BUAT PENGUNJUNG-PENGUNJUNG BLOG.....

BUAT PENGUNJUNG- PENGUNJUNG BLOG.....


Untuk makluman sahabat sahabiah yang baru mengunjungi blog ini, blog Al-Fatihah buat Mohd Fadhiri bin Rakiah (Mohamad Ariffin) dibuat setelah ahli bait solihin kami iaitu al-marhum Mohd Fadhiri kembali ke Rahmatullah pada 11/01/10.



Blog ini telah diwujudkan pada 14/01/10, iaitu 3 hari setelah arwah kembali ke Rahmatullah oleh Abang Khairu (abang sulung arwah).



Semoga tautan ukhwah Fillah yang terjalin antara sahabat sahabiah serta semua yang pernah mengenali al-marhum Mohd Fadhiri dapat kami sekeluarga sambung, insyaALLAH




- dari keluarga al-marhum Mohd Fadhiri bin Rakiah (Mohamad Ariffin) -



JOM PROMOSI


ASIF JIDDAN....


Assalamualaikum kepada semua pengunjung-pengunjung blog Al-Fatihah buat Mohd Fadhiri bin Rakiah (Mohamad Ariffin)



Semoga sentiasa dalam lindungan dan rahmah ALLAH...InsyaALLAH..Semoga sentiasa diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan sehari-hari hanya untuk mencapai redha ALLAH..


Asif jiddan, dah lama kaklong tak update blog, untuk berkongsi ilmu, Ini kerana kaklong sibuk kemaskini portal web Islam bersama adik Imi..Buat sementara waktu, bolehlah ziarah portal murabbi. Semoga mendapat sedikit sebanyak ilmu yang bermanfaat untuk dunia dan akhirah di portal web Islam tersebut....http://www.murabbi.net/

InsyaALLAH, setelah kaklong dah siap mengemaskini Portal murabbi, akan kaklong kembali mencoret di sini..InsyaALLAH


Pejuangan yang masih jauh selagi jasad terkandung dalam diri dalam menuju YA RABB. Hanya untuk mendapart redha ALLAH..insya ALLAH...;ALL THE BEST!!!...BI TAUFIQ WA NAJAH FI DUNNIA WA AKHIRAT ;)


PENGUMUMAN KHAS

PENGUMUMAN MAJLIS TAHLIL

Majlis Tahlil Hari Ke 100 Allahyarham Mohd Fadhiri bin Rakiah adalah pada tarikh
20/4/2010 (Selasa). Kemungkinan akan dibuat pada tarikh
22/4/2010 (Khamis). Insyaallah


Semua sahabat sahabiah serta semua yang mengenali arwah di jemput hadir. Kami sekeluarga sangat-sangat mengalukan kedatangan sahabat sahabiah semua



Sunday, April 18, 2010

CORETAN KAKLONG...luahan hati dari ibu Arwah Faizol...

Coretan Kaklong…….luahan hati dari ibu arwah Faizol …


Coretan kaklong kali ini bukan sambungan coretan kaklong dari siri sebelum ini…...Ini adalah coretan khas yang dibuat untuk al-marhum Mohd Faizol, yang sama-sama telah kembali ke Rahmatullah pada 11/01/10 bersama-sama arwah adik kesayangan kaklong, al-marhum Mohd Fadhiri…InsyaALLAH…



(Al-marhum Mohd Faizol)


Alhamdulillah kesempatan yang diberi oleh ALLAH s.w.t. untuk kaklong sekeluarga menziarahi ahli keluarga arwah Faizol sebanyak 2 kali membolehkan kaklong mencoretkan sedikit luahan hati dari ibu arwah Faizol……Kali pertama pergi adalah ketika bersama-sama pihak JMK kolej yang datang menziarahi keluarga Faizol iaitu lebih kurang seminggu lebih setelah mereka berdua kembali ke Rahmatullah pada 11/01/10......Kaklong ingat lagi luahan hati ibu arwah Faizol pada kaklong…..memang masa tu, kaklong mengambil kesempatan untuk berbual-bual dengan ibu arwah Faizol….Melihat wajah tenang seorang ibu yang kehilangan anak yang disayanginya menunjukkan begitu tabahnya ibu arwah Faizol……Melayan kami yang hadir dengan begitu baik dan ramah sekali, menjamu kami makan nasi yang kebetulan sama lauk yang dihidangkan di rumah kaklong sebelum tu….Adik sempat bergurau dengan kaklong “Kaklong, samalah lauk gulai ayam dengan rumah kita tadi, macam janji pula, sehati sejiwa”…..” Tersenyum je kaklong bila dengar adik cakap macam tu….Benar, mereka memang telah ditakdirkan oleh ALLAH sehidup semati…….Allahurabbi…..


Ibu arwah Faizol tenang ketika berbicara perihal arwah anaknya, arwah Faizol…..Masih ingat lagi luahan ibu arwah Faizol kepada kaklong “ Nak buat gano, takdir Allah dah dia pergi dulu”..Sambung ibu arwah Faizol lagi “ Sebelum ni makcik harap ko dia la anak soleh hok dunia akhirat, kalau pagi-pagi dialah selalu gerak adik-adik dia bangun Subuh, selalu nasihat adik-adik dia, tapi nak buat gano, ALLAH tetap dah dia pergi dulu”.....Sebak kaklong mendengarnya sambil khusyuk mendengar luahan hati ibu arwah Faizol….Cuma sekali-sekala kaklong hanya mampu menenangkan ibu arwah Faizol dengan “Sabarlah makcik, insyaALLAH mereka berdua bahagia dah ‘SANA’……” ALLAHUAKBAR, Ya Allah kau ‘ambil’ mereka berdua (arwah Faizol dan arwah Fadhiri) yang kedua-duanya merupakan ahli bait solihin dari keluarga kami, kami redha pada Qada’ dan QadarMu ” detik dalam hati kaklong menahan sebak mengenangkan arwah Faizol, seorang anak yang soleh dalam keluarganya…..
[gano=bagaimana ; hok=yang ; gerak=bangunkan]


Ibu arwah Faizol kembali menyambung “ Alhamdulillah, ni majlis tahlil setakat hari ini, ramai sangat hok mari rumah, pelik juga makcik sebab ramai sangat, tak pernah lagi sebelum ni kalau kematian kat kampung ni ramai macam ni hok mari tahlil rumah, makcik masak nasi banyak sangat sebab ramai sangat orang mari rumah ”. Kaklong pun membalasnya ” Alhamdulillah, makcik…tu Rahmah Allah bagi pada arwah…alhamdulillah..”..
[hok=yang ; mari=datang]


Apabila melihat adik perempuan bongsu arwah Faizol yang dalam lingkungan sekolah rendah, jelas tergambar di wajahnya sedih dan seolah-olah tidak percaya abangnya telah pergi, mungkin dia sudah mengerti hakikat itu walaupun masih kecil…..Kaklong dapat rasakan perasaannya seperti apa yang dialami oleh adik tie (adik bongsu kaklong)…..Melihat pula adik perempuan arwah Faizol yang berumur 20an, sebaik sahaja bersalam dengan kami semua, terus duduk di satu penjuru ruang rumah, termenung sahaja, mungkin masih teringat saat pemergian arwah abangnya….sebak kaklong tengok adik perempuan arwah Faizol dan hanya mampu berdoa dalam hati “Kaklong faham perasaan mu, kehilangan insan yang disayangi dalam keluarga, Kaklong dapat rasa apa yang kamu rasa..semoga ALLAH bagi kekuatan dan ketabahan pada setiap ahli keluarga ni”…..Begitulah sedikit sebanyak yang dicoretkan bersama ibu arwah Faizol dan keluarganya saat kali pertama berjumpa…Alhamdulillah…Ukhwah Fillah yang sebelum ini ditaut oleh al-marhum Mohd Faizol dan al-marhum Mohd Fadhiri tetap kami sekeluarga sambung…insyaALLAH…biarlah mereka berdua sudah tiada didunia ini, namun persaudaraan seislam tetap diteruskan oleh dua keluarga ini…..insyaALLAH…



(Al-marhum Mohd Faizol, sahabat baik arwah adik kaklong yang telah kembali kembali ke Rahmatullah )


Di saat kali kedua berjumpa baru-baru ini, dimana hanya keluarga kaklong sahaja yang menziarahi keluarga arwah Faizol….Alhamdulillah kesempatan menziarahi waktu pagi jumaat membolehkan kami berbual-bual lama sedikit berbanding sebelum ini….Walaupun masa tu dah 2 bulan lebih mereka meninggalkan kita, tapi kenangan bersama arwah masih tidak dapat dilupakan…Kali ini ibu arwah Faizol tidak dapat menahan sebak berbeza sebelum ini yang begitu tenang…..Kaklong ingat lagi wajah arwah ibu Faizol sambil berkata “Makcik sebelum ni, masa awal-awal arwah Faizol tiada, xpo, xsedih sangat, tapi sekarang ni tak boleh, teringat sokmo ko arwah”….sambil menahan sebak dan mengesat air mata dengan hujung tudungnya..”Tambah-tambah kalau dengar mengaji al-quran, mesti sebak teringat dio”….…Ma pun kaklong tengok sebak dan mengalir air mata sambil berkata “ Samalah kito, teringat sokmo ko arwah Fadhiri sejak akhir-akhir ni….kena sabar jah banyak”….Bertambah sebak kaklong apabila melihat 2 orang ibu yang sebak mengalirkan air mata sambil kedua-duanya mengesat air mata dengan hujung tudung masing-masing apabila mengenangkan anak mereka yang telah pergi dulu sebelum mereka.….Mereka berdua sungguh saling memahami perasaan masing-masing mengenangkan anak- anak yang jauh di SANA…….”Ya allah, kau berilah ketabahan dan ketenangan pada mereka berdua, 2 orang ibu yang kematian anak yang dikasihi dan disayangi ”….kaklong hanya mampu berdoa sambil memalingkan muka ke tempat lain, sungguh tidak mampu menatap wajah-wajah mereka berdua…..
[xpo=xpe; sokmo=sentiasa; ko=ke; dio=dia; kito=kita; jah=je]


Banyak sekali ibu arwah Faizol bercerita pada kami perihal anaknya, arwah Faizol…..Barulah kaklong tahu rupa-rupanya seakan-akan sama rupanya perangai arwah Faizol di rumah dengan arwah adik kesayangan kaklong…..Ibu arwah Faizol bercerita “Arwah Faizol ni, setiap pagi “tanyalah nak makan gapo pagi ni”.. Lepas tu bila tengah hari tanya pula “ nak makan gapo tengah hari ni”….Lepas tu arwah faizol ambil sendiri dan panaskan sendiri makanan….makcik x susah pun, dia ambil sendiri jah…(Ya allah, sama macam arwah adik kesayangan kaklong, macam tula arwah Fadhiri tanya kaklong setiap kali pagi dan tengah hari…ambil sendiri makanan pun sama dengan arwah Faizol…. )


Cerita lagi ibu arwah Faizol tentang cuti terakhir arwah di rumah……..”Makcik pelik juga tengok arwah ni masa cuti bulan 12 hari tu…biasa kalau dia balik, turun dari motor terus cari makcik dulu, peluk makcik, tapi kali ni tak…bila makcik keluar dari dapur baru dia jumpa makcik…pastu dia senyap jah, tak banyak cakap, duk dalam bilik jah….makcik rasa pelik juga..”


Sambung Ibu arwah faizol lagi menceritakan arwah anaknya yang sejak dari dulu lagi ditimpa penyakit…”Kesian kat arwah, sejak dari tingkatan 3 lagi sampai sebelum arwah meninggal, sakit dalam perut (ulser dalam perut), banyak kali dah arwah ni masuk wad dan keluar wad, tapi mujurlah setiap kali arwah sakit teruk semasa cuti semester, senang sikit nak berubat,….Makcik ingat lagi masa dia ditahan di wad, kalau orang tengok mesti kesian…Pernah kena pembedahan dah sekali..makcik paling kesian sekali bila doktor beritahu ko arwah tentang penyakit dia “ubat yang awak makan sekarang ni yang paling kuat dos menahan sakit, tiada dah ubat lebih kuat dari ni”..Pernah sekali tu, dia sakit masa gi belajar agama di pondok, tapi alhamdulillah mujurlah setiap kali dia sakit teruk masa cuti semester………”.cerita ibu arwah Faizol mengenangkan arwah anaknya.....


Ya Allah….Sebak sungguh kaklong mendengar penderitaan yang ditanggung sekian lama oleh arwah Faizol semasa dihayatnya…tetapi begitulah orang yang disayangi Allah…walaupun diberi ujian kesakitan dari Allah, tetap sabar dan redha dalam menghadapinya….begitulah hebatnya insan yang dikasihi Allah…Alhamdulillah…walaupun kaklong tidak pernah mengenali arwah Faizol….tapi kaklong yakin sahabat baik arwah adik kaklong adalah seorang yang hebat dalam berjuang dalam agama, tidak menghiraukan kesakitan yang ditanggung dalam diri dalam menyebarkan dakwah Islam…..Alhamdulillah…kaklong yakin kalian berdua bahagia di SANA….InsyaALLAH kalian berdua sudah mendapat janji ALLAH pada setiap hambaNYA yang berbuat amal kebaikan di dunia ini….insyaALLAH hanya dengan Rahmat dan kasih Allah…Ameeen….Nantikan setiap ahli keluarga mu, saudara maramu, semua sahabat sahabiahmu menyusul kalian berdua bila sampai saat dan ketikanya……..insyaALLAH hanya dengan Rahmat dan Kasih Allah….Doakan kami semua walaupun kalian berdua jauh nun di SANA…….






Dari al-marhum Mohd Faizol untuk semua muslimat-muslimat...



Aduhai muslimat ku sayang...



Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati


Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri


Aduhai muslimat ku sayang....



Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri


Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai muslimatku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya


(Lagu asal: Puteriku Sayang oleh Hijjaz)


AL-FATIHAH BUAT AL-MARHUM MOHD FADHIRI DAN AL-MARHUM MOHD FAIZOL……


by kaklong, 18/01/10 1 a.m

4 comments:

  1. Fatimah isterinya berkata: Mungkin ade yg lebih banyak solat dan puasanya drpd Umar. Namun aku tidak nampak ade yg lebih takut kepada Allah drpd Umar. Apabila beliau masuk ke rumahnya maka dia akan menuju ke tempat solatnya dan sentiasa menangis dan bermunajat sehinggalah beliau tertidur. Tidak lama beliau terjaga semula dan menyambung tangisan dan munajat. Kemudian tertidor... berjaga menangis... begitulah sepanjang malam.

    ReplyDelete
  2. Fudail Bin Iyad(Ulama sufi)

    Ketika hampir mati beliau hampir pengsan. Kemudian sedar dan berkata “Aaaah jauhnya perjalanan ke akhirat… Aaa sedikitnya bekalan.”

    ReplyDelete
  3. kaklong said,

    syukran jazilan anonymous berkongsi ilmu bermanfaat..jazakallahu khairan khatira..

    ReplyDelete
  4. salam ziarah..

    tak tau nk kata apa2 huhuu... sepanjang bersama Allahyarham... saya rasa suka hati selalu.. dan rasa sedap jah hati.. maknanya rasa cukup selesa..

    smoga Allahyarham dicucuri Rahmat Allah

    ReplyDelete

Warkah buat Adinda; Special Edition



Adinda-adinda yang kekanda sayangi,




Perkara paling penting yang hendak kekanda katakan ialah, kekanda amat menyayangi adinda-adinda semua. Bukan hanya sekarang tetapi sejak kekanda mempunyai seorang adinda iaitu adinda Khairi, sehinggalah kekanda mempunyai lapan orang adinda dengan kelahiran adinda Ti.




Namun, mungkin kekanda jarang menyebut perkara ini secara formal dan secara langsung, tapi yang pasti, kekanda amat menyayangi kalian berlapan.




Adinda Mohd Khairi Azhar yang dikasihi,




Memori pertama bersama adinda ialah ketika kita sekeluarga tinggal di SMK Kuala Krai. Masihkah adinda ingat setiap kali abah pulang dari sukan atau outstation, abah akan membelikan kita mainan ? Antara yang paling kekanda ingat ialah kekanda dibelikan abah sebuah kereta polis dan adinda pula menerima sebuah kepala keretapi yang masing-masing sebesar raga motorsikal. Teringat kekanda, di satu kenangan, abah dan ma duduk di sofa dan kita bermain kereta polis dan kepala keretapi itu dalam keadaan gelap semata-mata kerana nak lihat betapa terangnya lampu dan cahaya dari kedua-dua buah mainan itu..




Seingat kekanda, kita sememangnya banyak menghabiskan masa bersama sejak kecil hinggalah kekanda memasuki SMAP Kajang pada 1990. Kita main bersama, kita makan bersama dan kita bergaduh bersama. Kita bersekolah rendah pun bersama, sentiasa ada adinda 2 darjah di bawah kekanda. Tapi setelah adinda Syafiee semakin besar, adinda Khairi makin rapat dengan adinda Syafiee.. he he, kekanda tak jeles pun.. Sebab masa tu kekanda dah nak masuk Sekolah Menengah.. Ketika kekanda tingkatan 3, adinda masuk ke SMKA Falahiah, dan begitulah seterusnya. Hubungan kita baik namun hanya berjumpa ketika cuti-cuti panjang. Tetapi, semasa adinda masuk YPMKL, hubungan kita makin rapat kerana kita berada berdekatan di Kuala Lumpur. Ingatkah adinda, sekali sekala kita keluar makan bersama.




Seterusnya, setelah kita sama-sama menempuhi alam pekerjaan, hubungan kita sentiasa baik, kekanda hargai rasa hormat dalam diri adinda dan ketenteraman adinda dalam berbicara dengan kekanda. Seingat kekanda, kekanda selalu bertanyakan itu dan ini kepada adinda, kadang-kadang mungkin sampai ke perkara-perkara yang kurang penting.. Semuanya kerana kekanda cuba tunjukkan rasa 'caring' kekanda pada adinda.




Kekanda amat gembira ketika adinda ingin mendirikan rumahtangga, kerana kekanda bangga adinda akan memulakan satu era baru dalam keluarga kita, iaitu alam perkahwinan. Kekanda tidak bersama keluarga ketika pernikahan adinda di rumah pengantin perempuan, maafkan kekanda. Namun, dapat juga kekanda pulang untuk meraikan adinda ketika majlis di rumah kita di Tanah Merah. Lawak juga bila kekanda bersama abah menyambut tetamu, ramai yang mengucapkan tahniah kepada kekanda seolah-olah kekanda yang berkahwin.. he he... kekanda asyik ulang, "Eh.. buke kito, adik..". Lepas tu, bila ada yang cakap, "Guano adik dulu", kekanda jawab, "Kito ngaloh sokmo nga adik.." he he..




Sehingga sekarang pun, setelah adinda bergelar bapa kepada 2 cahayamata yang comel-comel, kekanda sentiasa rasakan betapa dalam hati kita berdua sentiasa ada perasaan hormat-menghormati dan sayang-menyayangi. Kita rapat dan kita sentiasa mengambil berat hal-hal berkaitan satu sama lain.. Banyak ketika kita berbincang perkara-perkara yang berkaitan dengan keluarga dan juga kerjaya kita. Alhamdulillah, adindaku Khairi, dengan segala nikmat kasih sayang adik beradik yang dikurniakan Allah kepada kita.




Kekanda doakan semoga adinda Khairi terus mendapat limpahan Rahmat Allah, di dunia dan di akhirat. Semoga adinda Khairi dan Kak Yani (Isteri), Fatnin, Fathi, dan ramai lagi anak-anak seterusnya (he he) sentiasa bahagia dan sentiasa dimurahkan rezeki, dan sentiasa mendapat keredhaan Allah. Amin.




Adindaku Mohd Syafiee yang dikasihi,




Kekanda teringat semasa Allahyarham Tok Ayah (Datuk sebelah Abah), berjalan perlahan merapati tadika tempat kekanda belajar dan kemudian cakap ngan kekanda, "Abe keru bulih adik doh, marila nok balik". Kekanda dapatkan kebenaran dengan cikgu untuk pulang dan terloncat-loncat berjalan dengan Tok Ayah memimpin tanganya. Macam-macam soalan kekanda tanya Tok Ayah.. "Jate ko tino", kekanda tanya.. "Ma segar dok?" kekanda tanya lagi. "Abah balik doh?".. dan macam-macam lagi sehinggalah kekanda masuk ke rumah dan ketika menyelak tirai dan sempat mengintai adinda dan ma sebelum, "Eh, tubik luar nu ore jate", he he marah Mak (Nenek).. hu hu... Abe keru keluar pergi main dengan Abe keri la... Dan bermulalah episod berebut-rebut antara kami berdua setiap kali nak tengok adinda Syafiee atau riba adinda.




Adinda mengikuti jejak kekanda Khairi memasuki SMKA Falahiah dan telah meninggalkan rekod 9A PMR yang tidak dapat dipecahkan sehingga sekarang oleh adik-beradik yang lain. You Got Class ! And you always do. Adinda Syafiee, adalah yang pertama naik kapal terbang di antara adik-beradik kita ke Sarawak, hadiah kecemerlangan tersebut. Tidak cukup dengan itu, (I have said earlier you got Class !), adinda ke Jepun semasa di UTM Jalan Semarak. Adinda sentiasa ke UTM Jalan Semarak kerana kekanda berkerja berdekatan dengan KLCC. Kekanda sentiasa ingat adinda kena makan banyak kali kerana takut gastrik. Kekanda harap adinda sentiasa jaga jadual makan adinda. Hubungan kita baik dan kekanda sentiasa hargai bagaimana adinda cuba mengawal ton suara adinda ketika bercakap dengan kekanda, semata-mata kerana adinda menghormati kekanda sebagai abang. Kekanda sentiasa sedar dan sentiasa bertolak ansur dengan adinda kerana kekanda tahu sememangnya darah adinda agak panas (keturunan tu.. he he) dan kekanda gembira bersama adinda sepanjang setahun di Kapit, Sarawak. Kekanda cukup-cukup 'happy' masa kat Sarawak di samping adinda, walaupun kita hanya berjumpa di hujung-hujung minggu atau semasa kekanda ada kursus di bandar Kapit. Kita selalu makan bersama, tidur bersama (berlainan bantal.. he he), main laptop bersama, pergi swimming bersama, main badminton bersama, dan juga sering berbual-bual pasal kerjaya kita yang mempunyai majikan yang sama iaitu Kerajaan Malaysia.




Kekanda bersyukur ke hadrat Allah, kerana satu tahun bersama adinda di Kapit adalah suatu hikmah bagi merapatkan hubungan kita, kerana seingat kekanda, kita jarang-jarang berjumpa sebelum itu. Kita hanya jumpa ketika Hari Raya Aidilfitri 2-3 tahun sebelum itu.




Adinda Syafiee, sehingga adinda pindah ke Kuching dan kini di Miri, kekanda sentiasa kagumi kesungguhan dan komited adinda pada kerja. Tidak salah lagi kenapa adinda mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 3 tahun berturut-turut, sebelum dinaikkan pangkat dan sekarang berkhidmat sebagai Ketua Unit Khas Bergerak (UKB) bagi negeri Sarawak.




Alhamdulillah, nikmat adik-beradik yang indah bersama adinda. Kekanda sentiasa doakan kesihatan dan kesejahteraan adinda walaupun jauh di seberang laut. Semoga Allah lindungi adinda dan sentiasa merahmati adinda. Kekanda juga berdoa semoga adinda dipertemukan jodoh yang solehah bagi menambahkan ahli keluarga, ipar-ipar, dan biras-biras... he he (Dulu adinda selalu suruh adinda Fa kawin dulu sebelum adinda).




Didoakan juga semoga adinda sentiasa gembira dan please senyum sokmo. .




Adindaku Nurulhuda yang dikasihi,




Sejak adinda dilahirkan, di bilik tengah (bilik adinda sekarang), kekanda sentiasa merasakan ada satu tanggungjawab besar yang perlu kekanda laksanakan buat adinda. Sebagai puteri sulong Cikgu Ripin & Kak Za, kelahiran adinda sememangnya membawa sinar dalam keluarga. Untuk pengetahuan adinda, kekanda, kekanda khairi dan kekanda syafiee sememangnya mengharapkan adinda seorang puteri sehinggalah adinda dilahirkan.. Alhamdulillah.




Sekiranya adinda ingat, kekanda selalu tanya adinda, "Ado ore gelar dop?" sejak dari adinda masuk sekolah tadika, seterusnya ke sekolah rendah, sekolah menengah hinggalah ke Universiti. Mungkin adinda rasa 'annoying' dengan pertanyaan kekanda yang berulang kali itu, tapi sebenarnya itulah sikap 'protecting' kekanda andai sesiapa melukakan hati adinda, secara automatic dia akan melukakan hati kekanda dan juga kekanda khairi dan kekanda Syafiee..




Adinda ingat tak, dulu masa kita kecik-kecik, kita 4 orang ada buat "meeting" dalam bilik tengah ? Bersama kita ada juga adinda Fa (Arwah) yang masih kecil tapi menangis tak nak ditinggalkan di luar bilik. Masa tu rasanya kali pertama kita cakap secara serius (hu hu...) betapa pentingnya kita menjaga hubungan kita adik-beradik, mesti sentiasa menyenangkan Abah & Ma, serta cuba sedaya-upaya jangan buat Abah & Ma susah hati (he he he).. Tergelak juga mengingatkan keadaan masa tu sebab rasanya kekanda baru Tingkatan 1 atau 2, masih mentah untuk "mempengerusikan meeting"... he he.... Kekanda masih ingat Kak Long buat muka, bila kita orang cakap semua yang Ma buat, Kak Long kena tolong.. he he... nakal kan, kekanda-kekanda Kak Long menyakat... hu hu..




Kekanda agak gembira Kak Long bersekolah menengah dekat dengan rumah, kerana bimbang dengan keselamatan Kak Long sekiranya jauh dari rumah. Sama macam kekanda, saiz badan semasa lingkungan umur tersebut agak kecil berbanding rakan sebaya yang lain. Adinda membuktikan kejayaan cemerlang sehingga menjejakkan kaki ke UiTM Shah Alam. Kekanda masih ingat, kekanda selalu menunggang motorsikal dari Kajang hingga ke Shah Alam untuk jumpa Kak Long, bawak Kak Long makan-makan, beli barang-barang dan sebagainya. Masa awal-awal kat UiTM, Kak Long cakap takut nak keluar sendiri dengan kawan-kawan, hinggalah semester kedua. Kekanda ingat, kekanda bawak Kak Long ke Subang Jaya sebab Kak Long nak beli handset. He he... Bila teringat tu... dan teringat Abah.... fuh, Alhamdulillah, semuanya selamat. Kak Long nak tahu, sampai hal-ehwal-wanita pernah kekanda tanya Ma, takut-takut Ma tak ajar.. he he memandai jugak kekanda ni... ye lah, adik perempuan pertama la katakan...




Adinda memang baik dengan kekanda dan kekanda-kekanda yang lain. Kami rasakan adinda ibarat 'buffer' dan pelengkap kepada kekurangan atau perselisihan antara kami. Kak Long mampu menjadi penenang ketika ada masalah, dan menjadi penghubung apabila sesuatu perlu disampaikan dengan cara yang lembut. He he... Kak Long pun boleh jadi 'SPY' yang boleh dipercayai... hu hu... tapi untuk tujuan yang baik....




Bagi adinda-adinda kak long, sememangnya mereka lebih rapat dengan Kak Long berbanding kekanda, mungkin disebabkan faktor jarak umur dan jarang-jarang berjumpa.




Alhamdulillah, kehadiran adinda sebagai anak ke-4. Kekanda doakan, adinda sentiasa ceria dan sentiasa tabah. Semoga Allah tunaikan segala impian adinda samada dunia atau akhirat. Didoakan juga adinda bertemu jodoh yang Soleh yang sesuai dengan adinda. Amin.


(Ingat tak kami bertiga selalu sakat Kak Long, sapa nak nikah nga Kak Long kena interview dengan kami... he he he... Sebab sayang ko Kak Long la).




Adindaku Mohd Fadhiri bin Rakiah,















[pause]























" Wahai abe keru yang disayangi, bila mahu di sambung warkah ini..hehe..dah lama pause tu.;) " - kaklong




















LA TAHZAN.....

(JANGANLAH BERSEDIH)










" Janganlah kamu bersikap

lemah, dan janganlah kamu

bersedih hati,padahal kamulah

orang-orang yang tinggi

darjatnya, jika kamu orang-

orang beriman"

( Surah Al-Imran Ayat 139 )

" Allah tidak akan membebani

seseorang itu melainkan dengan

kesanggupannya "

(Surah Al-Baqarah Ayat 286)

".......dan janganlah kamu

berputus asa pada Rahmah

Allah. Sesungguhnya tiada

berputus asa dari Rahmah Allah

melainkan kaum yang kafir "

(Surah Yusuf Ayat 12)

" Tiada apapun yang menimpa

seseorang mukmin berupa

bencana dan menderita

kesusahan, kecuali semua itu

menjadi sebab untuk

menghapuskan dosa-dosanya "

(Hadis Bukhari dan Muslim)