....Abah dah berpesan kepada kami untuk membaca ayat suci al-quran surah al-qadr “Nanti bila sampai tempat kemalangan, baca surah inna an zalna 3x” pesan Abah pada kami berempat. Abah berhenti di tepi jalan sebelum simpang lampu isyarat…dan kami bersama-sama membaca surah tersebut…..sebak masih tersisa di dalam diri masing-masing…..Kami gagahkan diri meneruskan perjalanan ke kolej dan tenang untuk berjumpa sahabat sahabiah Fa………
Setelah melalui kawasan kemalangan tadi, masing- masing berdiam diri melayan fikiran masing-masing dalam meneruskan perjalanan ke kolej yang pernah Fa tinggal dulu, Kolej Ungku Omar (KUO)….Kolej yang terlalu banyak memberi kenangan kepada adik kesayangan Kaklong, Fa…..Sebak dalam diri masing-masing apabila abah mengatakan….”Ya Allah…, qada qadar Allah…Allah… nak wat gano, allah tetap dah semua ni,kito redho..…Allahuakbar”…. ....Kaklong nampak Abah menahan sebak di dalam diri walaupun ketika kami ke UPSI sudah merupakan hari yang ke 8 Fa ke Rahmatullah (18/01/10)...Semua yang di dalam kereta hanya berdiam diri, tak mampu mengatakan apa-apa, akur pada apa yang diperkatakan Abah…..Kami bertambah sebak apabila mendengar luahan Abah, terpaksa kami semua mengawal perasaan dan kuatkan jiwa agar berjumpa sahabat sahabiah dengan keadaan paling gembira dan tenang…..Allahuakbar….
[gano=bagaimana, redho=redha]
Apabila dah memasuki pintu masuk KUO, hati kaklong bertambah sebak melihat kolej tersebut, terus segera menelefon sahabat sahabiah Fa menyatakan sudah sampai di KUO. (Tiba-tiba Kaklong teringat waktu dulu iaitu 4 tahun dulu kali pertama menghantar Fa mendaftar pelajar baru di KUO, Kaklong tolong Fa pasang cadar….tolong kemas barang Fa dalam almari……seingat kaklong Fa orang pertama masuk rumah yang mengandungi 3 bilik tersebut….kaklong pesan ko Fa “ Pa ngaji molek sini deh”…..Sambil Fa tersenyum dan menjawab "Insyaallah kaklong")
[ngaji=belajar]
Sebelum kaklong sampai di KUO, kaklong dah hubungi sahabat sahabiah Fa untuk meminta pertolongan beberapa perkara berkaitan urusan Fa...Kaklong menghubungi roomate Fa untuk menyatakan hasrat Abah yang teringin nak tengok buat kali terakhir bilik yang pernah diduduki oleh Fa…..Kaklong menghubungi sahabat Fa yang tinggal di rumah sewa kerana ada lagi barang-barang Fa di rumah sewa sahabat Fa dan salah satu barang yang Abah nak sangat ialah jubah hijau dan selendang hijau yang Fa selalu Fa pakai cuti terakhir di rumah..Abah ingin sangat amanahkan jubah hijau dan selendang hijau Fa pada adik No…Moga-moga ia menjadi sumber kekuatan dan semangat dalam meneruskan perjuangan Fa. Dan urusan yang paling penting yang perlu di selesaikan Kaklong ialah mengamanahkan pada salah seorang sahabiah Fa (Adik angkat kaklong sendiri) untuk menyelesaikan segala yang berkaitan urusan Fa iaitu tentang nota-nota kecil yang ditinggalkan Fa di dalam beg duit Fa..
Fa nak tau, 2-3 hari sebelum datang ke UPSI, kaklong dah uruskan semua berkaitan dokumen Fa......Fa nak tau, sebak sangat masa kaklong belek satu persatu ruang beg duit Fa yang terkoyak sedikit….Melihat helaian duit, resit belian barang-barang keperluan Fa, gambar passport terbaru Fa dan yang paling sebak ada beberapa cebisan nota kecil tulisan Fa yang tertulis sesuatu yang menunjukkan nilai jumlah wang tertentu dan untuk apa……Kaklong tahu Fa banyak pegang amanah di kolej dan persatuan. Kaklong risau ada amanah yang Fa pegang belum sempat diserahkan sebelum Fa kembali ke Rahmatullah….Mungkin Fa dah menyelesaikan semua urusan dan amanah tersebut kerana berdasarkan cebisan kertas tersebut yang agak lusuh, tetapi untuk lebih yakin dan tidak lagi was-was , kaklong serahkan semua jumlah nilai wang yang tertulis mengikut kategori….Walaupun jumlah tersebut tidaklah begitu banyak dan kemungkinan besar amanah tersebut sudah diselesaikan oleh Fa….Xpelah, jika sekalipun Fa dah selesaikan semua, ia diinfakkan dan disedekahkan untuk Fa..…
Salah satu cebisan kertas daripada 3 cebisan kertas tersebut sangat menyentuh hati Kaklong melihat tulisan Fa “Duit surau kolej Rm10 di dalam plastik”……(Detik hati kaklong, Fa dah tau Fa nak pergi, tu Fa tulis awal-awal kan...Fa dah tau nak pergi jauh, tu Fa tinggalkan pesan melalui nota-nota ni kan...Ya allah)…..Kaklong kenal sangat adik kaklong ni, sangat amanah pada setiap tangunggjawab yang diberi…walaupun jumlah wang yang begitu kecil, tetap di catat kerana risau-risau terlupa… Ya Allah…..Kaklong menahan air mata ketika meneliti ayat-ayat tulisan Fa pada nota tersebut sambil sama-sama berbincang dengan semua ahli keluarga kita sebelum kami (Abah, Ma, Kaklong, Adik imi dan Adik tie) ke UPSI pada 18/01/10...
Sahabat-sahabat dan sahabiah-sahabiah sudah menanti kami di parking kereta…..Sementara menunggu Abah dan adik Imi ke bilik Fa di KUO sambil ditemani sahabat-sahabat Fa, kaklong selesaikan urusan dengan wakil sahabiah tadi..Nampak jelas di matanya menahan sebak, tapi dia tetap tabah ketika kami berdua berbincang tentang urusan cebisan-cebisan nota tadi….Sementara itu, Ma dan adik berbual-bual dengan sahabiah-sahabiah yang lain...Nampak sahabiah tadi bertambah sebak apabila melihat helaian dokumen-dokumen kematian Fa tersusun rapi dalam fail.. Bertambah sebak melihat cebisan-cebisan nota kecil Fa…Kaklong mampu menyatakan ” Sabar banyak ukhti, jangan sedih sangat, kuatkan semangat ye.. Kaklong amanahkan ukhti tolong serahkan kepada pihak yang berkenaan, Kaklong dah tulis kepada pihak mana dan jumlah tertentu, ukhti tolong serahkan ye, baru kaklong tenang”… Dia hanya mampu mengangguk-angguk menahan sebak sambil bertanya bagaimana sekiranya sudah dijelaskan amanah tersebut oleh Fa dan kaklong menyatakan “Ukhti niatkanlah sedekah untuk arwah wakil dari kaklong”….. Alhamdulillah, kaklong serahkan semua didalam sampul surat kepada sahabiah Fa, mewakili kaklong untuk infakkan kepada yang pihak-pihak yang berkenaan……”Sekiranya telah diselesaikan oleh Fa, biarlah ia menjadi sedekah untuk Fa..insyaallah”… niat kaklong disaat menyerahkan sampul surat tersebut….sungguh tenang selepas kaklong serahkan sampul surat tersebut…Alhamdulillah...ALLAH permudahkan setiap urusan hambaMu ini..
Lama juga Abah dan adik imi di bilik Fa…sementara itu kaklong berbual-bual dengan sahabiah-sahabiah…seronok sangat berbual...hilang sebak dalam diri…Ma tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata apabila mendapat hadiah hari lahir dari sahabiah tadi dan juga sahabiah lain yang Fa telah minta tolong belikan jubah untuk hari lahir Ma yakni 2 hari sebelum Fa kembali ke Rahmatullah……Hari lahir Ma tahun ini berbeza sangat, sahabat sahabiah Fa yang memberi hadiah kepada Ma wakil dari Fa….Allahuakbar….Kaklong sempat berbisik dengan sahabiah lain yang telah kaklong kenal suatu ketika dulu, “Dulu arwah selalu ajak kaklong datang sini, tetapi hari ni kaklong sampai sini, adik kaklong tiada, sahabat sahabiah je ada…. ” Walaupun muka kaklong kelihatan gembira ketika berbual dengan sahabiah-sahabiah, tetapi dalam hati hanya menahan sebak agar air mata tidak mengalir……Alhamdulillah semua urusan di kolej diselesaikan…Niat asal untuk solat maghrib berjemaah bersama-sama sahabat sahabiah di surau KUO terpaksa dibatalkan disebabkan kaklong lihat raut-raut kesedihan pada Abah, Adik Imi dan Ma….huhuhu..dah tak boleh tunggu disitu, lagi lama disitu, lagi sebak dan sedih…..terpaksa memohon maaf menolak pelawaan sahabat sahabiah…….Alhamdulillah, agak sedih untuk berpisah dengan sahabat sahabiah Fa…insyaallah diizinkanNYA kita jumpa lagi….Ukhwah fillah…..walaupun Fa tiada disisi, ukhwah yang terjalin dengan sahabat sahabiah akan tetap kami sekeluarga sambung…Insyaallah dengan izinNYA...
Di dalam kereta, terus Abah bercerita ketika berada di bilik Fa ….”Kaklong, Abah tak boleh duk lamo-lamo dalam bilik Pa, sedih sangat, tapi puas hati dohla Abah sebab dapat tengok bilik Pa buat kali terakhir”…..” Abah tengok nota-nota hok Pa tulis kat papan kenyataan belajar..sedih sangat..Abah sabar jah xse bagi mengalir air mata”….Cerita Abah lagi” Masa Abah duk bilik Pa, lepas seorang-seorang sahabat-sahabat Pa mari bersalaman dan berpelukan dengan Abah…Abah bertambah sedih tengok sahabat-sahabat Pa…semuo nampok lebih kurang macam Pa jah….baik-baik belako…Sambung Abah lagi “Allah…… kaklong, roomate Pa ada "sebalah" ngan Pa,style dio lebih kurang dengan Pa, pakai spek mata serupo Pa… Abah tengok roomate Pa pun duk menahan sebak dan sedih..Abah tak boleh tengok muko dio, sedih teringat ko Pa….Kaklong balas “Sabarlah…alhmdulillah bereh belako doh..kaklong tak tengok pun ramai-ramai muslimin tadi….tak kenal pun hok mana..biasolah roomate Pa tu mesti rapat dengan Pa,sedikit sebanyak mesti ada 'style' serupo dengan arwah Pa..mesti dia pun terasa sangat kehilangan Fa sebab hari-hari duk tengok Pa, sebilik dengan Pa...semoga dia kuat..kita pun kena kuat…insyaallah…kito doa banyak-banyak....”
[lamo-lamo=lama-lama; jah=je, xse=xnak; nampo=nampak; belako=belaka; sebalah=seiras; serupo=serupa; muko=muka; dio=dia; bereh=selesai; doh=dah; hok=yang; biasolah=biasalah]
Adik imi pulak cerita kelakar “Kaklong, ada sain abe Pa ingat imi ni abang..hehe..lawok sungguh”..Kaklong pun balas ” Maksudnye, imi ni tuo la..hehe..abe Pa lagi muda dari imi …camne ni..hehe..” kaklong gelakkan imi untuk mengubat kesedihan….Ma pula menyampuk “ Ma terbayang lagi bila kita gi ziarah Pa dulu-dulu kat kolej..Pa macam biaso la turun dari kolej, cara dia jalan sambil tersengih-sengih bila sampai tempat kita parking kereta bawah…teringat cara dia senyum..…tu Ma tak boleh duk lama-lama kat kolej tu, duk terbayang tingkahlaku Pa jah....”………..
[sain=sahabat; lawok=lawak; tuo=tua; biaso=biasa]
Alhamdulillah semua urusan di kolej semuanya dipermudahkan olehNYA……Syukran jazilan pada sahabat-sahabat dan sahabiah-sahabiah yang bersedia menolong kaklong menyelesaikan urusan berkaitan arwah adik kesayangan kaklong….tanpa bantuan kalian semua, tentu agak sukar untuk kaklong menyelesaikannya……Jazakallahu khairan khatira……Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya...InsyaAllah…
Kami meneruskan perjalanan ke Kedah menyelesaikan urusan berkaitan Fa seterusnya….. Insyaallah bermalam di sana..Walaupun penat seharian perjalanan, namun kami sangat gembira, tenang dan amat bersyukur setelah semua urusan arwah ahli bait solihin kami, al-marhum Mohd Fadhiri dapat diselesaikan dalam masa sehari…..Syukur padaMU..Semua dengan izinNYA……Alhamdulillah..........

{Ahli bait solihin kami...almarhum Mohd Fadhiri}
To be continued..InsyaAllah jika masih diberi nafas olehNYA...
by Kaklong, 5/4/10 (20 Rabiulawal 1431H)
al- Hafizh Ibnu Rajab al- Hanbali rahimahullah berkata,
ReplyDelete“Sabar yang dipuji ada beberapa macam: [1] sabar di atas ketaatan kepada Allah ‘azza wa jalla, [2] demikian pula sabar dalam menjauhi kemaksiatan kepada Allah ‘azza wa jalla, [3] kemudian sabar dalam menanggung takdir yang terasa menyakitkan. Sabar dalam menjalankan ketaatan dan sabar dalam menjauhi perkara yang diharamkan itu lebih utama daripada sabar dalam menghadapi takdir yang terasa menyakitkan…”
(Jami’ al- ’Ulum wa al- Hikam, hal. 279)
kaklong said..
ReplyDeleteto anynomous..na'am..syukran jazilan diatas perkongsian..jazakallahu khairan khatira.
assalamualaikum...
ReplyDeletesedih baca post kaklong siri 7 nie...
Bila baca blog nie pun hati sayu apatah lg sambil bca entry diiringi bacaan suci ayat al-quran..
tenang rasa hati...
Moga keluarga arwah sentiasa diberi kekuatan drp Allahs.w.y..
Wallahualam
assalamualaikum kak huda..umira ni..akak masih ingat saya??kita pernah berbalas2 mesej di friendster dulu..sy satu jmk dengan arwah..maaf kak..tak dapat datang ziarah arwah..sy jaga anak sedara saya wktu tu..
ReplyDeletesayu rasanya kak baca entry akak ni..kehilangan arwah benar2 dirasa..dia lelaki yang baik..semoga Allah memberi kekuatan untuk kita yang masih hidup melalui semua ni..
kaklong said....
ReplyDeleteto Miss Wana Herman..comel nama ukhti;)..syukran ya ukhti solehah diatas ziarah pada blog xseberapa nie..
insyaALLAH kami sekeluarga tabah dalam menghadapinya dengan izinNYA..;)
kaklong said...
ReplyDeleteto humaira...waalaikumuusslam ya ukhti solehah humaira..kaklong/kakhuda ingat lagi ukhti..seingat kaklong dulu ada kaklong bertanya samaada ukhti kenal tak adik kaklong(arwah fadhiri) kan...tapi yela jrg kaklong bukak fs tu..dh lama xberhubung kan..alhmdulillah ukhwah fillah..nanti jemputlah datang rumah, bolehlah kaklong kenal ukhti ;)
salam..
ReplyDeletekak long, tiba2 teringat sangat2 kat arwah bila tgk gmbar kak long up load ni..ingt waktu duk berbincang dn bersembang ngan dia..huhu..masing terngiang2 setiap pesanan arwah..Allahurabbi..
kak long, jaa balik kg esok sampai ahad ni
- to Norhafizawati..wslm jaa...xpe jaa, saat teringat kt arwah sedekah ayat-ayat suci al-quran ye utk arwah adik kaklong dan arwah faizol..
ReplyDelete- gambar tu kaklong ambil dari blog sahabat-sahabat arwah..kaklong kumpul semua gambar-gambar adik kaklong....hehe..rasanya dari blog andalusia..kat mana tu jaa gmbar tu?program kat kedah ye?kalau jaa nak kongsikan apa yang arwah cakap, tafadhal.kaklong alu-alukan..
- hati2 dan jaga diri balik kg ye..insyaALLAH..kalau nak dtg umh kaklong, msg ye..;)
p/s: esok kaklong xde kat umah, pergi ziarah adik nor di udm ;)
insyaAllah..erm bukan kat kedah tu kak long..kat t.malim jerk tu..
ReplyDeleteinsyaAllah kalau sempat jaa g jmp kak long..
kalu xsempat g rumah, jaa g tempat kak long keje..
Ingat kalu sempat nak g ziarah kubur arwah skali...
nanti kem salam salam kat ma dan semua yerk..