Ya.. naik kereta khairi]

Kekanda bergegas bersama adinda khairi, syafiee, hasbullah dan hilmi ke kereta. Setelah masuk ke kereta, kekanda pandang ke belakang di tempat duduk penumpang.. dah menjadi tabiat kekanda akan pastikan semua ada sebelum bertolak...

"So, duo, tigo, pat, limo, ..", kekanda pusing sekali lagi... muka adinda syafie serius merenung ke muka kekanda, seolah-olah ingin menyedarkan sesuatu kepada kekanda dalam kepahitan.. kemudian kekanda memandang hasbullah dan hilmi, kedu-duanya memandang sayu..
*[So=satu, duo=dua, tigo=tiga, pat=empat, limo=lima]

"Cukup doh abe keru..", kata hasbullah perlahan dan terus memandang ke depan melepasi cermin kereta.
*[Cukup doh = dah cukup]

Kekanda tersedar dan terus memandang adinda khairi dan mengangguk supaya khairi mula memandu ke tanah perkuburan.. Kekanda rasa bersalah pula, sebab mengguris hati-hati adindaku berempat dengan reaksi tak sengaja tadi sebaik saja masuk ke dalam kereta..

Kekanda sentiasa ingat enam... adik beradik lelaki kekanda jumlahnya enam.. bila membilang hanya sampai lima, kekanda rasa pelik.. tapi kekanda tersedar, yang ke-enam bersama abah dalam van jenazah.. Ya Allah, peritnya hakikat ini.. Subhanallah

Senyap saja perjalanan kami ke tanah perkuburan 5 adik beradik, anak-anak lelaki Cikgu Ripin & Kak Za yang jumlahnya kini 5. Melayan fikiran masing-masing.

Masuk ke Jalan Kubur, kekanda bersuara..
"Kita sabar banyak-banyak.. kita doa banyak", kekanda cuba memecahkan kesunyian.

Setelah parking kereta, kami keluar dan berjalan kaki masuk ke tanah perkuburan.. Suasana cerah oleh lampu panjang yang dipasang entah oleh siapa.. Keranda pengusung adinda berada bersebelahan dengan liang lahad. Di sekeliling penuh ahli keluarga, jiran-jiran, dan rakan-rakan adinda, maupun rakan-rakan ahli keluarga yang lain. Ramai sungguh orang yang menghantar adinda kali ini..

Ketika sampai di sebelah ayahanda, ayahanda tersenyum kepada kami berlima.. leganya hati kami melihat abah masih mampu tersenyum kepada kami. Kuatnya hati abah menanggung semua ini.. Namun tak lama kekanda memandang muka abah.. Hati kekanda cepat sedih dan rasa sayu setiap kali bila memandang muka abah (dan ma) kerana entah kenapa kekanda faham sangat keperitan yang abah tanggung setiap kali memandang muka abah.

"Abe keru pecak selipar masuk dale", abah menyuruh
*[Abang Khairu tanggal selipar dan masuk]

Kekanda turun ke bahagian kaki kubur dan kekanda lihat permukaan tanah separas dengan dada kekanda..

"Dalamnya..", detik hati kekanda.. adindaku yang dikasihi, ini pertama kali kekanda turun ke dalam kubur..

Kemudian abah turun di sebelah abe keru, selepas saling suruh-menyuruh dengan Paksu Aziz [Ustaz Aziz] memberi penghormatan untuk berada di bahagian kepala. Paksu Aziz kemudian turun di bahagian kepala kubur. Paksu Aziz hanya memakai T-shirt dan kain sarung tanpa jubahnya.

"Buka nutup", ujar Paksu Aziz.. menyuruh yang di atas membuka penutup keranda penyusung.. Setelah penutup kerana dibuka, terserlah sekujur jenazah berkafan putih diatas keranda pengusung.

"Akak molek, koho-koho, pahtu sore tarik ngusung lah kok nun", ujar Paksu Aziz lagi.
*[Angkat dengan baik, perlahan-lahan, kemudian seorang tarik pengusung ke tepi ke arah sana]

Kemudian jenazah adinda dibawa ke birai lubang kubur dan kami bertiga di bawah bersedia.. Terdetik di hati kekanda samada kami mampu menanggung berat adinda dengan hanya bertiga sedangkan diatas ramai yang sedang memegang jenazah.

Setelah jenazah dihulurkan, dan ketika jenazah adinda berada di lengan kami, ternyata jangkaan kekanda meleset.. tidak berat dan kami mampu menampung berat adinda.

"Peluk rapat ke dada dan kemudian turun berlutut perlahan-lahan", ujar Paksu Aziz dan kami bertiga turun bersama-sama perlahan. Ketika berlutut, jenazah diletakkan atas paha kami. Ikatan kafan di buka.

"Baca Inna Anzalna belako 7 kali.." Ujar Paksu Aziz kepada semua yang hadir.

Dalam keadaan dan posisi mencangkung dan jenazah adinda di atas paha kekanda, kekanda memandang ke atas... jauhnya permukaan... kemudian kekanda memandang kembali lantai kubur... dalamnya... terdetik sebentar di hati kekanda bagaimana rasanya baring dalam lubang kubur ini.. tiba-tiba muncul perasaan sayu untuk meninggalkan adinda di dalam liang lahad ini. Namun cepat kekanda istifar dan bersama-sama dengan abah dan paksu aziz mengiringkan jenazah adinda ke arah kiblat (bahagian kanan badan di bawah - mengiring).. Kemudian, yang diatas menghulurkan bola-bola tanah untuk dijadikan penyendal jenazah supaya kemas kedudukannya.

Suasana sunyi sepi.. Penghadang lubang liang lahad diturunkan dan kami bertiga menyamakan kedudukan penghadang kayu itu dan kembali berdiri..

Penutup liang lahad diturunkan.. diikuti tikar penghadang tanah.. Tanah mula diturunkan sambil kami bertiga meratakan dan mengemaskan posisi tanah untuk menutupi paras lubang kubur semakin lama semakin banyak dan memenuhi lubang kubur..

Hati kekanda tenang, sambil adinda-adinda yang lain barada di atas menolak tanah ke bawah membantu dan berada dekat dengan kekanda. Ketika di paras 4/5 penuh, kekanda suruh adinda khairi atau adinda hasbullah masuk membantu sementara kekanda berada di luar. Paksu Aziz turut keluar dan pergi memakai kembali jubahnya.. Ayahanda juga keluar dan proses menimbus tanah selesai dengan 2 dahan pokok di pacak di hujung kepala dan kaki kubur.

Seterusnya, talkin di baca sendiri oleh Paksu Aziz.. Dua tiga kali Paksu Aziz menahan sebak.. betapa jelasnya sayang Paksu Aziz pada adinda. Namun, di sepanjang masa, Paksu Aziz tenang dan lunak suaranya membacakan talkin dan doa.

Setelah selesai dan bersurai.. Kami adik beradik lelaki yang kini berlima berdiri di sekeliling 'Istana baru' adinda bersama abah dan Paksu Aziz.. Abah menadah tangan dan membacakan doa singkat.. Dan kami bersurai meninggalkan adinda.

"Fa, abe keru g dulu deh.. Fa dok molek", detik hati kanda sejurus sebelum melangkahkan kaki untuk pulang..
*[Fa, abang khairu pergi dulu ya.. Fa rehat elok-elok]

-Abe Keru

Thursday, February 4, 2010

CORETAN KAKLONG (SIRI 3)

Rabu, 3/2/10


Esok, Khamis malam Jumaat, majlis tahlil Fa bagi minggu yang 3, yakni hari ke 25 Fa dah kembali ke rahmatullah…..Terlalu lama meninggalkan coretan kaklong…..asif jiddan kepada pengunjung-pengunjung kerana tertanya-tanya bila ingin disambung coretan ini…..bukan tidak mahu mencoret, sekadar ingin memberi ruang dalam menyiapkan laman web Islam , www.murabbi.net. Alhmdulillah, 1 Februari 2010, secara rasminya ia dilancarkan…..tentu Fa gembira dan tersenyum kan .Tapi masih banyak kekurangan pada murabbi.net disebabkan ia di siapkan dalam masa sesingkat yang mungkin iaitu seminggu lebih, tetapi Insyaallah , Imi, Kaklong dan Abg keru, ahli keluarga, serta sahabat dan sahabiah akan sentiasa mengemaskini untuk menghasilkan yang terbaik dengan izinNYA……….kaklong menyorot kembali sambungan terdahulu walaupun hampir 25 hari ia berlalu………tetapi ia masih segar dalam fikiran……


Alhamdulillah akhirnya selamat sampai ke rumah kita dalam pukul 10.30 malam..…Fa nak tau, ramai sangat orang menanti Fa di rumah……terharu sangat kaklong bila tengok jiran-jiran kita, sahabat-sahabat Abah, sahabat-sahabat serta sahabiah-sahabiah Fa dari UPSI, alumni SMKA Falahiah, sahabat-sahabat No dari UDM, dan semua yang datang nak solat jenazah Fa serta jumpa Fa…….kaklong jadi agak terpinga-pinga time tue…..hehe….di sebabkan terlalu ramai sangat orang di dalam dan di luar perkarangan rumah sehingga mencecah jalan dan rumah jiran bersebelahan.……hanya lafaz syukur yang mampu diungkapkan dalam hati kaklong …….Mesti Fa gembira kan tengok sahabat dan sahabiah Fa yang ramai datang rumah kita…..sebab kaklong ingat dulu, Fa suka sangat jemput sahabat dan sahabiah datang rumah, mintak tolong kaklong masak dan hidangkan pada sahabat dan sahabiah Fa… Tetapi kali ini bukan 3-4 buah biji kereta sahabat sahabiah Fa datang rumah…….tetapi 2 buah bas UPSI dan 6-7 buah kereta menyusul (mungkin lebih kaklong pun tak berapa pasti, tetapi yang pastinya terlalu ramai) semua nak tengok Fa buat kali terakhir……walaupun mereka semua datang jauh dari Tanjung Malim, tetapi mereka sanggup semata-mata mengiringi pemergian Fa untuk selama-lamanya. Masa tu ahli keluarga yang menanti di rumah ialah adik Nor dan adik Imi. Manakala Abg khairi berada di Kota Bharu untuk menjemput Abg Een di airport dari Miri, Sarawak.


Lebih kurang pukul 12.30 malam, Abg Een dan Abg Khairi serta keluarga Abg Khairi sampai di rumah…..Saat Fa di letakkan di tengah-tengah ruang rumah untuk melihat Fa, sungguh syahdu perasaan kami ketika itu……menyaksikan wajah soleh dan raut ketenangan wajah Fa buat kali terakhir……saat-saat terakhir bersama Fa……sunggup sekejap saat itu……..Saat di mana kami bersama-sama sekeluarga berkumpul iaitu seramai 15 orang, tetapi kali ini perhimpunan keluarga ini cukup lain….cukup berbeza dengan perhimpunan keluarga sebelum-sebelum ini…..cukup sayu hati kami…….perhimpunan ahli keluarga yang berakhir dengan pemergian dan kehilangan seorang insan yang paling baik, paling waraq, paling bagus akhlaknya, paling alim dan lain-lain yang tak terungkap oleh kata-kata……..Allahuakbar. Sebelum Abah membuka kain kafan yang menutupi wajah Fa, Abah dah berpesan pada kami semua supaya seboleh-bolehnya jangan menangis. Jika menangis, janganlah sehingga air mata menitis pada wajah Fa……..kami tak nak bagi Fa sedih…….kami tak nak bagi Fa sakit…….Allahuakbar……


Selepas itu, seorang-seorang dari adik beradik kita mengucup dahi Fa di mulai Ma dan di akhiri dengan Abah….Syahdu sungguh perasaan kaklong masa tu…….tapi kaklong hanya sebak di hati, kaklong tak nak menangis langsung depan Fa..….tambah sungguh sayu hati kaklong bila sampai giliran adik untuk mencium dahi Fa……adik seolah-olah baru tersedar, bila Abah suruh adik kucup dahi Fa, adik berkata dengan nada yang sungguh sebak “xnak "…….pastu adik tengok muka kaklong seolah-olah ingin memperolehi kepastian adakah benar apa yang dialaminya sekarang...kaklong pun cakap kat adik, "Marilah dik, cium abg Pa, lepas nie tak boleh dah", terketar-ketar suara kaklong menahan sebak agar air mata tidak tumpah mengalir…Pastu adik menangis.Kak Ngah peluk adik dan menenangkan adik. Fa nak tau saat tu baru adik menangis, baru mengalirkan air mata…..adik seolah-olah baru tersedar dari mimpi bahawa selepas ini, adik tak dapat lagi berjumpa, melihat, bergurau, mendengar nasihat abg kesayangan dan paling rapat dengannya…….….Allahuakbar…….Apa yang kaklong tengok, Abg Khairi, Abg Een dan Adik Nor agak kuat menangis dan mengalirkan air mata kerana terlalu sebak melihat wajah terakhir Fa serta tidak puas melihat raut wajah Fa yang sungguh tenang. Tetapi alhmdulillah, di saat ingin mengucup Fa, semua dalam keadaan tenang dan terkawal. Cuma Abg Een yang dimana berada betul-betul berhadapan dengan kaklong terlalu pucat mukanya akibat masih terlalu terkejut dengan berita yang tak disangka ini…..


Lebih kurang pukul 1 pagi, Fa disolatkan dengan di imankan sendiri oleh Paksu Aziz (Ustaz Aziz). Ketika Solat Jenazah, ada saat paksu aziz terlalu sebak dalam doanya…..sebak kehilangan anak saudara yang paling di sayanginya, anak saudara yang bakal mengikuti jejak langkahnya, yang sentiasa berkongsi pandangan dalam ilmu agama….sebak teringat janji ALLAH pada setiap hambaNYA iaitu kematian……Kullu Nafsin Zaiqatul Maut…….tapi sayang manusia kepada manusia tak terbanding dengan sayang ALLAH pada hambaNYA……Allahuakbar…


Alhamdulillah selesai solat jenazah, Fa diangkat menuju ke rumah baru Fa…..berdekatan dengan rumah kita….Kaklong dan ahli keluarga perempuan semua tak dapat pergi di saat ketika menghantar Fa ke sana disebabkan masa dan keadaan yang tidak mengizinkan…...Hanya doa mengiringi Fa dari kami di rumah....Hanya Abah dan adik beradik lelaki serta seluruh muslimin yang mengiringi Fa . Pagi esok baru kami ke sana…..Alhamdulillah Allah permudahkan semuanya dalam setiap urusan Fa.....Sangat-sangat bersyukur padaNYA...Apabila saat di tempat perkuburan (dimana ia diceritakn kembali oleh adik imi kepada kaklong), Abah, Abang Khairu dan Paksu Aziz yang menyambut Fa di liang lahad….Selesai semuanya, Paksu Aziz membacakan sendiri talkin sebagai peringatan untuk orang-orang yang masih hidup…sungguh tenang saat itu, semua yang hadir khusyuk mendengar bacaan talkin oleh Paksu Aziz……..semua orang menghayati dan mengaminkan setiap doa yang dimohon…….


Allamdulillah…rahmahMu mengiringi Allahyarham Mohd Fadhiri bin Rakiah……Semoga allahyarham ditempatkan bersama-sama dengan para mukminin, syahidin, solihin, syuhada dan mendapat darjat tertinggi disisi ALLAH…hanya dengan RAHMAH dan KASIH ALLAH….insyallah………Alhamdulillah semuanya selesai lebih kurang pukul 2.30 pagi…………..Tinggallah Fa seorang disana....berbahagialah adik kaklong di sana…….berjumpa dengan cinta hakikiNYA………YA RABB…..Insyallah kami semua akan menyusul bila sampai saat dan masanya….bertemu di sana…insyaallah….Sama-sama memepertingkatkan diri dengan ilmu, iman, amal dan ibadah bagi menuju YA RABB hanya semata-semata mendapat redhaNYA…….insyallah ;)

Wednesday, February 3, 2010

Warkah buat Adinda; 03/02/2010

Adindaku yang dikasihi,

Kekanda gembira apabila adinda huda (kak long) menceritakan mimpinya bertemu adinda.

Ketika itu kak long lepas solat sunat dan sedang menunggu masuk waktu Subuh. Kak long berbaring kejap dan tertidur atas katil. Kaklong termimpikan berjumpa dengan adinda fa. Adinda Fa tersenyum:

Kak Long: Suko fa dok sana ?
Adinda Fa: Suko. Maso sapa sano,disambut oleh oghe sana dengan tabur bunga


(Waalluallam..kaklong pun xtau tabur bunga 2 macam mana..ALLAH MAHA MENGETAHUI...kejap sangat mimpi itu, selepas tu azan subuh..SUBHANALLAH..Uhibbuka Fillah, aku menyayangi mu kerana ALLAH wahai adik lelaki kaklong, arwah MOHD FADHIRI BIN RAKIAH...aku sgt merinduimu...hanya ALLAH yang mengetahui wahai adikku..)



Kekanda terkenang kebaikan adinda di rumah yang sering diceritakan bonda setiap kali teringatkan adinda, sejak adinda masih ada.
Adinda sejak dari SMKA Falahiah lagi sentiasa suka meringankan kerja-kerja rumah ketika pulang bercuti. Yang paling kekanda kagum ialah adinda fadhiri sentiasa basuh sendiri semua pakaiannya.. Menjemur setiap helai pakaiannya.. Melipat dan menyusun sendiri pakaiannya. Jika dibandingkan dengan adik beradik lelaki yang lain sememangnya kami jauh lebih malas soal basuh-membasuh pakaian sendiri ni... he he he... tetapi kekanda rasa adinda nur hasbullah sejak masuk UDM pun macam adinda fadhiri juga, suka basuh pakaian sendiri..

Kekanda cuba ingat2 bagaimana adinda jika pasal makan. Namun seingat kekanda, adinda tak cerewet pasal makan. Apa saja yang dihidangkan adinda makan. Sekiranya kurang lauk di tengah2 malam pun adinda boleh menggoreng telur dan makan. Tak banyak yang kekanda ingat atau perasan. Namun yang pasti, setiap kali kekanda ajak makan, adinda mesti join kekanda serta merta.

Tadi semasa maghrib di masjid, ada sekejap kekanda terlintas suasana kita solat berjemaah di rumah. Adinda selalu jadi imam bila solat berjemaah di rumah. Diikuti abah dan adik beradik lelaki serta ma dan adik-beradik perempuan dan kakak2 ipar di belakang... yang pasti, kekanda akan rindukan untuk bersembahyang bersama keluarga dengan adinda sebagai imam...

-Abe Keru

Monday, February 1, 2010

Warkah buat Adinda; 01/02/2010



Adindaku yang dikasihi,

Kekanda baru saje keluar dari kelas 2 Bulan (jangan tak percaye pulak, memang kelas tu nama 2 BULAN)... he he he... kekanda tahu adinda suka bulan... kekanda pun suka bulan... sebab bulan ciptaan Allah...

ok... kekanda keluar dari kelas tersebut mengajar Matematik... Semasa mengajar tadi, kekanda terkenangkan adinda dan berteka-teki dengan diri-sendiri bagaimana kalau adinda berada di tempat kekanda pada masa itu mengajar murid-murid darjah dua...

Kekanda terkenang..

"Ish... bakpo fa tok cayo ko abe keru nyo... abe keru kei cikgu matematik", kata kekanda selepas entah apa sebab hari tu...
*[bakpo=kenapa; tok cayo=tak percaya; ko=kepada/pada; nyo=nya; kei=kan]

"Fa 'Pensyarah' matematik... he he he", balas dinda tersenyum... kekanda faham adinda bukan bermegah jauh sekali untuk riak... tetapi kekanda agak terkejut dengan gurauan adinda tu.. sebab adinda jarang bergurau begitu...

Namun, sememangnya terbukti pada hari tersebut, pengiraan adinda lebih betul dari kekanda yang telah buat 'careless mistake'... oh adinda...

Kembali kepada kelas 2 Bulan tadi... semasa kekanda berangan-rangan (sambil mengajar topik place value - ones, tens, hundreds), kekanda bayangkan bagaimana kesabaran adinda dalam melayani kerenah murid-murid tahun dua yang mana bagi kelas ini agak perlahan tahap penerimaannya... kerana kekanda tahu kekanda tidak sesabar adinda dalam komunikasi, dan kekanda yakin, sekiranya adinda menjadi guru/pensyarah pun adinda akan mempunyai tahap kesabaran yang lebih dari kekanda.
Tetiba, kekanda berasa semangat dan terus-menerus mencuba pelbagai cara dengan penuh kelembutan terhadap murid kelas tersebut supaya faham konsep 'Place Value' dan mahir menentukan samada mana-mana nombor itu ones, tens atau hundreds....
Alhamdulillah, satu kelas faham dan menjawab semua soalan dengan betul.. agak pelik (bagi kelas pertama untuk topik baru)... biasanya akan ada 5-8 orang yang akan diberi remedial untuk kelas ke-2 atau ke-3...

Ketika kembali ke bilik guru... tetiba kekanda teringat yang adinda ada berhutang dengan kekanda... hutang bisnes kita yang adinda dah persetujui dulu nak kasi masa dah kerja 'nanti'... walaupun beberapa kali kekanda menolak menghalalkannya...

Mengingatkan hutang tersebut, kekanda tersenyum.. em... "ada juga peluang lagi untuk kekanda sedekahkan kepada adinda"...

"Ya adinda... Kekanda halalkan setiap sen hutang tersebut buat adinda... Malah kekanda sedekahkan kembali duit tersebut sebagai sedekah kebajikan adinda.. Semoga setiap sen yang berkaitan dengan duit tersebut yang telah dibelanjakan oleh adinda untuk kebajikan akan terus menjadi kebajikan buat adinda tak putus-putus, Insya'Allah"

oh... leganya rasa hati kekanda, wahai adindaku yang dikasihi... Insya'Allah, kekanda sedang merancang dengan adinda-adinda yang lain (Yang jumlahnya 7 dulunya 8), serta bonda dan ayahanda untuk memperbanyakkan lagi sumber kewangan untuk dijadikan kebajikan dan disedekahkan buat adinda... Ini akan menjadi tanda sayang kami pada dinda, selain dari tahlil, bacaan alfatihah dan juga segala ibadah lain yang disedekahkan buatmu, adindaku..

-Abe Keru

LUAHAN HATI BUAT AS-SYAHID


(GAMBAR ARWAH MEMBERI HADIAH KEPADA ABAH SEMASA HARI LAHIR ABAH NOV,2008 DI HORIZON RESTAURANT- makan bersama-sama semua ahli keluarga meraikan hari lahir kakngah-1/11, arwah-6/11 dan abah-22/11)



Alhamdulillah.. Ya Rabbul Alamin… Aku bersyukur padaMu, Wahai Tuhan Sekalian Alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, penghulu segala Nabi, Rasullullah SAW. Saat ini, KAU masih berikan aku nikmat yang paling besar iaitu islam dan iman. Syukran, Ya Allah… Saat ini, aku masih diberikan kesempatan untuk beribadah kepadaMu. Saat ini, aku dalam kasih sayang dan rahmatMu… Begitu banyak nikmat2Mu yang telah aku dustakan, begitu banyak dosa2 yang telah kulakukan, begitu sedikit amal ibadahku… Di saat ini, izinkan aku meluahkan rasa cintaku padaMu, Ya Allah. Sementara, pintu taubatMu masih terbuka, di saat rohku belum berpisah dari jasadku, di saat Malaikat IzrailMu belum menjemputku untuk bertemu denganMu.

Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui apa yang tersembunyi di dalam hati ini, ampunilah dosa2 laluku, aku benar2 menyesal dengan dosa2ku itu, betapa bongkaknya hambaMu, dahulunya yang telah melupakan Yang Maha Pencipta, dahulunya yang lalai dan alpa, dahulunya yang dibuai keindahan duniawi… ampunilah aku, Ya Allah, kerna tiada yang dapat mengampuniku melainkan Engkau, Yang Maha Pengampun. Ya Allah, aku benar2 menyesal dengan dosa2ku yang lalu, aku tidak mahu dosa2 itu terus berulang, aku tidak mahu melakukannya lagi… Ya Allah, Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, sesungguhnya hambaMu ini lemah, hambaMu ini tidak kuat, Kau pimpinlah aku, ke jalan menujuMu. Jika kadang2 ku tergelincir dari jalanMu, tariklah aku kembali. Ya Allah, Kau rahmatilah aku, keluargaku, sahabat2ku, muslimin muslimat yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia. Jauhilah kami dari azab api nerakaMu, berikanlah kejayaan dan kebahagiaan kepada kami, di dunia dan di akhirat… Amin.. Amin.. Amin.. Ya Rabbal Alamin.

Pemergianmu Membawa Seribu Rahmat

Abang Fa, terima kasih banyak2, terima kasih atas semuanya. Banyak sangat yang K.Ngah nak critakan kat Abang Fa. Hari ini, Isnin, 25 Januari 2010, jam 7.05 pagi, masih segar di ingatan K.Ngah, di waktu ini jugak kami (Abah, Ma, Kak Long, K.Ngah dan Adik) bergegas ke Perak. Kul 10.50 pagi nanti, genaplah 2 minggu abang Fa tinggalkan kami, bukan peninggalan yang biasa2, abang Fa pergi tuk selamanya, abang Fa pergi menemui Yang Maha Pencipta, cinta hakiki Abang Fa.

Saat abah menyebut “Inna lillahi wa inna lillahi rajiun”, bagaikan satu batu besar yang menghempap diri K.Ngah. Kenyataan yang sangat pahit untuk diterima. Sewaktu dapat tahu abang Fa accident, Syima hanya berdoa, memohon padaNYA, berikan yang terbaik tuk Abang Fa. Sesungguhnya DIA Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNYA. Abang Fa pasti berbahagia di sana kan. Abang Fa tunggu kami tau. Abah Ma, adik beradik, saudara mara, sahabat2 Abang Fa, kami akan terus berjuang mendapat keredhaanNYA. Insyaallah, biiznillah, kita berjumpa di sana.

Ada sahabat K.Ngah pernah berpesan, “Kematian adalah guru terbaik”. Betul kan, abang Fa. K.Ngah tahu abang Fa sendiri dapat lihat perubahan2 semua orang selepas abang Fa tak de kan. Pemergian abang Fa betul2 membawa seribu rahmat kepada kami. Kami seakan2 tersedar dari mimpi yang panjang. Selepas abang Fa pergi, barulah kami tersedar dari mimpi itu. Betapa Allah itu Maha Penyayang kan. Abang Fa, kami xsebaik akhlak abang Fa, kami xsemulia abang Fa… Tapi, kami akan cuba sedaya upaya ikut apa yang Abang Fa pesan kat kami.

Kalau salah seorang dari kami jatuh atau tergelincir dari jalanNYA ini, kami tidak akan tinggalkan dia, kami akan pimpin tangannya, sebab kami nak sama2 jumpa abang Fa kat sana nanti. Kami akan saling ingat mengingati, tegur menegur, tolong-menolong antara satu sama lain. Kami akan jaga antara satu sama lain. Abang Fa, jangan risau2 tau. Abang Fa kat sana, doakanlah kami kat sini. Moga kami akan terus ISTIQAMAH dengan perubahan2 ini, demi mendapat keredhaanNYA. Moga kami tidak berputus asa, moga kami diberi kekuatan olehNYA, moga kami bersatu dalam mencari CINTA HAKIKI yang telah Abang Fa dapat… Insyaallah…

Oklah, abang Fa, dah pukul 7.24 pagi, K.Ngah kena bersiap2 untuk pi praktikal, insyaallah, nanti jika diberi kesempatan, K.Ngah tulis lagi… Wassalam…

NUKILAN KAK NGAH

MENGGAPAI BINTANG

Sesampainya di rumah, aku dikejutkan dengan kehadiran begitu ramai tetamu. Tidak kusangka begitu ramai sahabat2 arwah abangku datang pada malam tu. Pagi tadi, abangku pergi tuk selama2nya. Pergi menemui Yang Maha Esa, cinta HAKIKInya.
Aku kuatkan semangatku, aku kuatkan langkahku, aku harus kuat, aku tidak boleh lemah, kerna masih banyak tanggungjawab yang arwah telah tinggalkan. Aku harus tabah, kerna harus ku teruskan amanahnya, meneruskan perjuangannya.

Aku terharu melihatkan pengorbanan sahabat-sahabat arwah. Betapa baiknya akhlak arwah semasa hidupnya. Aku tabahkan hati, kalau boleh, tidak mahu menangis saat jenazah berada di dalam rumahku. Tapi, air mata ini laju sekali keluar, saat bersalam dengan sahabat-sahabatku. Sahabat-sahabat seperjuanganku yang berusaha datang dari jauh untuk memberi sokongan padaku.

Jenazah dibawa ke tanah perkuburan berdekatan dengan rumahku. Kami semua berada di luar rumah. Ku mendongak ke langit. Subhanallah, begitu banyak bintang-bintang yang menyinari malam itu. RahmatNYA sentiasa bersama arwah abangku. Arwah abangku telah berjaya menggapai bintang.

Bagaimana pula dengan diriku, keluargaku, sahabat-sahabatku, sahabat-sahabat arwah? Belum pasti bagaimanakah nasib kami. Pemergian arwah betul-betul membuatkan kami tersentak dari mimpi yang indah. Menggapai bintang, mencari keredhaanNYA itu bukan mudah.

“Adakah patut kamu sangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal kamu belum diuji seperti orang-orang yang terdahulu dari kamu? Mereka ditimpa kepapaan, kesakitan dan ancaman sehingga berkata (bilakah datangnya pertolongan dari ALLAH?). Sesungguhnya pertolongan ALLAH itu dekat asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama ALLAH.”
(Surah Al-Baqarah : 214)


Terlalu tinggi nilai cintaMU, betapa hinanya diri ini di hadapanMU. Perjalanan hidup ini perlu diteruskan dengan lebih bersemangat. Kerna kita masih diberi peluang untuk menggapai keredhaanNYA. Pabila Malaikat Izrail sudah menjemput kita, tiada lagi peluang untuk kita, kita tidak akan diberikan peluang kedua lagi. Inilah kehidupan duniawi, yang singkat dan sementara. Kita di sini, untuk diuji olehNYA, siapakah yang lebih baik amalnya?. Kita di sini hanyalah musafir yang destinasinya hanya satu,ALLAH, YANG MAHA ESA. Jika kita terpesong dari jalanNYA, ayuh kita kembali pada jalanNYA, sementara masih ada peluang. Bangkitkan semangat perjuangan menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini.

Sesungguhnya perjalanan seorang daie itu sangat panjang dan melelahkan. Ketika itu orang akan hairan melihat daie menyengsarakan diri dalam kelelahan dan bertanya, “Sampai bila kau akan melelahkan diri”. Maka, jawab si daie dengan pasti, “Sebenarnya aku mengharapkan istirehat di SYURGA”.

Ayuh, kita bangkit semula, kita tinggalkan langkah yang lesu, kita tinggalkan minda yang lemah, kitalah pejuang agamaNYA, kitalah khalifah di muka bumi ini, begitu besar tanggungjawab kita, akan kita sambung perjuangan Rasulullah SAW serta mujahid mujahidah yang lalu. Kerna kitalah mata-mata rantai perjuangan ini. Kita bukanlahpencetus, kita juga bukan pengakhirnya, tapi kitalah penerus perjuangan ini. InsyaALLAH, moga ALLAH sentiasa bersama dengan kita.

“Jika kamu melihat bintang, sirnanya kecil cukup menerangi malam yang malap, nur-nya cukup berseri mengerlip langit yang suram. Bulan menerangi malam yang gelap, ia pula mengindahkan suasana malam. Nun jauh di angkasa hingga tidak tercapai genggagamanmu.Limpahkan nur dengan nur Allah di hati agar cahayaNYA menerangi hati yang malap, iman pun bersinar diterangi keindahan(akhlak) yang mengerlipkan cinta. Tinggi cita-citamu setinggi bintang, yakni untuk Akhiratmu, kerna kebahagiaan abadi tidak tercapai di dunia..”

–Nukilan kakngah-

Warkah buat Adinda; Special Edition



Adinda-adinda yang kekanda sayangi,




Perkara paling penting yang hendak kekanda katakan ialah, kekanda amat menyayangi adinda-adinda semua. Bukan hanya sekarang tetapi sejak kekanda mempunyai seorang adinda iaitu adinda Khairi, sehinggalah kekanda mempunyai lapan orang adinda dengan kelahiran adinda Ti.




Namun, mungkin kekanda jarang menyebut perkara ini secara formal dan secara langsung, tapi yang pasti, kekanda amat menyayangi kalian berlapan.




Adinda Mohd Khairi Azhar yang dikasihi,




Memori pertama bersama adinda ialah ketika kita sekeluarga tinggal di SMK Kuala Krai. Masihkah adinda ingat setiap kali abah pulang dari sukan atau outstation, abah akan membelikan kita mainan ? Antara yang paling kekanda ingat ialah kekanda dibelikan abah sebuah kereta polis dan adinda pula menerima sebuah kepala keretapi yang masing-masing sebesar raga motorsikal. Teringat kekanda, di satu kenangan, abah dan ma duduk di sofa dan kita bermain kereta polis dan kepala keretapi itu dalam keadaan gelap semata-mata kerana nak lihat betapa terangnya lampu dan cahaya dari kedua-dua buah mainan itu..




Seingat kekanda, kita sememangnya banyak menghabiskan masa bersama sejak kecil hinggalah kekanda memasuki SMAP Kajang pada 1990. Kita main bersama, kita makan bersama dan kita bergaduh bersama. Kita bersekolah rendah pun bersama, sentiasa ada adinda 2 darjah di bawah kekanda. Tapi setelah adinda Syafiee semakin besar, adinda Khairi makin rapat dengan adinda Syafiee.. he he, kekanda tak jeles pun.. Sebab masa tu kekanda dah nak masuk Sekolah Menengah.. Ketika kekanda tingkatan 3, adinda masuk ke SMKA Falahiah, dan begitulah seterusnya. Hubungan kita baik namun hanya berjumpa ketika cuti-cuti panjang. Tetapi, semasa adinda masuk YPMKL, hubungan kita makin rapat kerana kita berada berdekatan di Kuala Lumpur. Ingatkah adinda, sekali sekala kita keluar makan bersama.




Seterusnya, setelah kita sama-sama menempuhi alam pekerjaan, hubungan kita sentiasa baik, kekanda hargai rasa hormat dalam diri adinda dan ketenteraman adinda dalam berbicara dengan kekanda. Seingat kekanda, kekanda selalu bertanyakan itu dan ini kepada adinda, kadang-kadang mungkin sampai ke perkara-perkara yang kurang penting.. Semuanya kerana kekanda cuba tunjukkan rasa 'caring' kekanda pada adinda.




Kekanda amat gembira ketika adinda ingin mendirikan rumahtangga, kerana kekanda bangga adinda akan memulakan satu era baru dalam keluarga kita, iaitu alam perkahwinan. Kekanda tidak bersama keluarga ketika pernikahan adinda di rumah pengantin perempuan, maafkan kekanda. Namun, dapat juga kekanda pulang untuk meraikan adinda ketika majlis di rumah kita di Tanah Merah. Lawak juga bila kekanda bersama abah menyambut tetamu, ramai yang mengucapkan tahniah kepada kekanda seolah-olah kekanda yang berkahwin.. he he... kekanda asyik ulang, "Eh.. buke kito, adik..". Lepas tu, bila ada yang cakap, "Guano adik dulu", kekanda jawab, "Kito ngaloh sokmo nga adik.." he he..




Sehingga sekarang pun, setelah adinda bergelar bapa kepada 2 cahayamata yang comel-comel, kekanda sentiasa rasakan betapa dalam hati kita berdua sentiasa ada perasaan hormat-menghormati dan sayang-menyayangi. Kita rapat dan kita sentiasa mengambil berat hal-hal berkaitan satu sama lain.. Banyak ketika kita berbincang perkara-perkara yang berkaitan dengan keluarga dan juga kerjaya kita. Alhamdulillah, adindaku Khairi, dengan segala nikmat kasih sayang adik beradik yang dikurniakan Allah kepada kita.




Kekanda doakan semoga adinda Khairi terus mendapat limpahan Rahmat Allah, di dunia dan di akhirat. Semoga adinda Khairi dan Kak Yani (Isteri), Fatnin, Fathi, dan ramai lagi anak-anak seterusnya (he he) sentiasa bahagia dan sentiasa dimurahkan rezeki, dan sentiasa mendapat keredhaan Allah. Amin.




Adindaku Mohd Syafiee yang dikasihi,




Kekanda teringat semasa Allahyarham Tok Ayah (Datuk sebelah Abah), berjalan perlahan merapati tadika tempat kekanda belajar dan kemudian cakap ngan kekanda, "Abe keru bulih adik doh, marila nok balik". Kekanda dapatkan kebenaran dengan cikgu untuk pulang dan terloncat-loncat berjalan dengan Tok Ayah memimpin tanganya. Macam-macam soalan kekanda tanya Tok Ayah.. "Jate ko tino", kekanda tanya.. "Ma segar dok?" kekanda tanya lagi. "Abah balik doh?".. dan macam-macam lagi sehinggalah kekanda masuk ke rumah dan ketika menyelak tirai dan sempat mengintai adinda dan ma sebelum, "Eh, tubik luar nu ore jate", he he marah Mak (Nenek).. hu hu... Abe keru keluar pergi main dengan Abe keri la... Dan bermulalah episod berebut-rebut antara kami berdua setiap kali nak tengok adinda Syafiee atau riba adinda.




Adinda mengikuti jejak kekanda Khairi memasuki SMKA Falahiah dan telah meninggalkan rekod 9A PMR yang tidak dapat dipecahkan sehingga sekarang oleh adik-beradik yang lain. You Got Class ! And you always do. Adinda Syafiee, adalah yang pertama naik kapal terbang di antara adik-beradik kita ke Sarawak, hadiah kecemerlangan tersebut. Tidak cukup dengan itu, (I have said earlier you got Class !), adinda ke Jepun semasa di UTM Jalan Semarak. Adinda sentiasa ke UTM Jalan Semarak kerana kekanda berkerja berdekatan dengan KLCC. Kekanda sentiasa ingat adinda kena makan banyak kali kerana takut gastrik. Kekanda harap adinda sentiasa jaga jadual makan adinda. Hubungan kita baik dan kekanda sentiasa hargai bagaimana adinda cuba mengawal ton suara adinda ketika bercakap dengan kekanda, semata-mata kerana adinda menghormati kekanda sebagai abang. Kekanda sentiasa sedar dan sentiasa bertolak ansur dengan adinda kerana kekanda tahu sememangnya darah adinda agak panas (keturunan tu.. he he) dan kekanda gembira bersama adinda sepanjang setahun di Kapit, Sarawak. Kekanda cukup-cukup 'happy' masa kat Sarawak di samping adinda, walaupun kita hanya berjumpa di hujung-hujung minggu atau semasa kekanda ada kursus di bandar Kapit. Kita selalu makan bersama, tidur bersama (berlainan bantal.. he he), main laptop bersama, pergi swimming bersama, main badminton bersama, dan juga sering berbual-bual pasal kerjaya kita yang mempunyai majikan yang sama iaitu Kerajaan Malaysia.




Kekanda bersyukur ke hadrat Allah, kerana satu tahun bersama adinda di Kapit adalah suatu hikmah bagi merapatkan hubungan kita, kerana seingat kekanda, kita jarang-jarang berjumpa sebelum itu. Kita hanya jumpa ketika Hari Raya Aidilfitri 2-3 tahun sebelum itu.




Adinda Syafiee, sehingga adinda pindah ke Kuching dan kini di Miri, kekanda sentiasa kagumi kesungguhan dan komited adinda pada kerja. Tidak salah lagi kenapa adinda mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 3 tahun berturut-turut, sebelum dinaikkan pangkat dan sekarang berkhidmat sebagai Ketua Unit Khas Bergerak (UKB) bagi negeri Sarawak.




Alhamdulillah, nikmat adik-beradik yang indah bersama adinda. Kekanda sentiasa doakan kesihatan dan kesejahteraan adinda walaupun jauh di seberang laut. Semoga Allah lindungi adinda dan sentiasa merahmati adinda. Kekanda juga berdoa semoga adinda dipertemukan jodoh yang solehah bagi menambahkan ahli keluarga, ipar-ipar, dan biras-biras... he he (Dulu adinda selalu suruh adinda Fa kawin dulu sebelum adinda).




Didoakan juga semoga adinda sentiasa gembira dan please senyum sokmo. .




Adindaku Nurulhuda yang dikasihi,




Sejak adinda dilahirkan, di bilik tengah (bilik adinda sekarang), kekanda sentiasa merasakan ada satu tanggungjawab besar yang perlu kekanda laksanakan buat adinda. Sebagai puteri sulong Cikgu Ripin & Kak Za, kelahiran adinda sememangnya membawa sinar dalam keluarga. Untuk pengetahuan adinda, kekanda, kekanda khairi dan kekanda syafiee sememangnya mengharapkan adinda seorang puteri sehinggalah adinda dilahirkan.. Alhamdulillah.




Sekiranya adinda ingat, kekanda selalu tanya adinda, "Ado ore gelar dop?" sejak dari adinda masuk sekolah tadika, seterusnya ke sekolah rendah, sekolah menengah hinggalah ke Universiti. Mungkin adinda rasa 'annoying' dengan pertanyaan kekanda yang berulang kali itu, tapi sebenarnya itulah sikap 'protecting' kekanda andai sesiapa melukakan hati adinda, secara automatic dia akan melukakan hati kekanda dan juga kekanda khairi dan kekanda Syafiee..




Adinda ingat tak, dulu masa kita kecik-kecik, kita 4 orang ada buat "meeting" dalam bilik tengah ? Bersama kita ada juga adinda Fa (Arwah) yang masih kecil tapi menangis tak nak ditinggalkan di luar bilik. Masa tu rasanya kali pertama kita cakap secara serius (hu hu...) betapa pentingnya kita menjaga hubungan kita adik-beradik, mesti sentiasa menyenangkan Abah & Ma, serta cuba sedaya-upaya jangan buat Abah & Ma susah hati (he he he).. Tergelak juga mengingatkan keadaan masa tu sebab rasanya kekanda baru Tingkatan 1 atau 2, masih mentah untuk "mempengerusikan meeting"... he he.... Kekanda masih ingat Kak Long buat muka, bila kita orang cakap semua yang Ma buat, Kak Long kena tolong.. he he... nakal kan, kekanda-kekanda Kak Long menyakat... hu hu..




Kekanda agak gembira Kak Long bersekolah menengah dekat dengan rumah, kerana bimbang dengan keselamatan Kak Long sekiranya jauh dari rumah. Sama macam kekanda, saiz badan semasa lingkungan umur tersebut agak kecil berbanding rakan sebaya yang lain. Adinda membuktikan kejayaan cemerlang sehingga menjejakkan kaki ke UiTM Shah Alam. Kekanda masih ingat, kekanda selalu menunggang motorsikal dari Kajang hingga ke Shah Alam untuk jumpa Kak Long, bawak Kak Long makan-makan, beli barang-barang dan sebagainya. Masa awal-awal kat UiTM, Kak Long cakap takut nak keluar sendiri dengan kawan-kawan, hinggalah semester kedua. Kekanda ingat, kekanda bawak Kak Long ke Subang Jaya sebab Kak Long nak beli handset. He he... Bila teringat tu... dan teringat Abah.... fuh, Alhamdulillah, semuanya selamat. Kak Long nak tahu, sampai hal-ehwal-wanita pernah kekanda tanya Ma, takut-takut Ma tak ajar.. he he memandai jugak kekanda ni... ye lah, adik perempuan pertama la katakan...




Adinda memang baik dengan kekanda dan kekanda-kekanda yang lain. Kami rasakan adinda ibarat 'buffer' dan pelengkap kepada kekurangan atau perselisihan antara kami. Kak Long mampu menjadi penenang ketika ada masalah, dan menjadi penghubung apabila sesuatu perlu disampaikan dengan cara yang lembut. He he... Kak Long pun boleh jadi 'SPY' yang boleh dipercayai... hu hu... tapi untuk tujuan yang baik....




Bagi adinda-adinda kak long, sememangnya mereka lebih rapat dengan Kak Long berbanding kekanda, mungkin disebabkan faktor jarak umur dan jarang-jarang berjumpa.




Alhamdulillah, kehadiran adinda sebagai anak ke-4. Kekanda doakan, adinda sentiasa ceria dan sentiasa tabah. Semoga Allah tunaikan segala impian adinda samada dunia atau akhirat. Didoakan juga adinda bertemu jodoh yang Soleh yang sesuai dengan adinda. Amin.


(Ingat tak kami bertiga selalu sakat Kak Long, sapa nak nikah nga Kak Long kena interview dengan kami... he he he... Sebab sayang ko Kak Long la).




Adindaku Mohd Fadhiri bin Rakiah,















[pause]























" Wahai abe keru yang disayangi, bila mahu di sambung warkah ini..hehe..dah lama pause tu.;) " - kaklong




















LA TAHZAN.....

(JANGANLAH BERSEDIH)










" Janganlah kamu bersikap

lemah, dan janganlah kamu

bersedih hati,padahal kamulah

orang-orang yang tinggi

darjatnya, jika kamu orang-

orang beriman"

( Surah Al-Imran Ayat 139 )

" Allah tidak akan membebani

seseorang itu melainkan dengan

kesanggupannya "

(Surah Al-Baqarah Ayat 286)

".......dan janganlah kamu

berputus asa pada Rahmah

Allah. Sesungguhnya tiada

berputus asa dari Rahmah Allah

melainkan kaum yang kafir "

(Surah Yusuf Ayat 12)

" Tiada apapun yang menimpa

seseorang mukmin berupa

bencana dan menderita

kesusahan, kecuali semua itu

menjadi sebab untuk

menghapuskan dosa-dosanya "

(Hadis Bukhari dan Muslim)