Manakala kaklong, Ma dan Adik tunggu diseberang sini, duduk menunggu di wakaf betul-betul didepan sekolah Fa “ Sekolah Menengah Methodist”……Agak sayu melihat sekolah itu,sepatutnya Fa memulakan praktikal hari ini, hari sama dengan hari lahir Ma…Tapi taqdir ALLAH menentukan segala-galanya..(18/01/10- Hari ke 8 Fa kembali ke Rahmatullah)
(Wajah adik paling seiras dengan Allahyarham Mohd Fadhiri)
Fa nak tau, sementara kami menunggu Abah dan Imi, tiba-tiba adik pengsan tak sedarkan diri…mungkin akibat terlalu penat dan luka di mulut yang masih belum sembuh sejak 2 hari lalu.....
Kesian kaklong tengok adik….2 hari sebelum datang ke sini (iaitu 16/01/10 yakni hari ke 6 Fa kembali ke Rahmatullah) adik dah pengsan dan terjatuh dalam bilik air subuh hari…luka mulut adik, adik jadi tak selera nak makan…adik jenis suka makan, macam Fa juga….Adik tidur je hari tu….masa waktu tengah hari selepas adik jatuh, masa tu dah nampak ok, kaklong sambil-sambil tengah melayan tetamu yang menziarah rumah iaitu sahabiah kakngah….kaklong duk sebelah adik sambil berbual dengan tetamu…….Adik bersandar kat dinding ruang tamu.. Tiba-tiba adik seolah-olah terlena dan tertidur di atas kaklong……kaklong pun macam pelik, tapi kaklong tak nak gerakkan adik, sebab adik nampak terlena sungguh………Masa adik terlena sekejap tu, kaklong nampak mata adik bergerak-gerak..sambil2 tu kaklong basahkan kepala adik dengan air sambil perlahan-lahan kejutkan adik…Adik tak sedar langsung….kaklong nampak air mata adik mengalir perlahan-lahan….masa tu mulut adik dah nak bercakap dan mata terbuka sedikit….kaklong pun terus tanya adik
Kaklong: “Dik, ok dah ko, adik rasa gano”
[ko=ke, gano=camne]
Adik: “Kak Long, tu abg Pa duk tengok adik (sambil tangan adik yang menunjuk ke satu arah sambil air mata mengalir perlahan-lahan)
Kaklong: Alhamdulillah..adik kena syukur Allah bagi peluang jumpa dgn abg Pa…Gano Abg Pa dik…?
[Gano=camne, Abe Pa(panggilan gelaran allahyarham fadhiri dirumah) ]
Adik: Putih jah muka abg Pa, lain sangat muka abg Pa dengan biasa. Dia pakai jubah dan kopiah putih..abg Pa senyum jah ko adik…Abg Pa pesan ko adik…(sambil tersekat-sekat adik bagitahu kaklong menahan sebak)
[jah=je]
Kaklong: Sedap adik dapat jumpa dgn Abg Pa..Abg Pa pesan gapo dik…?
[sedap= seronok, gapo=apa]
Adik: Abg Pa pesan suruh adik jaga diri molek, jaga kesihatan, dengar nasihat orang, kalau orang marah jangan melawan….pastu abg Pa royak jadi macam abg Pa belako, baru senang kat SANO….
[molek=baik-baik, royak= beritahu, belako=semua, sano=sana]
Kaklong: Tengok tu dik, sayang abg Pa ko adik….ingat molek pesan abg Pa tu…abg Pa mari jenguk adik sakit..sayang dio ko adik...
Adik: Kaklong…Abg Pa tanya adik, Adik nak pergi tempat abg Pa ke tak..mula-mula adik kata nak ikut, pastu adik kata tak nak ikut pulak..abg Pa senyum jah. Sebelum Abg Pa pergi, adik nampak abg Pa tengok ko kaklong, kakngah, Ma dan Mok (Nenek) sambil tersenyum..(semuanya ketika itu berada di ruang tamu)
pastu abg Fa lambai kat adik dan pergi sambil tersenyum…pastu hilang dah abg Pa….
(Perbualan antara kaklong dan adik cukup perlahan seolah-olah berbisik)
Terus adik selepas tu sihat, tak lemah dah. Berulang kali adik kata “Sedap jupo abg Pa, bilo la adik nok jupo lagi, xpuas, kejap jah tengok muko abg Pa”…
[sedap=seronok, bilo=bilo, jah=je, muko=muka, jupo=jumpa]
Sungguh sebak perasaan kaklong masa tu, sampaikan kaklong terpaksa masuk sekejap dalam bilik dan suruh kakngah ambil alih tengok2 kan adik…di dalam bilik, terus kaklong menangis terlalu sebak mengingatkan ayat-ayat yg diucapkan oleh adik tadi….terasa benar ingin jumpa Fa di saat itu….terasa sungguh ingin menatap wajah Fa yang dilihat oleh adik tadi…terasa ingin berbual-bual dengan Fa seperti diceritakan oleh adik tadi….Tapi kaklong mengerti kita sudah berada di dua alam yang berbeza……mengerti akan hakikat itu…..Dirimu mampu melihat kami, tapi kami tak mampu melihatmu…..melainkan disaat roh bertemu roh (melalui mimpi semasa terlena) baik sunguh dirimu Fa…sentiasa mengambil berat soal adik….sehinggalah dirimu sudah tiada, masih memberi pesanan yang terakhir…ALLAHUAKBAR…..alhamdulillah…YA ALLAH semuanya dengan izinMU……tiada yang mustahil di dunia ini melainkan dengan izinMU…..Alhamdulillah ku turut bahagia mendengar khabar gembira mu di sana….
Sehari sebelum adik pengsan iaitu pada 15/01/10(malam)iaitu hari ke 5 Fa kembali ke rahmatullah, makcik kaklong yang tiba-tiba pengsan.. Di saat sahabat-sahabat bercerita kepada kami semua, tiba-tiba makcik terus terlena. Sebelum itu, dia terlalu sebak selepas mendengar detik-detik terakhir sebelum Fa kembali ke Rahmatullah dari sahabat-sahabat Fa…terasa sungguh kehilangan anak saudaranya…agak lama makcik pengsan…Di saat makcik sedar, dia kata
“Bakpo gerak makcik, tak puas tengok muka Pa, muko Pa putih sangat, berseri-seri, pakai jubah hijau dan serban, duduk kat suatu tempat, tapi tak tahu mano…Makcik tanyo Pa sambil pegang tangan “Marila Pa, xse balik ko”..Pa kata “ Xse, nak duk sini, sedap duk sini”….Fa pesan ko semua “Jadi serupa Pa belako…baru senang SANO” pastu makcik tersedar bila semua orang kejutkan dia bangun….agak lama dia terlena…
[bakpo=kenapa, mano=mana, tanyo=tanya, xse=xnak, ko=ke, sedap=seronok, belako=semua, sano=sana]
Sememangya ALLAh memberi kelebihan kepada makcik….Alhamdulillah, walaupun sekejap, tapi kami gembira mendengar khabar Fa gembira di SANA…… itu khabar gembira pertama dan disusuli khabar gembira dari adik tie keesokkan harinya…. terubat kesedihan kami….. sahabat sahabat Fa pun ramai yang berjumpa dengan Fa dan sahabat Fa (arwah Faizol) melalui mimpi…semua membawa khabar gembira……..semua dengan izinMU ya ALLAH…Alhamdulillah…..Insyallah kami berusaha untuk bertemu YA RABB di SANA..sama-sama kita sekeluarga berkumpul di SANA………………doakan kami sekelurga, sanak saudaramu, sahabat seperjunganmu mengiringimu di SANA…..
Kembali semula di saat adik pengsan di wakaf didepan Sekolah Menengah Methodist …
Saat adik pengsan, kaklong pangku adik… Kaklong nak ambil air untuk basahkan kepala adik..tapi air dalam kereta berkunci…kaklong call abah (yang berada diseberang sana)…kaklong nak bangun tak boleh, tengah pangku kepala adik…Ma tengah urut kaki adik…terpaksa menunggu abah….Alhamdulillah….ALLAh hantarkan seorang hambaNYA yang sungguh baik hati menolong kaklong ketika itu..seorang ustazah yang berhenti di depan wakaf kami duduk dan terus memberi air zam-zam kepada kaklong….kaklong mengusap kepala adik dengan air zam-zam tadi sambil selawat dan baca ayat-ayat suci al-quran…..alhamdulillah dengan izin ALLAH, adik sedar…..(memang begitulah kebiasaanya)…..Masa tu abah call tanya dan kaklong kata kat abah, “Adik dah sedar, dah ok, abah settlekan dulu yang urusan Fa,jangan risau”…Abah kata..”Ok, abah pun nak siap dah ni, sikit lagi, apa –apa nanti bagitahu abah”
Selepas adik sedar, kaklong ingin pulangkan kembali baki air zam-zam. (Sebab hanya sedikit sahaja air yang digunakan, Alhamdulillah berkat air zam-zam yakni air yang terbaik di dunia ini) kepada ustazah itu tetapi dia menolak…Dia kata “Itu rezeki adik, ambillah..” Sebenarnya ustazah itu memberitahu kepada kaklong “Air zam-zam itu adalah hadiah anak murid nya kepadanya…tapi Alhamdulillah rezeki adik sebenarnya…” Kaklong hanya mampu mengucapkan berulang kali terima kasih dan hanya mampu bersyukur dengan pertolongan ALLAH itu. Serba sedikit terangkan tentang tujuan datang ke situ dan perihal kematian Fa apabila ustazah bertanyakannya….Dia terkejut kerana tidak mengetahui berita tersebut..Sungguh baik ustazah itu, walaupun itu kali pertama kami bertemu dengannya, nampak jelas kebaikannya…sungguh beria-ria dan ikhlas mengajak kami bermalam di rumahnya kerana bimbang keselamatan kami kerana kemungkinan penat dalam perjalanan pulang selepas selesai urusan di Perak….kami menolak baik pelawaan tersebut dan mengatakan ingin bermalam di rumah saudara di Kedah….Sebelum kami pergi, berulang kali dia berpesan supaya berhati-hati..Kaklong dan Ma saling bersalaman dengan ustazah tadi dan kami semua mengucapkan berbanyak terima kasih di atas pertolongan tadi…Alhmdulillah…walaupun singkat pertemuan itu dan hanya mengenali disitu…tetapi ikatan persaudaraan seislam yang menemukan kita…..”Sungguh Hanya ALLAh sahaja yang mampu membalas kebaikan ustazah, jazakallahu khairan khatira ya ustazah…Insyallah” detik hati kaklong……
Setelah selesai urusan kedua penting dengan pentadbir upsi tadi (urusan pertama ialah dibalai polis), kami meneruskan perjalanan untuk ke kolej Fa bagi menyelesaikan urusan seterusnya, kami melalui tempat berlakunya kemalangan Fa dan sahabat Fa di simpang menghala masuk ke kolej Fa…sebelum sampai di kawasan tersebut..Abah dah berpesan kepada kami untuk membaca ayat suci al-quran surah al-qadr “Nanti bila sampai tempat accident, kito baca surah inna an zalna 3x” pesan Abah pada kami berempat. Abah berhenti di tepi jalan sebelum simpang lampu isyarat…dan kami bersama-sama membaca surah tersebut…..sebak masih tersisa di dalam diri masing-masing…..Kami gagahkan diri meneruskan perjalanan ke kolej dan tenang untuk berjumpa sahabat sahabiah Fa………
To be continued..insyaallah jika masih diberi nafas dariNYA....
by kaklong, 6/3/10, 2.35 a.m,(20 Rabiulawal 1431H)
Alhamdulillah, akhirnya keluar coretan kak long yang ditunggu-tunggu... Bergenang air mata abe keru baca coretan ini, tapi tak puas hati bila sampai ke baris "To be continued...", he he...
ReplyDeleteAbe keru sebenarnya nak juga dengar cerita/tulisan dari adik-adik abe keru yang lain terutamanya hilmi dan nur hasbullah. Sebabnya, cuti yang lalu mereka berdua bersama arwah banyak meluangkan masa bersama, tidur bersama, bergurau bersama, main internet bersama...
Abe keru
hehe...tu pun dah terlalu panjang coretan kaklong kali ini..terpaksa stop, insyaallah akan disambung nanti..
ReplyDeletetulah abe keru...kaklong pun nak dengar cerita dari adik beradik yang lain terutamanya adik imi n nor..hehe...demo tu kata xreti nak tulis, dio suruh kaklong tulis lepas demo tu cerita..xpolah.,,nantilah kalo ada maso, kaklong akan karangkan utk imi dan nor tu...;)
abe keru pun xpo tolong karangkan ...hehe
assalamalaikum smua...stiap kali bce post yg ade kt blog nieh mst brgenang air mta di kelopak, kdg kala gugur tnpa d sedari..ckp mnginsafkn sy n berasa diri ini terlalu kerdil..sabr mnggu tlisan kak long strusnya....
ReplyDelete-hawa-
waalaikumusslam ya ukhti solehah, hawa...;)....coretan kaklong sekadar luahan kaklong kepada arwah adik kesayangan....coretan ditulis agar kerinduan pada arwah terubat..agar memori bersama arwah adik kaklong sentiasa segar dan tidak luput dalam ingatan biarpun hari ini sudah 56 hari arwah meninggalkan kita semua...tapi akhlaknya, perangainya, senyumannya, lawaknya, perbualannya sentiasa segar dalam ingatan...bukan untuk melemahkan semangat..tapi membangkitkan semangat supaya terus berusaha menuju YA RABB..bersemangat utk jumpa pencipta kita di SANA...berjumpa adik kesayangan kaklong disana....insyaallah;)
ReplyDeletep/s: kan dah panjang comment..hehe..kaklong memg xboleh diberi laptop, pnjang dicoret nanti...;)
hmm..pnjg coment k.long.hehe..sy tahu k.long bgitu sygkn dia..da lme sbnrny sy jd silent reader kt blog ni, itu 1st tme sy tgerak mhu coment..apa2 pn trima kasih k.long..insyaallah melalui apa yg d sampikan akn membangkitkan smgat sy menuju Ya Rabb..
ReplyDeleteto anonymous...syukran jazilan kerana sudi mengunjungi blog ini dan juga memberi first comment..insyaallah kita semua berusaha menujuNYA..bi taufiq fii dunia wa akhirah..insyaallah
ReplyDeleteDan Firman-Nya :
ReplyDelete“ Pergilah kamu beserta saudaramu dengan membawa ayat – ayat- Ku, dan janganlah kamu berdua lalai dalam mengingat-Ku ( QS. Thaha / 20 : 42 ).”
kak long...sy suke dgn cerita2 arwah...moga dprbykkn lg..utk djdkn pngajaran.sy kongsikn blog nie di laman facebook sy..
ReplyDeleteto anonymous...insyaallah...coretan kaklong in the progress..alhmdulillah semoga mendapat sedikit sebnyak manfaat..hnya mendapat keredhaanNYA ;)
ReplyDeleteThank You and I have a nifty offer: Is It Good To Buy Old House And Renovate best home renovation
ReplyDelete