BUAT PENGUNJUNG-PENGUNJUNG BLOG.....

BUAT PENGUNJUNG- PENGUNJUNG BLOG.....


Untuk makluman sahabat sahabiah yang baru mengunjungi blog ini, blog Al-Fatihah buat Mohd Fadhiri bin Rakiah (Mohamad Ariffin) dibuat setelah ahli bait solihin kami iaitu al-marhum Mohd Fadhiri kembali ke Rahmatullah pada 11/01/10.



Blog ini telah diwujudkan pada 14/01/10, iaitu 3 hari setelah arwah kembali ke Rahmatullah oleh Abang Khairu (abang sulung arwah).



Semoga tautan ukhwah Fillah yang terjalin antara sahabat sahabiah serta semua yang pernah mengenali al-marhum Mohd Fadhiri dapat kami sekeluarga sambung, insyaALLAH




- dari keluarga al-marhum Mohd Fadhiri bin Rakiah (Mohamad Ariffin) -



JOM PROMOSI


ASIF JIDDAN....


Assalamualaikum kepada semua pengunjung-pengunjung blog Al-Fatihah buat Mohd Fadhiri bin Rakiah (Mohamad Ariffin)



Semoga sentiasa dalam lindungan dan rahmah ALLAH...InsyaALLAH..Semoga sentiasa diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan sehari-hari hanya untuk mencapai redha ALLAH..


Asif jiddan, dah lama kaklong tak update blog, untuk berkongsi ilmu, Ini kerana kaklong sibuk kemaskini portal web Islam bersama adik Imi..Buat sementara waktu, bolehlah ziarah portal murabbi. Semoga mendapat sedikit sebanyak ilmu yang bermanfaat untuk dunia dan akhirah di portal web Islam tersebut....http://www.murabbi.net/

InsyaALLAH, setelah kaklong dah siap mengemaskini Portal murabbi, akan kaklong kembali mencoret di sini..InsyaALLAH


Pejuangan yang masih jauh selagi jasad terkandung dalam diri dalam menuju YA RABB. Hanya untuk mendapart redha ALLAH..insya ALLAH...;ALL THE BEST!!!...BI TAUFIQ WA NAJAH FI DUNNIA WA AKHIRAT ;)


PENGUMUMAN KHAS

PENGUMUMAN MAJLIS TAHLIL

Majlis Tahlil Hari Ke 100 Allahyarham Mohd Fadhiri bin Rakiah adalah pada tarikh
20/4/2010 (Selasa). Kemungkinan akan dibuat pada tarikh
22/4/2010 (Khamis). Insyaallah


Semua sahabat sahabiah serta semua yang mengenali arwah di jemput hadir. Kami sekeluarga sangat-sangat mengalukan kedatangan sahabat sahabiah semua



Tuesday, April 13, 2010

WARKAH DARI AS-SYAHID MOHD FADHIRI BIN RAKIAH (MOHAMAD ARIFFIN)

(Arwah ahli bait solihin kami semasa kami sekeluarga sama-sama menguruskan Program IT FAIR, DECEMBER 2009


ALLAHURABBI...Sungguh sebak kaklong membaca warkah yang ditulis sendiri oleh al-marhum adik lelaki kesayangan kaklong....Al-Marhum Mohd Fadhiri....InsyaALLAH...kaklong ingin kongsikan bait-bait ayat yang berupa nasihat, pesanan dan peninggalan sebelum al-marhum kembali ke Rahmatullah pada 11/01/10 dengan sahabat sahabat serta sahabiah-sahabiah yang sama-sama pernah berjuang suatu ketika dulu bersama arwah adik kesayangan kaklong...InsyaALLAH


Hayatilah bait-bait ayat yang ditinggalkan oleh as-syahid melalui warkah ini....insyaALLAH, sama-sama kita mengambil yang baik dan manfaat dari warkah ini.....insyaALLAH...dan untuk sahabat-sahabat dan sahabiah-sahabiah al-marhum Mohd Fadhiri, moga-moga warkah ini menjadi pengubat rindu kalian.....dah lama kan kita tak dengar bait-bait nasihat, tazkirah, pesanan arwah kan?....ALLAHUAKBAR...


MATI ITU SUATU KEPASTIAN BAGI SETIAP MANUSIA..."KULLU NAFSIN ZA'IQATUL MAUT"...Sentiasalah kita mengingati MATI...insyaALLAH..sama-sama kita mempertingkatkan diri kita dengan ilmu, amal, ibadah dan iman dalam diri...insyaALLAH berjumpa di SANA, Darul Falah yakni SYURGA yang dijanjikan bagi setiap hamba yang bertaqwa, orang-orang yang berlumba-lumba melakukan amal kebajikan ketika berada di dunia ini...Hanya dengan izin, rahmah dan kasih ALLAH pada hambaNYA yang dhaif...Bi taufiq wa najah fii dunnia wa akhirah..insyaALLAH ;)




.....................................................................................



(Wajah tenang arwah adik kesayangan kaklong...Rindunye kami Ya ALLAH pada arwah ahli bait solihin kami...Wajah tenang inilah menghiasi dirimu walaupun disebalik wajah ketenangan itu tersembunyi perasaan gembira, menahan marah, sedih...dan wajah tenang yang sama inilah yang ditatap kali terakhir sebelum dirimu pergi buat selama-lamanya..)




Warkah dari as-syahid Mohd Fadhiri


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Segala puji bagi Allah Ta’ala, empunya semesta alam. Selawat yang diiringi dengan salam kepada Nabi dan Pesuruh Allah yang paling mulia dan agong, baginda Nabi Muhammad Shallahu ‘alaihi wasallam dan keluarganya serta para sahabatnya sekalian.


Apa khabar iman sekarang..? semoga sentiasa dalam rahmat dan peliharaan Allah…...Moga-moga hari ini dikurniakan keazaman yang tinggi oleh Allah untuk terus meningkatkan amal kebajikan, meninggalkan perkara-perkara yang tidak disukaiNYA dan istiqamah serta Thabit dalam jalan Allah.


Sama-sama muhasabahkan diri, selama kita hidup, kita dianugerahi nikmat kehidupan oleh Allah..…bagaimanakah amalan kita kepada Allah? Adakah amal kebajikan mengatasi amal keburukan…? Adakah kesalahan yang telah dilakukan sebelum pada hari ini telah dipinta ampun dan mohon taubat…? ALLLAHU RABBI.. Moga-moga Allah memberi kepada kita kekuatan untuk berubah…berubah kepada yang lebih baik…


Sekadar perkongsian tentang sambutan hari lahir.…Pernah juga mendengar ceramah Ustaz Azhar Idrus berkaitan dengan menyambut hari lahir…hukumnya harus dan jadi haram bila mana ada unsur-unsur yang sama sebagaimana sambutan hari lahir orang bukan Islam..seperti tiup lilin dll.. Ustaz sarankan sambutlah hari lahir dengan memperbanyakkan amalan kepada Allah..lakukan solat hajat dan berdoa moga-moga kehidupan selepas ini lebih berkah dan diredhai


Selama pemerhatian ana pada hari ini, terdapat satu penyakit yang menimpa orang-orang yang berimej islamik...yakni masalah hati x kira sama ada dia student P.Islam ke @ ajk surau ke hatta badan dakwah sekalipun tidak dapat mengelak penyakit ini…banyak sahabat2 ana yg terlibat dan ianya berlaku di depan mata ana sendiri…luarannya nampak syadid dalam pergaulan, hebat dalam berceramah, selalu ajak orang keluar berdakwah, pemakaian berjubah dan berserban, ketua bagi organisasi agama dll.., tp pada masa yg sama ada masalah hati terhadap kaum hawa…bila difikirkan kembali, ana selalu mengingatkan sahabat2 dan juga memuhasabah ahli tentang perkara ini....Ingatlah, tiada yang halal melainkan dengan akad pernikahan..yelah ramai yg mengatakan kalau tak berhubung, rasa susah, bimbang takut pasangan lari dll..namun kita kena yakin bila mana kita menjaga Hak Allah, ikut syariat-Nya dengan sempurna, Allah akan memelihara dan menjaga perhubungan sesama manusia..


” Jagalah Allah, Allah pasti menjagamu”




Di sini suka untuk ana mengambil petikan daripada ayat 31 surah an-Nur yang bermaksud :


"Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya."


Sebagai penutup, sama-sama perbanyakkan solat hajat dan berdoa kepada Allah..mohon ditetapkan iman dan dimudahkan segala urusan di dunia dan akhirat


Kena yakin…
“Setiap kesulitan, ada kelapangan, & tiap-tiap kepayahan, ada kebahagiaan”




Syukran Kathir…

JAZAKALLAHu KHAIRAN KHATIRA

Yang benar…
Al Faqir ila Allah
(7 Oktober 09 bersamaan 18 Syawal 1430H ; 6.12pm)



.....................................................................................


(Antara sebahagian isi kandungan yang ditulis oleh al-marhum Mohd Fadhiri dalam warkahnya tahun lepas yakni lebih kurang 3 bulan lebih sebelum al-marhum kembali ke Rahmatullah buat selama-lamanya pada 11/01/10...Semoga apa yang diboldkan oleh kaklong yg difikirkan sebagai nasihat, pendapat, dan pesanan yang berguna oleh al-marhum menjadi sumber kekuatan dan semangat kepada kita dalam meneruskan perjuangan kita sebagai hamba ALLAH di dunia ini yang penuh dengan ujian dan fitnah......Sesungguhnya kejayaan dan kegembiraan yang sebenar bagi kita sebagai hamba ALLAH ialah di akhirat sana, SYURGA hakiki yang dijanjikan untuk hamba-hambaNYA yang beramal soleh, berlumba-lumba mengejar kebaikan dan kebajikan di dunia ini, pejuang-pejuang agama yang syahid dijalanNYA, orang-orang yang beriman dan bertaqwa pada ALLAH ....insyaALLAH.....


(Ahli keluarga muslimin di hari pernikahan abg khairu pada Disember 2008..sayangnya gambar adik Nor xde..Adik Nor tengah ambil gambar)


by kaklong, Selasa, 13/04/10, 2 p.m

10 comments:

  1. Alhamdulillah.gembira bercampur sedih tgk kenangan2 indah ini bersama arwah.wajahnya tenang seperti biasa,hati yg tenang bersama Allah..(",)

    ReplyDelete
  2. huhuhu..arwah pernah luahkan soal ni dulu..rindunya kat dia....

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah niat hati untuk berkongsi bait-bait ayat didalam warkah arwah adik kesayangan kaklong untuk sama2 kita beroleh manfaat..tiada yang lain..hanya untuk mendapat redha ALLAH..insyaALLAH

    SUBHANALLAH WA ALHAMDULILLAH WA LAILAHAILLALLAH WA ALLAHUAKBAR!

    ReplyDelete
  4. Hari tu kaklong kongsikan betapa tingginya amal kebajikan sahabat-sahabat kesayangan nabi kan??

    Ni kaklong copy balik dari chat box..

    "Teringat ttg cerita Rasulullah bertanya pada malakikat jibrail ttg amal kebaikan sahabat-sahabat yang dicntainya..

    Setelah itu malaikat Jibrail pun menjawab "Amal kebaikan Saidina Umar diibaratkan seperti "Jikalau air laut sebagai dakwat, Ranting kayu dijadikan sebagai pen, nescaya aku xboleh bilang lagi amal kebajikan Saidina Umar"

    Selepas itu Nabi menyuruh malaikat Jibrail menceritakan pula amal kebajikan Saidina Abu Bakar. Maka Jibrail pun menjawab " Amalan kebajikan Saidina Umar tadi adalah 1 kebajikan dari Saidina Abu Bakar".

    Masyaallah hebat sungguh kan amal kebajikan sahabat-sahabat kesayangan nabi..insyaALLAH..lain kali kaklong konsi cerita lagi ttg sahabat2 nabi, org yg begitu rapat dengan Rasulullah yg kita cintai;)

    ReplyDelete
  5. ok kali ini kaklong nak kongsikan salah satu kisah sahabat-sahabat Nabi iaitu Saidina Umar dan Saidina Abu Bakar..mungkin sahabat sahabiah dah mengetahui kisah ini..


    Sahabat-sahabat nabi memang gemar untuk berlumba-lumba dalam melakukan amal kebajikan sehari-sehari..gelisah sekiranya tidak melakukan amal kebajikan pada hari-hari yag dilalui..


    Alkisahnya, Suatu hari, Saidina Umar pergilah keluar mencari seorang perempuan yg miskin untuk diberi makanan dan minuman kepada perempuan tersebut.Apabila sampai dipintu rumah perempuan tersebut, perempuan itu mengatakan "xpela, alhamdulillah dah kenyang, baru sebentar tadi dah ada orang hantar makanan dan minuman"


    Saidina Umar pun berfikir "Rupanya ada lagi orang yang lagi awal membuat kebajikan berbanding aku, bergegas dia ke masjid dan mendapati Saidina Abu Bakar sudah berada di masjid itu..Ketahuilah saidina Umar bahawa orang yang mendahului dia memberi makanan dan minuman kepada perempuan tadi ialah Saidina Abu Bakar...


    Begitulah hebatnya sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w, Saidina Abu Bakar dan Saidin Umar dalam belumba-lumba melakukan amal kebajikan.


    p/s:jom kita berlumba-lumba..berlumba-lumba membuat amal kebaikan untuk bekalan akirat kita diSANA..bukan berlumba-lumba untuk dunia ini..insyaALAH.;)

    ReplyDelete
  6. salam..
    sy brpeluang melihat dan berkesempatan membaca warkah ini...erm, ingat bait-bait kata y selalu arwah tuturkn
    "ustazah, susahnya nak dapat bidadari...ALLAHUAKBAR"
    Masih terngiang2 kata2 arwah..selalu dia ucapkn begitu..insyaAllah, sy yakin, arwah dah dapat bidadari y dicari..

    Kak long, xsempat nak g kubur hari itu..Adik sepupu jaa ada kelas tambahan..Ingat nak mintak dia jd ketua ziarah hari tu..insyaAllah lain kali kami pg..adik sepupu jaa tu kawan adik imi..try tanya adik imi, dia kenal tak Abdul Halim Abd Rahman,tingkatan 5 juga..Adik sepupu jaa bekas imam muda surau SMK Tanah Merah 1..Dia ckp dia kenal adik Imi..

    ReplyDelete
  7. kaklong said...

    to norhafizawati..adik kaklong jaa..wslm..yer ke,xpe2, insyaALLAH lain kali jaa boleh p ziarah kubur arwah...tulah kaklong dah agak jaa xsmpat nak dtg rumah ari2, xpela nanti lepas jaa abis praktikal, kita boleh jumpa ;)

    adik Imi ada cerita ko kaklong pasal adik sepupu jaa tu..hehe..adik sepupu jaa kata sungguh2 jaa cerita pasal arwah kat dia...betapa menghargai seorang sahabat yang telah pergi buat selama-lamanya..semoga adik sepupu jaa mengmbil manfaat dari cerita jaa...insyaALLAH ;)

    Alhmdulillah ,insyaALLAH kata-kata yg selalu dituturkan oleh arwah " ustazah, susahnya nak dapat bidadari..."InsyaALLAH bidadari sudah menantinya di SANA..;)

    p/s:jaa..bengkak mata menangis..tiba2 terlalu rindu teringatkan arwah, hanya tasbih hijau peninggalan arwah setia menemani kaklong..;)la tahzan!

    ReplyDelete
  8. Huhu..kak long buat jaa sedih...=(

    InsyaAllah, adik sepupu jaa seorang y bagus..moga dia dapat manfaat..Adik Imi tentu kenal dia mcm mana..adik sepupu jaa suka berjubah putih bila pergi masjid..insyaAllah, ada masa jaa bawak dia jmpa kak long dan keluarga..

    Adik sepupu jaa sentiasa memahami kakak sepupu dia y sentiasa bersemangat & mghargai sahabat2 seperjuangan dgn dia..Moga 'Abdul Halim' salah seorang mujahid y akan memperjuangan Islam kelak..
    InsyaAllah, jmp nanti (^_^)

    ReplyDelete
  9. to jaa..huhu..asif jiddan bukan niat hati untuk bagi jaa sedih..sekadar meluahkan je..biasala kdg2 teringat dan rindu, xsedar air mata ni mengalir..biasalah tu..org yang paling dekat dgn kita yg pergi;)

    alhamdulillah..kaklong suka sgt dengar adik-adik yang minat dan cenderung pada agama..bawalah adik sepupu jaa tu dtg umah..insyaALLAH Mohd Hilmi dan Abdul Halim bakal mujahid yg syahid memperjuangkan islm..insyaALLAH..

    Kaklong tahu adik kaklong jaa seorng yang menghargai sahabat sahabiah seperjuanganmu...teruskan langkahmu berjuang di jalanNYA...bi taufiq wa najah!!;)

    ReplyDelete
  10. seronoknya dapat banyak ilmu...syukur kerana mengenali anda semua

    ReplyDelete

Warkah buat Adinda; Special Edition



Adinda-adinda yang kekanda sayangi,




Perkara paling penting yang hendak kekanda katakan ialah, kekanda amat menyayangi adinda-adinda semua. Bukan hanya sekarang tetapi sejak kekanda mempunyai seorang adinda iaitu adinda Khairi, sehinggalah kekanda mempunyai lapan orang adinda dengan kelahiran adinda Ti.




Namun, mungkin kekanda jarang menyebut perkara ini secara formal dan secara langsung, tapi yang pasti, kekanda amat menyayangi kalian berlapan.




Adinda Mohd Khairi Azhar yang dikasihi,




Memori pertama bersama adinda ialah ketika kita sekeluarga tinggal di SMK Kuala Krai. Masihkah adinda ingat setiap kali abah pulang dari sukan atau outstation, abah akan membelikan kita mainan ? Antara yang paling kekanda ingat ialah kekanda dibelikan abah sebuah kereta polis dan adinda pula menerima sebuah kepala keretapi yang masing-masing sebesar raga motorsikal. Teringat kekanda, di satu kenangan, abah dan ma duduk di sofa dan kita bermain kereta polis dan kepala keretapi itu dalam keadaan gelap semata-mata kerana nak lihat betapa terangnya lampu dan cahaya dari kedua-dua buah mainan itu..




Seingat kekanda, kita sememangnya banyak menghabiskan masa bersama sejak kecil hinggalah kekanda memasuki SMAP Kajang pada 1990. Kita main bersama, kita makan bersama dan kita bergaduh bersama. Kita bersekolah rendah pun bersama, sentiasa ada adinda 2 darjah di bawah kekanda. Tapi setelah adinda Syafiee semakin besar, adinda Khairi makin rapat dengan adinda Syafiee.. he he, kekanda tak jeles pun.. Sebab masa tu kekanda dah nak masuk Sekolah Menengah.. Ketika kekanda tingkatan 3, adinda masuk ke SMKA Falahiah, dan begitulah seterusnya. Hubungan kita baik namun hanya berjumpa ketika cuti-cuti panjang. Tetapi, semasa adinda masuk YPMKL, hubungan kita makin rapat kerana kita berada berdekatan di Kuala Lumpur. Ingatkah adinda, sekali sekala kita keluar makan bersama.




Seterusnya, setelah kita sama-sama menempuhi alam pekerjaan, hubungan kita sentiasa baik, kekanda hargai rasa hormat dalam diri adinda dan ketenteraman adinda dalam berbicara dengan kekanda. Seingat kekanda, kekanda selalu bertanyakan itu dan ini kepada adinda, kadang-kadang mungkin sampai ke perkara-perkara yang kurang penting.. Semuanya kerana kekanda cuba tunjukkan rasa 'caring' kekanda pada adinda.




Kekanda amat gembira ketika adinda ingin mendirikan rumahtangga, kerana kekanda bangga adinda akan memulakan satu era baru dalam keluarga kita, iaitu alam perkahwinan. Kekanda tidak bersama keluarga ketika pernikahan adinda di rumah pengantin perempuan, maafkan kekanda. Namun, dapat juga kekanda pulang untuk meraikan adinda ketika majlis di rumah kita di Tanah Merah. Lawak juga bila kekanda bersama abah menyambut tetamu, ramai yang mengucapkan tahniah kepada kekanda seolah-olah kekanda yang berkahwin.. he he... kekanda asyik ulang, "Eh.. buke kito, adik..". Lepas tu, bila ada yang cakap, "Guano adik dulu", kekanda jawab, "Kito ngaloh sokmo nga adik.." he he..




Sehingga sekarang pun, setelah adinda bergelar bapa kepada 2 cahayamata yang comel-comel, kekanda sentiasa rasakan betapa dalam hati kita berdua sentiasa ada perasaan hormat-menghormati dan sayang-menyayangi. Kita rapat dan kita sentiasa mengambil berat hal-hal berkaitan satu sama lain.. Banyak ketika kita berbincang perkara-perkara yang berkaitan dengan keluarga dan juga kerjaya kita. Alhamdulillah, adindaku Khairi, dengan segala nikmat kasih sayang adik beradik yang dikurniakan Allah kepada kita.




Kekanda doakan semoga adinda Khairi terus mendapat limpahan Rahmat Allah, di dunia dan di akhirat. Semoga adinda Khairi dan Kak Yani (Isteri), Fatnin, Fathi, dan ramai lagi anak-anak seterusnya (he he) sentiasa bahagia dan sentiasa dimurahkan rezeki, dan sentiasa mendapat keredhaan Allah. Amin.




Adindaku Mohd Syafiee yang dikasihi,




Kekanda teringat semasa Allahyarham Tok Ayah (Datuk sebelah Abah), berjalan perlahan merapati tadika tempat kekanda belajar dan kemudian cakap ngan kekanda, "Abe keru bulih adik doh, marila nok balik". Kekanda dapatkan kebenaran dengan cikgu untuk pulang dan terloncat-loncat berjalan dengan Tok Ayah memimpin tanganya. Macam-macam soalan kekanda tanya Tok Ayah.. "Jate ko tino", kekanda tanya.. "Ma segar dok?" kekanda tanya lagi. "Abah balik doh?".. dan macam-macam lagi sehinggalah kekanda masuk ke rumah dan ketika menyelak tirai dan sempat mengintai adinda dan ma sebelum, "Eh, tubik luar nu ore jate", he he marah Mak (Nenek).. hu hu... Abe keru keluar pergi main dengan Abe keri la... Dan bermulalah episod berebut-rebut antara kami berdua setiap kali nak tengok adinda Syafiee atau riba adinda.




Adinda mengikuti jejak kekanda Khairi memasuki SMKA Falahiah dan telah meninggalkan rekod 9A PMR yang tidak dapat dipecahkan sehingga sekarang oleh adik-beradik yang lain. You Got Class ! And you always do. Adinda Syafiee, adalah yang pertama naik kapal terbang di antara adik-beradik kita ke Sarawak, hadiah kecemerlangan tersebut. Tidak cukup dengan itu, (I have said earlier you got Class !), adinda ke Jepun semasa di UTM Jalan Semarak. Adinda sentiasa ke UTM Jalan Semarak kerana kekanda berkerja berdekatan dengan KLCC. Kekanda sentiasa ingat adinda kena makan banyak kali kerana takut gastrik. Kekanda harap adinda sentiasa jaga jadual makan adinda. Hubungan kita baik dan kekanda sentiasa hargai bagaimana adinda cuba mengawal ton suara adinda ketika bercakap dengan kekanda, semata-mata kerana adinda menghormati kekanda sebagai abang. Kekanda sentiasa sedar dan sentiasa bertolak ansur dengan adinda kerana kekanda tahu sememangnya darah adinda agak panas (keturunan tu.. he he) dan kekanda gembira bersama adinda sepanjang setahun di Kapit, Sarawak. Kekanda cukup-cukup 'happy' masa kat Sarawak di samping adinda, walaupun kita hanya berjumpa di hujung-hujung minggu atau semasa kekanda ada kursus di bandar Kapit. Kita selalu makan bersama, tidur bersama (berlainan bantal.. he he), main laptop bersama, pergi swimming bersama, main badminton bersama, dan juga sering berbual-bual pasal kerjaya kita yang mempunyai majikan yang sama iaitu Kerajaan Malaysia.




Kekanda bersyukur ke hadrat Allah, kerana satu tahun bersama adinda di Kapit adalah suatu hikmah bagi merapatkan hubungan kita, kerana seingat kekanda, kita jarang-jarang berjumpa sebelum itu. Kita hanya jumpa ketika Hari Raya Aidilfitri 2-3 tahun sebelum itu.




Adinda Syafiee, sehingga adinda pindah ke Kuching dan kini di Miri, kekanda sentiasa kagumi kesungguhan dan komited adinda pada kerja. Tidak salah lagi kenapa adinda mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 3 tahun berturut-turut, sebelum dinaikkan pangkat dan sekarang berkhidmat sebagai Ketua Unit Khas Bergerak (UKB) bagi negeri Sarawak.




Alhamdulillah, nikmat adik-beradik yang indah bersama adinda. Kekanda sentiasa doakan kesihatan dan kesejahteraan adinda walaupun jauh di seberang laut. Semoga Allah lindungi adinda dan sentiasa merahmati adinda. Kekanda juga berdoa semoga adinda dipertemukan jodoh yang solehah bagi menambahkan ahli keluarga, ipar-ipar, dan biras-biras... he he (Dulu adinda selalu suruh adinda Fa kawin dulu sebelum adinda).




Didoakan juga semoga adinda sentiasa gembira dan please senyum sokmo. .




Adindaku Nurulhuda yang dikasihi,




Sejak adinda dilahirkan, di bilik tengah (bilik adinda sekarang), kekanda sentiasa merasakan ada satu tanggungjawab besar yang perlu kekanda laksanakan buat adinda. Sebagai puteri sulong Cikgu Ripin & Kak Za, kelahiran adinda sememangnya membawa sinar dalam keluarga. Untuk pengetahuan adinda, kekanda, kekanda khairi dan kekanda syafiee sememangnya mengharapkan adinda seorang puteri sehinggalah adinda dilahirkan.. Alhamdulillah.




Sekiranya adinda ingat, kekanda selalu tanya adinda, "Ado ore gelar dop?" sejak dari adinda masuk sekolah tadika, seterusnya ke sekolah rendah, sekolah menengah hinggalah ke Universiti. Mungkin adinda rasa 'annoying' dengan pertanyaan kekanda yang berulang kali itu, tapi sebenarnya itulah sikap 'protecting' kekanda andai sesiapa melukakan hati adinda, secara automatic dia akan melukakan hati kekanda dan juga kekanda khairi dan kekanda Syafiee..




Adinda ingat tak, dulu masa kita kecik-kecik, kita 4 orang ada buat "meeting" dalam bilik tengah ? Bersama kita ada juga adinda Fa (Arwah) yang masih kecil tapi menangis tak nak ditinggalkan di luar bilik. Masa tu rasanya kali pertama kita cakap secara serius (hu hu...) betapa pentingnya kita menjaga hubungan kita adik-beradik, mesti sentiasa menyenangkan Abah & Ma, serta cuba sedaya-upaya jangan buat Abah & Ma susah hati (he he he).. Tergelak juga mengingatkan keadaan masa tu sebab rasanya kekanda baru Tingkatan 1 atau 2, masih mentah untuk "mempengerusikan meeting"... he he.... Kekanda masih ingat Kak Long buat muka, bila kita orang cakap semua yang Ma buat, Kak Long kena tolong.. he he... nakal kan, kekanda-kekanda Kak Long menyakat... hu hu..




Kekanda agak gembira Kak Long bersekolah menengah dekat dengan rumah, kerana bimbang dengan keselamatan Kak Long sekiranya jauh dari rumah. Sama macam kekanda, saiz badan semasa lingkungan umur tersebut agak kecil berbanding rakan sebaya yang lain. Adinda membuktikan kejayaan cemerlang sehingga menjejakkan kaki ke UiTM Shah Alam. Kekanda masih ingat, kekanda selalu menunggang motorsikal dari Kajang hingga ke Shah Alam untuk jumpa Kak Long, bawak Kak Long makan-makan, beli barang-barang dan sebagainya. Masa awal-awal kat UiTM, Kak Long cakap takut nak keluar sendiri dengan kawan-kawan, hinggalah semester kedua. Kekanda ingat, kekanda bawak Kak Long ke Subang Jaya sebab Kak Long nak beli handset. He he... Bila teringat tu... dan teringat Abah.... fuh, Alhamdulillah, semuanya selamat. Kak Long nak tahu, sampai hal-ehwal-wanita pernah kekanda tanya Ma, takut-takut Ma tak ajar.. he he memandai jugak kekanda ni... ye lah, adik perempuan pertama la katakan...




Adinda memang baik dengan kekanda dan kekanda-kekanda yang lain. Kami rasakan adinda ibarat 'buffer' dan pelengkap kepada kekurangan atau perselisihan antara kami. Kak Long mampu menjadi penenang ketika ada masalah, dan menjadi penghubung apabila sesuatu perlu disampaikan dengan cara yang lembut. He he... Kak Long pun boleh jadi 'SPY' yang boleh dipercayai... hu hu... tapi untuk tujuan yang baik....




Bagi adinda-adinda kak long, sememangnya mereka lebih rapat dengan Kak Long berbanding kekanda, mungkin disebabkan faktor jarak umur dan jarang-jarang berjumpa.




Alhamdulillah, kehadiran adinda sebagai anak ke-4. Kekanda doakan, adinda sentiasa ceria dan sentiasa tabah. Semoga Allah tunaikan segala impian adinda samada dunia atau akhirat. Didoakan juga adinda bertemu jodoh yang Soleh yang sesuai dengan adinda. Amin.


(Ingat tak kami bertiga selalu sakat Kak Long, sapa nak nikah nga Kak Long kena interview dengan kami... he he he... Sebab sayang ko Kak Long la).




Adindaku Mohd Fadhiri bin Rakiah,















[pause]























" Wahai abe keru yang disayangi, bila mahu di sambung warkah ini..hehe..dah lama pause tu.;) " - kaklong




















LA TAHZAN.....

(JANGANLAH BERSEDIH)










" Janganlah kamu bersikap

lemah, dan janganlah kamu

bersedih hati,padahal kamulah

orang-orang yang tinggi

darjatnya, jika kamu orang-

orang beriman"

( Surah Al-Imran Ayat 139 )

" Allah tidak akan membebani

seseorang itu melainkan dengan

kesanggupannya "

(Surah Al-Baqarah Ayat 286)

".......dan janganlah kamu

berputus asa pada Rahmah

Allah. Sesungguhnya tiada

berputus asa dari Rahmah Allah

melainkan kaum yang kafir "

(Surah Yusuf Ayat 12)

" Tiada apapun yang menimpa

seseorang mukmin berupa

bencana dan menderita

kesusahan, kecuali semua itu

menjadi sebab untuk

menghapuskan dosa-dosanya "

(Hadis Bukhari dan Muslim)