BUAT PENGUNJUNG-PENGUNJUNG BLOG.....

BUAT PENGUNJUNG- PENGUNJUNG BLOG.....


Untuk makluman sahabat sahabiah yang baru mengunjungi blog ini, blog Al-Fatihah buat Mohd Fadhiri bin Rakiah (Mohamad Ariffin) dibuat setelah ahli bait solihin kami iaitu al-marhum Mohd Fadhiri kembali ke Rahmatullah pada 11/01/10.



Blog ini telah diwujudkan pada 14/01/10, iaitu 3 hari setelah arwah kembali ke Rahmatullah oleh Abang Khairu (abang sulung arwah).



Semoga tautan ukhwah Fillah yang terjalin antara sahabat sahabiah serta semua yang pernah mengenali al-marhum Mohd Fadhiri dapat kami sekeluarga sambung, insyaALLAH




- dari keluarga al-marhum Mohd Fadhiri bin Rakiah (Mohamad Ariffin) -



JOM PROMOSI


ASIF JIDDAN....


Assalamualaikum kepada semua pengunjung-pengunjung blog Al-Fatihah buat Mohd Fadhiri bin Rakiah (Mohamad Ariffin)



Semoga sentiasa dalam lindungan dan rahmah ALLAH...InsyaALLAH..Semoga sentiasa diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan sehari-hari hanya untuk mencapai redha ALLAH..


Asif jiddan, dah lama kaklong tak update blog, untuk berkongsi ilmu, Ini kerana kaklong sibuk kemaskini portal web Islam bersama adik Imi..Buat sementara waktu, bolehlah ziarah portal murabbi. Semoga mendapat sedikit sebanyak ilmu yang bermanfaat untuk dunia dan akhirah di portal web Islam tersebut....http://www.murabbi.net/

InsyaALLAH, setelah kaklong dah siap mengemaskini Portal murabbi, akan kaklong kembali mencoret di sini..InsyaALLAH


Pejuangan yang masih jauh selagi jasad terkandung dalam diri dalam menuju YA RABB. Hanya untuk mendapart redha ALLAH..insya ALLAH...;ALL THE BEST!!!...BI TAUFIQ WA NAJAH FI DUNNIA WA AKHIRAT ;)


PENGUMUMAN KHAS

PENGUMUMAN MAJLIS TAHLIL

Majlis Tahlil Hari Ke 100 Allahyarham Mohd Fadhiri bin Rakiah adalah pada tarikh
20/4/2010 (Selasa). Kemungkinan akan dibuat pada tarikh
22/4/2010 (Khamis). Insyaallah


Semua sahabat sahabiah serta semua yang mengenali arwah di jemput hadir. Kami sekeluarga sangat-sangat mengalukan kedatangan sahabat sahabiah semua



Monday, February 1, 2010

LUAHAN HATI BUAT AS-SYAHID


(GAMBAR ARWAH MEMBERI HADIAH KEPADA ABAH SEMASA HARI LAHIR ABAH NOV,2008 DI HORIZON RESTAURANT- makan bersama-sama semua ahli keluarga meraikan hari lahir kakngah-1/11, arwah-6/11 dan abah-22/11)



Alhamdulillah.. Ya Rabbul Alamin… Aku bersyukur padaMu, Wahai Tuhan Sekalian Alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, penghulu segala Nabi, Rasullullah SAW. Saat ini, KAU masih berikan aku nikmat yang paling besar iaitu islam dan iman. Syukran, Ya Allah… Saat ini, aku masih diberikan kesempatan untuk beribadah kepadaMu. Saat ini, aku dalam kasih sayang dan rahmatMu… Begitu banyak nikmat2Mu yang telah aku dustakan, begitu banyak dosa2 yang telah kulakukan, begitu sedikit amal ibadahku… Di saat ini, izinkan aku meluahkan rasa cintaku padaMu, Ya Allah. Sementara, pintu taubatMu masih terbuka, di saat rohku belum berpisah dari jasadku, di saat Malaikat IzrailMu belum menjemputku untuk bertemu denganMu.

Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui apa yang tersembunyi di dalam hati ini, ampunilah dosa2 laluku, aku benar2 menyesal dengan dosa2ku itu, betapa bongkaknya hambaMu, dahulunya yang telah melupakan Yang Maha Pencipta, dahulunya yang lalai dan alpa, dahulunya yang dibuai keindahan duniawi… ampunilah aku, Ya Allah, kerna tiada yang dapat mengampuniku melainkan Engkau, Yang Maha Pengampun. Ya Allah, aku benar2 menyesal dengan dosa2ku yang lalu, aku tidak mahu dosa2 itu terus berulang, aku tidak mahu melakukannya lagi… Ya Allah, Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, sesungguhnya hambaMu ini lemah, hambaMu ini tidak kuat, Kau pimpinlah aku, ke jalan menujuMu. Jika kadang2 ku tergelincir dari jalanMu, tariklah aku kembali. Ya Allah, Kau rahmatilah aku, keluargaku, sahabat2ku, muslimin muslimat yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia. Jauhilah kami dari azab api nerakaMu, berikanlah kejayaan dan kebahagiaan kepada kami, di dunia dan di akhirat… Amin.. Amin.. Amin.. Ya Rabbal Alamin.

Pemergianmu Membawa Seribu Rahmat

Abang Fa, terima kasih banyak2, terima kasih atas semuanya. Banyak sangat yang K.Ngah nak critakan kat Abang Fa. Hari ini, Isnin, 25 Januari 2010, jam 7.05 pagi, masih segar di ingatan K.Ngah, di waktu ini jugak kami (Abah, Ma, Kak Long, K.Ngah dan Adik) bergegas ke Perak. Kul 10.50 pagi nanti, genaplah 2 minggu abang Fa tinggalkan kami, bukan peninggalan yang biasa2, abang Fa pergi tuk selamanya, abang Fa pergi menemui Yang Maha Pencipta, cinta hakiki Abang Fa.

Saat abah menyebut “Inna lillahi wa inna lillahi rajiun”, bagaikan satu batu besar yang menghempap diri K.Ngah. Kenyataan yang sangat pahit untuk diterima. Sewaktu dapat tahu abang Fa accident, Syima hanya berdoa, memohon padaNYA, berikan yang terbaik tuk Abang Fa. Sesungguhnya DIA Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNYA. Abang Fa pasti berbahagia di sana kan. Abang Fa tunggu kami tau. Abah Ma, adik beradik, saudara mara, sahabat2 Abang Fa, kami akan terus berjuang mendapat keredhaanNYA. Insyaallah, biiznillah, kita berjumpa di sana.

Ada sahabat K.Ngah pernah berpesan, “Kematian adalah guru terbaik”. Betul kan, abang Fa. K.Ngah tahu abang Fa sendiri dapat lihat perubahan2 semua orang selepas abang Fa tak de kan. Pemergian abang Fa betul2 membawa seribu rahmat kepada kami. Kami seakan2 tersedar dari mimpi yang panjang. Selepas abang Fa pergi, barulah kami tersedar dari mimpi itu. Betapa Allah itu Maha Penyayang kan. Abang Fa, kami xsebaik akhlak abang Fa, kami xsemulia abang Fa… Tapi, kami akan cuba sedaya upaya ikut apa yang Abang Fa pesan kat kami.

Kalau salah seorang dari kami jatuh atau tergelincir dari jalanNYA ini, kami tidak akan tinggalkan dia, kami akan pimpin tangannya, sebab kami nak sama2 jumpa abang Fa kat sana nanti. Kami akan saling ingat mengingati, tegur menegur, tolong-menolong antara satu sama lain. Kami akan jaga antara satu sama lain. Abang Fa, jangan risau2 tau. Abang Fa kat sana, doakanlah kami kat sini. Moga kami akan terus ISTIQAMAH dengan perubahan2 ini, demi mendapat keredhaanNYA. Moga kami tidak berputus asa, moga kami diberi kekuatan olehNYA, moga kami bersatu dalam mencari CINTA HAKIKI yang telah Abang Fa dapat… Insyaallah…

Oklah, abang Fa, dah pukul 7.24 pagi, K.Ngah kena bersiap2 untuk pi praktikal, insyaallah, nanti jika diberi kesempatan, K.Ngah tulis lagi… Wassalam…

NUKILAN KAK NGAH

14 comments:

  1. hehe..akhirnya ada seorng lagi penulis tambahan dari ahli keluarga arwah..asif jiddan kaklong baru post..2hari lepas memg terlalu sibuk menyiapkn murabbi.net..teruskan menulis..good my dear!;)

    ReplyDelete
  2. peringatan buat diri seorg pejuang....kita selalu lupa..kena saling mengingati..syukran kak ngah

    ReplyDelete
  3. keluarga contoh...semoga istiqomah..
    cikgu ariffin seorg yang berkaliber...saya salah seorg anak muridnya...

    s.r.k sri suria dua

    ReplyDelete
  4. alahai... baca apa yang adinda syima tulis ni sekali lagi membasahi pipi kekanda...

    Ya Allah, besarnya kesedihan kita namun besar lagi erti dan hikmah yang perlu kita kutip buat pedoman hidup kita di dunia ini sehinggalah kita menemui keredhaan Allah, Insya'Allah. Amin.

    ReplyDelete
  5. to abg khairu..hehe..tulah syima bagi kat kaklong ari sabtu lagi..tp pagi nie baru kaklong sempat edit2 dan publish..insyaallah sama2 kita tingkatkan ilmu,iman,amal dan ibadah menuju YA RABB dalam mengejar redha ilahi..insyaallah..bi taufiq

    ReplyDelete
  6. to anymous(kedua2)-insyaallah..sma2 berjuang demi agamaNYA..kepada anak murid abah..bolehla tel abah kerana abah ada bertnyakan anta/anti dh bekerja atau belajar lagi?adakah sama ng arwah diupsi?013-3331733-abah

    ReplyDelete
  7. ana sedang dlm proses proposal master...
    nnti ana berkunjung ke rumah dgn shbt2 daripada sabah..kemungkinan mereka tiba di kelantan bulan mac ni..insyaAllah

    ReplyDelete
  8. to anak murid abah..toyyib...syukran jazilan..semoga allah memudahkan perancangan..insyaallah..

    ReplyDelete
  9. trma kasih atas coretan ini... mmbacanya shingga menitiskan air mata. mmg benar, pmrgiannya 1000 rahmat buat semua mslimin mslimat yg mengenalinya. bgitu krdilnya diri ini, semoga kita semua terus dberi ketabahan & kekuatan iman... kuingin turut menjejakimu AS-SYAHID...

    ReplyDelete
  10. rindunya pada syahid.........................................................

    ReplyDelete
  11. bahagianya, As-Syahid... pmrgiannya ditangisi, bukan diratapi... menangisi kerana mrindui syahid... dirimu layak menjejaki abangmu... jadilah mujahidah solehah, terpelihara iman dan akhlak...luahan hati Syima betul-betul mnyentuh hati. teruskan coretan ini... cita2 ini juga ingin mnjadi seorang mujahidah solehah buat suami, ummi wa abie dan seluruh ummat Junjungan Mulia (Muhammad SAW)...

    ReplyDelete
  12. THE BEST WAKE UP CALL IS FROM ALLAH...

    Allahuakbar..
    Allahuakbar..
    Allahuakbar..

    - a.keru

    ReplyDelete
  13. luahan yang dapat menggugurkn air mata...alfatihah

    ReplyDelete
  14. Ya Allah..Kau rahmatilah mereka..(tak tertahan..berderai air mata)..to dik syima, insyaAllah abang Fa Syima berbahagia di sana..sekarang ni kt sama2 usaha spy kita sume dpat bersamanya..~ K.Mas UPC~

    ReplyDelete

Warkah buat Adinda; Special Edition



Adinda-adinda yang kekanda sayangi,




Perkara paling penting yang hendak kekanda katakan ialah, kekanda amat menyayangi adinda-adinda semua. Bukan hanya sekarang tetapi sejak kekanda mempunyai seorang adinda iaitu adinda Khairi, sehinggalah kekanda mempunyai lapan orang adinda dengan kelahiran adinda Ti.




Namun, mungkin kekanda jarang menyebut perkara ini secara formal dan secara langsung, tapi yang pasti, kekanda amat menyayangi kalian berlapan.




Adinda Mohd Khairi Azhar yang dikasihi,




Memori pertama bersama adinda ialah ketika kita sekeluarga tinggal di SMK Kuala Krai. Masihkah adinda ingat setiap kali abah pulang dari sukan atau outstation, abah akan membelikan kita mainan ? Antara yang paling kekanda ingat ialah kekanda dibelikan abah sebuah kereta polis dan adinda pula menerima sebuah kepala keretapi yang masing-masing sebesar raga motorsikal. Teringat kekanda, di satu kenangan, abah dan ma duduk di sofa dan kita bermain kereta polis dan kepala keretapi itu dalam keadaan gelap semata-mata kerana nak lihat betapa terangnya lampu dan cahaya dari kedua-dua buah mainan itu..




Seingat kekanda, kita sememangnya banyak menghabiskan masa bersama sejak kecil hinggalah kekanda memasuki SMAP Kajang pada 1990. Kita main bersama, kita makan bersama dan kita bergaduh bersama. Kita bersekolah rendah pun bersama, sentiasa ada adinda 2 darjah di bawah kekanda. Tapi setelah adinda Syafiee semakin besar, adinda Khairi makin rapat dengan adinda Syafiee.. he he, kekanda tak jeles pun.. Sebab masa tu kekanda dah nak masuk Sekolah Menengah.. Ketika kekanda tingkatan 3, adinda masuk ke SMKA Falahiah, dan begitulah seterusnya. Hubungan kita baik namun hanya berjumpa ketika cuti-cuti panjang. Tetapi, semasa adinda masuk YPMKL, hubungan kita makin rapat kerana kita berada berdekatan di Kuala Lumpur. Ingatkah adinda, sekali sekala kita keluar makan bersama.




Seterusnya, setelah kita sama-sama menempuhi alam pekerjaan, hubungan kita sentiasa baik, kekanda hargai rasa hormat dalam diri adinda dan ketenteraman adinda dalam berbicara dengan kekanda. Seingat kekanda, kekanda selalu bertanyakan itu dan ini kepada adinda, kadang-kadang mungkin sampai ke perkara-perkara yang kurang penting.. Semuanya kerana kekanda cuba tunjukkan rasa 'caring' kekanda pada adinda.




Kekanda amat gembira ketika adinda ingin mendirikan rumahtangga, kerana kekanda bangga adinda akan memulakan satu era baru dalam keluarga kita, iaitu alam perkahwinan. Kekanda tidak bersama keluarga ketika pernikahan adinda di rumah pengantin perempuan, maafkan kekanda. Namun, dapat juga kekanda pulang untuk meraikan adinda ketika majlis di rumah kita di Tanah Merah. Lawak juga bila kekanda bersama abah menyambut tetamu, ramai yang mengucapkan tahniah kepada kekanda seolah-olah kekanda yang berkahwin.. he he... kekanda asyik ulang, "Eh.. buke kito, adik..". Lepas tu, bila ada yang cakap, "Guano adik dulu", kekanda jawab, "Kito ngaloh sokmo nga adik.." he he..




Sehingga sekarang pun, setelah adinda bergelar bapa kepada 2 cahayamata yang comel-comel, kekanda sentiasa rasakan betapa dalam hati kita berdua sentiasa ada perasaan hormat-menghormati dan sayang-menyayangi. Kita rapat dan kita sentiasa mengambil berat hal-hal berkaitan satu sama lain.. Banyak ketika kita berbincang perkara-perkara yang berkaitan dengan keluarga dan juga kerjaya kita. Alhamdulillah, adindaku Khairi, dengan segala nikmat kasih sayang adik beradik yang dikurniakan Allah kepada kita.




Kekanda doakan semoga adinda Khairi terus mendapat limpahan Rahmat Allah, di dunia dan di akhirat. Semoga adinda Khairi dan Kak Yani (Isteri), Fatnin, Fathi, dan ramai lagi anak-anak seterusnya (he he) sentiasa bahagia dan sentiasa dimurahkan rezeki, dan sentiasa mendapat keredhaan Allah. Amin.




Adindaku Mohd Syafiee yang dikasihi,




Kekanda teringat semasa Allahyarham Tok Ayah (Datuk sebelah Abah), berjalan perlahan merapati tadika tempat kekanda belajar dan kemudian cakap ngan kekanda, "Abe keru bulih adik doh, marila nok balik". Kekanda dapatkan kebenaran dengan cikgu untuk pulang dan terloncat-loncat berjalan dengan Tok Ayah memimpin tanganya. Macam-macam soalan kekanda tanya Tok Ayah.. "Jate ko tino", kekanda tanya.. "Ma segar dok?" kekanda tanya lagi. "Abah balik doh?".. dan macam-macam lagi sehinggalah kekanda masuk ke rumah dan ketika menyelak tirai dan sempat mengintai adinda dan ma sebelum, "Eh, tubik luar nu ore jate", he he marah Mak (Nenek).. hu hu... Abe keru keluar pergi main dengan Abe keri la... Dan bermulalah episod berebut-rebut antara kami berdua setiap kali nak tengok adinda Syafiee atau riba adinda.




Adinda mengikuti jejak kekanda Khairi memasuki SMKA Falahiah dan telah meninggalkan rekod 9A PMR yang tidak dapat dipecahkan sehingga sekarang oleh adik-beradik yang lain. You Got Class ! And you always do. Adinda Syafiee, adalah yang pertama naik kapal terbang di antara adik-beradik kita ke Sarawak, hadiah kecemerlangan tersebut. Tidak cukup dengan itu, (I have said earlier you got Class !), adinda ke Jepun semasa di UTM Jalan Semarak. Adinda sentiasa ke UTM Jalan Semarak kerana kekanda berkerja berdekatan dengan KLCC. Kekanda sentiasa ingat adinda kena makan banyak kali kerana takut gastrik. Kekanda harap adinda sentiasa jaga jadual makan adinda. Hubungan kita baik dan kekanda sentiasa hargai bagaimana adinda cuba mengawal ton suara adinda ketika bercakap dengan kekanda, semata-mata kerana adinda menghormati kekanda sebagai abang. Kekanda sentiasa sedar dan sentiasa bertolak ansur dengan adinda kerana kekanda tahu sememangnya darah adinda agak panas (keturunan tu.. he he) dan kekanda gembira bersama adinda sepanjang setahun di Kapit, Sarawak. Kekanda cukup-cukup 'happy' masa kat Sarawak di samping adinda, walaupun kita hanya berjumpa di hujung-hujung minggu atau semasa kekanda ada kursus di bandar Kapit. Kita selalu makan bersama, tidur bersama (berlainan bantal.. he he), main laptop bersama, pergi swimming bersama, main badminton bersama, dan juga sering berbual-bual pasal kerjaya kita yang mempunyai majikan yang sama iaitu Kerajaan Malaysia.




Kekanda bersyukur ke hadrat Allah, kerana satu tahun bersama adinda di Kapit adalah suatu hikmah bagi merapatkan hubungan kita, kerana seingat kekanda, kita jarang-jarang berjumpa sebelum itu. Kita hanya jumpa ketika Hari Raya Aidilfitri 2-3 tahun sebelum itu.




Adinda Syafiee, sehingga adinda pindah ke Kuching dan kini di Miri, kekanda sentiasa kagumi kesungguhan dan komited adinda pada kerja. Tidak salah lagi kenapa adinda mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 3 tahun berturut-turut, sebelum dinaikkan pangkat dan sekarang berkhidmat sebagai Ketua Unit Khas Bergerak (UKB) bagi negeri Sarawak.




Alhamdulillah, nikmat adik-beradik yang indah bersama adinda. Kekanda sentiasa doakan kesihatan dan kesejahteraan adinda walaupun jauh di seberang laut. Semoga Allah lindungi adinda dan sentiasa merahmati adinda. Kekanda juga berdoa semoga adinda dipertemukan jodoh yang solehah bagi menambahkan ahli keluarga, ipar-ipar, dan biras-biras... he he (Dulu adinda selalu suruh adinda Fa kawin dulu sebelum adinda).




Didoakan juga semoga adinda sentiasa gembira dan please senyum sokmo. .




Adindaku Nurulhuda yang dikasihi,




Sejak adinda dilahirkan, di bilik tengah (bilik adinda sekarang), kekanda sentiasa merasakan ada satu tanggungjawab besar yang perlu kekanda laksanakan buat adinda. Sebagai puteri sulong Cikgu Ripin & Kak Za, kelahiran adinda sememangnya membawa sinar dalam keluarga. Untuk pengetahuan adinda, kekanda, kekanda khairi dan kekanda syafiee sememangnya mengharapkan adinda seorang puteri sehinggalah adinda dilahirkan.. Alhamdulillah.




Sekiranya adinda ingat, kekanda selalu tanya adinda, "Ado ore gelar dop?" sejak dari adinda masuk sekolah tadika, seterusnya ke sekolah rendah, sekolah menengah hinggalah ke Universiti. Mungkin adinda rasa 'annoying' dengan pertanyaan kekanda yang berulang kali itu, tapi sebenarnya itulah sikap 'protecting' kekanda andai sesiapa melukakan hati adinda, secara automatic dia akan melukakan hati kekanda dan juga kekanda khairi dan kekanda Syafiee..




Adinda ingat tak, dulu masa kita kecik-kecik, kita 4 orang ada buat "meeting" dalam bilik tengah ? Bersama kita ada juga adinda Fa (Arwah) yang masih kecil tapi menangis tak nak ditinggalkan di luar bilik. Masa tu rasanya kali pertama kita cakap secara serius (hu hu...) betapa pentingnya kita menjaga hubungan kita adik-beradik, mesti sentiasa menyenangkan Abah & Ma, serta cuba sedaya-upaya jangan buat Abah & Ma susah hati (he he he).. Tergelak juga mengingatkan keadaan masa tu sebab rasanya kekanda baru Tingkatan 1 atau 2, masih mentah untuk "mempengerusikan meeting"... he he.... Kekanda masih ingat Kak Long buat muka, bila kita orang cakap semua yang Ma buat, Kak Long kena tolong.. he he... nakal kan, kekanda-kekanda Kak Long menyakat... hu hu..




Kekanda agak gembira Kak Long bersekolah menengah dekat dengan rumah, kerana bimbang dengan keselamatan Kak Long sekiranya jauh dari rumah. Sama macam kekanda, saiz badan semasa lingkungan umur tersebut agak kecil berbanding rakan sebaya yang lain. Adinda membuktikan kejayaan cemerlang sehingga menjejakkan kaki ke UiTM Shah Alam. Kekanda masih ingat, kekanda selalu menunggang motorsikal dari Kajang hingga ke Shah Alam untuk jumpa Kak Long, bawak Kak Long makan-makan, beli barang-barang dan sebagainya. Masa awal-awal kat UiTM, Kak Long cakap takut nak keluar sendiri dengan kawan-kawan, hinggalah semester kedua. Kekanda ingat, kekanda bawak Kak Long ke Subang Jaya sebab Kak Long nak beli handset. He he... Bila teringat tu... dan teringat Abah.... fuh, Alhamdulillah, semuanya selamat. Kak Long nak tahu, sampai hal-ehwal-wanita pernah kekanda tanya Ma, takut-takut Ma tak ajar.. he he memandai jugak kekanda ni... ye lah, adik perempuan pertama la katakan...




Adinda memang baik dengan kekanda dan kekanda-kekanda yang lain. Kami rasakan adinda ibarat 'buffer' dan pelengkap kepada kekurangan atau perselisihan antara kami. Kak Long mampu menjadi penenang ketika ada masalah, dan menjadi penghubung apabila sesuatu perlu disampaikan dengan cara yang lembut. He he... Kak Long pun boleh jadi 'SPY' yang boleh dipercayai... hu hu... tapi untuk tujuan yang baik....




Bagi adinda-adinda kak long, sememangnya mereka lebih rapat dengan Kak Long berbanding kekanda, mungkin disebabkan faktor jarak umur dan jarang-jarang berjumpa.




Alhamdulillah, kehadiran adinda sebagai anak ke-4. Kekanda doakan, adinda sentiasa ceria dan sentiasa tabah. Semoga Allah tunaikan segala impian adinda samada dunia atau akhirat. Didoakan juga adinda bertemu jodoh yang Soleh yang sesuai dengan adinda. Amin.


(Ingat tak kami bertiga selalu sakat Kak Long, sapa nak nikah nga Kak Long kena interview dengan kami... he he he... Sebab sayang ko Kak Long la).




Adindaku Mohd Fadhiri bin Rakiah,















[pause]























" Wahai abe keru yang disayangi, bila mahu di sambung warkah ini..hehe..dah lama pause tu.;) " - kaklong




















LA TAHZAN.....

(JANGANLAH BERSEDIH)










" Janganlah kamu bersikap

lemah, dan janganlah kamu

bersedih hati,padahal kamulah

orang-orang yang tinggi

darjatnya, jika kamu orang-

orang beriman"

( Surah Al-Imran Ayat 139 )

" Allah tidak akan membebani

seseorang itu melainkan dengan

kesanggupannya "

(Surah Al-Baqarah Ayat 286)

".......dan janganlah kamu

berputus asa pada Rahmah

Allah. Sesungguhnya tiada

berputus asa dari Rahmah Allah

melainkan kaum yang kafir "

(Surah Yusuf Ayat 12)

" Tiada apapun yang menimpa

seseorang mukmin berupa

bencana dan menderita

kesusahan, kecuali semua itu

menjadi sebab untuk

menghapuskan dosa-dosanya "

(Hadis Bukhari dan Muslim)