BUAT PENGUNJUNG-PENGUNJUNG BLOG.....

BUAT PENGUNJUNG- PENGUNJUNG BLOG.....


Untuk makluman sahabat sahabiah yang baru mengunjungi blog ini, blog Al-Fatihah buat Mohd Fadhiri bin Rakiah (Mohamad Ariffin) dibuat setelah ahli bait solihin kami iaitu al-marhum Mohd Fadhiri kembali ke Rahmatullah pada 11/01/10.



Blog ini telah diwujudkan pada 14/01/10, iaitu 3 hari setelah arwah kembali ke Rahmatullah oleh Abang Khairu (abang sulung arwah).



Semoga tautan ukhwah Fillah yang terjalin antara sahabat sahabiah serta semua yang pernah mengenali al-marhum Mohd Fadhiri dapat kami sekeluarga sambung, insyaALLAH




- dari keluarga al-marhum Mohd Fadhiri bin Rakiah (Mohamad Ariffin) -



JOM PROMOSI


ASIF JIDDAN....


Assalamualaikum kepada semua pengunjung-pengunjung blog Al-Fatihah buat Mohd Fadhiri bin Rakiah (Mohamad Ariffin)



Semoga sentiasa dalam lindungan dan rahmah ALLAH...InsyaALLAH..Semoga sentiasa diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan sehari-hari hanya untuk mencapai redha ALLAH..


Asif jiddan, dah lama kaklong tak update blog, untuk berkongsi ilmu, Ini kerana kaklong sibuk kemaskini portal web Islam bersama adik Imi..Buat sementara waktu, bolehlah ziarah portal murabbi. Semoga mendapat sedikit sebanyak ilmu yang bermanfaat untuk dunia dan akhirah di portal web Islam tersebut....http://www.murabbi.net/

InsyaALLAH, setelah kaklong dah siap mengemaskini Portal murabbi, akan kaklong kembali mencoret di sini..InsyaALLAH


Pejuangan yang masih jauh selagi jasad terkandung dalam diri dalam menuju YA RABB. Hanya untuk mendapart redha ALLAH..insya ALLAH...;ALL THE BEST!!!...BI TAUFIQ WA NAJAH FI DUNNIA WA AKHIRAT ;)


PENGUMUMAN KHAS

PENGUMUMAN MAJLIS TAHLIL

Majlis Tahlil Hari Ke 100 Allahyarham Mohd Fadhiri bin Rakiah adalah pada tarikh
20/4/2010 (Selasa). Kemungkinan akan dibuat pada tarikh
22/4/2010 (Khamis). Insyaallah


Semua sahabat sahabiah serta semua yang mengenali arwah di jemput hadir. Kami sekeluarga sangat-sangat mengalukan kedatangan sahabat sahabiah semua



Sunday, January 17, 2010

Jejak Sahabat

Kami anggap seluruh rakan-rakan dan kenalan arwah adalah orang-orang yang amat dihargai arwah sepanjang hidupnya.

Sekiranya anda salah seorang dari rakan-rakan dan kenalan arwah tidak kira sama ada rapat atau hanya mengenali dari jauh, sila comment post ini dengan nama penuh dan butiran.

Contoh:

Nama
Rakan sebilik arwah

Nama
Rakan sekelas arwah

Nama
Pensyarah arwah

Nama
Rakan surau arwah

dan sebagainya.

Terima Kasih.

22 comments:

  1. MOHD KHAIRUDDIN MOHAMAD ARIFFIN
    - Abang Sulung arwah
    - khairuddinariffin@gmail.com

    ReplyDelete
  2. MOHAMAD HILMI BIN MOHAMAD ARIFFIN
    -Adik ke-tiga arwah
    -emilife93@yahoo.com

    ReplyDelete
  3. MOHD ZULHAIRI BIN MUSTAFAR
    - Rakan Sekolah arwah, SPM 2004, (Falahiah)
    - diqamr_coolboy@yahoo.com
    - wadiqurra.blogspot.com

    Semoga dicucuri rahmat Allah, Sesungguhnya tidak bertemu syurga jika tidak ketemu dgn kematian...insyaAllah tempat arwah adalah tempat yg terbaik...ameen ya robb!

    ReplyDelete
  4. MUHAMMAD REDHUWAN BIN ZAKARIA
    -Rakan sebilik arwah(Dari arwah sem7 dan sehingga arwah ke hembusan nafas terakhir)
    -wan88_klate@yahoo.com
    -0199062897

    Berehatlah duhai sahabatku di alam sana, daku sentiasa mengingatimu, tidak dapat ku ungkapkan kata-kata melainkan dengan doa yang bersiramkan titisan air mata...insyaAllah aku kan menyusul jua..moga pertemuan kita nanti, satu pertemuan yang dirahmati..Ya Allah, kau tempatkanlah sahabatku ini dalam kalangn orang-orang yg soleh..amiin.

    ReplyDelete
  5. NURFATIN NADIA BINTI ZULKIPELI
    -ana hanya mengenali arwah dari jauh (dari sem 3)
    -aisyayusra_88@yahoo.com
    -0193655870

    Bicara Sahabat

    sahabat,
    aku masih ingat suatu ketika
    saat dirimu berbicara dengan ku
    tiap bait bicaramu
    penuh dengan nasihat dan pesanan
    pesanan yang mendekatkan aku dengan Rabbul Jalil

    aku masih ingat
    tiap kalimah yang lahir dari bibirmu
    menenangkan hatiku yang keluh kesah
    bicara hikmahmu
    mengisi ruang hatiku yang selama ini jahil tentang Penciptaku

    Tapi mengapa hari ini
    aku merasakan begitu asing bagi diriku
    aku terlupa seketika
    aku terlupa bahawa dirimu telah pergi menghadap Yang Maha Esa
    dirimu pergi tanpa sebutir bicara
    hanya senyuman yang terukir di wajah solehmu
    kau tinggalkan aku dengan bicara hikmahmu
    hari ini aku merinduinya lagi
    merindui tuturmu yang penuh dengan pesanan

    bicara hikmahmu
    membawa sejuta erti alam hidupku
    semoga ALLAH S.W.T meredhai persahabatan dan perpisahan ini
    syukran ya akhi
    syukran jazilan

    aku pasrah dengan ketentuanNYA
    akan ku teruskan perjuangan ini
    Tenanglah dirimu di sisi Penciptamu
    semoga dirimu ditempatkan dalam kalangan para solehin...
    amin.

    Nukilan khas buat
    Allahyarham Ust Fadhiri
    Al-Fatihah
    11/01/2010

    ReplyDelete
  6. salam dari China
    (sahabat yang terakhir bersama arwah sebelum naik keretapi di KTMB Sg Petani)

    bertemu sebuah kematian.ia datang mencari nyawa.datangnya tidak diketahui,perginya dengan membawa roh dan diiringi tangisan keluarga.

    alfatihah buat roh arwah.kami semua merinduimu.sudah pasti kehilanganmu membawa seribu makna kepada perjuangan Islam yang mu perjuangakan sebelum ini.

    hati ini berat menerima pemergianmu,namun ianya suratan taqdir yang kita mesti meredhoinya.selamat tinggal sahabatku...

    ReplyDelete
  7. kak noorakmal
    ketua unit surat muslimat kuo, ketika itu arwah ketua unit surau muslimin (sekitar thn 2007)
    noor_mujahidah84@yahoo.com.my
    berbahagialah arwah di alam sana. kematian seperti inilah yang diinginkan. semua orang merasa kehilangan pastinya pemergiannya sukar dicari ganti. jadilah kematian ini satu peringatan yang besar buat diri kita. kesolehan menjadikan sahabat yang jauh juga turut merasa begitu kehilangan bagaikan kehilangan keluarga sendiri. bahagialah menjadi orang yang baik & beriman, bila meninggal dunia... doa dan ingatan tak putus-putus drpda mslimin & mslimat umumnya. beruntunglah ibu bapa & adik beradik arwah memiliki insan sepertinya. ramai orang menangisi pemergiannya, ramai orang menyayanginya... Kita yang masih hidup, teruslah memuhasabah diri, mudah-mudahan pengakhiran kita juga sepertinya...amiin...

    ReplyDelete
  8. Hew Mun Yoke
    penolong arwah semasa arwah bendahari JMK KUO, UPSI
    hewmunyoke@yahoo.com

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum..
    NASUHA BINTI IBRAHIM
    019-4429368
    attawwab_26@yahoo.com
    http://www.teratakukhuwwah.blogspot.com

    -mula mengenali arwah sejak mengikuti Kem Jati Diri Remaja Muslim (KERIS)Mac 2009), masa tu..arwah jadi fsilitator bersama dengan arwah Faizol..

    -Ana juga kenal arwah Fadhiri kerana arwah merupakan bekas timbalan Pengarah bg Persatuan Pendidikan Islam

    -Kali terakhir ana jumpa dia masa ana menyertai Kem Bitem..anjuran Kolej Harun Aminurrashid,UPSI..
    Bercakap face to face dengannya membincangkan tentang natijah & plan kami bersama sahabat2 selepas mengikuti kem tersebut.

    "Moga dirinya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan orang soleh..moga dijauhkan dari azab seksa kubur dan sentiasa dinaungi oleh lembayung Rahmat ALLAH..Aamiin"

    ~~moga bertemu di jannah-Nya~~

    ReplyDelete
  10. ROSNAH BINTI ABDULLAH
    nurul_iman0586@yahoo.com
    walaupun tidak satu batch dgn arwah, beza hanya satu tahun dgn arwah.. tp amat mengenali arwah. pernah duduk semeja dgn arwah bermeeting tentang perjalanan satu2 program... baru 2 @ 3 hari berbalas emeil kat yahoo group sblm mendapat berita kematian arwah.. tidak sangka umur arwah hanya setakat ini.. sgt sedih n hampir xpercaya tika mendapat berita ini dari seorg shbt seawal subuh hari kejadian.. walaupun kita amat menyayanginya tp ALLAH lebih menyayanginya.. mg kita redha akan pemergiannya... mg arwah tenang di alam sana..

    ReplyDelete
  11. Zaifulnizam B Shafie(Abg Zaiful)
    (sahabat serumah ketika berada di kolej Upsi)
    Banyak kenangan bersama arwah. saya amat menyayanginya seperti adik kandung sendiri.saya suka bergurau dengan arwah sewaktu tinggal bersamanya. arwah merupakan seorang yg sgt baik dan soleh. dia tidak pernah kenal erti penat dan lelah dlm memperjuangkan Islam. untuk pengetahuan umum saya ada panggilan istimewa untuknya. saya selalu memnggilnya dengan panggilan comel. arwah suka dengan panggilan itu. sememangnya dia seorang adik yang comel. pada wajahnya terdapat tanda2 org soleh. kenangan bersamanya tidak dapat dilupakan. pemergiannya suatu keperitan yg amat sukar utk diterima. saya amat merinduinya. pada gelaktawanya. pada senyumannya dan pada gurauannya. pada diri saya sukar utk dicari ganti. sehari sebelum kematian arwah, dia ada menelefon saya pada waktu tnghari. arwah ingin bertemu saya dan ingin bersembang sembang. kebetulan pd waktu itu arwah masih ada di Kedah. kata arwah dia ingin pulang ke UPSI pada mlm ini. kata saya, tak sempat kita nak jumpa sbb pada waktu itu saya hendak ke sekolah(mengajar). arwah berkata, "tak apa, klau umur pnjg kita jumpa lagi".di akhir perbualan di telefon, arwah ada ngin mengatakan sesuatu tapi perbualan terhenti di situ shj. tuhan lebih menyayanginya. pada waktu subuh keesokan hari saya mendapat berita mengatakan arwah terlibat dlm satu kemalangan jln raya. saya diberitahu keadaannya cedera parah. tidak tergambar perasaan saya pada waktu itu. dlm hati mampu berdoa "Ya Allah pnjgkan umur adikku ini". saya terus menelefon seorang kawan di sungai petani untuk pergi menziarahi arwah. tapi pada pukul 11 pagi sewaktu dlm perjalanan kami mendapat berita kematian arwah. tidak ada kata2 utuk diungkapkan. hati mampu berkata "Ya Allah kenapa engkau ambil adikku ini. Kenapa engkau tidak ambil diriku saja sebagai ganti". saya tabahkan hati. menerima ketentuan Allah. Allah menjemputnya pulang ke hadratNYA. Kerana Allah lebih menyayangi. setiap hari saya teringat akan arwah. tidak pernah dilupakan walaupun sehari.
    "Adikku Assyahid Fadiri,abg redho atas pemergianmu. Engkau bagaikan bintang dilangit. cantik, indah dan berkilauan. tapi tidak dapat disentuh. skrg ini engkau berada dialam yg lain. engkau pergi meninggalkan kami. Adik, abg sngt menyayangimu. umpama adik kandungku sendiri. bnyk kenangan sewaktu bersamamu. adikku, kenangan bersamamu akan abg jadikan lipatan sejarah yang paling berharga dlm hidup abg. abg redho atas pemergianmu. adik, tunggulah abang. abg akan menyusulmu dikemudian hari. insyaAllah kita akan bertemu lagi suatu hari nanti.abg akan sentiasa mengingatimu kerana engkaulah permata hati abang. Adik, engkau bagaikan bintang dilangit.doaku tetap akan dicurahkan keatas mu. semoga adik ditempatkan bersama dgn orang2 yg soleh dan beriman.Amin..........."

    ReplyDelete
  12. Mohd Azman Bin Hashim ( Abg Man)
    ( sahabat sebilik A-1-23 (2) )

    Fadhiri.. ketika abg menaip ketika ini abg tersenyum mengenangkan masa kita bersama di bilik. Untuk pengetahuan semua selepas abg zaiful yg merupakan kawan baik abg man meninngalkan abg kerana dah habis belajar di upsi.. Fadhiri laa tempat abg man bergurau senda.. heee.. fadhiri rajin bawa kawan2nya belajar di bilik. sampai semua kawan baik dia abg man kenal.. yang rapat hanif, aiman dan lain-lain lagi.

    Untuk penegetahuan semua, adik fadhiri ni jarang duduk bilik.. dia akan pulang pada waktu malam. Maklumlah dia cukup sebuk dengan urusan kerja agama. Abg man kesian tgok Fadhiri sebuk jadi abg jadi pembantu fadhiri berkaitan urusan Surau Assalikin Kuo.. Fadhiri bila sebuk dia akan amanahkan urusan yang dia tak sempat buat kat abg. sampai ada satu hari fadhiri kata kat abg man,, " abg man esok2 klu saya jadi wakil rakyat ker atau apa2 saya nak ambik abg man jadi setiausaha saya.. Abg tersenyum dan abg bagi tahu adik fadhiri bukan abg tak nak jadi tapi abg zaiful dah booking abg :).

    Dalam keletihan membuat gerak kerja bersama di surau mahu pun diluar.. Ada satu yang abg man tak boleh lupa, Adik fadhiri ni bila letih dia akan tidor di katil abg man... heee katil abg man siapa2 letak kepala insyaAllah terlena.. abg man ingat bila abg man baring kat katil adik fadhiri datang dan berbaring disebelah.. abg ingat adik abg ni sajer nak berbaring rupa-rupanya dia tidor sebelah abg hee..

    Itu sajerlah coretan dari abg man,, adik.. abg sentiasa ingat tadarus al-quran bersama, dan abg tak kan lupa adik berikan kepercayaan sepenuhnya untuk gerak kerja surau kepada abg..Adik juga boleh menerima pandangan dari abg. Adik ku Fadhiri abg syukur dapat berjumpa dgn mu buat kali terakhir di stesen kereta api Sp.. Pelukan terakhir mu utk abg sblm menaiki train akan abg kenang.

    ReplyDelete
  13. ABDUL HALIM HAMIDI BIN ABDUL AZIZ
    - Rakan dalam barisan kepimpinan Persatuan Pendidikan Islam
    - midi_sufi22@yahoo.com
    - http://midi-sufi.blogspot.com
    - 019-4550981

    ReplyDelete
  14. al faatihah...smua ini adalah ktentuan ALLAH yg MAHA AGUNG DAN MAHA BERKUASA DI ATAS SEGALA SESUATU...boleh ana tw..kmlgn yg mnimpa fadhiri mlibtkn knderaan ap?

    ReplyDelete
  15. Nama: Aiman
    Hubungan: kawan kuliah math fadhiri
    emel: chegu_aiman@yahoo.com

    Kenangan:
    Ak dah lama bc mcm2 coretan kisah dalam laman web ni. Tiba2 mlm ni, ak terpanggil
    utk berkongsi pengalaman ak dgn Dhi. Sbb ak rindu sgt kat Dhi akhir-akhir ni.

    Hmm, byk nak citer pasal dhi ni.. Ak mula mengenal dhi sejak sem 1 lg.. first time, ak tgk dhi kat kuliah, dhi pakai songkok. Ak mmg respect kat dhi masa tu. muka pun suci, bersih lg menyucikan.

    Mula2 tu, ak segan nak borak2 dgn dhi, baru2 lg kan. Sape la aku ni, bukan nyer baik pun dan tak layak berkawan dgn org alim.

    Tp start sem dua, ak mula rapat dgn dhi disbbkan 'peristiwa' di Kem Kembara Minda, teluk intan. Peristiwa yg menjadi rahsia kami berdua. Kalau ak nak bocorkan pun, ak hnya bocorkan kpd isteri dan anak2 aku supaya menjadi contoh tauladan.

    Sem dua, ak mmg rapat giler dgn dhi. Dhi ni pemurah, selalu belanja ak. Ak ingat kata-kata dhi, "kita kalau bg org makanan, ia kan jd darah daging, jd jika org tu wat ibadah, kita akn dpt pahala"..

    Sem tiga, rumah ak adalah depan rumah dhi. Dhi ni slalu lepak umah aku, sembang2 dgn ak. Dhi, kalo semua nak taw, Dhi ni kalo bercakap dgn org lain, dhi bahasakan dirinya 'ana' atau 'saya'. Tp kalo sembang dgn aku,hanif dan aizat, dia bahasakan diri dia sbg 'aku'. Sbb kami bereempat mmg kwn kuliah yg rapat. Jd, antara kami, xwujud lar guna ayat2 skema.

    nak citer lg ni... Melalui Dhi lar, aku kenal ramai sahabat2 baik Dhi. Kwn2 Dhi semuanyer baik2 dan alim2. Jd bertambah lar kwn2 ak yg baik. Melalui Dhi, ak kenal abg man, abg faiz, abg wan, abg epol,abg Zul, zaim, al hafiz, dan ramai lg (minta maaf, tak cukup nak letak nama).. Huhu, ak pun jd baik sbb berkwn dgn ramai kwn2 yg alim..

    seterusnya, sem 4, ak pindah rumah, ak dah xdok kolej, dgn bantuan Dhi, ak dpt menyewa di asrama Masjid jamek, tjg malim. Di sini lar, bermulanya ak aktif sikit lar join2 usrah dan program2 persatuan. Dhi lar yg ajak aku join mcm2. Thanz dhi..... Ak blaja mcm2 dgn kamu.

    Sem 5, ak makin rapat dgn Dhi. Ak biasa suka kenakan Dhi; Dhi suka perempuan ni, perempuan tu lar...haha.. (Nama2 pempuan ni dirahsiakan). Saje2 bergurau dgn Dhi. Dhi pun kenakan aku.. Biasa lar lelaki, ak dgn Dhi idam-idamkan wanita yg solehah yg blaja kat pondok2 agama.

    Hah, ak penah blaja agama kat pondok pasir tumboh sambil buat ROS kat sana. Dhi, lar ajak aku blaja kat sana semasa cuti sem 5 dlu. Dhi bawa ak g jumpa tok guru, blaja di sana. kat sana dhi ajar ak pkai serban. hah, ak pun pernah g umah dhi kat tanah merah. masa tu, keluarga Dhi layan aku, wan, khairwan, arwah Faizol, abg Zul, dan abg. Terima kasih kpd keluarga dhi sbb melayan kami bereenam mcm tetamu VVIP.. byk makanan..
    Dhi mmg baik..

    Sem 6, ak mula kurang rapat dgn Dhi, bkn sebab bergaduh, tp sbb ak dah ad 'teman istimewa'.. Kesian Dhi, Dhi dtg rumah ak, ak tak sempat nak layan dia sgt, sbb ak sibuk mesej dgn 'teman istimewa'. Kdg2 kantoi gak, Dhi suka bc mesej2 hset ak. Xpe, ak maafkan, biasa lar kwn2. Dhi slalu ingatkan ak agr jaga iman dan pergaulan.. Dhi mmg layak digelar ustaz.

    Sem 7, masa ni, ak dah nmpk perubahan pelik kat Dhi. Dhi jrg dtg ke umah aku. Dhi pun jrg ad kat bilik dia masa sem ni. Byk assignmen dhi, xsiap. Tesis pun, dia buat ala kadar je. Masa nak exam pun, Dhi masih tak blaja, Dhi hnya sibuk perkara lain. mgkn kerana Dhi dah taw ajalnya kan tiba, maka dhi semakin sibuk dgn usrah dan program2, hingga tak menghiraukan pointer exam sem 7 ni.. Alhamdulillah, Dhi telah tunaikan tanggungjawapnyer sbg pendakwah.. Huhu, ak ni baru jinak2 nak ikut perjuangan Dhi. Ak ingin jd baik mcm Dhi.

    Dhi mmg baik.. ak suka kwn dgn Dhi. Ak dgn Dhi pernah berangan-angan utk dpt Posting di tempat kerja yg sama. Sbb ak dgn Dhi dpt biasiswa tajaan KPTM. Sambil2 bekerja, kami bercdg nak buka bisnes sama2 iaitu memelihara ikan keli sbb Dhi ckp ayahnya bela ikan keli, senang je.. Tp itu, semua jd angan2.

    "Ya Allah, jadikan lah diri ku ini baik aseperti arwah faddhiri"

    ReplyDelete
  16. I have read so many articles or reviews concerning the blogger lovers however this
    article is in fact a nice post, keep it up.
    Have a look at my website - slots for money

    ReplyDelete
  17. This article will assist the internet visitors
    for creating new web site or even a blog from start to end.
    My web blog ... binary options affiliate

    ReplyDelete
  18. Hello! I'm at work browsing your blog from my new iphone! Just wanted to say I love reading through your blog and look forward to all your posts! Carry on the superb work!
    Also visit my page - free no download slots

    ReplyDelete
  19. Have you ever thought about writing an ebook or guest authoring on other websites?

    I have a blog based upon on the same subjects you discuss and would love to have you
    share some stories/information. I know my audience would value your work.
    If you are even remotely interested, feel free to shoot me
    an email.
    My web-site ; play slots online For real money

    ReplyDelete
  20. Hello to all, the contents present at this web site are genuinely remarkable for people knowledge,
    well, keep up the nice work fellows.
    Feel free to surf my web site ... slot machine Games To play

    ReplyDelete
  21. Hello to all, the contents present at this web site are genuinely remarkable for people knowledge, well, keep up the nice work fellows.
    my page - slot machine Games To play

    ReplyDelete
  22. Post writing is also a fun, if you be acquainted with afterward
    you can write or else it is complex to write.

    Also visit my website ... stargames hack

    ReplyDelete

Warkah buat Adinda; Special Edition



Adinda-adinda yang kekanda sayangi,




Perkara paling penting yang hendak kekanda katakan ialah, kekanda amat menyayangi adinda-adinda semua. Bukan hanya sekarang tetapi sejak kekanda mempunyai seorang adinda iaitu adinda Khairi, sehinggalah kekanda mempunyai lapan orang adinda dengan kelahiran adinda Ti.




Namun, mungkin kekanda jarang menyebut perkara ini secara formal dan secara langsung, tapi yang pasti, kekanda amat menyayangi kalian berlapan.




Adinda Mohd Khairi Azhar yang dikasihi,




Memori pertama bersama adinda ialah ketika kita sekeluarga tinggal di SMK Kuala Krai. Masihkah adinda ingat setiap kali abah pulang dari sukan atau outstation, abah akan membelikan kita mainan ? Antara yang paling kekanda ingat ialah kekanda dibelikan abah sebuah kereta polis dan adinda pula menerima sebuah kepala keretapi yang masing-masing sebesar raga motorsikal. Teringat kekanda, di satu kenangan, abah dan ma duduk di sofa dan kita bermain kereta polis dan kepala keretapi itu dalam keadaan gelap semata-mata kerana nak lihat betapa terangnya lampu dan cahaya dari kedua-dua buah mainan itu..




Seingat kekanda, kita sememangnya banyak menghabiskan masa bersama sejak kecil hinggalah kekanda memasuki SMAP Kajang pada 1990. Kita main bersama, kita makan bersama dan kita bergaduh bersama. Kita bersekolah rendah pun bersama, sentiasa ada adinda 2 darjah di bawah kekanda. Tapi setelah adinda Syafiee semakin besar, adinda Khairi makin rapat dengan adinda Syafiee.. he he, kekanda tak jeles pun.. Sebab masa tu kekanda dah nak masuk Sekolah Menengah.. Ketika kekanda tingkatan 3, adinda masuk ke SMKA Falahiah, dan begitulah seterusnya. Hubungan kita baik namun hanya berjumpa ketika cuti-cuti panjang. Tetapi, semasa adinda masuk YPMKL, hubungan kita makin rapat kerana kita berada berdekatan di Kuala Lumpur. Ingatkah adinda, sekali sekala kita keluar makan bersama.




Seterusnya, setelah kita sama-sama menempuhi alam pekerjaan, hubungan kita sentiasa baik, kekanda hargai rasa hormat dalam diri adinda dan ketenteraman adinda dalam berbicara dengan kekanda. Seingat kekanda, kekanda selalu bertanyakan itu dan ini kepada adinda, kadang-kadang mungkin sampai ke perkara-perkara yang kurang penting.. Semuanya kerana kekanda cuba tunjukkan rasa 'caring' kekanda pada adinda.




Kekanda amat gembira ketika adinda ingin mendirikan rumahtangga, kerana kekanda bangga adinda akan memulakan satu era baru dalam keluarga kita, iaitu alam perkahwinan. Kekanda tidak bersama keluarga ketika pernikahan adinda di rumah pengantin perempuan, maafkan kekanda. Namun, dapat juga kekanda pulang untuk meraikan adinda ketika majlis di rumah kita di Tanah Merah. Lawak juga bila kekanda bersama abah menyambut tetamu, ramai yang mengucapkan tahniah kepada kekanda seolah-olah kekanda yang berkahwin.. he he... kekanda asyik ulang, "Eh.. buke kito, adik..". Lepas tu, bila ada yang cakap, "Guano adik dulu", kekanda jawab, "Kito ngaloh sokmo nga adik.." he he..




Sehingga sekarang pun, setelah adinda bergelar bapa kepada 2 cahayamata yang comel-comel, kekanda sentiasa rasakan betapa dalam hati kita berdua sentiasa ada perasaan hormat-menghormati dan sayang-menyayangi. Kita rapat dan kita sentiasa mengambil berat hal-hal berkaitan satu sama lain.. Banyak ketika kita berbincang perkara-perkara yang berkaitan dengan keluarga dan juga kerjaya kita. Alhamdulillah, adindaku Khairi, dengan segala nikmat kasih sayang adik beradik yang dikurniakan Allah kepada kita.




Kekanda doakan semoga adinda Khairi terus mendapat limpahan Rahmat Allah, di dunia dan di akhirat. Semoga adinda Khairi dan Kak Yani (Isteri), Fatnin, Fathi, dan ramai lagi anak-anak seterusnya (he he) sentiasa bahagia dan sentiasa dimurahkan rezeki, dan sentiasa mendapat keredhaan Allah. Amin.




Adindaku Mohd Syafiee yang dikasihi,




Kekanda teringat semasa Allahyarham Tok Ayah (Datuk sebelah Abah), berjalan perlahan merapati tadika tempat kekanda belajar dan kemudian cakap ngan kekanda, "Abe keru bulih adik doh, marila nok balik". Kekanda dapatkan kebenaran dengan cikgu untuk pulang dan terloncat-loncat berjalan dengan Tok Ayah memimpin tanganya. Macam-macam soalan kekanda tanya Tok Ayah.. "Jate ko tino", kekanda tanya.. "Ma segar dok?" kekanda tanya lagi. "Abah balik doh?".. dan macam-macam lagi sehinggalah kekanda masuk ke rumah dan ketika menyelak tirai dan sempat mengintai adinda dan ma sebelum, "Eh, tubik luar nu ore jate", he he marah Mak (Nenek).. hu hu... Abe keru keluar pergi main dengan Abe keri la... Dan bermulalah episod berebut-rebut antara kami berdua setiap kali nak tengok adinda Syafiee atau riba adinda.




Adinda mengikuti jejak kekanda Khairi memasuki SMKA Falahiah dan telah meninggalkan rekod 9A PMR yang tidak dapat dipecahkan sehingga sekarang oleh adik-beradik yang lain. You Got Class ! And you always do. Adinda Syafiee, adalah yang pertama naik kapal terbang di antara adik-beradik kita ke Sarawak, hadiah kecemerlangan tersebut. Tidak cukup dengan itu, (I have said earlier you got Class !), adinda ke Jepun semasa di UTM Jalan Semarak. Adinda sentiasa ke UTM Jalan Semarak kerana kekanda berkerja berdekatan dengan KLCC. Kekanda sentiasa ingat adinda kena makan banyak kali kerana takut gastrik. Kekanda harap adinda sentiasa jaga jadual makan adinda. Hubungan kita baik dan kekanda sentiasa hargai bagaimana adinda cuba mengawal ton suara adinda ketika bercakap dengan kekanda, semata-mata kerana adinda menghormati kekanda sebagai abang. Kekanda sentiasa sedar dan sentiasa bertolak ansur dengan adinda kerana kekanda tahu sememangnya darah adinda agak panas (keturunan tu.. he he) dan kekanda gembira bersama adinda sepanjang setahun di Kapit, Sarawak. Kekanda cukup-cukup 'happy' masa kat Sarawak di samping adinda, walaupun kita hanya berjumpa di hujung-hujung minggu atau semasa kekanda ada kursus di bandar Kapit. Kita selalu makan bersama, tidur bersama (berlainan bantal.. he he), main laptop bersama, pergi swimming bersama, main badminton bersama, dan juga sering berbual-bual pasal kerjaya kita yang mempunyai majikan yang sama iaitu Kerajaan Malaysia.




Kekanda bersyukur ke hadrat Allah, kerana satu tahun bersama adinda di Kapit adalah suatu hikmah bagi merapatkan hubungan kita, kerana seingat kekanda, kita jarang-jarang berjumpa sebelum itu. Kita hanya jumpa ketika Hari Raya Aidilfitri 2-3 tahun sebelum itu.




Adinda Syafiee, sehingga adinda pindah ke Kuching dan kini di Miri, kekanda sentiasa kagumi kesungguhan dan komited adinda pada kerja. Tidak salah lagi kenapa adinda mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 3 tahun berturut-turut, sebelum dinaikkan pangkat dan sekarang berkhidmat sebagai Ketua Unit Khas Bergerak (UKB) bagi negeri Sarawak.




Alhamdulillah, nikmat adik-beradik yang indah bersama adinda. Kekanda sentiasa doakan kesihatan dan kesejahteraan adinda walaupun jauh di seberang laut. Semoga Allah lindungi adinda dan sentiasa merahmati adinda. Kekanda juga berdoa semoga adinda dipertemukan jodoh yang solehah bagi menambahkan ahli keluarga, ipar-ipar, dan biras-biras... he he (Dulu adinda selalu suruh adinda Fa kawin dulu sebelum adinda).




Didoakan juga semoga adinda sentiasa gembira dan please senyum sokmo. .




Adindaku Nurulhuda yang dikasihi,




Sejak adinda dilahirkan, di bilik tengah (bilik adinda sekarang), kekanda sentiasa merasakan ada satu tanggungjawab besar yang perlu kekanda laksanakan buat adinda. Sebagai puteri sulong Cikgu Ripin & Kak Za, kelahiran adinda sememangnya membawa sinar dalam keluarga. Untuk pengetahuan adinda, kekanda, kekanda khairi dan kekanda syafiee sememangnya mengharapkan adinda seorang puteri sehinggalah adinda dilahirkan.. Alhamdulillah.




Sekiranya adinda ingat, kekanda selalu tanya adinda, "Ado ore gelar dop?" sejak dari adinda masuk sekolah tadika, seterusnya ke sekolah rendah, sekolah menengah hinggalah ke Universiti. Mungkin adinda rasa 'annoying' dengan pertanyaan kekanda yang berulang kali itu, tapi sebenarnya itulah sikap 'protecting' kekanda andai sesiapa melukakan hati adinda, secara automatic dia akan melukakan hati kekanda dan juga kekanda khairi dan kekanda Syafiee..




Adinda ingat tak, dulu masa kita kecik-kecik, kita 4 orang ada buat "meeting" dalam bilik tengah ? Bersama kita ada juga adinda Fa (Arwah) yang masih kecil tapi menangis tak nak ditinggalkan di luar bilik. Masa tu rasanya kali pertama kita cakap secara serius (hu hu...) betapa pentingnya kita menjaga hubungan kita adik-beradik, mesti sentiasa menyenangkan Abah & Ma, serta cuba sedaya-upaya jangan buat Abah & Ma susah hati (he he he).. Tergelak juga mengingatkan keadaan masa tu sebab rasanya kekanda baru Tingkatan 1 atau 2, masih mentah untuk "mempengerusikan meeting"... he he.... Kekanda masih ingat Kak Long buat muka, bila kita orang cakap semua yang Ma buat, Kak Long kena tolong.. he he... nakal kan, kekanda-kekanda Kak Long menyakat... hu hu..




Kekanda agak gembira Kak Long bersekolah menengah dekat dengan rumah, kerana bimbang dengan keselamatan Kak Long sekiranya jauh dari rumah. Sama macam kekanda, saiz badan semasa lingkungan umur tersebut agak kecil berbanding rakan sebaya yang lain. Adinda membuktikan kejayaan cemerlang sehingga menjejakkan kaki ke UiTM Shah Alam. Kekanda masih ingat, kekanda selalu menunggang motorsikal dari Kajang hingga ke Shah Alam untuk jumpa Kak Long, bawak Kak Long makan-makan, beli barang-barang dan sebagainya. Masa awal-awal kat UiTM, Kak Long cakap takut nak keluar sendiri dengan kawan-kawan, hinggalah semester kedua. Kekanda ingat, kekanda bawak Kak Long ke Subang Jaya sebab Kak Long nak beli handset. He he... Bila teringat tu... dan teringat Abah.... fuh, Alhamdulillah, semuanya selamat. Kak Long nak tahu, sampai hal-ehwal-wanita pernah kekanda tanya Ma, takut-takut Ma tak ajar.. he he memandai jugak kekanda ni... ye lah, adik perempuan pertama la katakan...




Adinda memang baik dengan kekanda dan kekanda-kekanda yang lain. Kami rasakan adinda ibarat 'buffer' dan pelengkap kepada kekurangan atau perselisihan antara kami. Kak Long mampu menjadi penenang ketika ada masalah, dan menjadi penghubung apabila sesuatu perlu disampaikan dengan cara yang lembut. He he... Kak Long pun boleh jadi 'SPY' yang boleh dipercayai... hu hu... tapi untuk tujuan yang baik....




Bagi adinda-adinda kak long, sememangnya mereka lebih rapat dengan Kak Long berbanding kekanda, mungkin disebabkan faktor jarak umur dan jarang-jarang berjumpa.




Alhamdulillah, kehadiran adinda sebagai anak ke-4. Kekanda doakan, adinda sentiasa ceria dan sentiasa tabah. Semoga Allah tunaikan segala impian adinda samada dunia atau akhirat. Didoakan juga adinda bertemu jodoh yang Soleh yang sesuai dengan adinda. Amin.


(Ingat tak kami bertiga selalu sakat Kak Long, sapa nak nikah nga Kak Long kena interview dengan kami... he he he... Sebab sayang ko Kak Long la).




Adindaku Mohd Fadhiri bin Rakiah,















[pause]























" Wahai abe keru yang disayangi, bila mahu di sambung warkah ini..hehe..dah lama pause tu.;) " - kaklong




















LA TAHZAN.....

(JANGANLAH BERSEDIH)










" Janganlah kamu bersikap

lemah, dan janganlah kamu

bersedih hati,padahal kamulah

orang-orang yang tinggi

darjatnya, jika kamu orang-

orang beriman"

( Surah Al-Imran Ayat 139 )

" Allah tidak akan membebani

seseorang itu melainkan dengan

kesanggupannya "

(Surah Al-Baqarah Ayat 286)

".......dan janganlah kamu

berputus asa pada Rahmah

Allah. Sesungguhnya tiada

berputus asa dari Rahmah Allah

melainkan kaum yang kafir "

(Surah Yusuf Ayat 12)

" Tiada apapun yang menimpa

seseorang mukmin berupa

bencana dan menderita

kesusahan, kecuali semua itu

menjadi sebab untuk

menghapuskan dosa-dosanya "

(Hadis Bukhari dan Muslim)