BUAT PENGUNJUNG-PENGUNJUNG BLOG.....

BUAT PENGUNJUNG- PENGUNJUNG BLOG.....


Untuk makluman sahabat sahabiah yang baru mengunjungi blog ini, blog Al-Fatihah buat Mohd Fadhiri bin Rakiah (Mohamad Ariffin) dibuat setelah ahli bait solihin kami iaitu al-marhum Mohd Fadhiri kembali ke Rahmatullah pada 11/01/10.



Blog ini telah diwujudkan pada 14/01/10, iaitu 3 hari setelah arwah kembali ke Rahmatullah oleh Abang Khairu (abang sulung arwah).



Semoga tautan ukhwah Fillah yang terjalin antara sahabat sahabiah serta semua yang pernah mengenali al-marhum Mohd Fadhiri dapat kami sekeluarga sambung, insyaALLAH




- dari keluarga al-marhum Mohd Fadhiri bin Rakiah (Mohamad Ariffin) -



JOM PROMOSI


ASIF JIDDAN....


Assalamualaikum kepada semua pengunjung-pengunjung blog Al-Fatihah buat Mohd Fadhiri bin Rakiah (Mohamad Ariffin)



Semoga sentiasa dalam lindungan dan rahmah ALLAH...InsyaALLAH..Semoga sentiasa diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan sehari-hari hanya untuk mencapai redha ALLAH..


Asif jiddan, dah lama kaklong tak update blog, untuk berkongsi ilmu, Ini kerana kaklong sibuk kemaskini portal web Islam bersama adik Imi..Buat sementara waktu, bolehlah ziarah portal murabbi. Semoga mendapat sedikit sebanyak ilmu yang bermanfaat untuk dunia dan akhirah di portal web Islam tersebut....http://www.murabbi.net/

InsyaALLAH, setelah kaklong dah siap mengemaskini Portal murabbi, akan kaklong kembali mencoret di sini..InsyaALLAH


Pejuangan yang masih jauh selagi jasad terkandung dalam diri dalam menuju YA RABB. Hanya untuk mendapart redha ALLAH..insya ALLAH...;ALL THE BEST!!!...BI TAUFIQ WA NAJAH FI DUNNIA WA AKHIRAT ;)


PENGUMUMAN KHAS

PENGUMUMAN MAJLIS TAHLIL

Majlis Tahlil Hari Ke 100 Allahyarham Mohd Fadhiri bin Rakiah adalah pada tarikh
20/4/2010 (Selasa). Kemungkinan akan dibuat pada tarikh
22/4/2010 (Khamis). Insyaallah


Semua sahabat sahabiah serta semua yang mengenali arwah di jemput hadir. Kami sekeluarga sangat-sangat mengalukan kedatangan sahabat sahabiah semua



Monday, April 5, 2010

CORETAN KAKLONG (SIRI 7)

........Sambungan dari siri 6..............



....Abah dah berpesan kepada kami untuk membaca ayat suci al-quran surah al-qadr “Nanti bila sampai tempat kemalangan, baca surah inna an zalna 3x” pesan Abah pada kami berempat. Abah berhenti di tepi jalan sebelum simpang lampu isyarat…dan kami bersama-sama membaca surah tersebut…..sebak masih tersisa di dalam diri masing-masing…..Kami gagahkan diri meneruskan perjalanan ke kolej dan tenang untuk berjumpa sahabat sahabiah Fa………



Setelah melalui kawasan kemalangan tadi, masing- masing berdiam diri melayan fikiran masing-masing dalam meneruskan perjalanan ke kolej yang pernah Fa tinggal dulu, Kolej Ungku Omar (KUO)….Kolej yang terlalu banyak memberi kenangan kepada adik kesayangan Kaklong, Fa…..Sebak dalam diri masing-masing apabila abah mengatakan….”Ya Allah…, qada qadar Allah…Allah… nak wat gano, allah tetap dah semua ni,kito redho..…Allahuakbar”…. ....Kaklong nampak Abah menahan sebak di dalam diri walaupun ketika kami ke UPSI sudah merupakan hari yang ke 8 Fa ke Rahmatullah (18/01/10)...Semua yang di dalam kereta hanya berdiam diri, tak mampu mengatakan apa-apa, akur pada apa yang diperkatakan Abah…..Kami bertambah sebak apabila mendengar luahan Abah, terpaksa kami semua mengawal perasaan dan kuatkan jiwa agar berjumpa sahabat sahabiah dengan keadaan paling gembira dan tenang…..Allahuakbar….
[gano=bagaimana, redho=redha]


Apabila dah memasuki pintu masuk KUO, hati kaklong bertambah sebak melihat kolej tersebut, terus segera menelefon sahabat sahabiah Fa menyatakan sudah sampai di KUO. (Tiba-tiba Kaklong teringat waktu dulu iaitu 4 tahun dulu kali pertama menghantar Fa mendaftar pelajar baru di KUO, Kaklong tolong Fa pasang cadar….tolong kemas barang Fa dalam almari……seingat kaklong Fa orang pertama masuk rumah yang mengandungi 3 bilik tersebut….kaklong pesan ko Fa “ Pa ngaji molek sini deh”…..Sambil Fa tersenyum dan menjawab "Insyaallah kaklong")
[ngaji=belajar]


Sebelum kaklong sampai di KUO, kaklong dah hubungi sahabat sahabiah Fa untuk meminta pertolongan beberapa perkara berkaitan urusan Fa...Kaklong menghubungi roomate Fa untuk menyatakan hasrat Abah yang teringin nak tengok buat kali terakhir bilik yang pernah diduduki oleh Fa…..Kaklong menghubungi sahabat Fa yang tinggal di rumah sewa kerana ada lagi barang-barang Fa di rumah sewa sahabat Fa dan salah satu barang yang Abah nak sangat ialah jubah hijau dan selendang hijau yang Fa selalu Fa pakai cuti terakhir di rumah..Abah ingin sangat amanahkan jubah hijau dan selendang hijau Fa pada adik No…Moga-moga ia menjadi sumber kekuatan dan semangat dalam meneruskan perjuangan Fa. Dan urusan yang paling penting yang perlu di selesaikan Kaklong ialah mengamanahkan pada salah seorang sahabiah Fa (Adik angkat kaklong sendiri) untuk menyelesaikan segala yang berkaitan urusan Fa iaitu tentang nota-nota kecil yang ditinggalkan Fa di dalam beg duit Fa..


Fa nak tau, 2-3 hari sebelum datang ke UPSI, kaklong dah uruskan semua berkaitan dokumen Fa......Fa nak tau, sebak sangat masa kaklong belek satu persatu ruang beg duit Fa yang terkoyak sedikit….Melihat helaian duit, resit belian barang-barang keperluan Fa, gambar passport terbaru Fa dan yang paling sebak ada beberapa cebisan nota kecil tulisan Fa yang tertulis sesuatu yang menunjukkan nilai jumlah wang tertentu dan untuk apa……Kaklong tahu Fa banyak pegang amanah di kolej dan persatuan. Kaklong risau ada amanah yang Fa pegang belum sempat diserahkan sebelum Fa kembali ke Rahmatullah….Mungkin Fa dah menyelesaikan semua urusan dan amanah tersebut kerana berdasarkan cebisan kertas tersebut yang agak lusuh, tetapi untuk lebih yakin dan tidak lagi was-was , kaklong serahkan semua jumlah nilai wang yang tertulis mengikut kategori….Walaupun jumlah tersebut tidaklah begitu banyak dan kemungkinan besar amanah tersebut sudah diselesaikan oleh Fa….Xpelah, jika sekalipun Fa dah selesaikan semua, ia diinfakkan dan disedekahkan untuk Fa..…


Salah satu cebisan kertas daripada 3 cebisan kertas tersebut sangat menyentuh hati Kaklong melihat tulisan Fa “Duit surau kolej Rm10 di dalam plastik”……(Detik hati kaklong, Fa dah tau Fa nak pergi, tu Fa tulis awal-awal kan...Fa dah tau nak pergi jauh, tu Fa tinggalkan pesan melalui nota-nota ni kan...Ya allah)…..Kaklong kenal sangat adik kaklong ni, sangat amanah pada setiap tangunggjawab yang diberi…walaupun jumlah wang yang begitu kecil, tetap di catat kerana risau-risau terlupa… Ya Allah…..Kaklong menahan air mata ketika meneliti ayat-ayat tulisan Fa pada nota tersebut sambil sama-sama berbincang dengan semua ahli keluarga kita sebelum kami (Abah, Ma, Kaklong, Adik imi dan Adik tie) ke UPSI pada 18/01/10...


Sahabat-sahabat dan sahabiah-sahabiah sudah menanti kami di parking kereta…..Sementara menunggu Abah dan adik Imi ke bilik Fa di KUO sambil ditemani sahabat-sahabat Fa, kaklong selesaikan urusan dengan wakil sahabiah tadi..Nampak jelas di matanya menahan sebak, tapi dia tetap tabah ketika kami berdua berbincang tentang urusan cebisan-cebisan nota tadi….Sementara itu, Ma dan adik berbual-bual dengan sahabiah-sahabiah yang lain...Nampak sahabiah tadi bertambah sebak apabila melihat helaian dokumen-dokumen kematian Fa tersusun rapi dalam fail.. Bertambah sebak melihat cebisan-cebisan nota kecil Fa…Kaklong mampu menyatakan ” Sabar banyak ukhti, jangan sedih sangat, kuatkan semangat ye.. Kaklong amanahkan ukhti tolong serahkan kepada pihak yang berkenaan, Kaklong dah tulis kepada pihak mana dan jumlah tertentu, ukhti tolong serahkan ye, baru kaklong tenang”… Dia hanya mampu mengangguk-angguk menahan sebak sambil bertanya bagaimana sekiranya sudah dijelaskan amanah tersebut oleh Fa dan kaklong menyatakan “Ukhti niatkanlah sedekah untuk arwah wakil dari kaklong”….. Alhamdulillah, kaklong serahkan semua didalam sampul surat kepada sahabiah Fa, mewakili kaklong untuk infakkan kepada yang pihak-pihak yang berkenaan……”Sekiranya telah diselesaikan oleh Fa, biarlah ia menjadi sedekah untuk Fa..insyaallah”… niat kaklong disaat menyerahkan sampul surat tersebut….sungguh tenang selepas kaklong serahkan sampul surat tersebut…Alhamdulillah...ALLAH permudahkan setiap urusan hambaMu ini..


Lama juga Abah dan adik imi di bilik Fa…sementara itu kaklong berbual-bual dengan sahabiah-sahabiah…seronok sangat berbual...hilang sebak dalam diri…Ma tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata apabila mendapat hadiah hari lahir dari sahabiah tadi dan juga sahabiah lain yang Fa telah minta tolong belikan jubah untuk hari lahir Ma yakni 2 hari sebelum Fa kembali ke Rahmatullah……Hari lahir Ma tahun ini berbeza sangat, sahabat sahabiah Fa yang memberi hadiah kepada Ma wakil dari Fa….Allahuakbar….Kaklong sempat berbisik dengan sahabiah lain yang telah kaklong kenal suatu ketika dulu, “Dulu arwah selalu ajak kaklong datang sini, tetapi hari ni kaklong sampai sini, adik kaklong tiada, sahabat sahabiah je ada…. ” Walaupun muka kaklong kelihatan gembira ketika berbual dengan sahabiah-sahabiah, tetapi dalam hati hanya menahan sebak agar air mata tidak mengalir……Alhamdulillah semua urusan di kolej diselesaikan…Niat asal untuk solat maghrib berjemaah bersama-sama sahabat sahabiah di surau KUO terpaksa dibatalkan disebabkan kaklong lihat raut-raut kesedihan pada Abah, Adik Imi dan Ma….huhuhu..dah tak boleh tunggu disitu, lagi lama disitu, lagi sebak dan sedih…..terpaksa memohon maaf menolak pelawaan sahabat sahabiah…….Alhamdulillah, agak sedih untuk berpisah dengan sahabat sahabiah Fa…insyaallah diizinkanNYA kita jumpa lagi….Ukhwah fillah…..walaupun Fa tiada disisi, ukhwah yang terjalin dengan sahabat sahabiah akan tetap kami sekeluarga sambung…Insyaallah dengan izinNYA...


Di dalam kereta, terus Abah bercerita ketika berada di bilik Fa ….”Kaklong, Abah tak boleh duk lamo-lamo dalam bilik Pa, sedih sangat, tapi puas hati dohla Abah sebab dapat tengok bilik Pa buat kali terakhir”…..” Abah tengok nota-nota hok Pa tulis kat papan kenyataan belajar..sedih sangat..Abah sabar jah xse bagi mengalir air mata”….Cerita Abah lagi” Masa Abah duk bilik Pa, lepas seorang-seorang sahabat-sahabat Pa mari bersalaman dan berpelukan dengan Abah…Abah bertambah sedih tengok sahabat-sahabat Pa…semuo nampok lebih kurang macam Pa jah….baik-baik belako…Sambung Abah lagi “Allah…… kaklong, roomate Pa ada "sebalah" ngan Pa,style dio lebih kurang dengan Pa, pakai spek mata serupo Pa… Abah tengok roomate Pa pun duk menahan sebak dan sedih..Abah tak boleh tengok muko dio, sedih teringat ko Pa….Kaklong balas “Sabarlah…alhmdulillah bereh belako doh..kaklong tak tengok pun ramai-ramai muslimin tadi….tak kenal pun hok mana..biasolah roomate Pa tu mesti rapat dengan Pa,sedikit sebanyak mesti ada 'style' serupo dengan arwah Pa..mesti dia pun terasa sangat kehilangan Fa sebab hari-hari duk tengok Pa, sebilik dengan Pa...semoga dia kuat..kita pun kena kuat…insyaallah…kito doa banyak-banyak....”
[lamo-lamo=lama-lama; jah=je, xse=xnak; nampo=nampak; belako=belaka; sebalah=seiras; serupo=serupa; muko=muka; dio=dia; bereh=selesai; doh=dah; hok=yang; biasolah=biasalah]


Adik imi pulak cerita kelakar “Kaklong, ada sain abe Pa ingat imi ni abang..hehe..lawok sungguh”..Kaklong pun balas ” Maksudnye, imi ni tuo la..hehe..abe Pa lagi muda dari imi …camne ni..hehe..” kaklong gelakkan imi untuk mengubat kesedihan….Ma pula menyampuk “ Ma terbayang lagi bila kita gi ziarah Pa dulu-dulu kat kolej..Pa macam biaso la turun dari kolej, cara dia jalan sambil tersengih-sengih bila sampai tempat kita parking kereta bawah…teringat cara dia senyum..…tu Ma tak boleh duk lama-lama kat kolej tu, duk terbayang tingkahlaku Pa jah....”………..
[sain=sahabat; lawok=lawak; tuo=tua; biaso=biasa]


Alhamdulillah semua urusan di kolej semuanya dipermudahkan olehNYA……Syukran jazilan pada sahabat-sahabat dan sahabiah-sahabiah yang bersedia menolong kaklong menyelesaikan urusan berkaitan arwah adik kesayangan kaklong….tanpa bantuan kalian semua, tentu agak sukar untuk kaklong menyelesaikannya……Jazakallahu khairan khatira……Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya...InsyaAllah…


Kami meneruskan perjalanan ke Kedah menyelesaikan urusan berkaitan Fa seterusnya….. Insyaallah bermalam di sana..Walaupun penat seharian perjalanan, namun kami sangat gembira, tenang dan amat bersyukur setelah semua urusan arwah ahli bait solihin kami, al-marhum Mohd Fadhiri dapat diselesaikan dalam masa sehari…..Syukur padaMU..Semua dengan izinNYA……Alhamdulillah..........




{Ahli bait solihin kami...almarhum Mohd Fadhiri}


To be continued..InsyaAllah jika masih diberi nafas olehNYA...


by Kaklong, 5/4/10 (20 Rabiulawal 1431H)

9 comments:

  1. al- Hafizh Ibnu Rajab al- Hanbali rahimahullah berkata,
    “Sabar yang dipuji ada beberapa macam: [1] sabar di atas ketaatan kepada Allah ‘azza wa jalla, [2] demikian pula sabar dalam menjauhi kemaksiatan kepada Allah ‘azza wa jalla, [3] kemudian sabar dalam menanggung takdir yang terasa menyakitkan. Sabar dalam menjalankan ketaatan dan sabar dalam menjauhi perkara yang diharamkan itu lebih utama daripada sabar dalam menghadapi takdir yang terasa menyakitkan…”
    (Jami’ al- ’Ulum wa al- Hikam, hal. 279)

    ReplyDelete
  2. kaklong said..

    to anynomous..na'am..syukran jazilan diatas perkongsian..jazakallahu khairan khatira.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum...

    sedih baca post kaklong siri 7 nie...
    Bila baca blog nie pun hati sayu apatah lg sambil bca entry diiringi bacaan suci ayat al-quran..
    tenang rasa hati...

    Moga keluarga arwah sentiasa diberi kekuatan drp Allahs.w.y..

    Wallahualam

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum kak huda..umira ni..akak masih ingat saya??kita pernah berbalas2 mesej di friendster dulu..sy satu jmk dengan arwah..maaf kak..tak dapat datang ziarah arwah..sy jaga anak sedara saya wktu tu..

    sayu rasanya kak baca entry akak ni..kehilangan arwah benar2 dirasa..dia lelaki yang baik..semoga Allah memberi kekuatan untuk kita yang masih hidup melalui semua ni..

    ReplyDelete
  5. kaklong said....

    to Miss Wana Herman..comel nama ukhti;)..syukran ya ukhti solehah diatas ziarah pada blog xseberapa nie..

    insyaALLAH kami sekeluarga tabah dalam menghadapinya dengan izinNYA..;)

    ReplyDelete
  6. kaklong said...

    to humaira...waalaikumuusslam ya ukhti solehah humaira..kaklong/kakhuda ingat lagi ukhti..seingat kaklong dulu ada kaklong bertanya samaada ukhti kenal tak adik kaklong(arwah fadhiri) kan...tapi yela jrg kaklong bukak fs tu..dh lama xberhubung kan..alhmdulillah ukhwah fillah..nanti jemputlah datang rumah, bolehlah kaklong kenal ukhti ;)

    ReplyDelete
  7. salam..
    kak long, tiba2 teringat sangat2 kat arwah bila tgk gmbar kak long up load ni..ingt waktu duk berbincang dn bersembang ngan dia..huhu..masing terngiang2 setiap pesanan arwah..Allahurabbi..
    kak long, jaa balik kg esok sampai ahad ni

    ReplyDelete
  8. - to Norhafizawati..wslm jaa...xpe jaa, saat teringat kt arwah sedekah ayat-ayat suci al-quran ye utk arwah adik kaklong dan arwah faizol..

    - gambar tu kaklong ambil dari blog sahabat-sahabat arwah..kaklong kumpul semua gambar-gambar adik kaklong....hehe..rasanya dari blog andalusia..kat mana tu jaa gmbar tu?program kat kedah ye?kalau jaa nak kongsikan apa yang arwah cakap, tafadhal.kaklong alu-alukan..

    - hati2 dan jaga diri balik kg ye..insyaALLAH..kalau nak dtg umh kaklong, msg ye..;)

    p/s: esok kaklong xde kat umah, pergi ziarah adik nor di udm ;)

    ReplyDelete
  9. insyaAllah..erm bukan kat kedah tu kak long..kat t.malim jerk tu..
    insyaAllah kalau sempat jaa g jmp kak long..
    kalu xsempat g rumah, jaa g tempat kak long keje..
    Ingat kalu sempat nak g ziarah kubur arwah skali...
    nanti kem salam salam kat ma dan semua yerk..

    ReplyDelete

Warkah buat Adinda; Special Edition



Adinda-adinda yang kekanda sayangi,




Perkara paling penting yang hendak kekanda katakan ialah, kekanda amat menyayangi adinda-adinda semua. Bukan hanya sekarang tetapi sejak kekanda mempunyai seorang adinda iaitu adinda Khairi, sehinggalah kekanda mempunyai lapan orang adinda dengan kelahiran adinda Ti.




Namun, mungkin kekanda jarang menyebut perkara ini secara formal dan secara langsung, tapi yang pasti, kekanda amat menyayangi kalian berlapan.




Adinda Mohd Khairi Azhar yang dikasihi,




Memori pertama bersama adinda ialah ketika kita sekeluarga tinggal di SMK Kuala Krai. Masihkah adinda ingat setiap kali abah pulang dari sukan atau outstation, abah akan membelikan kita mainan ? Antara yang paling kekanda ingat ialah kekanda dibelikan abah sebuah kereta polis dan adinda pula menerima sebuah kepala keretapi yang masing-masing sebesar raga motorsikal. Teringat kekanda, di satu kenangan, abah dan ma duduk di sofa dan kita bermain kereta polis dan kepala keretapi itu dalam keadaan gelap semata-mata kerana nak lihat betapa terangnya lampu dan cahaya dari kedua-dua buah mainan itu..




Seingat kekanda, kita sememangnya banyak menghabiskan masa bersama sejak kecil hinggalah kekanda memasuki SMAP Kajang pada 1990. Kita main bersama, kita makan bersama dan kita bergaduh bersama. Kita bersekolah rendah pun bersama, sentiasa ada adinda 2 darjah di bawah kekanda. Tapi setelah adinda Syafiee semakin besar, adinda Khairi makin rapat dengan adinda Syafiee.. he he, kekanda tak jeles pun.. Sebab masa tu kekanda dah nak masuk Sekolah Menengah.. Ketika kekanda tingkatan 3, adinda masuk ke SMKA Falahiah, dan begitulah seterusnya. Hubungan kita baik namun hanya berjumpa ketika cuti-cuti panjang. Tetapi, semasa adinda masuk YPMKL, hubungan kita makin rapat kerana kita berada berdekatan di Kuala Lumpur. Ingatkah adinda, sekali sekala kita keluar makan bersama.




Seterusnya, setelah kita sama-sama menempuhi alam pekerjaan, hubungan kita sentiasa baik, kekanda hargai rasa hormat dalam diri adinda dan ketenteraman adinda dalam berbicara dengan kekanda. Seingat kekanda, kekanda selalu bertanyakan itu dan ini kepada adinda, kadang-kadang mungkin sampai ke perkara-perkara yang kurang penting.. Semuanya kerana kekanda cuba tunjukkan rasa 'caring' kekanda pada adinda.




Kekanda amat gembira ketika adinda ingin mendirikan rumahtangga, kerana kekanda bangga adinda akan memulakan satu era baru dalam keluarga kita, iaitu alam perkahwinan. Kekanda tidak bersama keluarga ketika pernikahan adinda di rumah pengantin perempuan, maafkan kekanda. Namun, dapat juga kekanda pulang untuk meraikan adinda ketika majlis di rumah kita di Tanah Merah. Lawak juga bila kekanda bersama abah menyambut tetamu, ramai yang mengucapkan tahniah kepada kekanda seolah-olah kekanda yang berkahwin.. he he... kekanda asyik ulang, "Eh.. buke kito, adik..". Lepas tu, bila ada yang cakap, "Guano adik dulu", kekanda jawab, "Kito ngaloh sokmo nga adik.." he he..




Sehingga sekarang pun, setelah adinda bergelar bapa kepada 2 cahayamata yang comel-comel, kekanda sentiasa rasakan betapa dalam hati kita berdua sentiasa ada perasaan hormat-menghormati dan sayang-menyayangi. Kita rapat dan kita sentiasa mengambil berat hal-hal berkaitan satu sama lain.. Banyak ketika kita berbincang perkara-perkara yang berkaitan dengan keluarga dan juga kerjaya kita. Alhamdulillah, adindaku Khairi, dengan segala nikmat kasih sayang adik beradik yang dikurniakan Allah kepada kita.




Kekanda doakan semoga adinda Khairi terus mendapat limpahan Rahmat Allah, di dunia dan di akhirat. Semoga adinda Khairi dan Kak Yani (Isteri), Fatnin, Fathi, dan ramai lagi anak-anak seterusnya (he he) sentiasa bahagia dan sentiasa dimurahkan rezeki, dan sentiasa mendapat keredhaan Allah. Amin.




Adindaku Mohd Syafiee yang dikasihi,




Kekanda teringat semasa Allahyarham Tok Ayah (Datuk sebelah Abah), berjalan perlahan merapati tadika tempat kekanda belajar dan kemudian cakap ngan kekanda, "Abe keru bulih adik doh, marila nok balik". Kekanda dapatkan kebenaran dengan cikgu untuk pulang dan terloncat-loncat berjalan dengan Tok Ayah memimpin tanganya. Macam-macam soalan kekanda tanya Tok Ayah.. "Jate ko tino", kekanda tanya.. "Ma segar dok?" kekanda tanya lagi. "Abah balik doh?".. dan macam-macam lagi sehinggalah kekanda masuk ke rumah dan ketika menyelak tirai dan sempat mengintai adinda dan ma sebelum, "Eh, tubik luar nu ore jate", he he marah Mak (Nenek).. hu hu... Abe keru keluar pergi main dengan Abe keri la... Dan bermulalah episod berebut-rebut antara kami berdua setiap kali nak tengok adinda Syafiee atau riba adinda.




Adinda mengikuti jejak kekanda Khairi memasuki SMKA Falahiah dan telah meninggalkan rekod 9A PMR yang tidak dapat dipecahkan sehingga sekarang oleh adik-beradik yang lain. You Got Class ! And you always do. Adinda Syafiee, adalah yang pertama naik kapal terbang di antara adik-beradik kita ke Sarawak, hadiah kecemerlangan tersebut. Tidak cukup dengan itu, (I have said earlier you got Class !), adinda ke Jepun semasa di UTM Jalan Semarak. Adinda sentiasa ke UTM Jalan Semarak kerana kekanda berkerja berdekatan dengan KLCC. Kekanda sentiasa ingat adinda kena makan banyak kali kerana takut gastrik. Kekanda harap adinda sentiasa jaga jadual makan adinda. Hubungan kita baik dan kekanda sentiasa hargai bagaimana adinda cuba mengawal ton suara adinda ketika bercakap dengan kekanda, semata-mata kerana adinda menghormati kekanda sebagai abang. Kekanda sentiasa sedar dan sentiasa bertolak ansur dengan adinda kerana kekanda tahu sememangnya darah adinda agak panas (keturunan tu.. he he) dan kekanda gembira bersama adinda sepanjang setahun di Kapit, Sarawak. Kekanda cukup-cukup 'happy' masa kat Sarawak di samping adinda, walaupun kita hanya berjumpa di hujung-hujung minggu atau semasa kekanda ada kursus di bandar Kapit. Kita selalu makan bersama, tidur bersama (berlainan bantal.. he he), main laptop bersama, pergi swimming bersama, main badminton bersama, dan juga sering berbual-bual pasal kerjaya kita yang mempunyai majikan yang sama iaitu Kerajaan Malaysia.




Kekanda bersyukur ke hadrat Allah, kerana satu tahun bersama adinda di Kapit adalah suatu hikmah bagi merapatkan hubungan kita, kerana seingat kekanda, kita jarang-jarang berjumpa sebelum itu. Kita hanya jumpa ketika Hari Raya Aidilfitri 2-3 tahun sebelum itu.




Adinda Syafiee, sehingga adinda pindah ke Kuching dan kini di Miri, kekanda sentiasa kagumi kesungguhan dan komited adinda pada kerja. Tidak salah lagi kenapa adinda mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 3 tahun berturut-turut, sebelum dinaikkan pangkat dan sekarang berkhidmat sebagai Ketua Unit Khas Bergerak (UKB) bagi negeri Sarawak.




Alhamdulillah, nikmat adik-beradik yang indah bersama adinda. Kekanda sentiasa doakan kesihatan dan kesejahteraan adinda walaupun jauh di seberang laut. Semoga Allah lindungi adinda dan sentiasa merahmati adinda. Kekanda juga berdoa semoga adinda dipertemukan jodoh yang solehah bagi menambahkan ahli keluarga, ipar-ipar, dan biras-biras... he he (Dulu adinda selalu suruh adinda Fa kawin dulu sebelum adinda).




Didoakan juga semoga adinda sentiasa gembira dan please senyum sokmo. .




Adindaku Nurulhuda yang dikasihi,




Sejak adinda dilahirkan, di bilik tengah (bilik adinda sekarang), kekanda sentiasa merasakan ada satu tanggungjawab besar yang perlu kekanda laksanakan buat adinda. Sebagai puteri sulong Cikgu Ripin & Kak Za, kelahiran adinda sememangnya membawa sinar dalam keluarga. Untuk pengetahuan adinda, kekanda, kekanda khairi dan kekanda syafiee sememangnya mengharapkan adinda seorang puteri sehinggalah adinda dilahirkan.. Alhamdulillah.




Sekiranya adinda ingat, kekanda selalu tanya adinda, "Ado ore gelar dop?" sejak dari adinda masuk sekolah tadika, seterusnya ke sekolah rendah, sekolah menengah hinggalah ke Universiti. Mungkin adinda rasa 'annoying' dengan pertanyaan kekanda yang berulang kali itu, tapi sebenarnya itulah sikap 'protecting' kekanda andai sesiapa melukakan hati adinda, secara automatic dia akan melukakan hati kekanda dan juga kekanda khairi dan kekanda Syafiee..




Adinda ingat tak, dulu masa kita kecik-kecik, kita 4 orang ada buat "meeting" dalam bilik tengah ? Bersama kita ada juga adinda Fa (Arwah) yang masih kecil tapi menangis tak nak ditinggalkan di luar bilik. Masa tu rasanya kali pertama kita cakap secara serius (hu hu...) betapa pentingnya kita menjaga hubungan kita adik-beradik, mesti sentiasa menyenangkan Abah & Ma, serta cuba sedaya-upaya jangan buat Abah & Ma susah hati (he he he).. Tergelak juga mengingatkan keadaan masa tu sebab rasanya kekanda baru Tingkatan 1 atau 2, masih mentah untuk "mempengerusikan meeting"... he he.... Kekanda masih ingat Kak Long buat muka, bila kita orang cakap semua yang Ma buat, Kak Long kena tolong.. he he... nakal kan, kekanda-kekanda Kak Long menyakat... hu hu..




Kekanda agak gembira Kak Long bersekolah menengah dekat dengan rumah, kerana bimbang dengan keselamatan Kak Long sekiranya jauh dari rumah. Sama macam kekanda, saiz badan semasa lingkungan umur tersebut agak kecil berbanding rakan sebaya yang lain. Adinda membuktikan kejayaan cemerlang sehingga menjejakkan kaki ke UiTM Shah Alam. Kekanda masih ingat, kekanda selalu menunggang motorsikal dari Kajang hingga ke Shah Alam untuk jumpa Kak Long, bawak Kak Long makan-makan, beli barang-barang dan sebagainya. Masa awal-awal kat UiTM, Kak Long cakap takut nak keluar sendiri dengan kawan-kawan, hinggalah semester kedua. Kekanda ingat, kekanda bawak Kak Long ke Subang Jaya sebab Kak Long nak beli handset. He he... Bila teringat tu... dan teringat Abah.... fuh, Alhamdulillah, semuanya selamat. Kak Long nak tahu, sampai hal-ehwal-wanita pernah kekanda tanya Ma, takut-takut Ma tak ajar.. he he memandai jugak kekanda ni... ye lah, adik perempuan pertama la katakan...




Adinda memang baik dengan kekanda dan kekanda-kekanda yang lain. Kami rasakan adinda ibarat 'buffer' dan pelengkap kepada kekurangan atau perselisihan antara kami. Kak Long mampu menjadi penenang ketika ada masalah, dan menjadi penghubung apabila sesuatu perlu disampaikan dengan cara yang lembut. He he... Kak Long pun boleh jadi 'SPY' yang boleh dipercayai... hu hu... tapi untuk tujuan yang baik....




Bagi adinda-adinda kak long, sememangnya mereka lebih rapat dengan Kak Long berbanding kekanda, mungkin disebabkan faktor jarak umur dan jarang-jarang berjumpa.




Alhamdulillah, kehadiran adinda sebagai anak ke-4. Kekanda doakan, adinda sentiasa ceria dan sentiasa tabah. Semoga Allah tunaikan segala impian adinda samada dunia atau akhirat. Didoakan juga adinda bertemu jodoh yang Soleh yang sesuai dengan adinda. Amin.


(Ingat tak kami bertiga selalu sakat Kak Long, sapa nak nikah nga Kak Long kena interview dengan kami... he he he... Sebab sayang ko Kak Long la).




Adindaku Mohd Fadhiri bin Rakiah,















[pause]























" Wahai abe keru yang disayangi, bila mahu di sambung warkah ini..hehe..dah lama pause tu.;) " - kaklong




















LA TAHZAN.....

(JANGANLAH BERSEDIH)










" Janganlah kamu bersikap

lemah, dan janganlah kamu

bersedih hati,padahal kamulah

orang-orang yang tinggi

darjatnya, jika kamu orang-

orang beriman"

( Surah Al-Imran Ayat 139 )

" Allah tidak akan membebani

seseorang itu melainkan dengan

kesanggupannya "

(Surah Al-Baqarah Ayat 286)

".......dan janganlah kamu

berputus asa pada Rahmah

Allah. Sesungguhnya tiada

berputus asa dari Rahmah Allah

melainkan kaum yang kafir "

(Surah Yusuf Ayat 12)

" Tiada apapun yang menimpa

seseorang mukmin berupa

bencana dan menderita

kesusahan, kecuali semua itu

menjadi sebab untuk

menghapuskan dosa-dosanya "

(Hadis Bukhari dan Muslim)