ALLAHURABBI...Sungguh sebak kaklong membaca warkah yang ditulis sendiri oleh al-marhum adik lelaki kesayangan kaklong....Al-Marhum Mohd Fadhiri....InsyaALLAH...kaklong ingin kongsikan bait-bait ayat yang berupa nasihat, pesanan dan peninggalan sebelum al-marhum kembali ke Rahmatullah pada 11/01/10 dengan sahabat sahabat serta sahabiah-sahabiah yang sama-sama pernah berjuang suatu ketika dulu bersama arwah adik kesayangan kaklong...InsyaALLAH
Hayatilah bait-bait ayat yang ditinggalkan oleh as-syahid melalui warkah ini....insyaALLAH, sama-sama kita mengambil yang baik dan manfaat dari warkah ini.....insyaALLAH...dan untuk sahabat-sahabat dan sahabiah-sahabiah al-marhum Mohd Fadhiri, moga-moga warkah ini menjadi pengubat rindu kalian.....dah lama kan kita tak dengar bait-bait nasihat, tazkirah, pesanan arwah kan?....ALLAHUAKBAR...
MATI ITU SUATU KEPASTIAN BAGI SETIAP MANUSIA..."KULLU NAFSIN ZA'IQATUL MAUT"...Sentiasalah kita mengingati MATI...insyaALLAH..sama-sama kita mempertingkatkan diri kita dengan ilmu, amal, ibadah dan iman dalam diri...insyaALLAH berjumpa di SANA, Darul Falah yakni SYURGA yang dijanjikan bagi setiap hamba yang bertaqwa, orang-orang yang berlumba-lumba melakukan amal kebajikan ketika berada di dunia ini...Hanya dengan izin, rahmah dan kasih ALLAH pada hambaNYA yang dhaif...Bi taufiq wa najah fii dunnia wa akhirah..insyaALLAH ;)
.....................................................................................
(Wajah tenang arwah adik kesayangan kaklong...Rindunye kami Ya ALLAH pada arwah ahli bait solihin kami...Wajah tenang inilah menghiasi dirimu walaupun disebalik wajah ketenangan itu tersembunyi perasaan gembira, menahan marah, sedih...dan wajah tenang yang sama inilah yang ditatap kali terakhir sebelum dirimu pergi buat selama-lamanya..)
Warkah dari as-syahid Mohd Fadhiri
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Segala puji bagi Allah Ta’ala, empunya semesta alam. Selawat yang diiringi dengan salam kepada Nabi dan Pesuruh Allah yang paling mulia dan agong, baginda Nabi Muhammad Shallahu ‘alaihi wasallam dan keluarganya serta para sahabatnya sekalian.
Apa khabar iman sekarang..? semoga sentiasa dalam rahmat dan peliharaan Allah…...Moga-moga hari ini dikurniakan keazaman yang tinggi oleh Allah untuk terus meningkatkan amal kebajikan, meninggalkan perkara-perkara yang tidak disukaiNYA dan istiqamah serta Thabit dalam jalan Allah.
Sama-sama muhasabahkan diri, selama kita hidup, kita dianugerahi nikmat kehidupan oleh Allah..…bagaimanakah amalan kita kepada Allah? Adakah amal kebajikan mengatasi amal keburukan…? Adakah kesalahan yang telah dilakukan sebelum pada hari ini telah dipinta ampun dan mohon taubat…? ALLLAHU RABBI.. Moga-moga Allah memberi kepada kita kekuatan untuk berubah…berubah kepada yang lebih baik…
Sekadar perkongsian tentang sambutan hari lahir.…Pernah juga mendengar ceramah Ustaz Azhar Idrus berkaitan dengan menyambut hari lahir…hukumnya harus dan jadi haram bila mana ada unsur-unsur yang sama sebagaimana sambutan hari lahir orang bukan Islam..seperti tiup lilin dll.. Ustaz sarankan sambutlah hari lahir dengan memperbanyakkan amalan kepada Allah..lakukan solat hajat dan berdoa moga-moga kehidupan selepas ini lebih berkah dan diredhai
Selama pemerhatian ana pada hari ini, terdapat satu penyakit yang menimpa orang-orang yang berimej islamik...yakni masalah hati x kira sama ada dia student P.Islam ke @ ajk surau ke hatta badan dakwah sekalipun tidak dapat mengelak penyakit ini…banyak sahabat2 ana yg terlibat dan ianya berlaku di depan mata ana sendiri…luarannya nampak syadid dalam pergaulan, hebat dalam berceramah, selalu ajak orang keluar berdakwah, pemakaian berjubah dan berserban, ketua bagi organisasi agama dll.., tp pada masa yg sama ada masalah hati terhadap kaum hawa…bila difikirkan kembali, ana selalu mengingatkan sahabat2 dan juga memuhasabah ahli tentang perkara ini....Ingatlah, tiada yang halal melainkan dengan akad pernikahan..yelah ramai yg mengatakan kalau tak berhubung, rasa susah, bimbang takut pasangan lari dll..namun kita kena yakin bila mana kita menjaga Hak Allah, ikut syariat-Nya dengan sempurna, Allah akan memelihara dan menjaga perhubungan sesama manusia..
” Jagalah Allah, Allah pasti menjagamu”
Di sini suka untuk ana mengambil petikan daripada ayat 31 surah an-Nur yang bermaksud :
…"Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya."
Sebagai penutup, sama-sama perbanyakkan solat hajat dan berdoa kepada Allah..mohon ditetapkan iman dan dimudahkan segala urusan di dunia dan akhirat…
Kena yakin…
“Setiap kesulitan, ada kelapangan, & tiap-tiap kepayahan, ada kebahagiaan”
Syukran Kathir…
JAZAKALLAHu KHAIRAN KHATIRA
Yang benar…
Al Faqir ila Allah
(7 Oktober 09 bersamaan 18 Syawal 1430H ; 6.12pm)
.....................................................................................
(Antara sebahagian isi kandungan yang ditulis oleh al-marhum Mohd Fadhiri dalam warkahnya tahun lepas yakni lebih kurang 3 bulan lebih sebelum al-marhum kembali ke Rahmatullah buat selama-lamanya pada 11/01/10...Semoga apa yang diboldkan oleh kaklong yg difikirkan sebagai nasihat, pendapat, dan pesanan yang berguna oleh al-marhum menjadi sumber kekuatan dan semangat kepada kita dalam meneruskan perjuangan kita sebagai hamba ALLAH di dunia ini yang penuh dengan ujian dan fitnah......Sesungguhnya kejayaan dan kegembiraan yang sebenar bagi kita sebagai hamba ALLAH ialah di akhirat sana, SYURGA hakiki yang dijanjikan untuk hamba-hambaNYA yang beramal soleh, berlumba-lumba mengejar kebaikan dan kebajikan di dunia ini, pejuang-pejuang agama yang syahid dijalanNYA, orang-orang yang beriman dan bertaqwa pada ALLAH ....insyaALLAH.....
(Ahli keluarga muslimin di hari pernikahan abg khairu pada Disember 2008..sayangnya gambar adik Nor xde..Adik Nor tengah ambil gambar)
by kaklong, Selasa, 13/04/10, 2 p.m
Alhamdulillah.gembira bercampur sedih tgk kenangan2 indah ini bersama arwah.wajahnya tenang seperti biasa,hati yg tenang bersama Allah..(",)
ReplyDeletehuhuhu..arwah pernah luahkan soal ni dulu..rindunya kat dia....
ReplyDeletealhamdulillah niat hati untuk berkongsi bait-bait ayat didalam warkah arwah adik kesayangan kaklong untuk sama2 kita beroleh manfaat..tiada yang lain..hanya untuk mendapat redha ALLAH..insyaALLAH
ReplyDeleteSUBHANALLAH WA ALHAMDULILLAH WA LAILAHAILLALLAH WA ALLAHUAKBAR!
Hari tu kaklong kongsikan betapa tingginya amal kebajikan sahabat-sahabat kesayangan nabi kan??
ReplyDeleteNi kaklong copy balik dari chat box..
"Teringat ttg cerita Rasulullah bertanya pada malakikat jibrail ttg amal kebaikan sahabat-sahabat yang dicntainya..
Setelah itu malaikat Jibrail pun menjawab "Amal kebaikan Saidina Umar diibaratkan seperti "Jikalau air laut sebagai dakwat, Ranting kayu dijadikan sebagai pen, nescaya aku xboleh bilang lagi amal kebajikan Saidina Umar"
Selepas itu Nabi menyuruh malaikat Jibrail menceritakan pula amal kebajikan Saidina Abu Bakar. Maka Jibrail pun menjawab " Amalan kebajikan Saidina Umar tadi adalah 1 kebajikan dari Saidina Abu Bakar".
Masyaallah hebat sungguh kan amal kebajikan sahabat-sahabat kesayangan nabi..insyaALLAH..lain kali kaklong konsi cerita lagi ttg sahabat2 nabi, org yg begitu rapat dengan Rasulullah yg kita cintai;)
ok kali ini kaklong nak kongsikan salah satu kisah sahabat-sahabat Nabi iaitu Saidina Umar dan Saidina Abu Bakar..mungkin sahabat sahabiah dah mengetahui kisah ini..
ReplyDeleteSahabat-sahabat nabi memang gemar untuk berlumba-lumba dalam melakukan amal kebajikan sehari-sehari..gelisah sekiranya tidak melakukan amal kebajikan pada hari-hari yag dilalui..
Alkisahnya, Suatu hari, Saidina Umar pergilah keluar mencari seorang perempuan yg miskin untuk diberi makanan dan minuman kepada perempuan tersebut.Apabila sampai dipintu rumah perempuan tersebut, perempuan itu mengatakan "xpela, alhamdulillah dah kenyang, baru sebentar tadi dah ada orang hantar makanan dan minuman"
Saidina Umar pun berfikir "Rupanya ada lagi orang yang lagi awal membuat kebajikan berbanding aku, bergegas dia ke masjid dan mendapati Saidina Abu Bakar sudah berada di masjid itu..Ketahuilah saidina Umar bahawa orang yang mendahului dia memberi makanan dan minuman kepada perempuan tadi ialah Saidina Abu Bakar...
Begitulah hebatnya sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w, Saidina Abu Bakar dan Saidin Umar dalam belumba-lumba melakukan amal kebajikan.
p/s:jom kita berlumba-lumba..berlumba-lumba membuat amal kebaikan untuk bekalan akirat kita diSANA..bukan berlumba-lumba untuk dunia ini..insyaALAH.;)
salam..
ReplyDeletesy brpeluang melihat dan berkesempatan membaca warkah ini...erm, ingat bait-bait kata y selalu arwah tuturkn
"ustazah, susahnya nak dapat bidadari...ALLAHUAKBAR"
Masih terngiang2 kata2 arwah..selalu dia ucapkn begitu..insyaAllah, sy yakin, arwah dah dapat bidadari y dicari..
Kak long, xsempat nak g kubur hari itu..Adik sepupu jaa ada kelas tambahan..Ingat nak mintak dia jd ketua ziarah hari tu..insyaAllah lain kali kami pg..adik sepupu jaa tu kawan adik imi..try tanya adik imi, dia kenal tak Abdul Halim Abd Rahman,tingkatan 5 juga..Adik sepupu jaa bekas imam muda surau SMK Tanah Merah 1..Dia ckp dia kenal adik Imi..
kaklong said...
ReplyDeleteto norhafizawati..adik kaklong jaa..wslm..yer ke,xpe2, insyaALLAH lain kali jaa boleh p ziarah kubur arwah...tulah kaklong dah agak jaa xsmpat nak dtg rumah ari2, xpela nanti lepas jaa abis praktikal, kita boleh jumpa ;)
adik Imi ada cerita ko kaklong pasal adik sepupu jaa tu..hehe..adik sepupu jaa kata sungguh2 jaa cerita pasal arwah kat dia...betapa menghargai seorang sahabat yang telah pergi buat selama-lamanya..semoga adik sepupu jaa mengmbil manfaat dari cerita jaa...insyaALLAH ;)
Alhmdulillah ,insyaALLAH kata-kata yg selalu dituturkan oleh arwah " ustazah, susahnya nak dapat bidadari..."InsyaALLAH bidadari sudah menantinya di SANA..;)
p/s:jaa..bengkak mata menangis..tiba2 terlalu rindu teringatkan arwah, hanya tasbih hijau peninggalan arwah setia menemani kaklong..;)la tahzan!
Huhu..kak long buat jaa sedih...=(
ReplyDeleteInsyaAllah, adik sepupu jaa seorang y bagus..moga dia dapat manfaat..Adik Imi tentu kenal dia mcm mana..adik sepupu jaa suka berjubah putih bila pergi masjid..insyaAllah, ada masa jaa bawak dia jmpa kak long dan keluarga..
Adik sepupu jaa sentiasa memahami kakak sepupu dia y sentiasa bersemangat & mghargai sahabat2 seperjuangan dgn dia..Moga 'Abdul Halim' salah seorang mujahid y akan memperjuangan Islam kelak..
InsyaAllah, jmp nanti (^_^)
to jaa..huhu..asif jiddan bukan niat hati untuk bagi jaa sedih..sekadar meluahkan je..biasala kdg2 teringat dan rindu, xsedar air mata ni mengalir..biasalah tu..org yang paling dekat dgn kita yg pergi;)
ReplyDeletealhamdulillah..kaklong suka sgt dengar adik-adik yang minat dan cenderung pada agama..bawalah adik sepupu jaa tu dtg umah..insyaALLAH Mohd Hilmi dan Abdul Halim bakal mujahid yg syahid memperjuangkan islm..insyaALLAH..
Kaklong tahu adik kaklong jaa seorng yang menghargai sahabat sahabiah seperjuanganmu...teruskan langkahmu berjuang di jalanNYA...bi taufiq wa najah!!;)
seronoknya dapat banyak ilmu...syukur kerana mengenali anda semua
ReplyDelete