BUAT PENGUNJUNG-PENGUNJUNG BLOG.....

BUAT PENGUNJUNG- PENGUNJUNG BLOG.....


Untuk makluman sahabat sahabiah yang baru mengunjungi blog ini, blog Al-Fatihah buat Mohd Fadhiri bin Rakiah (Mohamad Ariffin) dibuat setelah ahli bait solihin kami iaitu al-marhum Mohd Fadhiri kembali ke Rahmatullah pada 11/01/10.



Blog ini telah diwujudkan pada 14/01/10, iaitu 3 hari setelah arwah kembali ke Rahmatullah oleh Abang Khairu (abang sulung arwah).



Semoga tautan ukhwah Fillah yang terjalin antara sahabat sahabiah serta semua yang pernah mengenali al-marhum Mohd Fadhiri dapat kami sekeluarga sambung, insyaALLAH




- dari keluarga al-marhum Mohd Fadhiri bin Rakiah (Mohamad Ariffin) -



JOM PROMOSI


ASIF JIDDAN....


Assalamualaikum kepada semua pengunjung-pengunjung blog Al-Fatihah buat Mohd Fadhiri bin Rakiah (Mohamad Ariffin)



Semoga sentiasa dalam lindungan dan rahmah ALLAH...InsyaALLAH..Semoga sentiasa diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan sehari-hari hanya untuk mencapai redha ALLAH..


Asif jiddan, dah lama kaklong tak update blog, untuk berkongsi ilmu, Ini kerana kaklong sibuk kemaskini portal web Islam bersama adik Imi..Buat sementara waktu, bolehlah ziarah portal murabbi. Semoga mendapat sedikit sebanyak ilmu yang bermanfaat untuk dunia dan akhirah di portal web Islam tersebut....http://www.murabbi.net/

InsyaALLAH, setelah kaklong dah siap mengemaskini Portal murabbi, akan kaklong kembali mencoret di sini..InsyaALLAH


Pejuangan yang masih jauh selagi jasad terkandung dalam diri dalam menuju YA RABB. Hanya untuk mendapart redha ALLAH..insya ALLAH...;ALL THE BEST!!!...BI TAUFIQ WA NAJAH FI DUNNIA WA AKHIRAT ;)


PENGUMUMAN KHAS

PENGUMUMAN MAJLIS TAHLIL

Majlis Tahlil Hari Ke 100 Allahyarham Mohd Fadhiri bin Rakiah adalah pada tarikh
20/4/2010 (Selasa). Kemungkinan akan dibuat pada tarikh
22/4/2010 (Khamis). Insyaallah


Semua sahabat sahabiah serta semua yang mengenali arwah di jemput hadir. Kami sekeluarga sangat-sangat mengalukan kedatangan sahabat sahabiah semua



Thursday, February 4, 2010

CORETAN KAKLONG (SIRI 3)

Rabu, 3/2/10


Esok, Khamis malam Jumaat, majlis tahlil Fa bagi minggu yang 3, yakni hari ke 25 Fa dah kembali ke rahmatullah…..Terlalu lama meninggalkan coretan kaklong…..asif jiddan kepada pengunjung-pengunjung kerana tertanya-tanya bila ingin disambung coretan ini…..bukan tidak mahu mencoret, sekadar ingin memberi ruang dalam menyiapkan laman web Islam , www.murabbi.net. Alhmdulillah, 1 Februari 2010, secara rasminya ia dilancarkan…..tentu Fa gembira dan tersenyum kan .Tapi masih banyak kekurangan pada murabbi.net disebabkan ia di siapkan dalam masa sesingkat yang mungkin iaitu seminggu lebih, tetapi Insyaallah , Imi, Kaklong dan Abg keru, ahli keluarga, serta sahabat dan sahabiah akan sentiasa mengemaskini untuk menghasilkan yang terbaik dengan izinNYA……….kaklong menyorot kembali sambungan terdahulu walaupun hampir 25 hari ia berlalu………tetapi ia masih segar dalam fikiran……


Alhamdulillah akhirnya selamat sampai ke rumah kita dalam pukul 10.30 malam..…Fa nak tau, ramai sangat orang menanti Fa di rumah……terharu sangat kaklong bila tengok jiran-jiran kita, sahabat-sahabat Abah, sahabat-sahabat serta sahabiah-sahabiah Fa dari UPSI, alumni SMKA Falahiah, sahabat-sahabat No dari UDM, dan semua yang datang nak solat jenazah Fa serta jumpa Fa…….kaklong jadi agak terpinga-pinga time tue…..hehe….di sebabkan terlalu ramai sangat orang di dalam dan di luar perkarangan rumah sehingga mencecah jalan dan rumah jiran bersebelahan.……hanya lafaz syukur yang mampu diungkapkan dalam hati kaklong …….Mesti Fa gembira kan tengok sahabat dan sahabiah Fa yang ramai datang rumah kita…..sebab kaklong ingat dulu, Fa suka sangat jemput sahabat dan sahabiah datang rumah, mintak tolong kaklong masak dan hidangkan pada sahabat dan sahabiah Fa… Tetapi kali ini bukan 3-4 buah biji kereta sahabat sahabiah Fa datang rumah…….tetapi 2 buah bas UPSI dan 6-7 buah kereta menyusul (mungkin lebih kaklong pun tak berapa pasti, tetapi yang pastinya terlalu ramai) semua nak tengok Fa buat kali terakhir……walaupun mereka semua datang jauh dari Tanjung Malim, tetapi mereka sanggup semata-mata mengiringi pemergian Fa untuk selama-lamanya. Masa tu ahli keluarga yang menanti di rumah ialah adik Nor dan adik Imi. Manakala Abg khairi berada di Kota Bharu untuk menjemput Abg Een di airport dari Miri, Sarawak.


Lebih kurang pukul 12.30 malam, Abg Een dan Abg Khairi serta keluarga Abg Khairi sampai di rumah…..Saat Fa di letakkan di tengah-tengah ruang rumah untuk melihat Fa, sungguh syahdu perasaan kami ketika itu……menyaksikan wajah soleh dan raut ketenangan wajah Fa buat kali terakhir……saat-saat terakhir bersama Fa……sunggup sekejap saat itu……..Saat di mana kami bersama-sama sekeluarga berkumpul iaitu seramai 15 orang, tetapi kali ini perhimpunan keluarga ini cukup lain….cukup berbeza dengan perhimpunan keluarga sebelum-sebelum ini…..cukup sayu hati kami…….perhimpunan ahli keluarga yang berakhir dengan pemergian dan kehilangan seorang insan yang paling baik, paling waraq, paling bagus akhlaknya, paling alim dan lain-lain yang tak terungkap oleh kata-kata……..Allahuakbar. Sebelum Abah membuka kain kafan yang menutupi wajah Fa, Abah dah berpesan pada kami semua supaya seboleh-bolehnya jangan menangis. Jika menangis, janganlah sehingga air mata menitis pada wajah Fa……..kami tak nak bagi Fa sedih…….kami tak nak bagi Fa sakit…….Allahuakbar……


Selepas itu, seorang-seorang dari adik beradik kita mengucup dahi Fa di mulai Ma dan di akhiri dengan Abah….Syahdu sungguh perasaan kaklong masa tu…….tapi kaklong hanya sebak di hati, kaklong tak nak menangis langsung depan Fa..….tambah sungguh sayu hati kaklong bila sampai giliran adik untuk mencium dahi Fa……adik seolah-olah baru tersedar, bila Abah suruh adik kucup dahi Fa, adik berkata dengan nada yang sungguh sebak “xnak "…….pastu adik tengok muka kaklong seolah-olah ingin memperolehi kepastian adakah benar apa yang dialaminya sekarang...kaklong pun cakap kat adik, "Marilah dik, cium abg Pa, lepas nie tak boleh dah", terketar-ketar suara kaklong menahan sebak agar air mata tidak tumpah mengalir…Pastu adik menangis.Kak Ngah peluk adik dan menenangkan adik. Fa nak tau saat tu baru adik menangis, baru mengalirkan air mata…..adik seolah-olah baru tersedar dari mimpi bahawa selepas ini, adik tak dapat lagi berjumpa, melihat, bergurau, mendengar nasihat abg kesayangan dan paling rapat dengannya…….….Allahuakbar…….Apa yang kaklong tengok, Abg Khairi, Abg Een dan Adik Nor agak kuat menangis dan mengalirkan air mata kerana terlalu sebak melihat wajah terakhir Fa serta tidak puas melihat raut wajah Fa yang sungguh tenang. Tetapi alhmdulillah, di saat ingin mengucup Fa, semua dalam keadaan tenang dan terkawal. Cuma Abg Een yang dimana berada betul-betul berhadapan dengan kaklong terlalu pucat mukanya akibat masih terlalu terkejut dengan berita yang tak disangka ini…..


Lebih kurang pukul 1 pagi, Fa disolatkan dengan di imankan sendiri oleh Paksu Aziz (Ustaz Aziz). Ketika Solat Jenazah, ada saat paksu aziz terlalu sebak dalam doanya…..sebak kehilangan anak saudara yang paling di sayanginya, anak saudara yang bakal mengikuti jejak langkahnya, yang sentiasa berkongsi pandangan dalam ilmu agama….sebak teringat janji ALLAH pada setiap hambaNYA iaitu kematian……Kullu Nafsin Zaiqatul Maut…….tapi sayang manusia kepada manusia tak terbanding dengan sayang ALLAH pada hambaNYA……Allahuakbar…


Alhamdulillah selesai solat jenazah, Fa diangkat menuju ke rumah baru Fa…..berdekatan dengan rumah kita….Kaklong dan ahli keluarga perempuan semua tak dapat pergi di saat ketika menghantar Fa ke sana disebabkan masa dan keadaan yang tidak mengizinkan…...Hanya doa mengiringi Fa dari kami di rumah....Hanya Abah dan adik beradik lelaki serta seluruh muslimin yang mengiringi Fa . Pagi esok baru kami ke sana…..Alhamdulillah Allah permudahkan semuanya dalam setiap urusan Fa.....Sangat-sangat bersyukur padaNYA...Apabila saat di tempat perkuburan (dimana ia diceritakn kembali oleh adik imi kepada kaklong), Abah, Abang Khairu dan Paksu Aziz yang menyambut Fa di liang lahad….Selesai semuanya, Paksu Aziz membacakan sendiri talkin sebagai peringatan untuk orang-orang yang masih hidup…sungguh tenang saat itu, semua yang hadir khusyuk mendengar bacaan talkin oleh Paksu Aziz……..semua orang menghayati dan mengaminkan setiap doa yang dimohon…….


Allamdulillah…rahmahMu mengiringi Allahyarham Mohd Fadhiri bin Rakiah……Semoga allahyarham ditempatkan bersama-sama dengan para mukminin, syahidin, solihin, syuhada dan mendapat darjat tertinggi disisi ALLAH…hanya dengan RAHMAH dan KASIH ALLAH….insyallah………Alhamdulillah semuanya selesai lebih kurang pukul 2.30 pagi…………..Tinggallah Fa seorang disana....berbahagialah adik kaklong di sana…….berjumpa dengan cinta hakikiNYA………YA RABB…..Insyallah kami semua akan menyusul bila sampai saat dan masanya….bertemu di sana…insyaallah….Sama-sama memepertingkatkan diri dengan ilmu, iman, amal dan ibadah bagi menuju YA RABB hanya semata-semata mendapat redhaNYA…….insyallah ;)

8 comments:

  1. kak long...

    pengalaman saya yang kematian salah seorg ahli keluarga yang baik2 ni pun macamnilah..mula2 memang sebak tapi bila dah masuk bulan ke-2 hingga seterusnya makin dalam ingatan terhadap arwah...apa yang paling terkesan, pemergian mereka meninggalkan banyak ikutan yang baik...lain benar kesan org beriman berbanding org kebiasaan...Allah muliakan mereka dalam setiap hati kita...semalam ana jumpa salah seorg ex-matrik arwah..terkedu dan sebak pada wajahnya apabila baru tahu tentang kematian arwah..tak terucap...arwah merupakan ketua kelas matrik dulu..arwahlah satu2nya ahli kelas yang boleh dibawa berbincang, senang berkira, mudah menolong dan meringankan beban...sebenarnya arwah selalu menjalinkan ukhuwwah dengan kwn2 matrik dia...

    ReplyDelete
  2. to syairah..benar katamu wahai ukhti solehah, sairah....walaupun hati amat gembira arwah dah bahagia disana,disamping pencintaNYA....namun..kerinduan dan ingatan terhadap arwah xkan luput dari ingatan kami....terlalu banyak memori bersama arwah...semakin mendekatkan diri kepadaNYA....semakin teringat kepada arwah....subhanallah....sampaikan salam kaklong kepada ex-matrik arwah yg enti ceritakan..jemputlah ke rumah sekiranya ada masa kelapangn...;)..kami sekeluarga bersedia kunjungan semua sahabatdan sahabah arwah dan yang mengenali arwah..tafadhal..

    ReplyDelete
  3. masyaAllah...hebatnya manusia yang beriman kepada Allah...moga2 Allah sentiasa d sampingnya

    ReplyDelete
  4. kak long, murabbi.net dilancarkan pd 1 Feb 2010 kan... kak long tulis 1 Mac dlm coretan ni...

    ReplyDelete
  5. to anymous..na'am..hehe.tesilap..nanti kaklong betulkan..syukran jazilan..

    ReplyDelete
  6. Salam,
    Ana sahabat arwah yang bersama2 arwah kali terakhir, kalau gambar di stesen keretapi itu, ana di tengah. Semalam dpt bertemu arwah dalam mimpi, mungkin kerinduan yang menemukan kami. Arwah hnya senyum sahaja, walaupun hanya seketika, dapat mengubat rindu padanya. Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  7. wslm...to firdaus..alhmdulillah...syukur pada nikmat ALLAH walaupun sekejap...insyaallah as-syahid bahagia disana...sama-sama kita mendekatkan diri pada YA RABB...insyallah berjumpa dengn as-syahid disana dgn izinNYA....ALLAHUAKBAR!!

    ReplyDelete
  8. salam,
    sungguh sebak hati sy mbaca entry ini,.
    walaupun tdk prnah mgenali arwh, namun ia bnr2 mbuatkn sy mnitiskan air mata,..
    semoga arwah d tmptkn dlm klgn org beriman,..amin,.

    ReplyDelete

Warkah buat Adinda; Special Edition



Adinda-adinda yang kekanda sayangi,




Perkara paling penting yang hendak kekanda katakan ialah, kekanda amat menyayangi adinda-adinda semua. Bukan hanya sekarang tetapi sejak kekanda mempunyai seorang adinda iaitu adinda Khairi, sehinggalah kekanda mempunyai lapan orang adinda dengan kelahiran adinda Ti.




Namun, mungkin kekanda jarang menyebut perkara ini secara formal dan secara langsung, tapi yang pasti, kekanda amat menyayangi kalian berlapan.




Adinda Mohd Khairi Azhar yang dikasihi,




Memori pertama bersama adinda ialah ketika kita sekeluarga tinggal di SMK Kuala Krai. Masihkah adinda ingat setiap kali abah pulang dari sukan atau outstation, abah akan membelikan kita mainan ? Antara yang paling kekanda ingat ialah kekanda dibelikan abah sebuah kereta polis dan adinda pula menerima sebuah kepala keretapi yang masing-masing sebesar raga motorsikal. Teringat kekanda, di satu kenangan, abah dan ma duduk di sofa dan kita bermain kereta polis dan kepala keretapi itu dalam keadaan gelap semata-mata kerana nak lihat betapa terangnya lampu dan cahaya dari kedua-dua buah mainan itu..




Seingat kekanda, kita sememangnya banyak menghabiskan masa bersama sejak kecil hinggalah kekanda memasuki SMAP Kajang pada 1990. Kita main bersama, kita makan bersama dan kita bergaduh bersama. Kita bersekolah rendah pun bersama, sentiasa ada adinda 2 darjah di bawah kekanda. Tapi setelah adinda Syafiee semakin besar, adinda Khairi makin rapat dengan adinda Syafiee.. he he, kekanda tak jeles pun.. Sebab masa tu kekanda dah nak masuk Sekolah Menengah.. Ketika kekanda tingkatan 3, adinda masuk ke SMKA Falahiah, dan begitulah seterusnya. Hubungan kita baik namun hanya berjumpa ketika cuti-cuti panjang. Tetapi, semasa adinda masuk YPMKL, hubungan kita makin rapat kerana kita berada berdekatan di Kuala Lumpur. Ingatkah adinda, sekali sekala kita keluar makan bersama.




Seterusnya, setelah kita sama-sama menempuhi alam pekerjaan, hubungan kita sentiasa baik, kekanda hargai rasa hormat dalam diri adinda dan ketenteraman adinda dalam berbicara dengan kekanda. Seingat kekanda, kekanda selalu bertanyakan itu dan ini kepada adinda, kadang-kadang mungkin sampai ke perkara-perkara yang kurang penting.. Semuanya kerana kekanda cuba tunjukkan rasa 'caring' kekanda pada adinda.




Kekanda amat gembira ketika adinda ingin mendirikan rumahtangga, kerana kekanda bangga adinda akan memulakan satu era baru dalam keluarga kita, iaitu alam perkahwinan. Kekanda tidak bersama keluarga ketika pernikahan adinda di rumah pengantin perempuan, maafkan kekanda. Namun, dapat juga kekanda pulang untuk meraikan adinda ketika majlis di rumah kita di Tanah Merah. Lawak juga bila kekanda bersama abah menyambut tetamu, ramai yang mengucapkan tahniah kepada kekanda seolah-olah kekanda yang berkahwin.. he he... kekanda asyik ulang, "Eh.. buke kito, adik..". Lepas tu, bila ada yang cakap, "Guano adik dulu", kekanda jawab, "Kito ngaloh sokmo nga adik.." he he..




Sehingga sekarang pun, setelah adinda bergelar bapa kepada 2 cahayamata yang comel-comel, kekanda sentiasa rasakan betapa dalam hati kita berdua sentiasa ada perasaan hormat-menghormati dan sayang-menyayangi. Kita rapat dan kita sentiasa mengambil berat hal-hal berkaitan satu sama lain.. Banyak ketika kita berbincang perkara-perkara yang berkaitan dengan keluarga dan juga kerjaya kita. Alhamdulillah, adindaku Khairi, dengan segala nikmat kasih sayang adik beradik yang dikurniakan Allah kepada kita.




Kekanda doakan semoga adinda Khairi terus mendapat limpahan Rahmat Allah, di dunia dan di akhirat. Semoga adinda Khairi dan Kak Yani (Isteri), Fatnin, Fathi, dan ramai lagi anak-anak seterusnya (he he) sentiasa bahagia dan sentiasa dimurahkan rezeki, dan sentiasa mendapat keredhaan Allah. Amin.




Adindaku Mohd Syafiee yang dikasihi,




Kekanda teringat semasa Allahyarham Tok Ayah (Datuk sebelah Abah), berjalan perlahan merapati tadika tempat kekanda belajar dan kemudian cakap ngan kekanda, "Abe keru bulih adik doh, marila nok balik". Kekanda dapatkan kebenaran dengan cikgu untuk pulang dan terloncat-loncat berjalan dengan Tok Ayah memimpin tanganya. Macam-macam soalan kekanda tanya Tok Ayah.. "Jate ko tino", kekanda tanya.. "Ma segar dok?" kekanda tanya lagi. "Abah balik doh?".. dan macam-macam lagi sehinggalah kekanda masuk ke rumah dan ketika menyelak tirai dan sempat mengintai adinda dan ma sebelum, "Eh, tubik luar nu ore jate", he he marah Mak (Nenek).. hu hu... Abe keru keluar pergi main dengan Abe keri la... Dan bermulalah episod berebut-rebut antara kami berdua setiap kali nak tengok adinda Syafiee atau riba adinda.




Adinda mengikuti jejak kekanda Khairi memasuki SMKA Falahiah dan telah meninggalkan rekod 9A PMR yang tidak dapat dipecahkan sehingga sekarang oleh adik-beradik yang lain. You Got Class ! And you always do. Adinda Syafiee, adalah yang pertama naik kapal terbang di antara adik-beradik kita ke Sarawak, hadiah kecemerlangan tersebut. Tidak cukup dengan itu, (I have said earlier you got Class !), adinda ke Jepun semasa di UTM Jalan Semarak. Adinda sentiasa ke UTM Jalan Semarak kerana kekanda berkerja berdekatan dengan KLCC. Kekanda sentiasa ingat adinda kena makan banyak kali kerana takut gastrik. Kekanda harap adinda sentiasa jaga jadual makan adinda. Hubungan kita baik dan kekanda sentiasa hargai bagaimana adinda cuba mengawal ton suara adinda ketika bercakap dengan kekanda, semata-mata kerana adinda menghormati kekanda sebagai abang. Kekanda sentiasa sedar dan sentiasa bertolak ansur dengan adinda kerana kekanda tahu sememangnya darah adinda agak panas (keturunan tu.. he he) dan kekanda gembira bersama adinda sepanjang setahun di Kapit, Sarawak. Kekanda cukup-cukup 'happy' masa kat Sarawak di samping adinda, walaupun kita hanya berjumpa di hujung-hujung minggu atau semasa kekanda ada kursus di bandar Kapit. Kita selalu makan bersama, tidur bersama (berlainan bantal.. he he), main laptop bersama, pergi swimming bersama, main badminton bersama, dan juga sering berbual-bual pasal kerjaya kita yang mempunyai majikan yang sama iaitu Kerajaan Malaysia.




Kekanda bersyukur ke hadrat Allah, kerana satu tahun bersama adinda di Kapit adalah suatu hikmah bagi merapatkan hubungan kita, kerana seingat kekanda, kita jarang-jarang berjumpa sebelum itu. Kita hanya jumpa ketika Hari Raya Aidilfitri 2-3 tahun sebelum itu.




Adinda Syafiee, sehingga adinda pindah ke Kuching dan kini di Miri, kekanda sentiasa kagumi kesungguhan dan komited adinda pada kerja. Tidak salah lagi kenapa adinda mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 3 tahun berturut-turut, sebelum dinaikkan pangkat dan sekarang berkhidmat sebagai Ketua Unit Khas Bergerak (UKB) bagi negeri Sarawak.




Alhamdulillah, nikmat adik-beradik yang indah bersama adinda. Kekanda sentiasa doakan kesihatan dan kesejahteraan adinda walaupun jauh di seberang laut. Semoga Allah lindungi adinda dan sentiasa merahmati adinda. Kekanda juga berdoa semoga adinda dipertemukan jodoh yang solehah bagi menambahkan ahli keluarga, ipar-ipar, dan biras-biras... he he (Dulu adinda selalu suruh adinda Fa kawin dulu sebelum adinda).




Didoakan juga semoga adinda sentiasa gembira dan please senyum sokmo. .




Adindaku Nurulhuda yang dikasihi,




Sejak adinda dilahirkan, di bilik tengah (bilik adinda sekarang), kekanda sentiasa merasakan ada satu tanggungjawab besar yang perlu kekanda laksanakan buat adinda. Sebagai puteri sulong Cikgu Ripin & Kak Za, kelahiran adinda sememangnya membawa sinar dalam keluarga. Untuk pengetahuan adinda, kekanda, kekanda khairi dan kekanda syafiee sememangnya mengharapkan adinda seorang puteri sehinggalah adinda dilahirkan.. Alhamdulillah.




Sekiranya adinda ingat, kekanda selalu tanya adinda, "Ado ore gelar dop?" sejak dari adinda masuk sekolah tadika, seterusnya ke sekolah rendah, sekolah menengah hinggalah ke Universiti. Mungkin adinda rasa 'annoying' dengan pertanyaan kekanda yang berulang kali itu, tapi sebenarnya itulah sikap 'protecting' kekanda andai sesiapa melukakan hati adinda, secara automatic dia akan melukakan hati kekanda dan juga kekanda khairi dan kekanda Syafiee..




Adinda ingat tak, dulu masa kita kecik-kecik, kita 4 orang ada buat "meeting" dalam bilik tengah ? Bersama kita ada juga adinda Fa (Arwah) yang masih kecil tapi menangis tak nak ditinggalkan di luar bilik. Masa tu rasanya kali pertama kita cakap secara serius (hu hu...) betapa pentingnya kita menjaga hubungan kita adik-beradik, mesti sentiasa menyenangkan Abah & Ma, serta cuba sedaya-upaya jangan buat Abah & Ma susah hati (he he he).. Tergelak juga mengingatkan keadaan masa tu sebab rasanya kekanda baru Tingkatan 1 atau 2, masih mentah untuk "mempengerusikan meeting"... he he.... Kekanda masih ingat Kak Long buat muka, bila kita orang cakap semua yang Ma buat, Kak Long kena tolong.. he he... nakal kan, kekanda-kekanda Kak Long menyakat... hu hu..




Kekanda agak gembira Kak Long bersekolah menengah dekat dengan rumah, kerana bimbang dengan keselamatan Kak Long sekiranya jauh dari rumah. Sama macam kekanda, saiz badan semasa lingkungan umur tersebut agak kecil berbanding rakan sebaya yang lain. Adinda membuktikan kejayaan cemerlang sehingga menjejakkan kaki ke UiTM Shah Alam. Kekanda masih ingat, kekanda selalu menunggang motorsikal dari Kajang hingga ke Shah Alam untuk jumpa Kak Long, bawak Kak Long makan-makan, beli barang-barang dan sebagainya. Masa awal-awal kat UiTM, Kak Long cakap takut nak keluar sendiri dengan kawan-kawan, hinggalah semester kedua. Kekanda ingat, kekanda bawak Kak Long ke Subang Jaya sebab Kak Long nak beli handset. He he... Bila teringat tu... dan teringat Abah.... fuh, Alhamdulillah, semuanya selamat. Kak Long nak tahu, sampai hal-ehwal-wanita pernah kekanda tanya Ma, takut-takut Ma tak ajar.. he he memandai jugak kekanda ni... ye lah, adik perempuan pertama la katakan...




Adinda memang baik dengan kekanda dan kekanda-kekanda yang lain. Kami rasakan adinda ibarat 'buffer' dan pelengkap kepada kekurangan atau perselisihan antara kami. Kak Long mampu menjadi penenang ketika ada masalah, dan menjadi penghubung apabila sesuatu perlu disampaikan dengan cara yang lembut. He he... Kak Long pun boleh jadi 'SPY' yang boleh dipercayai... hu hu... tapi untuk tujuan yang baik....




Bagi adinda-adinda kak long, sememangnya mereka lebih rapat dengan Kak Long berbanding kekanda, mungkin disebabkan faktor jarak umur dan jarang-jarang berjumpa.




Alhamdulillah, kehadiran adinda sebagai anak ke-4. Kekanda doakan, adinda sentiasa ceria dan sentiasa tabah. Semoga Allah tunaikan segala impian adinda samada dunia atau akhirat. Didoakan juga adinda bertemu jodoh yang Soleh yang sesuai dengan adinda. Amin.


(Ingat tak kami bertiga selalu sakat Kak Long, sapa nak nikah nga Kak Long kena interview dengan kami... he he he... Sebab sayang ko Kak Long la).




Adindaku Mohd Fadhiri bin Rakiah,















[pause]























" Wahai abe keru yang disayangi, bila mahu di sambung warkah ini..hehe..dah lama pause tu.;) " - kaklong




















LA TAHZAN.....

(JANGANLAH BERSEDIH)










" Janganlah kamu bersikap

lemah, dan janganlah kamu

bersedih hati,padahal kamulah

orang-orang yang tinggi

darjatnya, jika kamu orang-

orang beriman"

( Surah Al-Imran Ayat 139 )

" Allah tidak akan membebani

seseorang itu melainkan dengan

kesanggupannya "

(Surah Al-Baqarah Ayat 286)

".......dan janganlah kamu

berputus asa pada Rahmah

Allah. Sesungguhnya tiada

berputus asa dari Rahmah Allah

melainkan kaum yang kafir "

(Surah Yusuf Ayat 12)

" Tiada apapun yang menimpa

seseorang mukmin berupa

bencana dan menderita

kesusahan, kecuali semua itu

menjadi sebab untuk

menghapuskan dosa-dosanya "

(Hadis Bukhari dan Muslim)