BUAT PENGUNJUNG-PENGUNJUNG BLOG.....

BUAT PENGUNJUNG- PENGUNJUNG BLOG.....


Untuk makluman sahabat sahabiah yang baru mengunjungi blog ini, blog Al-Fatihah buat Mohd Fadhiri bin Rakiah (Mohamad Ariffin) dibuat setelah ahli bait solihin kami iaitu al-marhum Mohd Fadhiri kembali ke Rahmatullah pada 11/01/10.



Blog ini telah diwujudkan pada 14/01/10, iaitu 3 hari setelah arwah kembali ke Rahmatullah oleh Abang Khairu (abang sulung arwah).



Semoga tautan ukhwah Fillah yang terjalin antara sahabat sahabiah serta semua yang pernah mengenali al-marhum Mohd Fadhiri dapat kami sekeluarga sambung, insyaALLAH




- dari keluarga al-marhum Mohd Fadhiri bin Rakiah (Mohamad Ariffin) -



JOM PROMOSI


ASIF JIDDAN....


Assalamualaikum kepada semua pengunjung-pengunjung blog Al-Fatihah buat Mohd Fadhiri bin Rakiah (Mohamad Ariffin)



Semoga sentiasa dalam lindungan dan rahmah ALLAH...InsyaALLAH..Semoga sentiasa diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan sehari-hari hanya untuk mencapai redha ALLAH..


Asif jiddan, dah lama kaklong tak update blog, untuk berkongsi ilmu, Ini kerana kaklong sibuk kemaskini portal web Islam bersama adik Imi..Buat sementara waktu, bolehlah ziarah portal murabbi. Semoga mendapat sedikit sebanyak ilmu yang bermanfaat untuk dunia dan akhirah di portal web Islam tersebut....http://www.murabbi.net/

InsyaALLAH, setelah kaklong dah siap mengemaskini Portal murabbi, akan kaklong kembali mencoret di sini..InsyaALLAH


Pejuangan yang masih jauh selagi jasad terkandung dalam diri dalam menuju YA RABB. Hanya untuk mendapart redha ALLAH..insya ALLAH...;ALL THE BEST!!!...BI TAUFIQ WA NAJAH FI DUNNIA WA AKHIRAT ;)


PENGUMUMAN KHAS

PENGUMUMAN MAJLIS TAHLIL

Majlis Tahlil Hari Ke 100 Allahyarham Mohd Fadhiri bin Rakiah adalah pada tarikh
20/4/2010 (Selasa). Kemungkinan akan dibuat pada tarikh
22/4/2010 (Khamis). Insyaallah


Semua sahabat sahabiah serta semua yang mengenali arwah di jemput hadir. Kami sekeluarga sangat-sangat mengalukan kedatangan sahabat sahabiah semua



Wednesday, March 31, 2010

Semoga ALLAH memberkati usahamu wahai abg een..jangan putus asa..hanya untuk mendapat keredhaanNYA..Insyaallah..bi taufiq wa najah!!!!

p/s: kaklong tidak sempat mebuat sedikit tulisan, terlalu sibuk menyiapkan utk perjuangan esok..doakn kejayaan kaklong..;)insyaallah akan membuatnya nanti..

.....................................................................................



(Abe een..heheh..suka sgt amik gambar)



Pengorbanan pegawai JPN 15 hari di hutan


MIRI 30 Mac
- Secara purata 15 hari dalam sebulan berada di hutan belantara tanpa sebarang kemudahan yang sempurna bukanlah satu tugas yang mudah.

Tidak ramai yang sanggup menghadapinya apatah lagi banyak menggunakan kekuatan fizikal dan kemahiran menyesuaikan dengan alam untuk kekal selesa.

Tetapi itulah lumrah dan beban tugas yang dihadapi oleh Unit Khas Bergerak (UKB) Cawangan Miri dan Limbang Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sarawak.

Ia ditubuhkan bagi menyelesaikan masalah penduduk tanpa dokumen di pedalaman Sarawak dalam tempoh dua tahun.

Mereka beroperasi bersama-sama Mahkamah Bergerak Miri dalam usaha mencapai tujuan misi iaitu mendaftarkan sijil kelahiran dan MyKad kepada lebih 10,000 masyarakat Penan di daerah Baram agar mereka sama-sama mendapat keistimewaan seperti rakyat Malaysia yang lain.

Dan ia juga satu tugas yang berat untuk Mohd. Syafiee Mohamad Ariffin selaku ketua unit tersebut.

Berasal dari Kelantan, beliau mengakui tugas itu berat apatah lagi terpaksa berjauhan dengan kehidupan yang selesa di bandar.

"Pengorbanan unit kami ini sangat tinggi, ada yang demam, luka-luka ketika meredah hutan, kepenatan melampau dan sebagainya.

"Namun tanggungjawab yang diberikan akan tetap dilaksanakan mengikut jadual," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia yang sama-sama mengikut operasi Pendaftaran Bergerak UKB Cawangan Miri dan Limbang ke Long Jekitan, Ba'Purau dan Long Mekaba di pedalaman Ulu Baram dekat sini baru-baru ini.

Mohd. Syafiee berkata, tugas itu memerlukan kekuatan fizikal dan mental kerana ada kawasan yang memerlukan mereka berjalan kaki selama dua hari sebelum tiba ke destinasi.

Sebagai contoh, operasi di Ba'Purau memerlukan masa lapan jam berjalan kaki sebelum tiba ke perkampungan Penan tersebut, katanya.

"Bagaimanapun, ada kawasan perkampungan yang boleh dilalui dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda seperti di Long Kevok. Namun ia mengambil masa 8 hingga 10 jam untuk sampai," kata beliau.

Walaupun mengakui adanya kelemahan dari segi logistik, namun semua arahan dan tanggungjawab yang diberikan akan ditunaikan tepat pada masanya, tegas Mohd. Syafiee.

Namun, beliau juga berharap jabatan-jabatan atau agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Imigresen dan Jabatan Kesihatan turut sama dalam misi yang mereka lakukan.

"Ini penting supaya mereka tahu situasi sebenar penduduk pedalaman dan dapat menghulurkan bantuan sewajarnya kepada mereka yang rata-ratanya miskin," kata beliau



(Ketua Kampung Ba'Purau, Ding Usang (tengah berbaju petak) ketika membuat permohonan kelahiran dan MyKad di Baram, baru-baru ini)



(TURUN PADANG...Syafiee Mohamad Ariffin (duduk dua kiri) dan Majistret Muhamad Safuan (tiga kiri) semasa Operasi Pendaftaran Bergerak di Ba’ Purau. Kelihatan sama Ketua Kampung Ba’ Purau, Ding Usang (lima kiri, baju petak).


................................................................................

Misi membantu masyarakat Penan


MIRI 28 Mac - Lapan jam berjalan kaki serta mendaki lima bukit merupakan cabaran yang terpaksa dilalui jika mahu ke Ba'Purau, sebuah perkampungan separa nomad bagi masyarakat Penan di hutan Ulu Baram, iaitu sebuah kawasan pedalaman di Miri, Sarawak.

Tanpa kemudahan jalan yang sesuai menyebabkan penempatan itu terputus langsung perhubungannya dengan dunia luar.

Namun, itulah yang perlu diharungi pasukan Unit Khas Bergerak (UKB) Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Miri dan Limbang serta Mahkamah Bergerak Miri dalam usaha mendaftarkan masyarakat itu, baru-baru ini.

UKB JPN diketuai Mohd. Syafiee Mohamad Ariffin, manakala pasukan mahkamah itu diketuai Majistret Muhamad Safuan Azhar

Mahkamah Majistret Miri berfungsi sebagai pasukan sokongan kepada JPN kerana dengan bantuan institusi itu, borang yang diisi pemohon boleh diakui dengan serta-merta.

Ini kerana ada borang akuan yang perlu disahkan mahkamah sebelum ia dapat diproses dengan segera sekali gus menjadikan proses daerah Baram agar mereka sama-sama mendapat keistimewaan seperti rakyat Malaysia yang lain.

Pasukan UKB itu dibentuk selaras dengan gagasan 1Malaysia yang diasaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahukan semua rakyat termasuk kaum minoriti di pedalaman mendapat hak sebagai warga Malaysia.

"Kita diberi masa dua tahun untuk menyelesaikan masalah penduduk Malaysia di pedalaman yang tiada dokumen langsung dan setahun untuk mereka yang mempunyai sijil lahir tetapi tidak memiliki MyKad," kata Mohd. Syafiee.

Penulis yang turut menyertai misi tersebut memulakan perjalanan bersama rombongan itu pada pukul 9 pagi, 28 Februari dengan menaiki bot dari Long Jekitan yang mengambil masa 45 minit ke perhentian yang seterusnya mula berjalan kaki ke Ba'Purau.

Long Jekitan terletak kira-kira lapan jam perjalanan menaiki kenderaan pacuan empat roda dari Miri melalui jalan balak.

Di perhentian itu, juru pandu daripada suku Penan telah sedia menanti untuk bersama-sama berjalan kaki ke Ba'Purau.

Keunikan juru pandu masyarakat Penan ialah mereka hanya berkaki ayam dan jangan ditanya tentang jarak dan masa kerana mereka akan berkata:

"Sekejap lagi akan sampai" atau "Dalam setengah jam lagi akan tiba di kampung".

Bagaimanapun, hakikatnya, ia adalah satu perjalanan yang panjang dan sangat menyeksakan diri.

Kebanyakan penduduk Penan di Ba'Purau mengamalkan pertanian sara diri iaitu dengan menanam padi huma di lereng-lereng bukit dan menjadikan hutan sebagai sumber makanan mereka.

Kebanyakan masyarakat Penan masih tinggal di pedalaman dan jumlah mereka yang masih mengamalkan cara hidup nomad iaitu berpindah-randah kian berkurangan.

Walaupun tiada angka yang tepat tetapi itulah dilakukan UKB untuk mendaftarkan mereka.

Dengan kekuatan empat pegawai, tiga pemandu, 14 kakitangan dan dua penterjemah, mereka meredah hutan dengan berjalan kaki tanpa mengenal penat lelah walaupun ia bukanlah tugas mudah dan penuh risiko.

Pengalaman penulis bersama mereka mendapati tugas itu amat memeritkan dan memerlukan kekuatan fizikal serta ketabahan.

Berjalan kaki untuk sejam pertama merupakan pengalaman yang menjerihkan dan berisiko apatah lagi untuk tujuh jam seterusnya.

Selain terpaksa meredah lereng-lereng bukit yang curam, rombongan itu juga terdedah kepada ancaman penyakit seperti malaria.


Bercerita dengan Mohd. Syafiee juga mendedahkan banyak pengalaman pahit manis dialami oleh pasukan tersebut.

Selain menempuh perjalanan yang sukar dan lasak, mereka juga pernah diancam rasa tidak puas hati daripada kalangan penduduk Penan.

Satu kes yang diberitahu ialah ada penduduk yang mabuk ketika menunggu proses pendaftaran menyebabkan kakitangannya bimbang mengenai faktor keselamatan.

Sehubungan itu, katanya, kali ini mereka membawa anggota polis supaya faktor keselamatan terjaga.

Ketua kampung juga memberi kerjasama dengan mengenakan denda RM500 kepada penduduk yang mabuk ketika proses pendaftaran dilakukan.

"Contohnya di Long Kevok, nyaris berlaku kekacauan kerana ada penduduk membawa parang ketika mendaftar, kebetulan pula dia sedang mabuk ketika itu," katanya yang tidak pernah rasa gentar kerana menganggap ia adalah asam garam semasa bertugas.

Selain kemungkinan timbul suasana tegang oleh penduduk, timbul juga beberapa situasi yang menggelikan hati.

Antaranya pemohon yang mempunyai tiga nama dan anak-anaknya pula lahir pada hari, bulan dan tahun yang sama sedangkan bukanlah anak kembar.

"Inilah asam garam yang kami lalui, namun ia tidak mematahkan semangat kami untuk membantu orang ulu seperti Penan, Kayan, Kenyah dan sebagainya.

"Lagipun inilah yang kerajaan mahukan supaya semua rakyat tidak kira di pedalaman atau di bandar tidak dinafikan hak mereka," jelas Muhamad Safuan.

Namun, tidak terkecuali ada juga warganegara asing yang mengambil kesempatan untuk menjadi warganegara Malaysia melalui perkahwinan dengan penduduk Penan.

Misalnya Muhamad Safuan memberitahu terdapat kes warganegara Indonesia yang berkahwin dengan penduduk tempatan mengaku sebagai penduduk asal dengan mengemukakan bukti yang tidak kukuh.

"Dari segi dialek percakapan sudah menunjukkan mereka bukan penduduk tempatan dan hanya mahu mengambil kesempatan untuk menikmati hak-hak sebagai rakyat Malaysia.

"Biasanya kes-kes sebegini kita akan meminta mereka membuat akuan bersumpah untuk mengelakkan pertikaian. Terdapat kes orang Pakistan mengaku penduduk asal," kata Muhamad Safuan.

Selain tekanan kerja, kesukaran hidup masyarakat Penan turut menginsafkan kakitangan terlibat kerana mereka terpaksa hidup dalam serba kekurangan serta terpencil.

Hutan adalah gedung rezeki mereka dan pergantungan terhadap alam semula jadi itu sangat tinggi iaitu tanpa hutan, mereka akan menjadi 'cacat dan hilang arah tujuan'.

Pengalaman memerhatikan gaya hidup mereka juga menyedihkan. Anak-anak kecil dibiarkan tidak berpakaian dan ada yang berkudis tanpa mendapat rawatan.

Anak-anak yang bersekolah pula terpaksa mengharungi enam hingga lapan jam berjalan kaki untuk ke sekolah rendah di Long Jekitan.

Bagi pendapat penulis, penduduk Penan yang separa nomadik itu tidak perlu dibawa keluar dari penempatan asal tetapi dipertingkatkan kemudahan infrastruktur untuk mereka.


Pujian sewajarnya diberikan kepada kakitangan UKB JPN cawangan Miri dan Limbang serta Mahkamah Majistret Miri kerana berganding bahu menyelesaikan proses pendaftaran masyarakat Penan.



(Majoriti kaum Penan kini memiliki kediaman tetap dan rumah mereka tidak lagi berlantaikan tanah dan buluh)


.....................................................................................


280 permohonan sijil kelahiran, MyKad selesai


KUCHING 8 Mac - Unit Khas Bergerak (UKB) Cawangan Miri dan Limbang Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sarawak berjaya menyelesaikan 280 permohonan kelahiran dan MyKad di tiga kawasan pedalaman di Ulu Baram.

Ketua Unitnya, Mohd. Syafiee Mohamad Ariffin berkata, permohonan itu membabitkan tiga kawasan pedalaman iaitu di Ba'Purau, Long Jekitan dan Long Mekaba dalam operasi selama lima hari.

Menurut beliau, antara permohonan yang diselesaikan membabitkan daftar lewat kelahiran, daftar lewat kad pengenalan, permohonan kad pengenalan untuk 12 tahun, gantian kad pengenalan, cabutan sijil lahir, daftar lewat kad pengenalan dan permohonan MyKad.

''Unit Khas Bergerak (UKB) ini menumpukan kepada kawasan pedalaman dan semua kawasan akan dijelajahi, tidak ada kawasan yang dikecualikan," katanya kepada Utusan Malaysia di Long Mekaba, Ulu Baram, Miri, baru-baru ini.

Operasi UKB tersebut bermula pada 1 Mac hingga 4 Mac di Ba' Purau, Long Jekitan dan Long Mekaba.

UKB ditubuhkan oleh JPN dalam usaha menangani isu rakyat yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri atau MyKad.

Pengarah JPN Sarawak, Datuk Abu Bakar Mat Januari lalu berkata, pihaknya telah menubuhkan beberapa lagi pasukan khas untuk ditempatkan di beberapa cawangan UKB di seluruh negeri bagi operasi berkenaan.

''Kalau semuanya berjalan dengan lancar dijangka bulan Februari nanti kita akan memulakan aktiviti bagi menangani isu tidak mempunyai dokumen peribadi bagi yang berkelayakkan sahaja atau mereka yang sudah mempunyai sijil lahir tetapi belum mempunyai MyKad.

''Petugas-petugas ini nanti akan berusaha untuk menyelesaikan masalah berkenaan dalam masa tempoh dua tahun," katanya.

Mohd. Syafiee berkata, pasukan mereka mengandungi 23 kakitangan termasuk pegawai dan diberi tempoh dua tahun menyelesaikan penduduk yang tidak mempunyai dokumen dan setahun untuk mereka yang ada sijil lahir tetapi tidak memiliki MyKad.

''Kita kali ini mengubah program pendaftaran yang tidak menumpukan kepada bandar, tetapi berpusat di kampung-kampung pedalaman Sarawak," kata beliau.

Katanya, selepas semua permohonan disiapkan, UKB JPN akan mengadakan operasi serahan MyKad dan surat beranak di kawasan-kawasan tersebut dalam tempoh tiga bulan sebelum diisytiharkan kawasan putih.

''Misalnya di Long Kevok yang kita adakan operasi pendaftaran pada bulan 12 lalu, pada bulan ini akan dibuat operasi serahan sebelum diumumkan sebagai kawasan putih.

Turut mengikut operasi tersebut, Unit Mahkamah Bergerak Miri yang diketuai Majistret Muhamad Safuan Azhar.

Muhamad Safuan berkata, pihaknya bertindak sebagai pasukan sokongan kepada JPN bagi mempercepatkan lagi permohonan penduduk pedalaman.

Katanya, tanpa peranan pihak mahkamah, proses melengkapkan permohonan menjadi lewat dan akan mengambil masa yang agak lama.

''Kita bersama-sama turun padang dan melengkapkan borang permohonan seperti surat beranak supaya apabila borang di bawa ke Miri, ia boleh terus diproses tanpa di bawa ke mahkamah lagi," kata beliau.

Beliau memberitahu, unit tersebut tidak ada di Semenanjung tetapi hanya ada di Sarawak dan Sabah dalam menangani isu penduduk tanpa MyKad dan surat beranak yang semakin kritikal



(Cara duduk ketika abg een bekerja seiras sangat dengan arwah fadhiri)


.....................................................................................


by kaklong, 31/03/10, 1250pm (15 Rabiulawal 1431H)

Friday, March 26, 2010

MENCARI REDHA ALLAH....INSYAALLAH





Nukilan buat Akhi yang dirindui....


Dalam diam, fikiranmu tidak pernah penat memikirkan bagaimana untuk membawa NUR Islam dalam rumahmu...

Dalam diam, fikiranmu tidak pernah penat memikirkan mengenai sahabat-sahabatmu...

Dalam diam, fikiranmu tidak pernah penat memikirkan mengenai umat Islam di sekelilingmu...

Dalam diam, dirimu berjuang habis-habisan kerna cintamu pada Penciptamu, Rasulmu dan Agamamu...
.



Syabas ya akhi... Mabruk ya akhi...


Ku bangga punyai seorang abang sepertimu...
Terasa malu mengaku diri ini adikmu,
Kerna diri ini tidak semulia dan sebaik budi pekertimu,
Diri ini juga tidak setabah dirimu dalam berjuang,
Banyak kali diri ini terjatuh...


Rindunya diri ini padamu,
Seakan-akan satu mimpi,
Yang dirimu sudah tiada di dunia ini,
Namun iman sentiasa mengatakan pada diri ini bahawa dirimu sudah tiada,


Sekali lagi hati ini bergetar,
Mengenangkan diri yang hina ini,
Dirimu telah berjaya mendapat redhaNya,
Tinggal diriku dan yang lain-lain masih terkapai-kapai mencari redhaNya,


Apakah nasib kami di hari perhitungan nanti?
Apakah kesudahan kami nanti?
Di manakah tempat kami nanti?


Akan diri ini kuatkan kembali semangat tatkala terjatuh..
Akan diri ini kembali apabila terlalai atau terleka...
Akan diri ini melawan anasir-anasir negatif itu yang cuba menghalang diri ini berjuang,
Moga Allah sentiasa bersama diri ini,
Kerna diri ini hanyalah hamba yang lemah,
Moga kami mendapat cahaya petunjukNYA dalam perjalanan MENCARI REDHA ALLAH...
Menjejaki langkah Rasulullah, yang diikuti dirimu...



by Kak Ngah, 26/3/10 (10 Rabiulawal 1431H)

Wednesday, March 24, 2010

Srikandi Mujahidah di Teratak Sayyid Qutb

MasyaALLAH...Hebatnya seorang srikandi Islam dalam menghasilkan as-solihin, mujahid serta tokoh dan pejuang agama Islam...SAYYID QUTB



(Gambar hiasan)


Sayyid Qutb adalah seorang tokoh yang amat mesra bagi mereka yang terjun ke medan dakwah. Penulisan-penulisannya menjadi panduan dan sumber inspirasi kepada para petugas Islam. Karangan beliau seperti Tafsir Fi Dhilal al-Quran dan Petunjuk Sepanjang Jalan, menjadi teman akrab pendakwah untuk menyalakan suluhan tarbiah Islam. Perjuangannya di dalam Ikhwan al-Muslimin bersama rakan-rakan seperti Hasan Hudhaibi, adalah lanjutan kepada momentum yang telah dicetuskan oleh pengasasnya al-Imam asy-Syahid Hasan al-Banna


Namun, tidak ramai yang berpeluang mengenali kehidupan Asy-Syahid Sayyid Qutb secara mendalam. Tidak banyak maklumat yang diketengahkan kepada pembaca tentang latar belakang keluarganya yang sudah tentu memberikan kesan yang besar kepada pembentukan peribadi dan kualiti diri Asy-Syahid malah kemudiannya turut terkesan dengan ketokohan Asy-Syahid itu sendiri.


Di dalam kesempatan ini, kita akan mengambil peluang untuk mengenali tokoh srikandi yang menjadi sendi penting di dalam ketokohan Asy-Syahid Sayyid Qutb itu sendiri. Semoga ia menjadi dorongan kepada wanita muslimah hari ini untuk menggembeleng peranan dan potensi mereka ke arah produksi lebih ramai insan luar biasa seperti Asy-Syahid Sayyid Qutb di tengah-tengah gelombang cabaran akhir zaman ini.


Bonda Sayyid Qutb berasal dari sebuah keluarga yang mulia. Beliau berkahwin dengan Qutb Ibrahim, ayahanda kepada Sayyid Qutb sebagai isteri kedua, tinggal bersama-sama Qutb Ibrahim seketika di Kaherah sebelum pulang ke kampung bersama keluarganya.


Bonda Sayyid Qutb mempunyai empat adik-beradik lelaki, dua daripadanya menuntut di al-Azhar asy-Syarif. Salah seorangnya dikenali sebagai Ahmad Husain Othman yang lebih dikenali sebagai Ahmad al-Moushi, nisbah kepada perkampungan Moushah. Ketika Sayyid Qutb menuntut di Kaherah, beliau tinggal bersama bapa saudaranya ini, Ahmad al-Moushi.


Sayyid Qutb dibesarkan oleh bondanya yang memiliki kesempurnaan sifat sebagai seorang wanita yang solehah dan berjiwa kental. Beliau seorang yang pemurah dan banyak bersedekah. Beliau gemar memasakkan makanan untuk pekerja-pekerjanya di ladang serta tetamu-tetamu yang datang mengaji di rumah beliau. Bonda Sayyid Qutb tidak pernah mengganggap semua ini sebagai bebanan kerana beliau menjadikan amalan ini sebagai usahanya mendekatkan diri kepada Allah SWT. Amalan seperti ini sememangnya menjadi tradisi isteri kepada pejuang-pejuang Islam khususnya di rumah-rumah dan pondok pengajian. Bukan sahaja kesetiaan menuntut ilmu dan bekerja yang terhasil malah kesemua yang bernaung di bumbung itu terikat dengan perasaan kasih sayang yang terpercik dari sifat pemurah dan penyayang wanita solehah yang menjadi srikandinya.


Bonda Sayyid Qutb juga amat gemar mendengar bacaan al-Quran malah beliau amat mudah terkesan dengan ayat-ayat yang dibacakan itu. Hal ini dijelaskan oleh Sayyid Qutb di dalam bukunya at-Tasweer al-Fanni fi al-Qur”™aan: Setiap kali engkau asyik mendengar tilawah al-Quran dari belakang tabir oleh para Qurra”™ yang datang mengaji ke rumah kita di sepanjang bulan Ramadhan, seandainya aku tercuai dan ingin bermain-main seperti kanak-kanak yang lain, engkau akan mengisyaratkan kepadaku dengan tegas sehingga aku terdiam dan turut menyertaimu mendengar bacaan itu. Dari situlah jiwaku mula meneguk irama al-Quran walaupun dengan usiaku yang masih kecil, belum mampu memahami makna bacaan itu


Ketika aku membesar di dalam penjagaanmu, aku telah dihantar ke Madrasah Awwaliyyah di kampung. Harapan terbesarmu kepadaku adalah supaya Allah membukakan jalan kemudahan bagiku oleh Allah untuk aku menghafaz al-Quran dan direzekikan kepadaku suara yang lunak untuk membacanya. Sesungguhnya semenjak itu aku sentiasa membacakan al-Quran bagimu di setiap masa dan setiap ketika…


Kini engkau telah pergi meninggalkanku, wahai bonda tersayang. Gambaran terakhir dirimu yang sentiasa segar di ingatanku adalah samar-samar dirimu yang sering duduk di hadapan radio, mendengar keindahan bacaan-bacaan al-Quran. Amat jelas pada lekuk-lekuk wajahmu yang mulia, tanda-tanda mendalamnya ertimu terhadap makna yang tersurat lagi tersirat kalimah al-Quran itu, dengan hatimu yang agung dan perasaan halusmu yang merenung.” [ms 5, at-Taswir al-Fanni fi al-Quran, Dar ash-Shurooq, tanpa tarikh].


Sayyid adalah anak sulung lelaki beliau di samping anak-anaknya yang lain iaitu Aminah, Hamidah dan Muhammad. Wanita berjiwa besar ini telah membesarkan anaknya, Sayyid, dengan penuh ketelitian. Pada “Sayyid”lah beliau letakkan segala harapan, lantas anaknya ini dibesarkan dengan iman, kemuliaan dan latihan pendedahan memikul tanggungjawab. Malah bonda Sayyid Qutb mahukan anaknya ini menjadi dewasa lebih awal dari masa biasanya. Sayyid sentiasa ditiupkan jiwa kedewasaan sehingga beliau acapkali menjauhkan diri dari suasana kebudak-kebudakan yang mengiringi zaman kanak-kanaknya.


Sesungguhnya bonda Sayyid Qutb telah menggabungkan dua unsur penting yang membina keperibadian mujahid dan mujaddid ini. Beliau limpahkan sepenuh rasa kasih sayang dan kemanjaan seorang ibu kepada anak, tetapi kasih sayang itu disiram dengan keakraban al-Quran. Kasih sayang itu bukanlah kemanjaan yang membinasakan proses pembinaan syakhsiah jati diri anaknya kerana di dalam kemanjaan itu, bonda Sayyid Qutb membina keyakinan diri yang tinggi di dalam diri anaknya supaya membesar sebagai seorang yang berjiwa tinggi.


Bonda Sayyid Qutb kembali ke rahmatullah pada tahun 1940. Kematiannya memberikan impak yang amat besar kepada Sayyid Qutb. Ia dibayangkan menerusi ungkapan beliau di dalam tulisannya al-Atyaaf al-Arba”™ah ms. 168 [oleh Sayyid Qutb dan adik beradiknya, terbitan Beirut 1967M tanpa nama penerbit]:


“Bonda..

Siapakah selepas ini yang akan menceritakan kisah zaman kanak-kanakku, seakan-akan ia suatu peristiwa yang baru semalam berlaku? Siapakah lagi yang akan membayangkan kepadaku zaman muda untuk dibawa kembali bayangannya kepada kehidupan dan diundang semula kepada alam wujud ini buat kali yang seterusnya?


Engkau telah memberikan gambaran terhadapku bahawa diriku adalah insan yang istimewa semenjak aku masih di dalam dodoian buaian kehidupan. Kau sering hikayatkan kepada diriku tentang impianmu yang lahir dengan kelahiranku, yang merangkak-rangkak terserap ke dalam jati diriku bahawa aku seorang yang mulia. Ia telah tergalas di atas diriku sebagai suatu tanggungjawab yang besar dan semua ini adalah dari tatih impianmu terhadapku dan “˜wahyu”™ bisikan hatimu. Siapakah nanti yang akan membisikkan kepadaku khayalan-khayalan yang membara itu? Siapakah lagi yang akan meniupkan dorongan ke dalam hatiku..?.”



Amat benarlah bagai yang dikata pepatah: “Tangan yang mengayun buaian itu bisa menggoncang dunia”. Sentuhan tarbiah tangan seorang ibu telah melahirkan seorang mujahid seperti Sayyid Qutb, yang limpahan hikmahnya terus mengalir deras ke jiwa pejuang Islam, di sepanjang zaman…



(Gambar hiasan)


by kaklong, 2/4/10 (17 Rabiulawal 1431H)

Sumber:http://www.saifulislam.com
(Diolah semula dari kitab Sayyid Qutb: Min al-Meelaad ilaa al-Istisyhaad karangan Solah Abdul Fattah al-Khalidi [Darul Qalam, Damascus, 1994M]

Tuesday, March 23, 2010

HAYYA RIJAL...HAYYA BIL JIHAD

الى الأ مام يا أمة الإسلام
يارب انصردين الإسلام
على ألأ عا دىجملى يإكمال
ياإخوانى المسلمين هيا للقتال
اذكرالرحمن اذكرالرحيم
على الأ عا دى جملى بإكمال


هيايارجال هيّا بالجهاد
هيايارجال هيّا بالكفاح


عيش عزيزا أومت شهيدا
ولاتبالى للعدو... ولاتبالىللعدو
الله اكبر... الله اكبر... الله اكبر... هيّا بالجهاد



AYUH PEMUDA-PEMUDA ISLAM YANG DIKASIHI ALLAH S.W.T....MARILAH BERJIHAD KERANA-NYA !!!



"Allahu ghaayatunaa
Ar-Rasuulu qudwatunaa
Al-Qur'aanu dusturunaa
Al-Jihadu sabiiluna
Al-Mautu fii sabilillah
Asma amaanina"



" Allah adalah tujuan kami
Rasulullah teladan kami
Al Qur'an pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah cita-cita kami tertinggi"




Marilah teman kita bersatu
Mara bersama ke medan jihad
Menyahut seruan Tuhan yang Esa
Pergi bersama laungan takbir


Marilah kita bergandingan bahu
Bersatu teguh mara bersama
Usahlah dikau terus terleka
Allah pasti bersama dengan kita
Janganlah takut janganlah gentar
Terhadap musuh-musuh Allah
Tegakkan kema'rufan runtuhkan kemungkaran
Bersama laungkan takbir


Robohkan rangkaian penindasan
Tegakkan Islam agama tercinta
Bersama kita bentukkan ukhuwah
Syahid matlamat kita yang utama





(Source: Combination of Hayya bil jihad, Seruan jihad, and Bingkai kehidupan song)



by kaklong, 23/03/10 (7 Rabiulawwal 1431H),5.40 pm

Sunday, March 21, 2010

UKHWAH FILLAH

Alhamdulillah pada hari Khamis, 18/03/10 (Tengahari) ramai sahabat sahabiah allahyarham Mohd Fadhiri bin Rakiah (seramai lebih kurang 30 orang) datang menziarahi kami sekeluarga. Syukran jazilan kaklong sekeluarga ucapkan pada sahabat sahabiah semua kerana sudi menziarahi kami sekelurga..Turut gembira kerana Ustaz Anhar (ustaz yang paling rapat dengan arwah) sekeluarga turut datang ke rumah..Kaklong tahu arwah mesti sangat gembira kerana ustaz yang selalu diceritakan pada kaklong datang menziarahi kami sekeluarga dan juga sahabat sahabiah seperjuangan yang sentiasa datang ke rumah..


Pada hari Sabtu, 20/03/10 (Pagi) ada juga beberapa orang sahabat arwah datang menziarahi kami sekeluarga..Syukran jazilan kaklong ucapkan. Semoga ALLAH membalas kebaikan sahabat sahabiah semua.Insyaallah..


Asif jiddan di atas kekurangan pada layanan kami sekeluarga. Apa yang baik itu datang dari ALLAH dan yang buruk itu adalah dari kelemahan kami sendiri sebagai hamba yang lemah lagi dhaif. Alhamdulillah, walaupun arwah adik kesayangan kaklong tidak lagi sama-sama berada di sisi kita, tetapi tautan ukhwah fillah yang terjalin antara arwah dan setiap orang yang mengenalinya tetap akan kami sekeluarga sambung dengan izinNYA. Semoga ukhwah fillah ini diberkati dan diredhai oleh ALLAH..Jazakallahu Khairan Khatira..Hanya ALLAH S.W.T yang boleh membalasnya..Insyaallah..


(Abah bersama Ustaz Anhar dan anak-anaknya)


(Sahabiah sedang menjamu selera..hidangan yang tak seberapa dari kaklong..asif jiddan)


(Muslimin sedang menjamu selera)


(Alhamdulillah Allah pertemukan kita lagi..sahabiah-sahabiah yang dirindui. Fatnin (anak saudara kaklong yang sentiasa dibelakang kaklong) turut gembira menyambut kedatangan sahabiah...risau kaklong takut Fatnin demam, memang betul demam petang tu..hehe..xpe..Fatnin kuat orangnya, sekuat dan setabah arwah Pakcik Pa dia..get well soon my dear, Fatnin..)


(Abah sedang menyambut kedatangan sahabat muslimin)


(Ukhwah Fillah..insyallah)


Ya ALLAH Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi perintah-Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu

Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu, maka eratkanlah Ya ALLAH akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalan-NYA yang benar

Penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap.

Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman dan keyakinan serta keindahan tawakkal kepada-Mu

Suburkanlah hati-hati ini dengan ma'rifat yakni pengetahuan yang sebenar tentang-Mu.

Jika Engkau mentaqdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu.

Hanya engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya ALLAH perkenankanlah permintaan ini...Aminn


by kaklong, 21/03/10, 1200pm (5 Rabiulawwal 1431H)

Thursday, March 11, 2010

Cikgu-cikgu..... bolehlah cuba praktiskan pada anak-anak didik ye;)

Bismillahirahmanirahhim...Kali ini bukan coretan kaklong yang ingin dikongsikan, kali ini kaklong ingin kongsikan sesuatu kenyataan hidup disebalik sebuah permainan yang diajarkan oleh seorang guru kepada anak didiknya....sungguh menarik dan berkesan bagi seorang guru untuk menerangkan tentang hakikat kehidupan umat Islam zaman hari ini...seorang guru yang menerangkan secara praktikal dan mengaitkan dengan teori dan fakta agar anak muridnya faham dan sangat jelas dengan mesej yang ingin disampaikan..teknik menggunakan permainan yang santai dan tidak membebankan anak murid tersebut akan menggalakkan mereka berfikir walaupun isu hakikat kehidupan umat islam sangat besar dan luas..tetapi dengan menggunakan teknik tersebut, mesej yang sebenar dapat disampaikan kepada anak murid yang mungkin hanya berada dalam lingkungan belasan tahun...mendedahkan secara tidak langsung tentang keadaan umat Islam sekarang amat penting dalam mematangkan fikiran seorang anak murid.....Mereka akan berfikir, tujuan didunia ini bukan sekadar untuk main-main, tetapi ada tanggungjawab besar sebagai seorang umat Islam pada ALLAH, agama, ibubapa keluarga, masyarakat dan juga negara...Oleh itu dengan keterbiasaan anak-anak murid dengan pendedahan sebegini, menghasilkan generasi yang berintelek dan paling penting mengamalkan agamanya dalam setiap asas kehidupannya...ISLAM IS THE WAY OF LIFE..;)Ayuh kita cuba tengok bagaimana caranya...




Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun,mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Sang guru tersenyum kepada murid- muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh- musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika.

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend,hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gayahidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..."

"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan. "Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?" Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat,dan lain-lain. Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet."Murid- murid,begitulah ummat Islam dan musuh - musuhnya... Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang- terang. Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar.

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan- hiasan dinding akan dikeluarkan dulu,kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. .."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan- lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan."

Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita..

by kaklong, 11/03/10, 1200pm, 25 Rabiulawal 1431H

Wednesday, March 10, 2010

ALLAHYARHAM BERSAMA SAHABAT SEPERJUANGAN

Kaklong mengetahui sahabat-sahabat dan sahabiah sahabiah merupakan orang-orang yang terpenting dalam hidup allahyarham Mohd Fadhiri B. Rakiah dalam perjuangan...Ingin kongsikan kenangan adik kesayangan kaklong bersama sahabat dan sahabiah..al-fatihah buat adik kaklong di SANA


















(Sumber: Album gambar di friendster arwah)

by kaklong, 10/3/10, 24 Rabiulawal 1431H, 1220pm

Tuesday, March 9, 2010

.


(Keceriaan dan kegembiraan jelas terpancar pada setiap ahli keluarga ariza..dengan gelagat dan aksi spontan masing-masing...sangat merindui saat itu..Alhamdulillah, syukur padaMU ya ALLAH..nikmat kasih sayang yang KAU berikan pada kami semua sekeluarga....)



(Kenangan arwah mendukung Fatnin(berumur 8 bulan)di hari walimatul urus abg khairu di Johor Bharu 2008..arwah seorang yang sukakan kanak-kanak..suka mendukung fatnin sehinggalah walaupun fatnin dah berumur 2tahun lebih, masih suka mendukungnya walaupun fatnin dah berat dan besar..;)

Monday, March 8, 2010

KISAH AIR MASIN DAN AIR TAWAR & SUNGAI DALAM LAUT..

SUBHANALLAH...MAHA SUCI ALLAH....YA ALLAH....itu yang terbit didalam hati kecil kaklong apabila membaca dan melihat gambar-gambar kisah air masin dan air tawar dan juga kisah sungai dalam laut...sebak melihat kebesaran dan kehebatan ALLAH S.W.T....Lihatlah begitu banyak tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan ALLAH S.W.T...terlalu banyak rahsia ALLAH yang belum diketahui oleh kita sebagai hamba yang lemah lagi dhaif...terlalu kerdil kami YA ALLAH....betapa cantiknya dan indahnya ENGKAU jadikan alam ini...apatah lagi SYURGA MU di SANA...terlalu banyak ayat-ayat suci al-Quran menerangkan nikmat dan keindahan di SYURGA.....tidak mahukah kita mengejar SYURGA yang ALLAH janjikan untuk hambaNYA??...janji ALLAH itu adalah pasti untuk setiap hambaNYA....apabila membaca surah Ar-Rahman, sebak melihat tafsirannya, begitu banyak nikmat ALLAH yang DIA berikan kepada setiap hambaNYA di dunia ini, apatah lagi nikmat di SANA iaitu nikmat yang kekal abadi yakni JANNAH Sudah cukupkah bekalan ilmu, amal, ibadah dalam diri untuk kita bermusafir jauh menuju YA RABB..sudah selesaikah tanggungjawab dan amanah sebagai seorang khalifah ALLAH di muka bumi ini yang diamanahkan kepada kita sebelum berjumpa pencipta kita di SANA???....Benar YA ALLAH, sekalipun seumur hidup kami hanya beribadat kepada MU siang dn malam tanpa henti, tidak akan sekalipun terbalas nikmat yang ENGKAU berikan walaupun hanya nikmat sebelah mata ENGKAU kurniakan kepada kami...hanya RAHMAT MU ya ALLAH mengiringi setiap hambaMU untuk ke JANNAH...terlalu besar dan banyak nikmat yang ENGKAU berikan kami, tetapi adakah cukup tanda-tanda kesyukuran yang kami zahirkan bagi menunjukkan rasa kesyukuran seorang hamba pada pemilik hamba..... "YA ALLAH, KAMI TAK LAYAK UNTUK SYURGAMU..NAMUN KAMI TAK MAMPU MENEMPUH AZAB API NERAKAMU YANG PEDIH...TEMPATKANLAH KAMI SEMUA DI SYURGA FIRDAUSI YA ALLAH..HANYA DENGAN RAHMAH DAN KASIH MU YA ALLAH...AMINNN" Jom sama-sama kita menghayati ciptaan indah ALLAH S.W.T..SUBHANALLAH..SUBHANALLAH...SUBHANALLAH...YA ALLAH...



وَهُوَ الَّذِي مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ هَذَا عَذْبٌ فُرَاتٌ وَهَذَا مِلْحٌ أُجَاجٌ وَجَعَلَ بَيْنَهُمَا بَرْزَخًا وَحِجْرًا مَّحْجُورًا

“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Al Furqan:53)




Jika saudara termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau, dia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke pelbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia. Pada suatu hari, ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba dia menemui beberapa kumpulan mata air tawar yang segar dan sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya. Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Dia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinasi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun dia masih belum menemui jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut. Sehingga suatu hari dia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian dia menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al-Quran tentang bertemunya dua lautan (Surah Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering dikaitkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi,

مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ

Maksudnya: Dia biarkan dua lautan bertemu. (Al-Rahman:19)

بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لَّا يَبْغِيَانِ

Maksudnya: Di antara keduanya ada sempadan yang tidak boleh ditembus. (Al-Rahman:20)

Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas. Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tidak bercampur airnya ditafsirkan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsiran itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Al-Rahman ayat 22 yang berbunyi,

يَخْرُجُ مِنْهُمَا اللُّؤْلُؤُ وَالْمَرْجَانُ

Maksudnya: Keluar dari keduanya mutiara dan marjan. (Al-Rahman: 22)

Padahal tiada mutiara yang dihasilkan di muara sungai. Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al-Quran itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Quran ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman yang mana belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam benar-benar suatu mukjizat. Akhirnya terbukti pada abad 20, Mr. Costeau berkata bahawa Al Quran memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya adalah benar belaka. Justeru itu, dia lalu memeluk Islam.




Allahu Akbar…! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim. Rasulullah s.a.w. berkata, “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air”. Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. berkata, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita , Mexico . Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.




Source: http://keranacinta.wordpress.com/ (ummu abbas)

(Syukran jazilan ya ustazah kerana mengizinkan kaklong berkongsi bersama sahabat sahabiah ana..jazakallahu khairan khatira)

by kaklong 8/3/10, 22 Rabiulawal 1431H, 11.20 a,m

JOM SAMA-SAMA KITA LIHAT VIDEO SUNGAI DALAM LAUT YG DIAMBIL (Video ditambah pada 16/3/10)

video
video

Saturday, March 6, 2010

CORETAN KAKLONG (SIRI 6)

........Sambungan dari coretan 4.......



Manakala kaklong, Ma dan Adik tunggu diseberang sini, duduk menunggu di wakaf betul-betul didepan sekolah Fa “ Sekolah Menengah Methodist”……Agak sayu melihat sekolah itu,sepatutnya Fa memulakan praktikal hari ini, hari sama dengan hari lahir Ma…Tapi taqdir ALLAH menentukan segala-galanya..(18/01/10- Hari ke 8 Fa kembali ke Rahmatullah)


(Wajah adik paling seiras dengan Allahyarham Mohd Fadhiri)

Fa nak tau, sementara kami menunggu Abah dan Imi, tiba-tiba adik pengsan tak sedarkan diri…mungkin akibat terlalu penat dan luka di mulut yang masih belum sembuh sejak 2 hari lalu.....


Kesian kaklong tengok adik….2 hari sebelum datang ke sini (iaitu 16/01/10 yakni hari ke 6 Fa kembali ke Rahmatullah) adik dah pengsan dan terjatuh dalam bilik air subuh hari…luka mulut adik, adik jadi tak selera nak makan…adik jenis suka makan, macam Fa juga….Adik tidur je hari tu….masa waktu tengah hari selepas adik jatuh, masa tu dah nampak ok, kaklong sambil-sambil tengah melayan tetamu yang menziarah rumah iaitu sahabiah kakngah….kaklong duk sebelah adik sambil berbual dengan tetamu…….Adik bersandar kat dinding ruang tamu.. Tiba-tiba adik seolah-olah terlena dan tertidur di atas kaklong……kaklong pun macam pelik, tapi kaklong tak nak gerakkan adik, sebab adik nampak terlena sungguh………Masa adik terlena sekejap tu, kaklong nampak mata adik bergerak-gerak..sambil2 tu kaklong basahkan kepala adik dengan air sambil perlahan-lahan kejutkan adik…Adik tak sedar langsung….kaklong nampak air mata adik mengalir perlahan-lahan….masa tu mulut adik dah nak bercakap dan mata terbuka sedikit….kaklong pun terus tanya adik

Kaklong: “Dik, ok dah ko, adik rasa gano”
[ko=ke, gano=camne]

Adik: “Kak Long, tu abg Pa duk tengok adik (sambil tangan adik yang menunjuk ke satu arah sambil air mata mengalir perlahan-lahan)

Kaklong: Alhamdulillah..adik kena syukur Allah bagi peluang jumpa dgn abg Pa…Gano Abg Pa dik…?
[Gano=camne, Abe Pa(panggilan gelaran allahyarham fadhiri dirumah) ]

Adik: Putih jah muka abg Pa, lain sangat muka abg Pa dengan biasa. Dia pakai jubah dan kopiah putih..abg Pa senyum jah ko adik…Abg Pa pesan ko adik…(sambil tersekat-sekat adik bagitahu kaklong menahan sebak)
[jah=je]


Kaklong: Sedap adik dapat jumpa dgn Abg Pa..Abg Pa pesan gapo dik…?
[sedap= seronok, gapo=apa]

Adik: Abg Pa pesan suruh adik jaga diri molek, jaga kesihatan, dengar nasihat orang, kalau orang marah jangan melawan….pastu abg Pa royak jadi macam abg Pa belako, baru senang kat SANO….
[molek=baik-baik, royak= beritahu, belako=semua, sano=sana]

Kaklong: Tengok tu dik, sayang abg Pa ko adik….ingat molek pesan abg Pa tu…abg Pa mari jenguk adik sakit..sayang dio ko adik...

Adik: Kaklong…Abg Pa tanya adik, Adik nak pergi tempat abg Pa ke tak..mula-mula adik kata nak ikut, pastu adik kata tak nak ikut pulak..abg Pa senyum jah. Sebelum Abg Pa pergi, adik nampak abg Pa tengok ko kaklong, kakngah, Ma dan Mok (Nenek) sambil tersenyum..(semuanya ketika itu berada di ruang tamu)
pastu abg Fa lambai kat adik dan pergi sambil tersenyum…pastu hilang dah abg Pa….

(Perbualan antara kaklong dan adik cukup perlahan seolah-olah berbisik)

Terus adik selepas tu sihat, tak lemah dah. Berulang kali adik kata “Sedap jupo abg Pa, bilo la adik nok jupo lagi, xpuas, kejap jah tengok muko abg Pa”…
[sedap=seronok, bilo=bilo, jah=je, muko=muka, jupo=jumpa]

Sungguh sebak perasaan kaklong masa tu, sampaikan kaklong terpaksa masuk sekejap dalam bilik dan suruh kakngah ambil alih tengok2 kan adik…di dalam bilik, terus kaklong menangis terlalu sebak mengingatkan ayat-ayat yg diucapkan oleh adik tadi….terasa benar ingin jumpa Fa di saat itu….terasa sungguh ingin menatap wajah Fa yang dilihat oleh adik tadi…terasa ingin berbual-bual dengan Fa seperti diceritakan oleh adik tadi….Tapi kaklong mengerti kita sudah berada di dua alam yang berbeza……mengerti akan hakikat itu…..Dirimu mampu melihat kami, tapi kami tak mampu melihatmu…..melainkan disaat roh bertemu roh (melalui mimpi semasa terlena) baik sunguh dirimu Fa…sentiasa mengambil berat soal adik….sehinggalah dirimu sudah tiada, masih memberi pesanan yang terakhir…ALLAHUAKBAR…..alhamdulillah…YA ALLAH semuanya dengan izinMU……tiada yang mustahil di dunia ini melainkan dengan izinMU…..Alhamdulillah ku turut bahagia mendengar khabar gembira mu di sana….







Sehari sebelum adik pengsan iaitu pada 15/01/10(malam)iaitu hari ke 5 Fa kembali ke rahmatullah, makcik kaklong yang tiba-tiba pengsan.. Di saat sahabat-sahabat bercerita kepada kami semua, tiba-tiba makcik terus terlena. Sebelum itu, dia terlalu sebak selepas mendengar detik-detik terakhir sebelum Fa kembali ke Rahmatullah dari sahabat-sahabat Fa…terasa sungguh kehilangan anak saudaranya…agak lama makcik pengsan…Di saat makcik sedar, dia kata

“Bakpo gerak makcik, tak puas tengok muka Pa, muko Pa putih sangat, berseri-seri, pakai jubah hijau dan serban, duduk kat suatu tempat, tapi tak tahu mano…Makcik tanyo Pa sambil pegang tangan “Marila Pa, xse balik ko”..Pa kata “ Xse, nak duk sini, sedap duk sini”….Fa pesan ko semua “Jadi serupa Pa belako…baru senang SANO” pastu makcik tersedar bila semua orang kejutkan dia bangun….agak lama dia terlena…

[bakpo=kenapa, mano=mana, tanyo=tanya, xse=xnak, ko=ke, sedap=seronok, belako=semua, sano=sana]

Sememangya ALLAh memberi kelebihan kepada makcik….Alhamdulillah, walaupun sekejap, tapi kami gembira mendengar khabar Fa gembira di SANA…… itu khabar gembira pertama dan disusuli khabar gembira dari adik tie keesokkan harinya…. terubat kesedihan kami….. sahabat sahabat Fa pun ramai yang berjumpa dengan Fa dan sahabat Fa (arwah Faizol) melalui mimpi…semua membawa khabar gembira……..semua dengan izinMU ya ALLAH…Alhamdulillah…..Insyallah kami berusaha untuk bertemu YA RABB di SANA..sama-sama kita sekeluarga berkumpul di SANA………………doakan kami sekelurga, sanak saudaramu, sahabat seperjunganmu mengiringimu di SANA…..



Kembali semula di saat adik pengsan di wakaf didepan Sekolah Menengah Methodist …

Saat adik pengsan, kaklong pangku adik… Kaklong nak ambil air untuk basahkan kepala adik..tapi air dalam kereta berkunci…kaklong call abah (yang berada diseberang sana)…kaklong nak bangun tak boleh, tengah pangku kepala adik…Ma tengah urut kaki adik…terpaksa menunggu abah….Alhamdulillah….ALLAh hantarkan seorang hambaNYA yang sungguh baik hati menolong kaklong ketika itu..seorang ustazah yang berhenti di depan wakaf kami duduk dan terus memberi air zam-zam kepada kaklong….kaklong mengusap kepala adik dengan air zam-zam tadi sambil selawat dan baca ayat-ayat suci al-quran…..alhamdulillah dengan izin ALLAH, adik sedar…..(memang begitulah kebiasaanya)…..Masa tu abah call tanya dan kaklong kata kat abah, “Adik dah sedar, dah ok, abah settlekan dulu yang urusan Fa,jangan risau”…Abah kata..”Ok, abah pun nak siap dah ni, sikit lagi, apa –apa nanti bagitahu abah”

Selepas adik sedar, kaklong ingin pulangkan kembali baki air zam-zam. (Sebab hanya sedikit sahaja air yang digunakan, Alhamdulillah berkat air zam-zam yakni air yang terbaik di dunia ini) kepada ustazah itu tetapi dia menolak…Dia kata “Itu rezeki adik, ambillah..” Sebenarnya ustazah itu memberitahu kepada kaklong “Air zam-zam itu adalah hadiah anak murid nya kepadanya…tapi Alhamdulillah rezeki adik sebenarnya…” Kaklong hanya mampu mengucapkan berulang kali terima kasih dan hanya mampu bersyukur dengan pertolongan ALLAH itu. Serba sedikit terangkan tentang tujuan datang ke situ dan perihal kematian Fa apabila ustazah bertanyakannya….Dia terkejut kerana tidak mengetahui berita tersebut..Sungguh baik ustazah itu, walaupun itu kali pertama kami bertemu dengannya, nampak jelas kebaikannya…sungguh beria-ria dan ikhlas mengajak kami bermalam di rumahnya kerana bimbang keselamatan kami kerana kemungkinan penat dalam perjalanan pulang selepas selesai urusan di Perak….kami menolak baik pelawaan tersebut dan mengatakan ingin bermalam di rumah saudara di Kedah….Sebelum kami pergi, berulang kali dia berpesan supaya berhati-hati..Kaklong dan Ma saling bersalaman dengan ustazah tadi dan kami semua mengucapkan berbanyak terima kasih di atas pertolongan tadi…Alhmdulillah…walaupun singkat pertemuan itu dan hanya mengenali disitu…tetapi ikatan persaudaraan seislam yang menemukan kita…..”Sungguh Hanya ALLAh sahaja yang mampu membalas kebaikan ustazah, jazakallahu khairan khatira ya ustazah…Insyallah” detik hati kaklong……



Setelah selesai urusan kedua penting dengan pentadbir upsi tadi (urusan pertama ialah dibalai polis), kami meneruskan perjalanan untuk ke kolej Fa bagi menyelesaikan urusan seterusnya, kami melalui tempat berlakunya kemalangan Fa dan sahabat Fa di simpang menghala masuk ke kolej Fa…sebelum sampai di kawasan tersebut..Abah dah berpesan kepada kami untuk membaca ayat suci al-quran surah al-qadr “Nanti bila sampai tempat accident, kito baca surah inna an zalna 3x” pesan Abah pada kami berempat. Abah berhenti di tepi jalan sebelum simpang lampu isyarat…dan kami bersama-sama membaca surah tersebut…..sebak masih tersisa di dalam diri masing-masing…..Kami gagahkan diri meneruskan perjalanan ke kolej dan tenang untuk berjumpa sahabat sahabiah Fa………




To be continued..insyaallah jika masih diberi nafas dariNYA....


by kaklong, 6/3/10, 2.35 a.m,(20 Rabiulawal 1431H)

Thursday, March 4, 2010

TEKA-TEKI.....




Kali ini kaklong ingin kongsikan suatu teka-teki......


"Dalam banyak-banyak baju, baju apa ye orang lain beli tetapi kita yang memakainya"

(Teka-teki ini sebenarnya diberi oleh as-syahid Mohd Fadhiri bin Rakiah....;) )


Sesiapa yang boleh jawab kaklong bagi hadiah...hehe...

Wednesday, March 3, 2010

JANJI ALLAH ADALAH KEPASTIAN




Kepastian
Album : Allahu Rabbi
Munsyid : In-team
http://liriknasyid.com


Ujian Tuhan kepada semua insan
Adalah kehidupan ini
Yang baik menjadi tuntutan
Yang buruk dijauhkan

Syurga yang dijanjikan
Bukanlah suatu khayalan
Tentang nikmat berpanjangan Ilahi

Neraka yang tercipta
Menghimpun azab derita
Tangisan kesengsaraan insan


Syurga adalah kelazatan
Terbentang buat hamba beriman

Yang kasihkan Tuhannya
Yang kasihkan Rasulnya
Yang kasih agamanya

Neraka tempat kemurkaan
Antara kedurjanaan insan

Yang lupakan Tuhannya
Yang lupakan Rasulnya
Yang lupa agamanya

Siapakah yang lebih mulia
Dari mereka yang tidak lupa
Janji Allah adalah kepastian
Dan nikmat syurga adalah indah


Terharu apabila mendengar bait-bait lirik nasyid ini.....benar janji ALLAH sesuatu kepastian buat hamba-hambaNYA......kehidupan di akhirat yang kekal menjadi destinasi terakhir kita..Ayuh, jangan terleka wahai sahabat dan sahabiahku....sentiasa lah kita mengingati mati......sama-sama kita tingkatkan diri dengan ilmu, iman, amal dan ibadah bagi menuju ya rabb......sentiasalah muhasabah diri....sesungguhnya perjalanan untuk ke SANA sungguh panjang......persiapkan diri dengan bekalan yang secukupnya supaya perjalanan kita ke SANA mudah....jangan sia-siakan masa walaupun sesaat diberi oleh ALLAH kerana ia benar-benar berharga...masa tidak pernah sekali-sekali menunggu kita...ajal akan menjemput kita bila-bila masa bila sampai saat dan ketikanya..tidak akan pernah lambat dan cepat walaupun sesaat....Ingatlah Malaikat Izrail, malaikat yang memisahkan roh dari jasad seseorang hamba sentiasa membuat kunjungan hormat untuk setiap hamba ALLAH lebih kurang 70 kali sehari semalam(dlm masa 24 jam)..sedarkah kita lebih kurang setiap 21 minit (20.57 minit), Malaikat Izrail menziarahi kita..dan mungkinkah saat itu merupakan ziarah dan lawatan yang terakhir kerana itu lah saat KEMATIAN kita...

"KULLU NAFSIN ZA'IQATUL MAUT"

"Allahumma as aluka khusnul khootimah"

"Ya Allah, letakkanlah dunia ditanganku, jangan Kau letakkan dihatiku"

3/3/10 ,1430pm,kaklong

Tuesday, March 2, 2010

SALAM MAULIDURRASUL-12 RABIULAWAL 1431H

The Chosen One

By : Maher Zain



In a time of darkness and greed
It is your light that we need
You came to teach us how to live
محمد يا رسول الله

You were so caring and kind
your soul was full of light
You are the best of mankind
محمد خير خلق الله

صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

From luxury you turned away
And all night you would pray
Truthful in every word you say
محمد يا رسول الله

Your face was brighter than the sun
Your beauty equaled by none
You are Allah Chosen One
محمد خير خلق الله

صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

I'll try to follow your way
And do my best to live my life
as you taught me
I pray to be close to you
On that day and see you smile
When you see me

صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

صلّوا على رسول الله
Oh
Peace be upon.. Oh
The Chosen One


http://www.youtube.com/watch?v=NE8etZdDzs0


ALLAHUMMASOLLI A'LA SAYIDDINA MUHAMMAD
.....perbanyakkan selawat kepada Rasullullah s.a.w.....

kaklong, 1532pm, 16 Rabiulawal 1431

Warkah buat Adinda; Special Edition



Adinda-adinda yang kekanda sayangi,




Perkara paling penting yang hendak kekanda katakan ialah, kekanda amat menyayangi adinda-adinda semua. Bukan hanya sekarang tetapi sejak kekanda mempunyai seorang adinda iaitu adinda Khairi, sehinggalah kekanda mempunyai lapan orang adinda dengan kelahiran adinda Ti.




Namun, mungkin kekanda jarang menyebut perkara ini secara formal dan secara langsung, tapi yang pasti, kekanda amat menyayangi kalian berlapan.




Adinda Mohd Khairi Azhar yang dikasihi,




Memori pertama bersama adinda ialah ketika kita sekeluarga tinggal di SMK Kuala Krai. Masihkah adinda ingat setiap kali abah pulang dari sukan atau outstation, abah akan membelikan kita mainan ? Antara yang paling kekanda ingat ialah kekanda dibelikan abah sebuah kereta polis dan adinda pula menerima sebuah kepala keretapi yang masing-masing sebesar raga motorsikal. Teringat kekanda, di satu kenangan, abah dan ma duduk di sofa dan kita bermain kereta polis dan kepala keretapi itu dalam keadaan gelap semata-mata kerana nak lihat betapa terangnya lampu dan cahaya dari kedua-dua buah mainan itu..




Seingat kekanda, kita sememangnya banyak menghabiskan masa bersama sejak kecil hinggalah kekanda memasuki SMAP Kajang pada 1990. Kita main bersama, kita makan bersama dan kita bergaduh bersama. Kita bersekolah rendah pun bersama, sentiasa ada adinda 2 darjah di bawah kekanda. Tapi setelah adinda Syafiee semakin besar, adinda Khairi makin rapat dengan adinda Syafiee.. he he, kekanda tak jeles pun.. Sebab masa tu kekanda dah nak masuk Sekolah Menengah.. Ketika kekanda tingkatan 3, adinda masuk ke SMKA Falahiah, dan begitulah seterusnya. Hubungan kita baik namun hanya berjumpa ketika cuti-cuti panjang. Tetapi, semasa adinda masuk YPMKL, hubungan kita makin rapat kerana kita berada berdekatan di Kuala Lumpur. Ingatkah adinda, sekali sekala kita keluar makan bersama.




Seterusnya, setelah kita sama-sama menempuhi alam pekerjaan, hubungan kita sentiasa baik, kekanda hargai rasa hormat dalam diri adinda dan ketenteraman adinda dalam berbicara dengan kekanda. Seingat kekanda, kekanda selalu bertanyakan itu dan ini kepada adinda, kadang-kadang mungkin sampai ke perkara-perkara yang kurang penting.. Semuanya kerana kekanda cuba tunjukkan rasa 'caring' kekanda pada adinda.




Kekanda amat gembira ketika adinda ingin mendirikan rumahtangga, kerana kekanda bangga adinda akan memulakan satu era baru dalam keluarga kita, iaitu alam perkahwinan. Kekanda tidak bersama keluarga ketika pernikahan adinda di rumah pengantin perempuan, maafkan kekanda. Namun, dapat juga kekanda pulang untuk meraikan adinda ketika majlis di rumah kita di Tanah Merah. Lawak juga bila kekanda bersama abah menyambut tetamu, ramai yang mengucapkan tahniah kepada kekanda seolah-olah kekanda yang berkahwin.. he he... kekanda asyik ulang, "Eh.. buke kito, adik..". Lepas tu, bila ada yang cakap, "Guano adik dulu", kekanda jawab, "Kito ngaloh sokmo nga adik.." he he..




Sehingga sekarang pun, setelah adinda bergelar bapa kepada 2 cahayamata yang comel-comel, kekanda sentiasa rasakan betapa dalam hati kita berdua sentiasa ada perasaan hormat-menghormati dan sayang-menyayangi. Kita rapat dan kita sentiasa mengambil berat hal-hal berkaitan satu sama lain.. Banyak ketika kita berbincang perkara-perkara yang berkaitan dengan keluarga dan juga kerjaya kita. Alhamdulillah, adindaku Khairi, dengan segala nikmat kasih sayang adik beradik yang dikurniakan Allah kepada kita.




Kekanda doakan semoga adinda Khairi terus mendapat limpahan Rahmat Allah, di dunia dan di akhirat. Semoga adinda Khairi dan Kak Yani (Isteri), Fatnin, Fathi, dan ramai lagi anak-anak seterusnya (he he) sentiasa bahagia dan sentiasa dimurahkan rezeki, dan sentiasa mendapat keredhaan Allah. Amin.




Adindaku Mohd Syafiee yang dikasihi,




Kekanda teringat semasa Allahyarham Tok Ayah (Datuk sebelah Abah), berjalan perlahan merapati tadika tempat kekanda belajar dan kemudian cakap ngan kekanda, "Abe keru bulih adik doh, marila nok balik". Kekanda dapatkan kebenaran dengan cikgu untuk pulang dan terloncat-loncat berjalan dengan Tok Ayah memimpin tanganya. Macam-macam soalan kekanda tanya Tok Ayah.. "Jate ko tino", kekanda tanya.. "Ma segar dok?" kekanda tanya lagi. "Abah balik doh?".. dan macam-macam lagi sehinggalah kekanda masuk ke rumah dan ketika menyelak tirai dan sempat mengintai adinda dan ma sebelum, "Eh, tubik luar nu ore jate", he he marah Mak (Nenek).. hu hu... Abe keru keluar pergi main dengan Abe keri la... Dan bermulalah episod berebut-rebut antara kami berdua setiap kali nak tengok adinda Syafiee atau riba adinda.




Adinda mengikuti jejak kekanda Khairi memasuki SMKA Falahiah dan telah meninggalkan rekod 9A PMR yang tidak dapat dipecahkan sehingga sekarang oleh adik-beradik yang lain. You Got Class ! And you always do. Adinda Syafiee, adalah yang pertama naik kapal terbang di antara adik-beradik kita ke Sarawak, hadiah kecemerlangan tersebut. Tidak cukup dengan itu, (I have said earlier you got Class !), adinda ke Jepun semasa di UTM Jalan Semarak. Adinda sentiasa ke UTM Jalan Semarak kerana kekanda berkerja berdekatan dengan KLCC. Kekanda sentiasa ingat adinda kena makan banyak kali kerana takut gastrik. Kekanda harap adinda sentiasa jaga jadual makan adinda. Hubungan kita baik dan kekanda sentiasa hargai bagaimana adinda cuba mengawal ton suara adinda ketika bercakap dengan kekanda, semata-mata kerana adinda menghormati kekanda sebagai abang. Kekanda sentiasa sedar dan sentiasa bertolak ansur dengan adinda kerana kekanda tahu sememangnya darah adinda agak panas (keturunan tu.. he he) dan kekanda gembira bersama adinda sepanjang setahun di Kapit, Sarawak. Kekanda cukup-cukup 'happy' masa kat Sarawak di samping adinda, walaupun kita hanya berjumpa di hujung-hujung minggu atau semasa kekanda ada kursus di bandar Kapit. Kita selalu makan bersama, tidur bersama (berlainan bantal.. he he), main laptop bersama, pergi swimming bersama, main badminton bersama, dan juga sering berbual-bual pasal kerjaya kita yang mempunyai majikan yang sama iaitu Kerajaan Malaysia.




Kekanda bersyukur ke hadrat Allah, kerana satu tahun bersama adinda di Kapit adalah suatu hikmah bagi merapatkan hubungan kita, kerana seingat kekanda, kita jarang-jarang berjumpa sebelum itu. Kita hanya jumpa ketika Hari Raya Aidilfitri 2-3 tahun sebelum itu.




Adinda Syafiee, sehingga adinda pindah ke Kuching dan kini di Miri, kekanda sentiasa kagumi kesungguhan dan komited adinda pada kerja. Tidak salah lagi kenapa adinda mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 3 tahun berturut-turut, sebelum dinaikkan pangkat dan sekarang berkhidmat sebagai Ketua Unit Khas Bergerak (UKB) bagi negeri Sarawak.




Alhamdulillah, nikmat adik-beradik yang indah bersama adinda. Kekanda sentiasa doakan kesihatan dan kesejahteraan adinda walaupun jauh di seberang laut. Semoga Allah lindungi adinda dan sentiasa merahmati adinda. Kekanda juga berdoa semoga adinda dipertemukan jodoh yang solehah bagi menambahkan ahli keluarga, ipar-ipar, dan biras-biras... he he (Dulu adinda selalu suruh adinda Fa kawin dulu sebelum adinda).




Didoakan juga semoga adinda sentiasa gembira dan please senyum sokmo. .




Adindaku Nurulhuda yang dikasihi,




Sejak adinda dilahirkan, di bilik tengah (bilik adinda sekarang), kekanda sentiasa merasakan ada satu tanggungjawab besar yang perlu kekanda laksanakan buat adinda. Sebagai puteri sulong Cikgu Ripin & Kak Za, kelahiran adinda sememangnya membawa sinar dalam keluarga. Untuk pengetahuan adinda, kekanda, kekanda khairi dan kekanda syafiee sememangnya mengharapkan adinda seorang puteri sehinggalah adinda dilahirkan.. Alhamdulillah.




Sekiranya adinda ingat, kekanda selalu tanya adinda, "Ado ore gelar dop?" sejak dari adinda masuk sekolah tadika, seterusnya ke sekolah rendah, sekolah menengah hinggalah ke Universiti. Mungkin adinda rasa 'annoying' dengan pertanyaan kekanda yang berulang kali itu, tapi sebenarnya itulah sikap 'protecting' kekanda andai sesiapa melukakan hati adinda, secara automatic dia akan melukakan hati kekanda dan juga kekanda khairi dan kekanda Syafiee..




Adinda ingat tak, dulu masa kita kecik-kecik, kita 4 orang ada buat "meeting" dalam bilik tengah ? Bersama kita ada juga adinda Fa (Arwah) yang masih kecil tapi menangis tak nak ditinggalkan di luar bilik. Masa tu rasanya kali pertama kita cakap secara serius (hu hu...) betapa pentingnya kita menjaga hubungan kita adik-beradik, mesti sentiasa menyenangkan Abah & Ma, serta cuba sedaya-upaya jangan buat Abah & Ma susah hati (he he he).. Tergelak juga mengingatkan keadaan masa tu sebab rasanya kekanda baru Tingkatan 1 atau 2, masih mentah untuk "mempengerusikan meeting"... he he.... Kekanda masih ingat Kak Long buat muka, bila kita orang cakap semua yang Ma buat, Kak Long kena tolong.. he he... nakal kan, kekanda-kekanda Kak Long menyakat... hu hu..




Kekanda agak gembira Kak Long bersekolah menengah dekat dengan rumah, kerana bimbang dengan keselamatan Kak Long sekiranya jauh dari rumah. Sama macam kekanda, saiz badan semasa lingkungan umur tersebut agak kecil berbanding rakan sebaya yang lain. Adinda membuktikan kejayaan cemerlang sehingga menjejakkan kaki ke UiTM Shah Alam. Kekanda masih ingat, kekanda selalu menunggang motorsikal dari Kajang hingga ke Shah Alam untuk jumpa Kak Long, bawak Kak Long makan-makan, beli barang-barang dan sebagainya. Masa awal-awal kat UiTM, Kak Long cakap takut nak keluar sendiri dengan kawan-kawan, hinggalah semester kedua. Kekanda ingat, kekanda bawak Kak Long ke Subang Jaya sebab Kak Long nak beli handset. He he... Bila teringat tu... dan teringat Abah.... fuh, Alhamdulillah, semuanya selamat. Kak Long nak tahu, sampai hal-ehwal-wanita pernah kekanda tanya Ma, takut-takut Ma tak ajar.. he he memandai jugak kekanda ni... ye lah, adik perempuan pertama la katakan...




Adinda memang baik dengan kekanda dan kekanda-kekanda yang lain. Kami rasakan adinda ibarat 'buffer' dan pelengkap kepada kekurangan atau perselisihan antara kami. Kak Long mampu menjadi penenang ketika ada masalah, dan menjadi penghubung apabila sesuatu perlu disampaikan dengan cara yang lembut. He he... Kak Long pun boleh jadi 'SPY' yang boleh dipercayai... hu hu... tapi untuk tujuan yang baik....




Bagi adinda-adinda kak long, sememangnya mereka lebih rapat dengan Kak Long berbanding kekanda, mungkin disebabkan faktor jarak umur dan jarang-jarang berjumpa.




Alhamdulillah, kehadiran adinda sebagai anak ke-4. Kekanda doakan, adinda sentiasa ceria dan sentiasa tabah. Semoga Allah tunaikan segala impian adinda samada dunia atau akhirat. Didoakan juga adinda bertemu jodoh yang Soleh yang sesuai dengan adinda. Amin.


(Ingat tak kami bertiga selalu sakat Kak Long, sapa nak nikah nga Kak Long kena interview dengan kami... he he he... Sebab sayang ko Kak Long la).




Adindaku Mohd Fadhiri bin Rakiah,















[pause]























" Wahai abe keru yang disayangi, bila mahu di sambung warkah ini..hehe..dah lama pause tu.;) " - kaklong




















LA TAHZAN.....

(JANGANLAH BERSEDIH)










" Janganlah kamu bersikap

lemah, dan janganlah kamu

bersedih hati,padahal kamulah

orang-orang yang tinggi

darjatnya, jika kamu orang-

orang beriman"

( Surah Al-Imran Ayat 139 )

" Allah tidak akan membebani

seseorang itu melainkan dengan

kesanggupannya "

(Surah Al-Baqarah Ayat 286)

".......dan janganlah kamu

berputus asa pada Rahmah

Allah. Sesungguhnya tiada

berputus asa dari Rahmah Allah

melainkan kaum yang kafir "

(Surah Yusuf Ayat 12)

" Tiada apapun yang menimpa

seseorang mukmin berupa

bencana dan menderita

kesusahan, kecuali semua itu

menjadi sebab untuk

menghapuskan dosa-dosanya "

(Hadis Bukhari dan Muslim)