Salah satu perkara yang dididik oleh bonda dan ayahanda kepada kita, yang telah dijadikan amalan ialah kita semua akan pergi menghantar anggota keluarga untuk ke mana-mana. Tak kiralah samada salah seorang dari kita akan menaiki keretapi atau bas untuk ke Universiti masing-masing, dulu menghantar kekanda ke airport Kota Bharu, menghantar kekanda syafiee ke airport untuk ke Sarawak... atau ke mana-mana saja, abah akan pastikan kita semua pergi menghantar anggota keluarga tersebut.

(Gambar di stesyen bas ketika menghantar allahyarham Fadhiri untuk menaiki bas ke Tanjung Malim,UPSI pada awal tahun 2009)
Kekanda teringat disaat kekanda dan keluarga menghantar adinda buat kali terakhir..
Abah : Abe keru g skali nga oh jate
*[Abang khairu pergi sama-sama dengan adik-adik lelaki]
Abe Keru: Ho.. naik keto keri
*[Ya.. naik kereta khairi]
Kekanda bergegas bersama adinda khairi, syafiee, hasbullah dan hilmi ke kereta. Setelah masuk ke kereta, kekanda pandang ke belakang di tempat duduk penumpang.. dah menjadi tabiat kekanda akan pastikan semua ada sebelum bertolak...
"So, duo, tigo, pat, limo, ..", kekanda pusing sekali lagi... muka adinda syafie serius merenung ke muka kekanda, seolah-olah ingin menyedarkan sesuatu kepada kekanda dalam kepahitan.. kemudian kekanda memandang hasbullah dan hilmi, kedu-duanya memandang sayu..
*[So=satu, duo=dua, tigo=tiga, pat=empat, limo=lima]
"Cukup doh abe keru..", kata hasbullah perlahan dan terus memandang ke depan melepasi cermin kereta.
*[Cukup doh = dah cukup]
Kekanda tersedar dan terus memandang adinda khairi dan mengangguk supaya khairi mula memandu ke tanah perkuburan.. Kekanda rasa bersalah pula, sebab mengguris hati-hati adindaku berempat dengan reaksi tak sengaja tadi sebaik saja masuk ke dalam kereta..
Kekanda sentiasa ingat enam... adik beradik lelaki kekanda jumlahnya enam.. bila membilang hanya sampai lima, kekanda rasa pelik.. tapi kekanda tersedar, yang ke-enam bersama abah dalam van jenazah.. Ya Allah, peritnya hakikat ini.. Subhanallah
Senyap saja perjalanan kami ke tanah perkuburan 5 adik beradik, anak-anak lelaki Cikgu Ripin & Kak Za yang jumlahnya kini 5. Melayan fikiran masing-masing.
Masuk ke Jalan Kubur, kekanda bersuara..
"Kita sabar banyak-banyak.. kita doa banyak", kekanda cuba memecahkan kesunyian.
Setelah parking kereta, kami keluar dan berjalan kaki masuk ke tanah perkuburan.. Suasana cerah oleh lampu panjang yang dipasang entah oleh siapa.. Keranda pengusung adinda berada bersebelahan dengan liang lahad. Di sekeliling penuh ahli keluarga, jiran-jiran, dan rakan-rakan adinda, maupun rakan-rakan ahli keluarga yang lain. Ramai sungguh orang yang menghantar adinda kali ini..
Ketika sampai di sebelah ayahanda, ayahanda tersenyum kepada kami berlima.. leganya hati kami melihat abah masih mampu tersenyum kepada kami. Kuatnya hati abah menanggung semua ini.. Namun tak lama kekanda memandang muka abah.. Hati kekanda cepat sedih dan rasa sayu setiap kali bila memandang muka abah (dan ma) kerana entah kenapa kekanda faham sangat keperitan yang abah tanggung setiap kali memandang muka abah.
"Abe keru pecak selipar masuk dale", abah menyuruh
*[Abang Khairu tanggal selipar dan masuk]
Kekanda turun ke bahagian kaki kubur dan kekanda lihat permukaan tanah separas dengan dada kekanda..
"Dalamnya..", detik hati kekanda.. adindaku yang dikasihi, ini pertama kali kekanda turun ke dalam kubur..
Kemudian abah turun di sebelah abe keru, selepas saling suruh-menyuruh dengan Paksu Aziz [Ustaz Aziz] memberi penghormatan untuk berada di bahagian kepala. Paksu Aziz kemudian turun di bahagian kepala kubur. Paksu Aziz hanya memakai T-shirt dan kain sarung tanpa jubahnya.
"Buka nutup", ujar Paksu Aziz.. menyuruh yang di atas membuka penutup keranda penyusung.. Setelah penutup kerana dibuka, terserlah sekujur jenazah berkafan putih diatas keranda pengusung.
"Akak molek, koho-koho, pahtu sore tarik ngusung lah kok nun", ujar Paksu Aziz lagi.
*[Angkat dengan baik, perlahan-lahan, kemudian seorang tarik pengusung ke tepi ke arah sana]
Kemudian jenazah adinda dibawa ke birai lubang kubur dan kami bertiga di bawah bersedia.. Terdetik di hati kekanda samada kami mampu menanggung berat adinda dengan hanya bertiga sedangkan diatas ramai yang sedang memegang jenazah.
Setelah jenazah dihulurkan, dan ketika jenazah adinda berada di lengan kami, ternyata jangkaan kekanda meleset.. tidak berat dan kami mampu menampung berat adinda.
"Peluk rapat ke dada dan kemudian turun berlutut perlahan-lahan", ujar Paksu Aziz dan kami bertiga turun bersama-sama perlahan. Ketika berlutut, jenazah diletakkan atas paha kami. Ikatan kafan di buka.
"Baca Inna Anzalna belako 7 kali.." Ujar Paksu Aziz kepada semua yang hadir.
Dalam keadaan dan posisi mencangkung dan jenazah adinda di atas paha kekanda, kekanda memandang ke atas... jauhnya permukaan... kemudian kekanda memandang kembali lantai kubur... dalamnya... terdetik sebentar di hati kekanda bagaimana rasanya baring dalam lubang kubur ini.. tiba-tiba muncul perasaan sayu untuk meninggalkan adinda di dalam liang lahad ini. Namun cepat kekanda istifar dan bersama-sama dengan abah dan paksu aziz mengiringkan jenazah adinda ke arah kiblat (bahagian kanan badan di bawah - mengiring).. Kemudian, yang diatas menghulurkan bola-bola tanah untuk dijadikan penyendal jenazah supaya kemas kedudukannya.
Suasana sunyi sepi.. Penghadang lubang liang lahad diturunkan dan kami bertiga menyamakan kedudukan penghadang kayu itu dan kembali berdiri..
Penutup liang lahad diturunkan.. diikuti tikar penghadang tanah.. Tanah mula diturunkan sambil kami bertiga meratakan dan mengemaskan posisi tanah untuk menutupi paras lubang kubur semakin lama semakin banyak dan memenuhi lubang kubur..
Hati kekanda tenang, sambil adinda-adinda yang lain barada di atas menolak tanah ke bawah membantu dan berada dekat dengan kekanda. Ketika di paras 4/5 penuh, kekanda suruh adinda khairi atau adinda hasbullah masuk membantu sementara kekanda berada di luar. Paksu Aziz turut keluar dan pergi memakai kembali jubahnya.. Ayahanda juga keluar dan proses menimbus tanah selesai dengan 2 dahan pokok di pacak di hujung kepala dan kaki kubur.
Seterusnya, talkin di baca sendiri oleh Paksu Aziz.. Dua tiga kali Paksu Aziz menahan sebak.. betapa jelasnya sayang Paksu Aziz pada adinda. Namun, di sepanjang masa, Paksu Aziz tenang dan lunak suaranya membacakan talkin dan doa.
Setelah selesai dan bersurai.. Kami adik beradik lelaki yang kini berlima berdiri di sekeliling 'Istana baru' adinda bersama abah dan Paksu Aziz.. Abah menadah tangan dan membacakan doa singkat.. Dan kami bersurai meninggalkan adinda.
"Fa, abe keru g dulu deh.. Fa dok molek", detik hati kanda sejurus sebelum melangkahkan kaki untuk pulang..
*[Fa, abang khairu pergi dulu ya.. Fa rehat elok-elok]
-Abe Keru
sungguh sayu bila menbaca warkah kali ini..terimo kasih abg khairu kerana berkongsi ketika ketika menghantar Fa ke sana..alhmdulillah...walaupun kaklong xpergi hantar Fa masa tu,adik beradik lelaki dan abah iringi Fa..;)
ReplyDeletekaklong ingat lagi masa hantar Fa kt stesyen bas ke UPSI pada bulan 12...tulah senyuman dan lambaian terakhir yang dapat kaklong lihat dari adik kesayangan kaklong......masa tu bas sampai lambat dekat 1jam tunggu....alhmdulillah sebenarnya allah nak bagi peluang pada kami bersama-sama sebelum Fa pergi buat selama-lamanya...allahuakbar!!!
ReplyDeletealhmdulillah hasil didikan abah dan ma...hubungan kami adik beradik sungguh rapat..sejak dari dulu lagi hinggalah walaupun dah berumah tangga (yakni abg khairu dan abg khairi) wajib bagi kami setiap ahli keluarga menghantar sesiapa yang akan pergi ke mana-mana...tu penuh stesyen bas,keretapi, or airport..hehe...adik beradik kami ramai ;)
ReplyDeleteassalamualaikum wbt...
ReplyDeleteabe keru, semoga istiqomah dalam kebaikan..
Insya'Allah
ReplyDeleteterima kasih abe keru atas post ni..,saya sokmo buka blog ni untuk dapatkan 'mutiara-mutiara hikmah yang sempat lagi diaplikasikan bagi kita yang masih bernyawa'..
ReplyDeletesaat-saat abe keru cerita suasana nak 'simpan' arwah, cukup untuk sedarkan kami bahawa amal soleh sangat2 perlu dipertingkat lagi dan jauhkan semampu mungkin daripada anasir munkar.
post yang paling menginsafkan bagi saya, terima kasih abe keru.
buat sahabatku fadhiri, ku dapat rasakan kau makin tersenyum berada 'di sana'...tunggu kami semua ya!
to SUA GAMIS..Alhmdulillah..syukran jazilan diatas kunjungan setia..semoga mendapat sedikit sebnyak apa yang dikongsikan..insyaallah..bolehla berkunjung ke web murabbi..kami mengalu-alukan kunjungan sahabt, sahabiah arwah dan semua yang mengenalinya..tafadhal..
ReplyDeleterindunya pada syahid............
ReplyDeleteperjuangan kerana Allah bukan sia2....
ReplyDeleteto abe keru,sabar deh...kami nangis sokmo tringat ko dio....huhu..oghe baik ni ghama saye dih
Salam dari kedoh.teruskn menulis abe keru.kami pembaca setio blog ni.kami baca dapat jugok peringate utk diri sdiri ni.trmo kaseh byk2 deh..
ReplyDelete